MY FOLLOWERS

Sunday, June 7, 2015

Kesihatan - Mengurangkan Stres Dengan Seni Beladiri - II

Kredit kepada: Wikihow
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 



5: Sediakan diri untuk terdedah kepada ketakutan


Dalam seni beladiri, bila tahu anda akan berdepan dengan lawan, anda akan hadapi situasi yang akan bangkitkan perasaan takut termasuk rasa takut disakiti secara fizikal. Pendedahan ini bagus kerana menerusi latihan berterusan berdepan dengannya akan membantu anda untuk mengurangkan rasa takut ini sedikit demi sedikit dan membantu membuangkan sebarang perkara yang membawa ketakutan daripada diri anda, seperti perasaan tidak selamat, tidak yakin, atau tidak mampu pertahankan diri. Dari sudut tekanan, pendedahan digabungkan bersama belajar bagaimana untuk bertindak balas secara efektif akan mula mengurangkan tahap kebimbangan anda selain membolehkan anda berlatih bertindak secara logik dan tenang. 

Stres akan muncul bila anda takut akan sesuatu yang buruk berlaku pada anda walaupun kesakitan itu baru di tahap imaginasi, kerana kebiasaannya kita berasa tidak mampu pertahankan diri. Latihan dalam seni beladiri boleh memberi keyakinan untuk mula percaya bahawa walaupun perkara buruk berlaku, anda sudah bersedia dengan sedikit kemahiran untuk bertindak dan mempertahankan diri, bukan sekadar persediaan fizikal tetapi persiapan mental yang jelas.

Jika anda sudah berundur dan tidak mendesak, kemahuan untuk mengelakkan konflik boleh meningkatkan simptom stres kerana tahap kebimbangan anda membuatkan anda tidak berupaya bertahan dengan pemberi tekanan di sekitar anda. Jika anda hidup dalam dunia yang anda rasa tidak selamat, seni beladiri boleh membantu anda mengembalikan rasa tenteram dan membolehkan anda berdepan konflik dengan lebih baik di masa akan datang.  

Biasanya perlawanan berlaku tanpa dirancang atau luar jangkaan. Seni beladiri mengajar anda untuk bergantung secara intuitif kepada posisi berundur bagi membolehkan hasil dan perspektif yang berubah-ubah. Inilah yang sepatutnya anda buat dalam hidup, kerana jarang apa yang dirancang berlaku seperti yang dirancang (Allah lebih tahu) dan mereka yang boleh mengikut arus perubahan dan bangun semula adalah mereka yang jarang dikalahkan oleh stres.


 



6: Slow down! Jangan gopoh

Bila mula belajar seni beladiri, terdapat kecenderungan untuk mencuba dan belajar cepat untuk kejar dan jadi sebaris dengan yang lain, dan untuk buat sebaik mungkin dari awal. Hasilnya, pergerakan terlalu cepat dan tidak efektif, postur tidak betul, kawalan motor menjadi sukar. Dengan latihan yang konsisten, kesabaran, dan masa, anda akan dapat hasil yang lebih baik dengan pergerakan lebih meyakinkan dan lebih perlahan, postur lebih baik, kawalan motor lebih terkawal diikuti dengan kawalan mental. Setiap hasil ini akan membantu mengurangkan paras stres apabila anda berjaya mengawal respon tubuh dan menguatkan pernafasan dan tindak balas reaksi anda. Apabila anda semakin meningkat dan berlatih pada tahap yang lebih tinggi, anda akan semakin menguasai reaksi tubuh serta tindak balas terhadap rasa takut. Keyakinan dan pengurangan rasa takut itu memberikan anda kuasa pemikiran positif yang lebih baik yang membantu anda belajar untuk berdepan dan mengurangkan impak stres dalam kehidupan. Seni beladiri mengajar pelatih disiplin dalaman untuk bertindak balas dan terus berdiri untuk insan tersayang, bagaimana untuk bertindak terhadap rangsangan luar, yang membezakan antara terus berada dalam keadaan stres atau berdepan dengannya secara kental.


7: Fikir yang sekarang...


Zen Buddha merupakan sistem kepercayaan Buddha yang sering dikaitkan dengan seni beladiri. Zen mengajar untuk fokus pada momen dan ikut arus. Selain itu, meditasi juga merupakan satu lagi kaedah untuk mengurangkan stres dan relaks. Seni beladiri mengajar untuk melupakan kepentingan diri dan bertindak sewajarnya. Apabila anda sudah mendapat intipati disiplin dalaman dan rasa hormat daripada orang lain tanpa menakutkan mereka, anda akan tahu keinginan dan kemahuan terhadap perkara lain berkurangan dan melakukan yang perlu dilakukan boleh dicapai dengan cara yang aman yang tidak mengganggu mental dan proses dalaman tubuh, tanpa membawa anda ke tahap stres. Melalui latihan seni beladiri, anda akan jadi lebih yakin dalam perkara yang anda lakukan dan kurang berasa bimbang pada keadaan 'bagaimana jika...' dan hanya fokus pada masa sekarang.




Tips

Seni beladiri juga mengajar keseimbangan dan tidak hanya bergantung kepada satu aspek dalam tubuh sahaja. Dalam jiujitsu misalnya, latihan teknik pada sebelah kanan dan kiri. Kaedah ini juga boleh digunakan dalam minda untuk memastikan anda tidak hanya bergantung pada sebelah bahagian otak sahaja. Adalah tidak bagus membiarkan sebelah yang dominan mengawal segalanya dan terlupa latihan untuk yang sebelah lagi. Latihan ini boleh menjadikan anda pemikir yang fleksibel dan boleh beralih kepada solusi alternatif bila berdepan kesukaran.

Yang diperlukan - jika melalui pengalaman jangka panjang dan kesan sampingan stres, lebih baik dapatkan nasihat doktor. Anda mungkin perlukan pelbagai pendekatan dan mengembalikan kewarasan anda. Selain itu, anda juga perlukan sekolah/kelas seni beladiri.


Cubalah belajar dan berlatih Yoga, Kung fu, Kalari Payatu (dari Kerala) dan Tae-Kwon-Doe.



Rujukan dan petikan:
  1. Andrew McDonnell, The Martial Arts and Psychological Well Being, pp.19-22 in: David Walker, Jiu Jitsu for All, (2008), ISBN 978-0-7136-8486-5 – research source
  2. Andrew McDonnell, The Martial Arts and Psychological Well Being, p.19, in: David Walker, Jiu Jitsu for All, (2008), ISBN 978-0-7136-8486-5
  3. Andrew McDonnell, The Martial Arts and Psychological Well Being, p. 20, in: David Walker, Jiu Jitsu for All, (2008), ISBN 978-0-7136-8486-5
  4. Andrew McDonnell, The Martial Arts and Psychological Well Being, p. 20, in: David Walker, Jiu Jitsu for All, (2008), ISBN 978-0-7136-8486-5
  5. Andrew McDonnell, The Martial Arts and Psychological Well Being, p. 20, in: David Walker, Jiu Jitsu for All, (2008), ISBN 978-0-7136-8486-5
  6. Andrew McDonnell, The Martial Arts and Psychological Well Being, pp.20-21 in: David Walker, Jiu Jitsu for All, (2008), ISBN 978-0-7136-8486-5
  7. Andrew McDonnell, The Martial Arts and Psychological Well Being, p. 22, in: David Walker, Jiu Jitsu for All, (2008), ISBN 978-0-7136-8486-5



Sumber sepak terajang tumbuk-tumbuk:  SINI  |   

No comments: