Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Bagi penggemar kopi, lupakan semua yang anda pernah dengar tentang dehidrasi disebabkannya. Kajian terbaru menyatakan ia tidaklah menyebabkan dehidrasi seperti air. Pengkaji dari Universiti Birmingham membuat kajian ke atas 50 peserta yang sihat yang separuh daripadanya minum 4 cawan kopi sehari bagi 3 hari berturut-turut. Kumpulan ke-2 pula minum 4 gelas air sehari. Kedua-dua kumpulan ini kemudiannya diberikan diet terkawal dan diarahkan tidak membuat aktiviti fizikal selain berjalan. Mereka kemudian bertukar diet selepas 10 hari.
Selepas melihat hasilnya, didapati tiada perubahan antara kedua kumpulan berkenaan. Walaubagaimanapun, pengkaji tidak pasti sama ada ia memberikan kesan yang sama ke atas wanita kerana pengaruh hormon yang mungkin memberikan kesan ke atas keputusan kajian.
Satu kajian lain yang dijalankan pada 2012 oleh pengkaji dari National Cancer Institute di USA orang dewasa yang meminum kopi sama ada berkafein atau tidak, menikmati hidup lebih panjang berbanding mereka yang tidak. Dalam kajian lain, pengkaji dari Universiti Ruhr di Jerman mendapati kopi membantu minda membuang perkara negatif dan memfokus pada yang positif.
Kajian pada 2011 pula menyatakan wanita yang minum 2 atau lebih cawan kopi sehari kurang berdepan dengan depresi. Walaupun masih kurang jelas akan perkara ini, pengkaji berkata ia mungkin ada kaitan dengan kesan kafein pada keadaan kimia otak. Hasil kajian ini diterbitkan dalam Archives of Internal Medicine datangnya daripada kajian yang dilakukan ke atas lebih daripada 50,000 orang wanita.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment