MY FOLLOWERS

Tuesday, February 11, 2014

Sekadar Luahan - Kes Drawing Yang Double Standard?

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

Ada juga ke? Asalnya bermula bila kita minta beberapa spesifikasi untuk lukisan binaan kediaman, kalau tidak silap ia berkenaan ukuran dalam unit mm bagi ketebalan plaster dinding serta beberapa ukuran tetap bagi bahagian lain. Contohnya ketebalan plaster, tinggi dari aras lantai (finish floor level) ke tapak dalam tanah serta beza kedalaman lantai bagi dapur ke tandas. 




Semua ini bukan sahaja untuk dimuatkan dalam lukisan pelan binaan bangunan tersebut tetapi juga untuk lukisan perincian keratan rentas bahagian yang terlibat, yang turut perlu tunjukkan keratannya hingga ke bawah tapak (foundation) dalam tanah. Yang jadi bisingnya bila ada orang lain turut minta spesifikasi yang sama dengan kita tetapi dapatnya lain. Aikk? Apa cerita? Kita minta, dapat lain. Orang minta, dapat lain.

Ada juga kes double standard... Hhmmm...

No comments: