Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Bosan dengan keadaan telefon yang tidak bersih dan ada bakteria?
Sebuah
firma di Jepun kini telah membangunkan telefon pintar jenis yang boleh
dibasuh dan disifatkan mereka sebagai telefon pertama di dunia yang
boleh dibasuh dengan sabun dan air.
Telfon pintar kalis
air ini sudah berada di pasaran. Namun syarikat telefon KDDI berkata
telefon baru mereka bakal dilancarkan di Jepun sedikit masa nanti,
merupakan satu-satunya telefon pintar yang kalis air setakat ini.
"Pasukan kami telah membasuhnya lebih 700 kali untuk menguji ketahanannya." kata jurucakap syarikat berkenaan.
Iklan
komersial di internet mensasarkan untuk membuktikan ciri-cirinya dengan
menunjukkan seorang budak menjatuhkan telefon ini di atas pinggan
dengan makanan berkuah kemudian ibunya memberitahu supaya jangan risau
dan membersihkan telefon itu dengan air.
Harganya
adalah 21,600 yen ($175) mensasarkan golongan ibu bapa yang mahu
memastikan telefon mereka bersih untuk anak-anak mereka, kata jurucakap
KDDI lagi. Namun dia juga memberi peringatan bahawa hanya beberapa jenis
sabun buih pembersih boleh digunakan untuk membersihkannya dan ia hanya
dijual di Jepun setakat ini.
Sumber tahan air: SINI |
No comments:
Post a Comment