MY FOLLOWERS

Friday, February 7, 2014

Berita - Jambatan Purba aka Adam's Bridge

Kredit kepada: Industry Tap, Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Pihak NASA berjaya merakamkan satu imej jambatan purba misteri yang menghubungkan India dan Sri Lanka. Jambatan ini dikatakan boleh dilalui secara berjalan kaki sehingga 1480 SM apabila angin siklon bertiup di sekitarnya. Jambatan ini yang baru ditemui didapati diperbuat daripada rantaian batu kapur. Lengkungan unik dan komposisi mengikut usianya mendedahkan ia dibuat oleh manusia. Jambatan ini dinamakan Adam's Bridge dan sebelum ini dikenali sebagai Ram Setu adalah sepanjang 30 km.  

Maklumat ini merupakan aspek penting untuk kefahaman tentang legenda misteri dipanggil Ramayana, menurut legenda  jambatan itu dibina di bawah pengawasan Tuhan Rama yang sepatutnya menjadi penjelmaan daripada yang tertinggi. Jambatan ini menghubungkan hujung Dhanushkodi di pulau Pamban, India dan hujung pulau Mannar di Sri Lanka. Kedalaman air antara kawasan ini hanya sekitar 3 hingga 30 kaki. Disebabkan perairannya cetek, jambatan ini menimbulkan masalah dalam pelayaran kapal-kapal besar dan mereka tidak boleh melakukan perjalanan di perairan cetek saluran Pamban itu. 

Penemuan ini bukan sahaja penting kepada para ahli arkeologi, tetapi ia juga membuka peluang kepada dunia untuk mengetahui sejarah purba yang berkait dengan mitos India. 



KLIK SINI dan KLIK SINI untuk artikel penuh.





No comments: