MY FOLLOWERS

Saturday, December 5, 2015

Artikel - Kereta Tanpa Pemandu Bukannya Sukan

Kredit kepada: Yahoo Sports
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 


ABU DHABI (Reuters) - Bos Mercedes Formula One, Toto Wolff telah membatalkan rancangan siri perlumbaan permotoran tanpa pemandu yang pertama di dunia kerana ia sangat kurang unsur kesukanan walaupun pembuat kereta Jerman berminat dengan teknologinya. 


"Pemanduan berautonomi akhirnya akan muncul juga atas jalan raya dengan kereta biasa. Ia akan memudahkan kehidupan kita dan begitulah teknologi bergerak." katanya kepada wartawan ketika penghujung musim Grand Prix di Abu Dhabi.   

"Kita semua di sini dalam Formula One kerana kita suka melihat pelumba kereta berlumba yang menarik untuk ditonton. Siri tanpa pemandu ini langsung bukan yang saya kira sebagai sukan. Itu teknologi atau R&D (research and development)." tambah pengarah sukan permotoran. Pasukannya telah memenangi kedua-dua kejuaraan F1 sejak dua tahun lalu.


Formula E, siri kereta lumba elektrik pertama dunia kini masuk musim kedua mengumumkan minggu lalu ia merancang untuk mengadakan kejuaraan kereta tanpa pemandu pada 2016-17 sebagai sebahagian pakej sokongan. Ia mensasarkan untuk menyediakan platform kompetetif bagi solusi pemanduan berautonomi yang kini sedang dibangunkan oleh banyak industri permotoran besar dan pemain teknologi termasuk universiti berteknologi tinggi. Perancangan bagi Roborace sebelum Formula E, menggunakan sirkit yang sama di bandar besar seluruh dunia dengan 10 pasukan dan setiap pasukan ada dua kereta tanpa pemandu.

:Roborace merupakan cabaran terbuka kepada syarikat dengan teknologi dan sains paling inovatif di dunia." kata Alejandro Agag., ketua eksekutif Formula E.


Mercedes-Benz telah mula menggunakan sistem pembantu pemandu pada kereta keluarannya dan pada 2013, limosin Mercedes S-class bergerak antara bandar Mannheim dan Pforzheim di Jerman tanpa input pemandu. 


Sumber pecutan vroom vroom:  SINI  |   


No comments: