MY FOLLOWERS

Monday, February 17, 2014

Sekadar Luahan - Pemergian ........

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....





Belum pernah seumur hidup sebelum ini menerima berita pemergian 2 saudara terdekat dan kenalan dalam tempoh seminggu. Entahlah, mungkin juga ada hikmah dan peringatan yang Allah mahu sampaikan. Baru minggu lalu mendapat khabar berita pemergian saudara di Pasir Puteh. Nasib baik juga kerana ketika itu sedang bercuti semester selama seminggu kerana kolej sedang mengadakan peperiksaan bagi pelajar semester lain. 

Baru cukup seminggu, baru tengah hari tadi dan tidak sampai 5 minit melayari FB, dapat pula status daripada seorang junior yang sama-sama menuntut di sekolah dahulu menyatakan pemergian seorang rakan seangkatannya. Penulis memang kenal dengan arwah kerana pernah bertemunya semula ketika masing-masing di IPT walaupun dalam bidang pengajian berbeza.

Kemudian, dapat pula sms daripada ahli keluarga menyatakan seorang lagi saudara pula menyusul, cuma kali ini tidak dapat hadir kerana jauh. 

Segala kenangan manis dan yang baik-baik itu akan sentiasa dalam ingatan buat semua kawan dan kenalan yang masih hidup dan merindui saat-saat tersebut ketika bersama arwah dahulu. Seandainya ada sebarang kekhilafan adalah dimaafkan..

Didoakan semoga semua yang telah pergi ini mendapat rahmat di sisi-Nya.. 

al-Fatihah.............

No comments: