MY FOLLOWERS

Saturday, December 12, 2015

Kesihatan - Berat Badan Mempengaruhi Sifat Genetik Sperma

Kredit kepada: Yahoo Style
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Maka dengan itu, janganlah jadi obes... hehehehe


Menurut satu kajian di Denmark yang diterbitkan dalam jurnal Cell Metabolism, berat badan seseorang boleh mempengaruhi sifat genetik dalam sperma dan boleh membawa kepada kecenderungan obesiti pada anak-anak.  




Satu kajian yang dijalankan selama 5 tahun oleh Dr. Romain Barres dari Universiti Copenhagen mendedahkan bahawa sperma dari lelaki yang kurus dan obes mempunyai penanda genetik berbeza yang boleh mengubah sifat gen dalam tubuh. Doktor ini percaya adalah salah memberi nasihat kesihatan hanya pada wanita hamil seperti jauhi minum alkohol, pencemaran, makan makanan seimbang, dan lain-lain. Adalah penting juga kepada semua lelaki untuk mengamalkan gaya hidup sihat sebelum ada anak.  

Sebelum membuat kesimpulan, pengkaji telah menguji sperma 6 lelaki obes yang telah melalui pembedaham bariatrik untuk mengecilkan ruang perut. Sampel sperma diambil sebelum pembedahan, seminggu kemudian dan setahun kemudian. Penemuan menunjukkan sperma telah berubah secara signifikan seminggu dan setahun selepas pembedahan. Penanda gentik berbeza diperhatikan yang boleh mengubah cara gen bertindak dalam tubuh. Penemuan ini sama apabila mereka membuat perbandingan dengan 13 lelaki kurus yang mempunyai BMI bawah 30 dengan 10 lelaki sederhana obes.
 



Namun tiada kajian saintifik menjelaskan bagaimana perubahan ini timbul. Bagaimanapun, pengkaji menemui hubungan antara perubahan genetik ini dan gen yang mengawal selera dan otak. Dengan kata lain, berat badan seseorang boleh mempengaruhi kesihatan anak-anaknya sama ada mereka cenderung ke arah obesiti. Sehingga diketahui lanjut, bakal ibu bapa patut mensasarkan untuk menjadi lebih sihat sebaik mungkin ketika hamil dan elakkan pemakanan atau aktiviti lain bagi mencuba mempengaruhi kesihatan anak-anak sebelum memahaminya dengan betul.   

Untuk menjalankan kajian lanjut tentang perubahan dalam penanda genetik sperma, Dr Barnes bekerjasama dengan klinik fertiliti untuk mengkaji perbezaan genetik dalam embrio; yang mesti dibuang dan boleh digunakan dalam kajian selepas 5 tahun mengikut undang-undang Denmark; diambil daripada lelaki dengan berat berlainan.

Apabila pengkaji telah mempunyai data yang cukup, mereka akan boleh mengeluarkan data perbandingan selepas mengkaji kord darah anak-anak bagi setiap lelaki. 


Sumber renang dengan genetik sihat:  SINI  |  




No comments: