MY FOLLOWERS

Saturday, December 5, 2015

Kesihatan - Kecederaan di Kawasan Air Cetek: Bahaya Tersembunyi di Taman Tema

Kredit kepada: Yahoo Travel
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


 
Kecederaan dan kemalangan boleh berlaku di mana sahaja. Apa pula yang perlu diketahui berkaitan situasi di kawasan air cetek?


Dengan kemudahan meluncur dan kolam air yang menarik, taman tema air merupakan tarikan popular untuk menghabiskan waktu cuti bersama keluarga. Bagaimanapun, air cetek mempunyai bahaya kepada pelawat tanpa mereka sedari seperti dikatakan pakar.

Semakin taman tema air bertambah maju, kebimbangan ibu bapa juga bertambah berikutan risiko yang ada, walaupun kedalaman air hanya 1 meter atau 3 kaki. Mereka yang tidak pandai berenang dan kurang pengalaman bakal berdepan risiko konkusi dan mungkin lemas. Anggota penyelamat dari Palang Merah Amerika, memberi perhatian dan menambah latihan mereka pada air cetek bagi usaha menyelamat di air.

Tiada info tepat tentang jumlah kemalangan di taman tema air, tetapi Palang Merah menyatakan U.S. Consumer Product Safety Commission menganggarkan sekitar 4200 orang dikejarkan ke bahagian kecemasan hospital bagi kecederaan calar-balar, konkusi, patah anggota, cedera tulang belakang, dan cedera akibat luncuran. Jumlah itu tidak termasuk kecederaan lain di taman tema air atau yang memerlukan bantuan penyelamat tanpa perlu ke hospital.

"Anda berada dalam persekitaran yang seronok tetapi ia boleh jadi berbahaya jika tidak berjaga-jaga," kata Roy Fielding, pensyarah senior di Universiti North Carolina-Charlotte dan pakar dalam menyelamat dan keselamatan di air, yang juga ahli Majlis Penasihat Saintifik Palang Merah.

Pada Julai lalu, satu kes lemas dan sekurang-kurangnya 3 kes hampir lemas dilaporkan di taman tema air Amerika Syarikat. Seorang budak berumur 5 tahun lemas di sebuah taman tema air di Grand Island, Nebraska. Kolam ketika itu tidak beroperasi.

Dua kes hampir lemas di taman tema air di Missouri dan California, satu lagi di Utah. Kes di Missouri melibatkan seorang budak berumur 6 tahun yang terhantuk pada dasar kolam, manakala dua kes lagi di kolam ombak yang cetek pada bahagian masuk dan sedalam 5 kaki. 

"Seperkara boleh berlaku dalam kolam ombak ini ialah orang tidak biasa dipukul gelombang air. Jika termasuk air dalam mulut dan tertelan akan mencetuskan reaksi panik," kata Machemer.

Terdapat sekitar 1300 taman tema air di Amerika Utara, 30% dari sedekad lalu, yang meanrik pengunjung seramai 83 juta orang pada 2013 berbanding 73 juta pada 2004. 

Palang Merah telah menambah 22.5 jam waktu latihan pada tahun ini dan menumpu secara khusus pada kaedah menyelamat di air cetek yang ekstrim. Kursus Aquatic Attraction Lifeguarding melibatkan cara mengendali dan mengalihkan orang yang berbeza daripada di kolam air dalam, dan latihan pertolongan cemas khusus pada kepala, leher dan tulang belakang.

Hampir 1000 orang telah mengikuti kursus ini sejak ia dilancarkan pada Januari lalu, menurut Palang Merah. Menurut Machemer lagi, air cetek memberikan mereka yang bukan perenang satu perasaan salah tentang keselamatan dan terlalu ramai budak mengunjungi taman tema air tanpa ada kemahiran berenang.

"Saya percaya tanpa pembelajaran renang yang betul telah menyebabkan beberapa masalah seperti yang kita lihat sekarang ini dan mereka berenang dengan rasa tidak selesa seperti sepatutnya." katanya. 


Jangan sampai lemas:  SINI  |     




No comments: