Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Setelah pulang dari bertemu Pengembala, Awang kembali ke rumah dan meneruskan kerjanya seperti biasa. Sambil itu, tawaran daripada Pengembala mula dipertimbangkan sama ada mahu menyertai rombongan dagang yang baru atau tidak. Kalau mahu, maka Awang kenalah maklumkan pada nakhoda kapal Merah Suria yang dinaiki Awang sebelum ini. Sekadar mengkhabarkan bahawa dia mahu merantau dengan rombongan baru. Nakhodanya seorang wanita yang dahulunya pernah hidup susah di pelabuhan untuk dapatkan kerja untuk sara hidupnya. Kini sudah ada kapal sendiri, ramai anak kapal dan sudah merantau ke merata tempat. Ya, Awang sudah putuskan untuk bersama rombongan dagang baru dengan kapal dagang Putih Merbuk, dengan hajatnya mahu bekerja dan dapatkan ganjaran untuk diisi dalam periuknya.
"Bukankah periuk ini yang kau gunakan ketika bekerja untuk orang kampung dahulu?" tanya Pengembala.
"Ya, dan aku masih boleh dapatkan walaupun sedikit lagi hasilnya dalam periuk ini sebab perjanjian antara Ketua Kampung dan Pedagang itu." jawab si Awang.
"Bila aku boleh tengok hasilnya? Aku cuma ingin tahu, itu pun kalau kau tak keberatan untuk tunjukkannya." ditanya lagi.
"Entahlah. Berilah aku sedikit masa. Pembantu Ketua Kampung pula, sepertinya mahu mengusir aku daripada perdaganganku selama ini dengan orang-orang kampung itu." jawabnya si Awang dengan nada sedikit kecewa.
"Berapa lama lagi? Aku cuma berfikir untuk bantu kau, bukankah lebih baik jika ada lebih daripada satu bekas untuk simpan hasil kerja kau? Perlukah kau berharap untuk gunakan periuk itu selama-lamanya?" disoal balas lagi.
"Aku masih gunakan periuk ini bukan sebab apa, cuma sebab ia sudah banyak berbakti kepada aku selama ini. Mana mungkin aku buangkannya segitu sahaja. Lainlah kau, ada periuk kawah. Lagi besar." balas si Awang.
"Alang-alang seluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang sudah di sini, biarlah aku tolong kau kali ini." ajak si Pengembala, kali ini dengan gembiranya. Sebab sudah memang kerjanya suka membantu orang.
"Tolong apa?" tanya Awang, sedikit hairan.
"Kau kerjalah di kapal Putih Merbuk ini, kau pun akan ada satu periuk kawah. Nanti bolehlah kau jadi seperti aku, kita berdagang sama-sama, jadi kaya sama-sama. Hasilnya nanti bolehlah kau isi dalam periuk kawah kau itu. Berdagang bersama warga kapal ini agak senang. Ramai yang sudi bantu. Mahukah kau bersama aku?" tawar pula si Pengembala.
Tambahan lagi, Awang ingat pernah ikut bersama Pengembala dalam satu urusan dagang di kampung lain. Maka nampaklah cara untuk melakukannya. Mudah sahaja dan tidak banyak songeh.
Maka, tawaran sudah di depan mata, macam orang mengantuk disorong bantal. Dia hanya balas ringkas, "Mahu."
Pengembala kemudian memperkenalkan Awang pada Tuan Nakhoda kapal Putih Merbuk. .....

No comments:
Post a Comment