MY FOLLOWERS

Wednesday, November 4, 2015

Artikel - Pelaburan Dalam Unit Amanah

Kredit kepada:  ASNB, KWSP, PBSN, Blog Zam Saham, Unit Amanah Islam, Blog Ahmad Humaizi
Gambar ihsan:Google Images


Assalamualaikum.....



Unit amanah ialah satu unit pelaburan yang memang dibuka kepada semua orang awam untuk membantu mereka bukan setakat untuk menyimpan tetapi juga untuk mengembang dan memperbanyakkan lagi wang simpanan. Berbanding menyimpan di bank-bank simpanan yang biasa, unit amanah memberikan pulangan dalam bentuk peratusan pulangan yang lebih tinggi. Biasanya pulangan adalah setahun sekali, sekitar bulan Jun, Julai atau Ogos, tetapi ada juga keadaan bila pulangan itu diberikan lebih daripada sekali.

Yang perlu dibuat oleh orang ramai ialah berjumpa dengan mana-mana ejen unit amanah dan membuka akaun. Minimum pelaburan adalah RM1000.00 sahaja dan setakat diketahui sehingga hari ini, tiada had berapa jumlah maksimumnya.

Bila melabur bermakna bukan setakat memasukkan jumlah duit, tetapi juga membeli sejumlah unit saham dana berkenaan. Berapa jumlah unitnya adalah bergantung kepada jumlah RM yang anda masukkan dan harga seunit ketika itu. Kalau ketika itu harga seunit turun (murah), maka banyaklah unit anda akan dapat. Begitulah seterusnya. Setiap dana, harga seunit sahamnya berbeza-beza. Anda perlu rujuk ejen anda untuk maklumat lanjut mengenainya. Taktik dan strategi untuk menjana pendapatan itu adalah terpulang kepada anda.


Contoh kiraan 1:
Jumlah masuk = RM10,000
Harga seunit ketika itu = RM0.33426

Jumlah unit = 10,000 x 0.33426 = 3342.6 unit

Contoh kiraan 2:
Jumlah masuk = RM10,000
Harga seunit ketika itu = RM0.25135

Jumlah unit = 10,000 x 0.25135 = 2513.5 unit



Orang ramai yang mahu melabur perlu tahu, ada beberapa cara untuk membuat pelaburan ini:

Secara tunai/cash (bukan dalam bentuk wang kertas) boleh dibuat sama ada menggunakan cek, draf bank/bank draft, menolak secara bulanan daripada akaun simpanan atau menggunakan KWSP Akaun 1. 

Pelaburan boleh dibuat sama ada untuk persendirian atau untuk syarikat korporat.


Cara kiraan

Gunakan formula ini:

FV = PV x (1 + i)^n        [baca: kuasa 'n']

FV = Future Value (nilai akan datang)
PV = Present Value (nilai sekarang)
i = interest rate p.a. dalam % (nilai interest setahun)
n = years (tahun)

Formula ini sesuai digunakan untuk pelaburan dengan peratus pulangan yang tetap. Boleh juga kira untuk pinjaman


Contoh kiraan:

Pelaburan hari ini = RM200,000.00

FV = 200,000 x (1 + 0.12)^3 = RM280,985.60


Kalau dalam kes pinjaman/loan, biasanya bank tetapkan kadar peratusnya. Jadi nilai i tidak berubah. Sedikit bezanya, selepas dapat tahu nilainya yang akan datang, boleh terus kira berapa jumlah perlu dibayar setiap bulan untuk tempoh berkenaan.


Contoh kiraan:

FV = 30,000 x (1 + 0.04)^7 = RM39,477.95     [Nilai PV adalah jumlah dipinjam]

Bagi tempoh n = 7 tahun, maka 12 x 7 = 84 bulan


Maka, jumlah kena dibayar balik kepada bank setiap bulan

= 39,477.95 / 84 bulan
= RM470.00



Bagaimana pula dengan keadaan pelaburan yang mempunyai kadar peratusan i yang berubah-ubah setiap tahun?

Hanya perlu buang 'n' daripada formula. Akan guna formula begini:

FV = PV x (1 + i)

FV = Future Value (nilai akan datang)
PV = Present Value (nilai sekarang)
i = interest rate p.a. dalam % (nilai interest setahun)


Contoh kiraan: 

Katakanlah setiap tahun nilai i begini (ikut pada graf prestasi dana)

i1 = 10.3%
i2 = 12.6%
i3 = 8.4%
i4 = 9.2%

Tahun 1: FV = 250,000 x (1 + 0.103) = RM275,750.00     [PV adalah jumlah mula melabur]

Tahun 2: FV = 275,750 x (1 + 0.126) = RM310,494.50

Tahun 3: FV = 310,494.50 x (1 + 0.084) = RM336,576.04

Tahun 3: FV = 336,576.04 x (1 + 0.092) = RM367,541.04


... dan begitulah seterusnya.
 

Untuk menggunakan cara KWSP Akaun 1, orang ramai tidak perlu takut kerana bukan semua jumlah dalam Akaun 1 itu akan dilaburkan. Jumlahnya sangat kecil dan akan ditolak daripada akaun itu hanya setiap 3 bulan. Untuk tahu kiraannya, mula-mula sekali kena tahu formula yang digunakan. Dalam laman KWSP juga dinyatakan formula ini:

Jumlah pelaburan KWSP (Akaun 1) = (Jumlah sebenar simpanan di Akaun 1 - Jumlah simpanan asas ikut umur) x 20%

Jumlah sebenar simpanan di Akaun 1: Yang ini, perlu semak dengan KWSP berapa jumlah yang ada sudah ada di Akaun 1
Jumlah simpanan asas ikut umur: Yang ini adalah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KWSP. Semua unit amanah ada jadual yang sama (lihat jadual di atas). Boleh juga RUJUK SINI

Tips mudah,

(Jumlah sebenar simpanan di Akaun 1 - Jumlah simpanan asas ikut umur) = lebih daripada RM5000




Contoh kiraan 1:
Umur 39 tahun
Jumlah sebenar simpanan di Akaun 1 = RM74,918.00
Jumlah simpanan asas ikut umur (rujuk jadualnya) = RM64,000

Maka;

Jumlah pelaburan KWSP (Akaun 1) = (74,918.00 - 64,000) x 20% = RM2183    
[minimum = RM1000, maka boleh buat pelaburan]


Contoh kiraan 2:
Umur 32 tahun
Jumlah sebenar simpanan di Akaun 1 = RM38,256.00
Jumlah simpanan asas ikut umur (rujuk jadualnya) = RM34,000

Maka;

Jumlah pelaburan KWSP (Akaun 1) = (38,256.00 - 34,000) x 20% = RM851     
[minimum = RM1000, maka tidak boleh buat pelaburan]


Bila masuk dalam pelaburan, ke mana duit itu akan pergi?

Sebagai umat Islam, pastinya dana-dana patuh syariah adalah pilihan. Orang ramai boleh dapatkan maklumat terperinci daripada ejen masing-masing berkenaan dana-dana tersebut. Anda boleh minta ejen anda tunjukkan profail berkaitan dan prospektus induk (master prospectus) yang terbaru. Ini kerana prospektus induk ini seperti majalah berkala dan antara perincian dinyatakan di dalamnya ialah senarai dana yang terlibat sama ada yang patuh syariah (syariah compliant) dan yang konvensional, rekod prestasi setiap dana (fund performance) berserta graf-graf dan carta serta jadual, destinasi duit anda dilaburkan (contohnya; TNB, Petronas, Sime Darby, dll. ) dan banyak lagi.


Bila diumumkan peratus pembahagian setiap tahun, apa seterusnya?

Para pelabur perlu beri perhatian berapa jumlah peratusnya kerana itu akan memberi isyarat berapa peratus keuntungan anda akan dapat daripada jumlah pelaburan yang anda buat. Jumlah berkenaan, anda boleh pilih sama ada untuk masukkannya kembali ke dalam akaun pelaburan unit amanah anda atau masuk ke dalam akaun peribadi anda. Manalah tahu pada waktu itu, anda mahu gunakan duit..hehehehe

Kalau anda pilih untuk masukkan semula ke dalam akaun unit amanah, maknanya anda laburkan semula keuntungan itu bersama jumlah pelaburan anda yang sedia ada. Ini dipanggil reinvesting.

Maka jumlah pelaburan bertambah, begitu juga dengan jumlah unit saham anda.



Nampak macam banyak sangat untuk difahami, tetapi percayalah, ia tidaklah sesusah mana. Apa yang orang ramai perlu ada ialah duit dalam akaun. Permohonan untuk pelaburan juga tidaklah serumit memohon pelan takaful/insurans. Dalam industri takaful.insurans, banyak perlu ditimbangkan dahulu sebelum memohon, antaranya gaya hidup, risiko pekerjaan diceburi, penyakit sedia ada, pengalaman kemalangan, status merokok, indeks jisim badan (BMI), dan sebagainya.



Sumber rujukan:    SINI  |  SINI  |  SINI  |  SINI  |  SINI  |  SINI  |  SINI  | 

No comments: