MY FOLLOWERS

Tuesday, December 1, 2015

Artikel - Kes Takut Labah-labah

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 


Jeritan kuat dan menakutkan "Aku bunuh kau!" menyebabkan polis Australia menyerbu masuk ke sebuah rumah di Sydney ketika jam 2 pagi menemui seorang lelaki yang malu dengan seekor labah-labah besar. 

Pegawai polis New South Wales bergegas ke pangsapuri di subbandar Wollstonecraft pada Sabtu lalu selepas mendapat laporan keganasan domestik dipercayai berlaku antara seorang lelaki dan wanita. Jiran di kawasan perumahan itu melaporkan terdengar seorang wanita menjerit ketakutan dan seorang lelaki kemudian menjerit "Aku bunuh kau! Mati, mati!" dan terdengar bunyi seperti perabot terjatuh.   

"Beberapa kereta polis bertindak ke alamat berkenaan dan mula memecahkan pintu," kata seorang pegawainya dalam laman Facebook.  
 
Seorang lelaki berumur sekitar 30an, yang kelelahan dan muka kemerahan terus ke muka pintu dan dia terus ditanya di mana isteri atau teman wanitanya.  

"Tak ada. Saya seorang sahaja," katanya.    

Apabila polis memberitahu mereka menerima laporan keganasan domestik dan wanita menjerit, dia berkata, "Saya tak tahu apa yang awak cakap. Saya tinggal seorang sahaja." 




Tertekan dengan ancaman itu, lelaki itu menjadi takut dan memohon maaf atas kekecohan yang disebabkannya.  

"Ia seekor labah-labah yang besar." dia mengaku mengejar serangga itu di sekeliling pangsapurinya dengan penyembur serangga. Ditanya tentang suara wanita yang menjerit itu, katanya itu suaranya. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menjelaskan berapa besar saiz labah-labah itu.   

"Saya sangat tidak sukakan labah-labah. Saya tidak berada cukup dekat untuk tahu jenis apa labah-labah itu." kata Inspektor Dean Lindley yang berada di tempat kejadian.  
 
Lindley berkata pangsapuri itu berkabus dengan semburan serangga apabila pegawai polis masuk dan bertuah kerana dia tidak merokok. 
 
Australia merupakan negara dengan hidupan berbahaya paling banyak di dunia seperti ular, labah-labah, obor-obor, dan sotong. Spesis labah-labah ini ditakuti kerana gigitannya yang boleh membawa maut walaupun tiada kematian dilaporkan sejak penawarnya dibuat sekitar 1980an.  


Sumber takut:  SINI  |     


Hahahahahaha!

No comments: