MY FOLLOWERS

Tuesday, February 11, 2014

Artikel - Ganti Lower Arm dan Drive Shaft Bila Getah Pecah

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Masalah pada drive shaft bukan semestinya bila berlaku gegaran ketika membelok yang menandakan ia perlu diganti. Kena perhatikan juga pada bahagian getahnya atau dikenali juga sebagai drive shaft boot. Satu tanda bila perlu diganti ialah bila terdapat kesan minyak gris pada getah berkenaan yang menunjukkan getah berkenaan telah rosak atau pecah. Selain itu, keadaan getahnya juga seperti keras yang menunjukkan ia tidak begitu baik lagi. Jangan kerana anda rasakan drive shaft berkenaan masih elok dan tiada gegaran ketika memandu, maka anda hanya gantikan getahnya sahaja. Buang masa kerana bila tiba masanya nanti anda kena gantikan drive shaft berkenaan sekali dengan getah (boot)nya. Sebabnya sebatang drive shaft telah dilengkapkan sekali dengan getah (boot). Dua kali kerja pula, duit pula melayang...


Kesan minyak pada bahagian getah yang pecah



Bahagian skru penyambung pada lower arm tanpa getah


Getah pada lower arm yang sudah tercabut


Drive shaft boot yang masih elok




Pengalaman kali ini sama dengan yang lepas bila perlu gantikan drive shaft yang baru. Berbezanya perlu ganti juga bahagian lower arm pada kedua belah tayar, juga dengan sebab getahnya pecah dan terdapat kesan minyak gris pada skru penyambungnya. Diterangkan, minyak gris berkenaan terdapat pada skru yang ditutup dengan bahagian getahnya. Bila getah pecah, minyak gris berkenaan akan terdedah dan akan kering. Bila ini berlaku dan lambat ditukar, dikhuatiri akan bawa kepada masalah lain pula. Selain itu, bila drive shaft ditukar, maka minyak gear juga perlu tukar baru.  

Menurut pomen, untuk tahu paras minyak gear dalam keadaan baik, bukan ketika enjin dimatikan tetapi hidupkan enjin dahulu dan gear pada kedudukan N (neutral). 

No comments: