Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Ruangan Sekadar Luahan ini bukan sahaja sebagai ruang bebas yang tidak tertakluk kepada luahkan perasaan atau emosi sahaja malah sebagai ruang seperti diari serta medium untuk mencurahkan buah fikiran atas perkara-perkara yang difahami. Perkara yang dicurahkan di ruangan ini juga boleh jadi pelbagai contohnya yang melibatkan profesionalisme dalam pekerjaan, yang menyentuh topik sains dan ilmu-ilmu lainnya, yang lawak, yang menyakitkan hati, dan sebagainya. Bukanlah juga ruangan ini ditulis berdasarkan idea hanya daripada penulis sahaja, ada juga dipetik daripada pengalaman kawan-kawan dan mereka-mereka yang terdekat. Setiap orang punya jalan hidup dan pengalaman yang berbeza, dan pastinya banyak perkara menarik boleh dikongsi. Ibarat kalau tengok buku yang menghimpunkan pelbagai kisah pendek di dalamnya, setiap kisah datangnya daripada penulis dan pencerita yang berbeza. Penulis buku berkenaan hanya tuliskan kembali untuk dibukukan. Begitulah keadaannya ruangan ini. Semuanya dikongsikan sebaik mungkin supaya apa yang berlaku boleh diambil sebagai panduan dan pengajaran buat diri sendiri dan pembaca.
No comments:
Post a Comment