Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Biasanya kalau terserempak dengan mana-mana ejen insurans atau takaful di mana-mana gerai mereka dibuka, tidak kiralah dari syarikat mana pun, lebih ramai yang suka mengelak dari bertemu atau singgah walau sekejap ke meja mereka. Kenapa?! Apa yang mereka semua takut? Ejen insurans/takaful makan duit ke? Kenapa masyarakat kita tidak suka ambil insurans/takaful dari dahulu lagi sedangkan boleh pula berbuat demikian kalau beli kenderaan? Adakah sebab kenderaan diwajibkan ada insurans? Kenapa tidak berbuat demikian untuk melindungi nyawa sendiri dan sekeluarga? Adakah hanya akan ambil insurans kalau tinggal di luar negara sahaja sebab mereka mewajibkan mengambilnya? Cukupkah dengan hanya kenderaan ada insurans dan merasa nyawa pula tidak perlu diinsuranskan? Hinggakan kalau dihulur helaian risalah pun, diangkat tangan tanda menolak dan terus berlalu.
Yang ambil sahaja pun ada, kemudian sampailah ia ke dalam tong sampah. Sedih! Orang mahu berikan maklumat untuk bankitkan kesedaran, dia pilih untuk terus tidur!
Kalau ditanya sudah adakah kad perubatan atau seumpamanya, terus dipotong kata 'Dah ada.. dah ada', walhal entah-entah tiada langsung. Ke perlu tunggu kena langgar sampai cedera berdarah, bercalar-balar atau patah sana sini baru mahu fikir untuk ambil polisi perlindungan dan cari ejen insurans (Nauzubillah..)? Kalaulah buatnya selepas itu berlaku kemalangan dan terpaksa ke hospital pakar, bagaimana? Kena pula caj 5 angka, siapa hendak tolong bayar? Ada duit pelaburan beribu-ribu ke? Kalau ada, bolehlah keluarkan sebahagiannya untuk bayar. Kalau tiada, fikirlah sendiri.
Yang menipu dengan menjawab 'sudah ada' itu pun, kalau ditanya 'Boleh beritahu, apa ciri polisi yang encik ambil?", agaknyalah bagaimana reaksinya nanti? Telinga jadi panas berasap ke? Menyinga ke? Tergagap 'Err..err..err..' ke? Kalau begitulah keadaannya, memanglah kena duduk dahulu 5 minit di gerai insurans/takaful itu.
BILA MAHU SEDAR?!
Sudah selalu juga saya dengar rungutan daripada ramai ejen insurans/takaful tentang sikap orang ramai yang lebih suka hidup dengan budaya pemikiran tahap lama dan hanya pertimbangkan sesuatu di saat akhir atau selepas sudah terjadi hal-hal buruk.
Yang menipu dengan menjawab 'sudah ada' itu pun, kalau ditanya 'Boleh beritahu, apa ciri polisi yang encik ambil?", agaknyalah bagaimana reaksinya nanti? Telinga jadi panas berasap ke? Menyinga ke? Tergagap 'Err..err..err..' ke? Kalau begitulah keadaannya, memanglah kena duduk dahulu 5 minit di gerai insurans/takaful itu.
BILA MAHU SEDAR?!
Sudah selalu juga saya dengar rungutan daripada ramai ejen insurans/takaful tentang sikap orang ramai yang lebih suka hidup dengan budaya pemikiran tahap lama dan hanya pertimbangkan sesuatu di saat akhir atau selepas sudah terjadi hal-hal buruk.
Dalam kes perlindungan insurans/takaful ini, ada ejen mengumpamakan rakyat menganggap semua penyakit atau kemalangan hanya perlu ambil ubat seperti panadol. Ringkasnya, bila sudah sakit baru ambil, kalau sihat maka tidak perlu dan tinggalkan sahaja. Sudah banyak kali diingatkan dalam hal insurans/takaful ini, keadaannya BUKAN BEGITU dan selalu disarankan supaya ambil polisi ketika sihat, ambil polisi ketika sihat, ambil polisi ketika sihat, ... dan entah berapa kali lagi, malangnya keadaan pun masih sama. Orang masih cari ketika sakit. Bukannya tidak mahu tolong tetapi kalau sudah sakit baru hendak ambil, maka tidaklah dapat menolongnya.
Sebabnya industri perlindungan insurans/takaful sudah tetapkannya begitu dan supaya sebarang penyakit atau kemalangan yang berlaku ketika mana tidak diketahui di masa akan datang, dapat diberikan perlindungan. Supaya semua yang boleh dilindungi sebagaimana dalam senarai perlindungan dapat diberikan perlindungan jika ia berlaku nanti. Yang akan senang, anda juga (yang ambil polisi).
Bila dapat bil hospital yang beribu-ribu RM itu, pihak syarikat tolong bayarkan. Bila mahu dapatkan perlindungan untuk rawatan penyakit, pun syarikat tolong bayarkan. Sudah banyak kali juga hal ini didedahkan dalam akhbar supaya orang ramai sedar akan peri pentingnya.
Dalam Facebook pun, ramai ejen yang kongsikan perlunya ambil polisi insurans/takaful. Daripada semua ini, berapa ramai yang sedar dan pergi berjumpa ejennya untuk ambil polisi? Kenapa susah sangat untuk sedar dan bertindak dahulu sebelum berlaku keadaan lebih buruk? Adakah sikap masyarakat kita sendiri yang memang suka buat kerja di saat akhir? Susah sangatkah mahu faham peribahasa SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN?
No comments:
Post a Comment