MY FOLLOWERS

Tuesday, December 1, 2015

Hiburan - Limitless

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 


Limitless ialah siri tv yang dikembangkan daripada filemnya dengan tajuk yang sama lakonan Bradley Cooper sebagai Eddie Morra. Filemnya adalah berdasarkan sebuah novel bertajuk The Dark Fields, dan siri ini mengambil tempat selepas kejadian dalam filem itu. Kali ini lakonan Jake McDorman sebagai Brian Finch, yang baru mengetahui tentang kuasa minda diperoleh daripada ubat misteri dinamakan NZT-48 yang membolehkan minda seseorang itu berfungsi dengan kuasa penuh dan mengingat segala yang dibaca, didengar dan dilihat. Ubat itu adalah yang sama digunakan oleh Eddie Morra. Ia mula bersiaran pada 22.9.2015 dan sebanyak 22 episod untuk musim pertama.  


Brian Finch (Jake McDorman), berusia 28 tahun dan diperkenalkan dengan ubat NZT-48, yang memberikannya akses kepada setiap neuron dalam otak. Kesan ubat ini berterusan sehingga 12 jam dan sepanjang tempoh itu, dia seperti menjadi manusia paling pintar dan boleh mengingat semula setiap perincian dalam hidupnya. Namun ia ada kesan sampingan. Dengan bantuan Senator Eddie Morra (Bradley Cooper), yang memberikan sejenis ubat lain untuk mengatasi kesan NZT-48, Brian menggunakan kebolehannya untuk membantu ejen FBI Rebecca Harris  (Jennifer Carpenter) dalam menyelesaikan kesnya.

Menampilkan Jake McDorman, Jennifer Carpenter, Hill Harper, dan Mary Elizabeth Mastrantonio


Sumber rujukan:  SINI  |  SINI  |   



No comments: