Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Ingat keropok lekor dan nasi dagang jer?! Hehehehe...

Buah tembikai dari Terengganu bakal mendapat sambutan hangat di pasaran antarabangsa terutama di Asia dan Eropah bagi memenuhi permintaan di sana.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata tembikai dari negeri ini merupakan yang manis dan berkhasiat, dan ia sudah mendapat permintaan tinggi di Jepun dan Singapura.
"Buah tembikai ini bukan sahaja sedap dimakan sebagai hidangan pencuci mulut malah juga diminum sebagai jus atau dibuat jem." katanya. Tambahnya lagi, Terengganu menjadi negeri penanam buah tembikai terbesar di negara ini.
Perancangan juga dibuat bagi menanam tembikai dalam skala komersial lebih besar di taman penanamannya di Tok Dor di Jabi, Besut dan di Setiu serta Hulu Terengganu.
"Buah tembikai ini ditanam menggunakan kaedah fertigasi yang dibaja menggunakan sistem irigasi. Kaedah ini akan membantu menambahkan jumlah eksport.
"Sejumlah 444 buah kemudahan dibina di Besut bagi menempatkan 222,000 pokok tembikai yang mampu menghasilkan anggaran 666 tan metrik buah tembikai berjumlah RM2 juta per tuaian. Ini akan menghasilkan pulangan sekitar RM6 juta setahun." katanya selain menambah bahawa ini adalah juga sebahagian daripada program Transformasi Terengganu Baru (TTB) bagi mempromosikan agrikultur secara agresif.
Setiap petani mengusahakan 2000 beg biji tembikai boleh mendapat pulangan RM2000 per tuaian.
"Tembikai ini juga menawarkan kepada 250 petani yang aktif mengusahakan tanaman buah ini peluang menjana pendapatan tambahan dan pihak kerajaan negeri berusaha menjadikan penanaman tembikai salah satu daripada keutamaan teratas dalam agrikultur." katanya.
Terengganu mempunyai kerjasama dengan pihak Federal Agriculture Marketing Authority (Fama) dan Terengganu Agrotech Development Corporation, negeri ini mensasarkan untuk menghasilkan pulangan sehingga RM50 juta setiap tahun berbanding RM8 juta tahun ini. Agensi berkenaan juga menjalankan kajian ke atas pelbagai jenis tembikai di Holland dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Makang buah sokmo: SINI |

No comments:
Post a Comment