MY FOLLOWERS

Sunday, December 27, 2015

Sekadar Luahan - Hanya Sesaat ....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Kita mungkin tidak akan perasan kalau sesuatu tindakan itu menjadi satu kesilapan sehingga ia memang menjadi kesilapan. Adakalanya sebab seronok dengan perkara menggembirakan yang membuatkan kita terlupa sekejap. Bila tersilap, akan adalah kesan jangka masa panjang. Atas sebab itu jugalah ada baiknya kalau sesuatu perkara itu didiamkan sahaja. Kalau pasal duit, lagi baik diam daripada diluah. Biarkan orang melangut tidak tahu apa-apa. Yang diam dan berahsia, kekal selamat mungkin untuk selamanya.

Bermacam pengalaman orang boleh diambil. Bukan semestinya mabuk sambil pandu kereta sahaja. Apa sahaja pilihan dalam kehidupan pun sama.

Daripada diluah, baik diam. Lantaklah mulut orang mahu kata apa, asalkan rahsia kekal selamat. Pilihan masih di tangan, mahu pilih lagi pun boleh asalkan dengan penuh hati-hati.  Lagi-lagi kalau ada mana-mana manusia yang kaki mencuri, jenis yang pantang tahu orang senang ada duit, mulalah kepanasan selagi tidak dapat kebas kesenangan orang dan menyusahkan semua orang. Pantang kalau datang dekat, yang lain habis gila sampai kepala bagai mahu pecah. Baik cabut daripada susah.


Namun tidak mengapa, masa masih panjang. Daripada pengalaman, boleh belajar dan atur strategi lebih baik selepas itu. Sekali tersilap, boleh atur selagi perancangan sehingga bertambah baik.  

Kerana sesaat, tersilap langkah jadi bahaya.
Kerana sesaat, tersilap sedikit akan digelakkan orang.   
Kerana sesaat, boleh bocor bermacam rahsia.
Kerana sesaat, boleh jadi tersalah pilih.
Kerana sesaat, habis banyak perkara jadi huru hara.
Kerana sesaat, ada yang hilang nyawa.



No comments: