MY FOLLOWERS

Thursday, November 26, 2015

Artikel - Bahaya Sepakan Ke Leher! Penjelasan Dari Perspektif Perubatan

Kredit kepada: Yahoo News, E-Medical Help, Neuro4Students, doereport.com, Texasheart
Gambar ihsan: Yahoo News
 
 
Assalamualaikum.....

Seorang ahli neurologi menyamakan insiden tendangan ganas yang dilayangkan oleh Holly Holm sehingga menumbangkan Ronda Rousey dengan insiden yang menyebabkan pemain kriket, Phillip Hughes maut.

Bercakap kepada News Corp, Professor Chris Levi berkata tendangan Holly Holm itu yang terkena pada bahagian atas leher berdekatan rahang boleh membawa maut. Profesor Levi percaya bahawa Rousey, yang diserang di bahagian hampir sama dengan apa yang berlaku pada Hughes, mungkin berdepan risiko tinggi kepada trauma pada leher, strok atau kematian.



"Di bahagian atas leher ada arteri vertebra yang jelas terdedah yang membekalkan darah ke otak. Kita sudah lama tahu bahawa impak daya pusingan secara mengejut boleh menyebabkan arteri itu terkoyak. Jika saluran darah itu terkoyak dan berlaku pendarahan pada dinding dalam saluran itu, ia boleh menyebabkan saluran darah itu menjadi sempit, menyekatnya, seterusnya boleh menyebabkan strok. " kata Professor Levi.

Mengimbau kembali, Hughes mati apabila bola kriket terkena lehernya sehingga memecahkan arteri vertebra yang menyalurkan darah ke otak, menyebabkan pendarahan selepas dia tidak sedarkan diri.

Selepas perlawanan itu, Rousey terpaksa melalui pembedahan plastik di mukanya selepas dia diserang 3 kali berturut-turut disusuli dengan tendangan.

Ada suara kini sudah menyeru pelawan MMA untuk mula memakai pelindung kepala sementara perlawanan gelanggang diharamkan sepenuhnya di barat Australia.  

Dalam ulasan berita di laman lain, Rousey sama ada terpaksa berundur diri daripada MMA atau memerlukan paling tidak, sehingga lebih 6 bulan untuk pulih sebelum boleh kembali semula ke gelanggang.


Tendangan padu maut:  SINI  | 

Arteri vertebra





Penyakit arteri karotid ialah sejenis penyakit yang memberi kesan pada saluran yang membawa darah ke kepala dan otak (penyakit serebrovaskular), Seperti juga jantung, sel-sel otak juga memerlukan bekalan darah beroksigen secara berterusan. Bekalan darah ini dihantar ke otak melalui dua arteri karotid yang besar di depan leher dan dua saluran arteri vertebra kecil di belakang leher. Arteri vertebra di kiri dan kanan leher bersambung ke bahagian bawah pangkal otak untuk membentuk arteri basilar. Serangan strok biasanya berlaku apabila arteri karotid ini tersekat dan otak tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup.


Yang berkaitan dan perlu diketahui tentang arteri ini:   SINI  |  SINI  |    SINI  |  SINI  |  SINI   |  





No comments: