MY FOLLOWERS

Saturday, December 12, 2015

Hiburan - Supergirl

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images

 
 
Assalamualaikum.....
 
Sepupu Superman! 
 

 
Supergirl ialah satu lagi siri tv berdasarkan watak komik DC dicipta oleh Otto Binder dan Al Plastino, dan dikembangkan oleh Ali Adler, Greg Berlanti dan Andrew Kreisberg, yang disiarkan di saluran CBS. Melissa Benoist membintangi watak Kara Danvers/Supergirl yang merupakan saudara terdekat Superman yang terselamat dari Krypton.

Kara Zor-El (Benoist), dipelihara oleh keluarga ketika dia berusia 13 tahun selepas dihantar dari Krypton, belajar menggunakan kuasa dimiliki selepas sekian lama menyimpannya. Keluarga Danvers membantunya menyimpan rahsianya dan supaya dia berhati-hati bila menggunakannya. Satu kejadian tidak disangka memaksa Kara menggunakan kuasanya secara terbuka bagi menyelamatkan National City. Kara mendapati ramai penjenayah yang dihukum oleh ibunya Alura Zor-El (Laura Benanti) ketika di Krypton dahulu, ada di bumi. Ini termasuk kembar ibunya Astra yang cuba menguasai dunia. 
 
Kara juga dapati sekutu barunya Hank Henshaw (David Harewood), mungkin ada agenda rahsia sendiri sebelum ia dibongkar oleh Alex bahawa identiti sebenar Henshaw ialah makhluk asing bernama J'onn J'onzz, yang ada di bumi selepas berlaku malapetaka di planetnya ratusan tahun dahulu. J'onn menyusup masuk ke DEO bagi memerhatikan Kara dan Alex selain membantu mereka di kemudian hari bagi mengawal kuasa dimiliki, menggunakan pengalaman dengan kebolehannya. Kara juga menjadi sasaran penjenayah di bumi kerana hubungan persaudaraannya dengan Superman. Dia juga dibantu oleh beberapa rakan yang membantu menutup rahsianya selain sesekali dibantu oleh Superman ketika dalam kesusahan.


Dibintangi oleh Melissa Benoist, Mehcad Brooks, Chyler Leigh, Jeremy Jordan, David Harewood, dan Calista Flockhart



Terbang di langit macam Superman:  SINI  |  SINI  |     






No comments: