MY FOLLOWERS

Saturday, December 12, 2015

Kesihatan - Bagaimana Berjoging Membantu Anda Kekal Fokus

Kredit kepada: Yahoo Style
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 


Bukan aspek pemakanan sahaja malah aktiviti fizikal juga perlu ada untuk membuatkan otak kekal fokus. Kalau makanan, boleh sahaja sebut madu, sayuran, buah dan lobak merah antara pilihan yang boleh membantu memperbaiki fokus. 


Menurut satu kajian, aktiviti senaman boleh membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otak yang baru yang memainkan peranan penting dalam aspek pembelajaran dan memori bagi orang dewasa. Menurut saintis, proses perkembangan ini dalam otak orang dewasa dipanggil neurogenesis dewasa.


Pengkaji mendapati dalam kajiannya, tikus makmal yang menghabiskan masa berlari atas roda bukan sahaja menambah dua kali jumlah neuron baru malah juga menunjukkan peningkatan kebolehannya untuk membezakan objek baru dengan objek yang biasa dilihat. 

"Kajian menunjukkan aktiviti senaman mampu meningkatkan pemisah corak neurogenesis dengan memberi gambaran bagi satu jangka masa lama bagi objek sama walaupun dengan item memori berbeza." kata seorang pengkaji di universiti di Switzerland.  


"Pemisah corak terlibat dalam banyak tugasan memori dalam kehidupan seharian seperti belajar bermain catur, yang memerlukan ingatam tentang bentuk berbeza setiap buah catur seperti pawn dan bishop,?katanya lagi.

Dalam kajian dijalankan, dua ekor tikus makmal diletakkan dalam kandang masing-masing, satunya dengan roda, menggunakan tugasan  pengenalan objek untuk membantu pembelajaran dan ingatan jangka panjang. Pengkaji mendapati objek berbeza dapat diingati dan dikenali oleh kedua-dua tikus manakala hanya tikus yang berlari dapat mengenali objek yang kelihatan serupa.

Penyiasat menyimpulkan bahawa tikus yang berlari mempunyai keupayaan pemisah corak lebih baik daripada yang tidak berlari.

Lebih lanjut, pengkaji mencari perubahan dalam otak kedua-dua tikus menggunakan penanda yang boleh mengenalpasti sel-sel otak yang baru terbentuk. Mereka dapati tikus yang berlari mempunyai jumlah sel baru dua kali lebih banyak.


Kajian diterbitkan dalam jurnal Brain Plasticity.



Jom bersenam dan tambahkan sel-sel otak:  SINI  |  


No comments: