MY FOLLOWERS

Thursday, November 26, 2015

Kesihatan - Peminum Kopi Jarang Mati Akibat Sesetengah Penyakit

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Menurut pengkaji di Amerika Syarikat, mereka yang minum 3 atau 5 cawan kopi sehari kurang kemungkinan menghadapi kematian pramatang daripada penyakit seperti sakit jantung, bunuh diri, diabetes atau Parkinson. Kedua-dua jenis kopi berkafein atau kurang kafein mempunyai kebaikannya, seperti dinyatakan dalam kajian di Sekolah Kesihatan Awam di Universiti Harvard yang diterbitkan dalam jurnal Circulation edisi ke-16.   




Kajian berkenaan juga membandingkan mereka yang tidak minum kopi atau minum kurang daripada 2 cawan kopi sehari, dengan mereka yang minum sehingga 5 cawan kopi. Kajian tidak membuktikan kesan pengambilan kopi dan berkurangnya kemungkinan terkena penyakit namun mendedahkan kaitan jelas yang sejajar dengan kajian sebelumnya, dan saintis memang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya.  

"Kompaun bioaktif dalam kopi mengurangkan rintangan insulin dan inflamasi sistematik. Itu menjelaskan sebahagian penemuan. Walaubagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan bagi mengetahui mekanisma biologi yang menghasilkan kesan ini." kata Ming Ding, penulis pertama dan pelajar perubatan di Jabatan Nutrisi. 

Tiada kesan perlindungan menentang kanser ditemui dalam kajian ini. Sesetengah kajian lepas menunjukkan kaitan antara pengambilan kopi dan risiko yang rendah bagi sesetengah kanser. Kajian adalah berdasarkan data-data yang dikumpul daripada 3 kaji selidik yang besar melibatkan 300,000 jururawat dan di kalangan profesional kesihatan yang bersetuju menjawab soal selidik  tentang keadaan kesihatan mereka sendiri dan kebiasaan di waktu lapang bagi tempoh 30 tahun.  
 
"Dalam kajian berkenaan, pengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan risiko kematian rendah disebabkan penyakit kardiovaskular, diabetes, Parkinson dan bunuh diri," menurut kajian berkenaan.
 
Kajian berkenaan juga mengambil kira faktor-faktor lain seperti tabiat merokok, BMI (indeks jisim tubuh), senaman, pengambilan alkohol, dan diet. Hakikatnya kajian bergantung kepada kaji selidik yang dilaporkan, menimbulkan persoalan tentang kebolehpercayaannya. Namun, pakar memberi amaran kopi mungkin bukan untuk semua orang.  
 
"Pengambilan kopi secara biasa boleh dimasukkan sebagai sebahagian diet yang sihat dan seimbang. Walaubagaimanapun, sesetengah populasi seperti wanita hamil dan kanak-kanak perlu diingatkan tentang pengambilan kafein yang tinggi dalam kopi dan sumber lain." kata penulis Frank Hu, juga professor di bahagian nutrisi dan kajian epidemik di Harvard. 



Sumber penuh kesegaran:  SINI  |  



No comments: