MY FOLLOWERS

Saturday, December 5, 2015

Artikel - Salah Eja: Scissor atau Caesar? :-D

Kredit kepada: Yahoo News, Siakap Keli
Gambar ihsan: Google Images, Siakap Keli

 

Assalamualaikum.....



Hahaha... orang politik pun tidak terlepas dari penangan salah eja. Ralat pada bahasa Inggeris itu turut mendapat perhatian dari Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin atau KJ yang tidak dapat menahan perasaan geli hatinya lalu berkongsi di laman Twitternya dengan berkata: " Tak boleh tahan lagi, Hidop scissors salad!" 

Siap dengan paparan gambar juga..

Disebabkan insiden itu, pihak Pizza Hut Malaysia telah memberi maklum balas - "Kami tak ada "Scissors Salad", tapi kami ada Caesar Salad."

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming pula secara berseloroh berkata bahawa hidangan yang berkenaan adalah ciptaan Malaysia tulen.

"Saya tak faham dengan kutukan-kutukan yang timbul, adalah ia mustahil bagi kita untuk keluarkan salad berperisa tajam kita sendiri?"

 


Dalam satu berita di Yahoo News pada 25 Nov. lalu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku terutama kepada institusi perundangan.

Menu sepatutnya dieja 'Caesar Salad' dieja dengan salah 'Scissor Salad' kini heboh diviral di media sosial disindir kerana penggunaan bahasa Inggeris yang lemah. Tahap penguasaan bahasa Inggeris telah lama diperdebatkan di pelbagai sektor di Malaysia.

Datuk Ronald Kiandee dalam laman Faceook berkata beliau menghadiri makan malam bersama para staf Parlimen pada Isnin lalu dan mendapati tiada gunting dimakan.

"Tiada gunting (scissor) dalam salad tapi itu Caesar Salad yang biasa"

"Walaupun ini kesilapan katerer yang menggelikan hati, tapi sebagai institusi yang penting, staf Parlimen perlu lebih berhati-hati untuk mengelakkan kesilapan ini tidak berulang lagi. Hmm?scissors salad!?" tulisnya. 


Menu lain yang ada kesilapan yang sama ialah creme brûlée disalah eja “Cream Brule"

Di laman Twitter ada pengguna yang melawak “Pebende scissors salad ni??(What is this scissors salad?)

Pizza Hut Malaysia pula mengambil kesempatan ini dengan memberikan pembetulan, "Kita tiada Scissors Salad, tapi kita memang ada Caesar Salad"  #ohmyenglish #caesarsalad?


@prasys kata “Scissors Salad, sesuai untuk vegetarian dan halal?


“Scissors Salad? Hahahahaha..Caesar akan jadi kecewa," kata @encis.

@AnakSiBakar, bagaimapanapun melihatnya secara serius tentang masalah bahasa seperti ini: "Drama Scissors salad menampakkan satu budaya bodoh sombong, penyeliaan yang lemah, orang yang salah dengan kerja yang salah." tulis pada 25.11.2015


Makan sambil buat lawak:  SINI  |  SINI  |


Hahahahahahahaha!!


No comments: