MY FOLLOWERS

Thursday, November 12, 2015

Sekadar Luahan - Bilalah Nak Sedar ... 2

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



Ingatkan kalau jumpa ejen insurans/takaful sahaja, rupanya bila jumpa ejen pelaburan pun macam itulah juga. Pernah sekali ketika di gerai jualan, ada pelanggan datang tengok risalah dan kit jualan pelaburan. Tidak sampai berapa saat dibelek-belek, terus dijawab 'Takde duit'. Ye ke 'takde duit'? Sekali tengok dari rupa luaran, nampak berada. Tipu betul!  

Industri pelaburan pula berperanan antaranya menyediakan kemudahan (financial instrument) untuk para pelabur menambah dan menggandakan simpanan mereka untuk kegunaan di masa akan datang, untuk jangka masa sederhana dan panjang. Biasanya 5 tahun ke atas. Yang penting, ada pelaburan minimum RM1000. Tidak kiralah apa matlamat pun, untuk pergi haji, pendidikan, kesihatan, perlindungan, semua boleh. Sebelum duit dalam akaun pelaburan itu bertambah, masih ada masa lagi untuk merancang simpanan.

Bukannya susah pun. Kalau simpan sedikit demi sedikit setiap bulan, jumlah pun akan bertambah juga. Katakanlah dalam akaun pelaburan sudah ada beberapa ribu RM, setiap bulan pula simpannya RM200 sebulan, maka setahun akan jadi RM2400. Kalau pulangan pelaburan setahun sekali, dapatlah hasilnya dan sempatlah untuk tambah pelaburan juga. 

Kalau pulangan lebih daripada sekali setahun, kiralah sendiri jumlahnya kalau pelaburan dibuat untuk 5 tahun atau lebih lama. Sebelum ini sudah ada cerita tentang seorang pembantu perubatan perempuan yang berjaya memiliki rumah sendiri hasil daripada pelaburan di unit amanah. Agaknya seawal bila dia melabur untuk dapat hasil sebegitu ketika masih muda? Pelaburan perlukan masa untuk dapatkan hasil yang besar tetapi penantiannya berbaloi kerana peratus pulangannya lebih tinggi daripada simpanan di bank-bank biasa, purata 8-15% setahun. Ada juga masa, akan lebih tinggi. 




Kalau mahu lagi baik, buatlah pelaburan ketika masih muda, atau ketika masih kecil bagi kanak-kanak. Boleh tolak serendah RM100 setiap bulan ke akaun pelaburan.  Adakah menolak RM100 sebulan itu sangat susah? Kalau si pembantu perubatan itu sudah membuktikan boleh melakukannya, di mana susahnya bagi mereka yang bergaji rendah dan sederhana untuk buat pelaburan jangka panjang? 

Perlukah terkial-kial lagi pergi ke bank untuk dapatkan pinjaman untuk beli rumah atau untuk besarkan perniagaan sedangkan instrumen kewangan sudah disediakan untuk semua orang bertindak lebih awal? Berapa ramai yang sedar dan mula melabur?


Kepada yang belum melabur, BILA MAHU SEDAR?!

No comments: