MY FOLLOWERS

Showing posts with label ekspo. Show all posts
Showing posts with label ekspo. Show all posts

Thursday, March 28, 2019

Artikel - Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu, Stadium Negeri Kuala Terengganu 22-23.2.2019

Kredit kepada: SSV, owner
Gambar ihsan: owner



Satu himpunan yang dinamakan Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu telah diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 22-23.2.2019 yang menghimpunkan ramai anak muda negeri ini.

Himpunan ini merupakan kali pertama diadakan menghimpunkan anak muda dari pelbagai peringkat usia.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang dua hari himpunan ini berlangsung. Program himpunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.





















Himpunan anak muda Terengganu ini juga mendapat liputan di pelbagai saluran media. Pautannya turut disediakan di sini.

Klik Sini: 
Sinar Harian  |  Twitter Dr SAMTeganu Kita 1  |  Teganu Kita 2  |  Utusan  |  Buletin Online  | 





Wednesday, January 23, 2019

Artikel - Discovery World, Dewan Wisma Belia Kuantan 14-16.12.2018

Kredit kepada: owner, SSV
Gambar ihsan: owner



Throwback 2018


Karnival Discovery World anjuran Souq Ideas and Marketing kembali lagi.

Kali ini di Dewan Wisma Belia, Kuantan. Karnival kali ini berlangsung dari 14-16.12.2018 dan dibuka kepada pengunjung dari jam 10 pagi hingga 10 malam.





















Warga Kuantan dan sekitarnya berpeluang menyertai karnival ini sambil beriadah bersama anak-anak.

Di samping itu, untuk menjadikan karnival ini lebih menarik, turut disediakan beberapa pertandingan mini yang boleh disertai seperti mencanting batik, dan cabaran no-right-turn.

Gerai memanah yang dikendalikan oelh pihak Sanrie Sport Ventures juga menyediakan hadiah menarik iaitu satu set busur dan anak panah kepada pengunjung bertuah menerusi cabutan bertuah yang disediakan. pengunjung hanya perlu membayar tiket berharga rm5 dan memanah di gerai berkenaan.


Selain itu pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman menerusi khidmat food truck yang disediakan.






Wednesday, January 2, 2019

Artikel - Karnival Discovery World di Bangunan TD1303 pada 26.10.2018 - 6.11.2018

Kredit kepada: owner, SSV, Souq
Gambar ihsan: owner, SSV, Souq


Throwback 2018

Karnival anjuran Souq Ideas and Marketing kembali lagi.

Karnival Discovery World bertempat di bangunan TD1303 berdekatan restoran Chicken Cottage pada 26.10.2018 hingga 6.11.2018. 

Sesi persekolahan yang hampir berakhir membuatkan karnival kali ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Karnival kali ini mendapat kunjungan daripada banyak sekolah dan prasekolah serta mereka yang datang sendiri bersama keluarga, sekitar negeri Terengganu. 



Pertunjukan maskot Spongebob, Olaf, Frozen dan Minion


Penceramah popular UAI juga hadir bersama isteri dan anak-anak








Pertunjukan fesyen kanak-kanak 







Pameran oleh Jabatan Taman Laut Malaysia







Peluang merasai pengalaman diusik dan disakat menerusi segmen Rumah Hantu







Zootoopia juga menerima kunjungan ramai yang ingin mengenali beberapa spesis haiwan peliharaan dengan lebih dekat. Antaranya burung kakak tua, spesis biawak dan cicak, katak pacman, spesis ular sawa, labah-labah, kala jengking, landak, tikus hamster, kucing dan arnab. 



Conteng-conteng muka di booth Face Painting



Segmen Kerjaya Cilik - kanak-kanak berpeluang menjadi doktor gigi, pekebun, atau juruelektrik


Rasai pengalaman menyeronokkan dengan permainan video PS4. Pengunjung berpeluang mencuba permainan Rush of Blood, UFC, bola sepak Fifa, Injustice, atau Shark Attack 





Permainan kaki hantu




Belajar membuat kek di segmen Bakery





Permainan Sand Art 



Segmen mencanting batik



House of Balloon






Di karnival kali ini, pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman bermain permainan tradisional dahulu kala seperti congkak, susun bongkah, kaki hantu, baling tin, gelek rim basikal, lari dalam guni, dam haji gergasi, radio buruk, batu seremban, timbang tudung botol, gasing, dan terompah gergasi. 

Segmen lain boleh dicuba ialah Rumah Hantu dan permainan Ninja Warrior. 

Beberapa slot berkaitan kerjaya disediakan untuk anak-anak seperti kek dan pastri, membuat keropok lekor, berkebun, doktor gigi, kontraktor cilik dan juruelektrik.

Pihak penganjur juga menjemput pihak Jabatan Taman Laut Malaysia bagi membuat pameran berkaitan penyu dan Zootoopia bagi memberikan pendedahan berkaitan haiwan peliharaab yang menyediakan banyak info menarik selain beramah mesra dengan haiwan yang ada. 

Permainan berbayar juga disediakan iaitu mencanting batik, face-painting, PS4 dan memanah.

Karnival ini dibuka kepada pengunjung sepanjang hari pameran dari jam 10 pagi hingga 10 malam.