MY FOLLOWERS

Saturday, February 22, 2014

Kesihatan - Diabetes Tahap 2

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Diabetes berlaku apabila tubuh seseorang itu tidak lagi dapat mengawal tahap glukos seperti sedia biasa. Glukos merupakan gula dalam bentuk yang paling asas dan bahan bakar terpenting dalam badan. Ia diperolehi daripada sumber seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat. Sistem penghadaman badan akan menukarkan nutrien daripada makanan dan minuman yang diambil kepada glukos yang akan diserap ke dalam aliran darah dan diangkut dalam sel-sel badan, tetapi untuk membolehkan glukos ini sampai ke sel-sel dalam tubuh memerlukan insulin. Malangnya, kadangkala tubuh akan berhenti menghasilkan insulin (diabetes tahap 1) atau tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup (diabetes tahap 2) yang akan mengakibatkan glukos kekal dalam aliran darah tanpa dapat dihantar ke sel-sel untuk ia berfungsi.

Apabila kadar gula dalam darah di tahap tinggi, ia turut menjejaskan fungsi sistem yang lain. Diabetes akan menggandakan risiko pesakit untuk menghidap sakit jantung dan serangan jantung, berdepan komplikasi seperti kegagalan jantung dan angina, strok, kegagalan sistem saraf, menjejaskan penglihatan dan mati pucuk. _Seseorang itu menghidap diabetes tahap 2 apabila tubuh menjadi 'penghalang' kepada insulin yang menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak lagi insulin tetapi tidak cukup. Antara punca utamanya ialah faktor keturunan, kegemukan dan tahap aktiviti dilakukan. Contohnya orang yang banyak duduk dengan BMI lebih 25, berisiko lebih 50% menghidap diabetes tahap 2. Mereka yang mempunyai BMI bawah 24 hanya ada 12% peluang menghidap jenis ini. 



Kajian menunjukkan mengubah cara hidup membantu mengangani masalah ini sehingga pada satu tahap, pesakit tidak perlu lagi mengambil apa-apa ubat diabetes. 2 cara utama untuk melawan diabetes iaitu kurangkan berat badan dan senaman. 

Mengurangkan berat badan akan memberika kesan positif pada kadar kolesterol, tekanan darah dan risiko sakit jantung. Kurang berat badan waaupun sebanyak 7% sudah mengurangkan kadar diabetes sebanyak 58%. Jika anda seorang yang suka ke gym dan senaman, kombinasi aktiviti kardio dan latihan kekuatan menunjukkan pengurangan pada tahap glukos dalam darah. Senaman selama 150 minit seminggu mampu memberikan manfaat pada tahap yang terbaik. 

Dalam satu kajian dijalankan, pengkaji terpaksa menghentikan kajian lebih awal kerana pesakit pradiabetek telah mengubah cara hidup mereka dan mengurangkan risiko yang mereka hadapi kepada separuh. Senaman, diet dan pengurangan berat adalah 'ubat' yang berkesan bagi melawan diabetes.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: