MY FOLLOWERS

Friday, February 7, 2014

Artikel - Animatronik Moden

Kredit kepada: Industry Tap
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Peradaban manusia begitu cemerlang dalam menghasilkan imej manusia dan haiwan dalam bentuk lukisan dan patung lilin muzium tetapi masih kurang dalam penghasilan pergerakan semulajadi bagi makhluk hidup. Walt Disney merupakan peneraju utama dalam bidang animatronik sejak 1960an, memperkenalkan audio animatronik pertama pada 1963 namun sebenarnya idea ini sudah bermula sejak seawal Leonardo da Vinci memperkenalkan singa yang diautomasikan bagi Francois I, Raja Perancis pada 1515. 

Animatronik moden menggunakan mekatronik, gabungan mekanikal, elektrikal, elektronik dan kejuruteraan komputer untuk mencipta objek yang dianimasikan atau yang sebenar. Bidang animatronik banyak digunakan dalam industri hiburan, rekaan objek di taman tema dan industrik pengiklanan menerusi CGI dan kaedah 'stop motion' bagi menghasilkan pergerakan. 

Kini bidang animatronik menjadi semakin realistik daripada sebelumnya. Pengesan elektronik, kawalan komputer dan kawalan operasi adalah di antara yang dikembangkan dalam bidang ini. Penggunaan sistem pneumatik atau hidrolik dan elektronik membolehkan pergerakan lebih realistik dihasilkan.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: