Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Di sebuah galaksi jauh, jauh di sana.... hahaha
Ada sesiapa tahu kalau-kalau ada lagi planet sedang menunggu untuk ditemui berada di luar sistem solar kita? Ini bukan kajian baru tetapi sudah banyak kali pengkaji cuba mencari jawapannya. Bukan setakat itu, tetapi juga dikaji jika ada mana-mana lagi planet yang sesuai untuk dihuni selain bumi.
Kini sekumpulan ahli astronomi dari Sweden dan Mexico mendakwa mereka telah menemui objek yang sebelum ini tidak kelihatan berada di hujung sistem solar kita. Namun ramai ahli astronomi lain masih ragu-ragu dengan dakwaan itu seperti dilaporkan oleh sebuah laman web sains, Ars Technica.
Dalam dua terbitan pracetak di Arxiv, para saintis berkata mereka melihatnya sebagai objek hitam yang muncul dan bergerak bersama sistem bintang Alpha Centauri yang dilihat menggunakan Atacama Large Millimeter/submillimeter Array (ALMA).
Pengkaji juga menyatakan ia adalah hujah ringkas yang meyakinkan kita bahawa ia bukan bintang yang biasa.
"Kami membincangkan tentang objek yang biasanya menjadi sebahagian daripada sistem solar kita walaupun pada jarak yang terlalu jauh untuk dilihat dengan jarak gelombang. " kata seorang pengkaji.
Objek berkenaan mungkin adalah Super Earth, berada pada jarak kira-kira 300 astronomical units (AU) dari matahari, 6 kali jauhnya dari Pluto. Penjelasan lain pula menyatakan ia berwarna perang dan bersaiz kecil dengan jarak 20,000 AU dari matahari.
Para saintis lain masih ragu-ragu dengan penemuan ini dan terbitan itu masih belum diteliti oleh ramai saintis lain.
Mike Brown, salah seorang pengkaji di Caltech, juga ragu-ragu mengenainya berkata jika benar sistem ALMA menemui objek di luar sistem solar kita, maka ia mencadangkan bahawa ia mungkin bersaiz sekurangnya 200,000 saiz bumi berada di luar sistem solar.
Sumber jauh di hujung galaksi: SINI |

No comments:
Post a Comment