MY FOLLOWERS

Thursday, November 12, 2015

Artikel - Investment Talk di PMB Center 7.11.2015

Kredit kepada: PMB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Investment Talk diadakan pada hari Sabtu, 7.11.2015 di pejabat Public Mutual Berhad, Kuala Terengganu jam 3 petang. Menampilkan penceramahnya Haji Baharin dan Hajah Normah berkongsi dengan peserta mengenai beberapa perkara yang perlu diketahui tentang unit amanah atau unit trust. 

Unit trust ialah satu unit yang memberikan peluang kepada orang ramai yang berminat untuk melaburkan sebahagian wang simpanan mereka untuk dikembangkan sebagai persediaan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Tidak terhad kepada tujuan simpanan sahaja, tetapi duit yang sudah banyak berkembang itu nanti boleh digunakan antaranya untuk membiayai pengajian anak-anak, keperluan kesihatan, membina atau menaik taraf rumah, atau menampung keperluan ekonomi keluarga di masa akan datang. 

Turut dikongsi ialah satu formula asas untuk pelaburan iaitu 

n = 72 / i

Formula ini penting kerana ia ada kaitan dengan inflasi dan nilai wang simpanan di masa akan datang. Contoh yang diberi ialah 

i = 12% 

maka n = 6 tahun.

Katakanlah, dalam simpanan sekarang ada RM100,000 

Jika berlaku inflasi, maka akan berlaku pengurangan separuh bagi nilainya pada jangka masa n tadi dan i = -12% sebab turun. Dalam kes ini, ialah 6 tahun. Maka selepas 6 tahun nilai RM100,000 tadi akan jadi RM50,000 kemudian jadi RM25,000 dan seterusnya RM12,500.. seterusnya  seterusnya....

Duit itu masih berjumlah RM100,000 cuma dari segi nilai, ia akan berkurang.

Jika berlaku pulangan pula, maka nilai akan jadi 2 kali ganda (double) selepas tempoh n tahun dan i = +12% sebab menaik. Maka nilainya akan jadi RM200,000 selepas 6 tahun, kemudian RM400,000 kemudian RM800,000.....seterusnya  seterusnya...


Peluang juga dibuka kepada para peserta berkongsi pengalaman bersama klien mereka berkaitan pelaburan.  


No comments: