MY FOLLOWERS

Saturday, December 12, 2015

Hidupan Liar - Kenapa Tarantula Ini Ada Warna Biru?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 

 
Biasanya labah-labah tarantula berwarna hitam, tetapi kenapa yang ini berwarna biru? 

Sementara spesis sama tidak dikaitkan dengan warna biru, yang ini pula mempunyai warna biru pada bahagian atas belakangnya yang dihasilkan oleh satu struktur kecil pada bahagian badannya yang berambut dan apendejnya. Dikenali sebagai struktur nano fotonik, ia memantulkan warna biru langit.  

Saintis telah mengetahui tentang rerambutnya yang memantulkan warna sejak dahulu tetapi satu kajian baru melihat lebih dekat pada struktur nano lelabah berkenaan yang membuatkan banyak jenis lelabah dalam keluarga Theraphosidae kelihatan biru. Kajian mendapati struktur nano yang memantulkan warna biru itu tidak mungkin disebabkan oleh pilihan jantina yang membawa kepada warna terang yang menunjukkan spesis yang terhampir. Lelabah merak adalah contoh terbaik.  

Labah-labah tarantula adalah sejenis nokturnal dan ia tidak menggunakan pewarnaannya untuk tujuan mengawan. Sebaliknya saintis membuat hipotesis bahawa warna biru tarantula ini disebabkan oleh pilihan semulajadi. Dengan kata lain, warna biru ini sebenarnya membantu labah-labah ini terselamat dan terus hidup.  


Bagi menguatkan lagi hipotesis ini, satu kajian lain telah dijalankan tentang kehadiran struktur nano pemantul warna biru itu merentasi banyak spesis tarantula yang langsung tiada sebarang kaitan. Struktur nano ini sangat berbeza antara satu spesis dengan yang lain. Satu penemuan mencadangkan bahawa struktur itu berkembang secara bebas banyak kali sepanjang evolusi tarantula, kata penulis Bill Hsiung, seorang lulusan biologi di Universiti Akron di Ohio. 


Kenapa warna biru?  

Hsiung  dan kumpulannya melihat pada imej digital untuk membina carta yang menunjukkan hubungan evolusi antara spesis tarantula. Mereka mencartakan sejarah evolusi dari genera S3 (keluarga Theraphosidae ada lebih daripada 100 genera) dengan sekurang-kurangnya 40 genus mempunyai warna biru hampir serupa. Hanya 12 genera yang mempunyai warna hijau.

Warna biru itu spesifik dan hampir sama. Ia mungkin untuk komunikasi dengan pemangsa atau mangsa. Namun begitu, kajian ekologi tentang sifat tarantula diperlukan untuk menguatkan lagi hipotesis ini.  

Persoalannya, kenapa warna biru dan tidak warna lain seperti kuning atau hijau? Warna biru berevolusi sebanyak 8 kali dalam spesis berbeza. Warna biru mungkin berkaitan dengan habitatnya. Ia seringkali dijumpai di atas tanah hutan hujan dan kawasan diliputi tumbuh-tumbuhan yang mempunyai spektrum cahaya yang ada banyak warna hijau.  

"Jika warna hijau, pemangsa dan mangsa dalam persekitarannya amat sensitif, oleh itu tarantula akan muncul dengan warna terang, mudah dilihat dan ia tidak bagus. Warna biru juga berbeza dengan warna latar hutan." kata Hsiung. 


Perbezaan struktur

Selepas meneliti berdozen imej, Hsiung dan pasukannya memutuskan untuk mengambil beberapa spesimen hidup. Pengkaji mendapat 8 spesis tarantula biru yang asli mengikut lokasi ia diambil seperti Singapura, India, Chile dan Brazil. Mereka mengkaji warna struktur menggunakan mikroskop berkuasa tinggi dan mendapat hasil yang mengejutkan.

Mereka dapati bukan satu tetapi sekurang-kurangnya dua atau tiga struktur nano berbeza jenis yang menghasilkan warna biru yang sama. Kalau sebelum ini hanya satu struktur nano direkodkan yang menghasilkan warna biru itu tetapi mereka pula mendapati terdapat jenis lain juga.


Warna struktur ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik dalam alam semulajadi kerana terdapat spesis haiwan lain juga seperti burung dan serangga yang mempunyai struktur nano yang menghasilkan warna itu, bukannya pigmen yang memberi warna pada rambut dan kulit. Walaubagaimanapun, warna struktur tarantula berbeza daripada serangga dan burung yang berwarna-warni. Warna biru labah-labah ini tidak berubah jika dilihat pada sudut berbeza. 


"Warna biru ini kurang berwarna-warni dan konsisten dengan penampilannya walaupun dilihat dari sudut berbeza. Ia agak pelik bagi warna struktur." kata Todd Blackledge, profesor biologi di Universiti Akron dan salah seorang penulis kajian terbaru kepada Live Science.  


Struktur nano fotonik boleh digunakan bagi mewarnakan barangan seperti skrin peranti elektronik malahan pakaian itupun jika sifat warna-warni ini boleh digunakan. Ia juga mempunyai banyak kelebihan berbanding warna yang dihasilkan oleh pigmen. 

"Warna struktur biasanya lebih terang dan ia tidak akan pudar mengikut masa, selama mana struktur nano yang ada kekal dalam keadaan baik. Kelebihan inilah yang mahu digunakan untuk menghasilkan warna pada paparan telefon bimbit atau pigmen dalam produk kosmetik atau pada baju. Warna-warni adalah kekangan besar bagi aplikasi ini kerana kita biasanya tidak mahu warna berubah apabila melihatnya dari sudut lain." kata Hsiung.

Warna biru tarantula memberikan inspirasi baru dengan struktur warna tetap kerana ia lebih terang dan sukar untuk pudar berbanding warna dihasilkan oleh pigmen. Ia juga baik untuk persekitaran. 

Pembaziran juga boleh dikurangkan dan menggunakan bahan yang lebih mesra alam bagi menghasilkan warna struktur. Bagi menghasilkan warna struktur berbeza, pengkaji hanya perlu mengubah ruang antara struktur nano dengan yang lain yang akan mengubah cara cahaya diserap dan struktur berpecah. Menghasilkan pigmen berbeza adalah proses berlainan kerana bahan baru perlu dibuat untuk setiap warna. Adakalanya bahan untuk menghasilkan pigmen yang mewarnai fabrik adalah bertoksik.

Kajian tarantula ini membawa pengkaji selangkah lebih dekat untuk memanfaatkan kelebihan formasi pemantul cahaya ini.


Kajian ini ada diterbitkan dalam jurnal Science Advances.

 

Sumber lelabah:  SINI  |     




No comments: