MY FOLLOWERS

Saturday, December 12, 2015

Kamen Rider - Kamen Rider Fourze

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Henshinn! 



Kamen Rider Fourze ialah satu lagi siri tokusatsu keluaran Toei Company's untuk siri Kamen Rider merupakan siri ke-13 dalam era Heisei dan yang ke-22 daripada seluruh siri. Ia disiarkan selepas episod terakhir siri Kamen Rider OOO. Ia mula disiarkan pada 4.9.2011 di slot Super Hero Time. Siri ini juga menyambut ulangtahun ke-40 bagi Kamen Rider Series dan ulangtahun ke-50 penerbangan Yuri Gagarin ke angkasa lepas pada tahun 1961.

Kamen Rider Fourze mendapat pelbagai kelebihan kuasa tali pinggang Fourze Driver daripada peralatan dipanggil Astroswitch yang bersambung dengan saraf tubuhnya.  




Sekolah Tinggi Amanogawa menjadi tempat tumpuan kejadian yang pelik-pelik dan ia menjadi semakin teruk apabila seorang pelajar pertukaran datang ke sekolah itu iaitu Gentaro Kisaragi cuba mencari kawan dengan caranya sendiri dan bertemu semula dengan rakan lamanya Yuki Jojima, yang juga peneroka angkasa lepas sehingga menimbulkan kemarahan seorang kawannya, Kengo Utahoshi. Apabila kampus sekolah mula dikawal golongan dipanggil Zodiarts, Kengo dan Yuki menggunakan peralatan yang mereka jumpa di pengkalan bulan dipanggil Rabbit Hatch yang mereka dapati selepas masuk ke lokar di kawasan larangan di kampus itu dan melawan mereka. 

Walaubagaimanapun, Gentaro datang tanpa dirancang selepas Kengo tewas dalam pertempuran, dan menggunakan peralatan itu dan menjadi Fourze. Gentaro menubuhkan Kamen Rider Club bagi mencari lagi teman lain yang menjadi Kamen Rider. Ahlinya terdiri daripada Yuki, Kengo, Miu Kazashiro, Shun Daimonji, JK dan gadis gothik Tomoko Nozama. Ryusei Sakuta, yang menjadi Kamen Rider Meteor, kemudian menyertai kelab itu dan guru mereka En. Chuta Ohsugi. Kamen Rider Club dan Kamen Rider Fourze mempelajari mengenai Horoscopes, sebuah kumpulan disertai oleh Zodiarts yang mengatur kejadian di sekolah itu. Apabila pertempuran semakin sengit, Horoscopes mula melancarkan serangannya di peringkat akhir sebelum Kengo mengetahui tentang kebenaran di sebalik kewujudannya.


Lonjak sampai ke angkasa:  SINI  |  SINI  |  






No comments: