MY FOLLOWERS

Tuesday, November 3, 2015

Kesihatan - Mana Yang Bahaya, Minuman Panas atau Sejuk?

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum...........





Minuman panas atau minuman sejuk yang merbahaya?

Kebanyakan kita di Malaysia tidak mengamalkan meminum minuman sejuk atau berais disebabkan kononnya boleh mendatangkan banyak penyakit. Jadi kebanyakan antara kita lebih memilih untuk mengambil minuman yang panas. Sebenarnya teori atau rancangan Yahudi sudah mendahului agama kita, kita terpedaya dengan pelbagai teori dari Barat sedangkan kita ada panduan daripada al-Quran dan hadis yang tidak akan luput ditelan zaman. 

Tahukah kita bahawa sains menjumpai satu keputusan berkenaan minuman sejuk yang kononnya dikatakan berbahaya kepada kesihatan dalaman manusia. Keputusan itu jauh ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan al-Quran dan as-Sunnah. 

Dari Urwah Bin Zubair RA berkata: "Bahawasannya pernah beliau (Asma bin Abu Bakr membuat tsarid, beliau kemudian menutupnya sehinggalah asap panasnya hilang. Kemudian berkata dia, "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w. pernah berkata, "Sesungguhnya itu menambahkan baraqah." (Musnad Ahmad no 26958. Dinilai sohih oleh Sheikh Nasiruddin Al Bani dan dinilai Hassan oleh Syuaib Al Arnauth)

Mari kita baca sedikit sebanyak tentang kelebihan yang terdapat pada ais “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais itu tidak baik untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan di dalam keburukan. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. 

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. 

Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. 

Ais amat diperlukan oleh mana mana atlet sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang bahaya seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. 

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. 

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. 

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut. 

Kononnya mengamalkan minuman sejuk boleh menyebabkan risiko mati pucuk bagi lelaki, tetapi tidak ada keputusan daripada saintis mahupun DR yang mengatakan demikian. Melainkan petua-petua orang terdahulu yang tidak mempunyai fakta. Walhal ia hanya pantang larang dan pendapat mereka sendiri tapi bila terbiasa didengar hingga sekarang, orang akan anggap ianya benar dan tepat.





No comments: