MY FOLLOWERS

Showing posts with label peluang perniagaan. Show all posts
Showing posts with label peluang perniagaan. Show all posts

Sunday, March 3, 2019

Artikel - Karnival Jelajah Lambaian Kaabah, Masjid Jamek Pengadang Baru 15-16.2.2019

Kredit kepada: Andalusia Travel & Tours, Sanrie Sport Ventures
Gambar ihsan: Andalusia Travel & Tours, Sanrie Sport Ventures



Karnival Jelajah Lambaian Kaabah telah diadakan di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru pada 15-16.2.2019 baru-baru ini. 

Karnival ini anjuran Andalusia Travel & Tours. 

Sepanjang program karnival ini berlansung, pihak Andalusia mengadakan promosi bagi pakej Umrah bagi bulan Mac hingga Disember 2019 dengan harga deposit tempahan serendah RM50. 

Pakej pelancongan juga menawarkan peluang untuk ke banyak destinasi menarik seperti Tokyo, Turki, Korea, Beijing, Maghribi, Sepanyol, Portugal dan banyak lagi. 

Selain itu, pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang dua hari karnival itu. Antaranya dibuka gerai jualan, serta aktiviti seperti sukaneka, pertandingan azan dan iqamah, pertandingan memanah, pertandingan mewarna, pertandingan hiasan dan gubahan, pemeriksaan kesihatan percuma, kursus umrah dan juga forum perdana. 


Poster karnival yang turut mewarwarkan beberapa panel jemputan 









Pertandingan memanah diadakan pada hari kedua karnival, serentak dengan beberapa pertandingan lain termasuk sukaneka.  


Bersama badut jemputan pada petang hari kedua karnival.


Karnival ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam pada hari pertama dan dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari kedua.


Untuk maklumat lanjut berkaitan Andalusia Travel & Tours, anda boleh KLIK SINI


Sunday, October 21, 2018

Artikel - Memanah Bersama Sanrie Sport di Familia Carnivale, Stadium Negeri Kuala Terengganu 28-29.9.2018

Kredit kepada: SSV
Gambar ihsan: owner



Pihak kami iaitu Sanrie Sport Ventures telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan karnival anjuran Souq Ideas and Marketing iaitu Famillenia Carnival. Karnival ini diadakan selama dua hari iaitu pada 28-29.9.2018 yang lalu bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu berhadapan dengan hospital HSNZ Kuala Terengganu.













Karnival ini memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha tadika dan taska swasta untuk mempromosikan perkhidmatan mereka seperti pendidikan awal untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, kelas mengaji al-Quran serta perkhidmatan penjagaan anak-anak selepas waktu sekolah. Bukanlah untuk akademik semata-mata, para pengusaha turut menyediakan ko-kurikulum lain seperti kelas takewondo dan juga memanah.

Pendaftaran turut dibuka kepada para ibu bapa yang berminat.

Di sepanjang hari karnival, gerai-gerai jualan juga dibuka, di lobi dan kawasan dalam stadium ini. Antara gerai yang dibuka ialah Zootoopia, Face Painting, gerai memanah Sanrie Sport, gerai agensi umrah El-Izzah, penapis air Cuckoo, Coway, kereta gergasi dan e-runcit Sabasun.

Di sepanjang hari karnival, beberapa aktiviti diadakan buat anak-anak. Antaranya pertandingan mewarna, sand art, pertandingan bakat, kelas membuka kek, pertandingan mini olimpik, maskot dan pertunjukan fesyen.



















Karnival ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.


Saturday, August 4, 2018

Jalan-jalan Cari Makan - Kuih Kuba Guling

Kredit kepada: Sanrie Sport Ventures
Gambar ihsan: Sanrie Sport Ventures, Sinar Harian Edisi Terengganu


Assalamualaikum.....


Sudah lama tidak menulis dalam segmen ini. 




Bulan Ramadan 2018 kali ini rasanya tidak sama dengan tahun-tahun yang lepas. Kali ini penulis berpeluang bergiat aktif dalam bisnes berkaitan makanan. Bukanlah bisnes yang utama sebab ini hanyalah projek sampingan atau side project penulis bersama rakan bisnes, khas untuk bulan Ramadan. Kali ini kami mengambil peluang untuk perkenalkan satu kuih tradisi lama tang berasal dari Thailand. Di Terengganu, kuih ini dikenali sebagai kuba guling. 

Berkenaan bahan-bahan untuk membuatnya ada disiarkan dalam beberapa entri di laman Facebook. Pengunjung boleh cari sendiri dengan menaipkan 'kuba guling' di enjin carian Facebook.






Pun begitu, dimaklumkan, kuih kuba guling versi yang dijual di gerai kami tidak menggunakan arang tempurung untuk memberikannya warna hitam seperti yang dijual di tempat lain. Sebagai alternatif, kami gunakan bahan lain yang lebih baik sebagai pewarnanya dan ia selamat untuk dimakan. 

Seperkara lagi, secara umumnya, kemungkinan kuantiti bahan dalam ramuan yang disiarkan di media sosial atau mana-mana buku resipi juga tidak tepat. Yang menjadikan satu-satu masakan itu sedap di mulut pelanggan ialah kemahiran si tukang masak itu sendiri, secekap mana dia memasak dan menjadikan masakan itu kena dengan citarasa pelanggan. 


Cerita asalnya, kami sebenarnya menjual air buah di gerai di bazar Ramadhan kali ini. Walaubagaimanapun, sambutannya sangat rendah dan seperti tenggelam dalam persaingan dengan gerai-gerai lain yang turut menjual air. Untuk 10 hari pertama, kutipan juga tidak menjadi seperti yang diharapkan. 

Maka, kami memilih untuk menutup sekejap perniagaan kami bagi memberikan peluang untuk kami mencari solusi yang terbaik bagi menghidupkan bisnes di gerai ini. Hasil perbincangan dan hasil maklumat yang beredar di media sosial, kami mendapati satu kuih yang menjadi viral ketika itu iaitu kuba guling. 

Tiada jalan lain, jadi kami pilih untuk mengambil peluang yang tersedia ini untuk mengusahakan dan menjual kuih ini. Hasilnya, sambutan sangatlah menggalakkan. Ada harinya, walaupun stok dibawa agak banyak, jualan menjadi sangat laris hingga ia habis dalam masa 20 minit, atau paling lama sejam. Oleh sebab itu juga setiap kali bisnes dibuka, kami turut memesan kepada pelanggan yang datang lewat supaya datang awal disebabkan sambutannya. 






Yang menarik, sambutan yang diberikan juga telah menarik perhatian pihak Sinar Harian Edisi Terengganu untuk memaparkan berita kami di akhbarnya. 

Pengunjung boleh KLIK SINI untuk lihat artikel beritanya. 



Monday, April 17, 2017

Artikel - Ekspo Hartanah dan Travel Market di TTC 23-25.3.2017

Kredit kepada: owner
Gambar ihsan: owner



Assalamualaikum.....


Pada 23-25.3.2017 yang lalu, dua ekspo telah diadakan di Terengganu Trade Center (TTC) iaitu Ekspo Hartanah di Galeri A dan Travel Market Expo di Galeri B. Ekspo hartanah menyaksikan penyertaan daripada pelbagai syarikat pemaju hartanah dari Terengganu, Selangor dan lain-lain selain turut disertai institusi perbankan seperti BSN dan Bank Islam. 

Syarikat hartanah ini menawarkan rumah kos rendah dan sederhana untuk dimiliki daripada jenis teres, semi-D dan banglo setingkat, satu setengah dan dua tingkat. 


Di Galeri B diadakan Travel Market Expo yang disertai oleh pelbagai agensi pelancongan dari negeri-negeri seluruh negara. Ekspo ini bagi memperkenalkan syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk haji, umrah dan melancong selain menjual produk lain. Antara yang menyertai ialah Sani Express, Coway, Celcom, Az-Zahabi Travel Sdn Bhd, Faizin International Travel and Tours, Al-Quds Travel Sdn Bhd, Tabung Haji Travel, Skillmark Development Sdn Bhd, dan lain-lain lagi.


Selain itu, di galeri B juga diadakan kuliah bersama ustaz jemputan dan selebriti jemputan, Ayie Lantana. Berdekatan pentas utama dibuka booth memanah dikendalikan oleh kelab Rimayah Sunnah Terengganu (RST). 

















Sambutan...

Pada tarikh yang sama turut diadakan karnival LeFestTour di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Sambutan karnival di sana sangat meriah kerana turut dihadiri beberapa artis seperti Didie Alias, Jue Aziz, Aiman Tino, dan Datin Aliah. Turut diadakan di situ ialah persembahan karaoke oleh warga tempatan. Suasana jalan agak sesak sehingga pengunjung terpaksa memarkir kenderaan di luar stadium. 

Booth jualan di dalam stadium penuh dan disertai pengusaha butik-butik kecantikan, produk kesihatan dan pakaian. 


Kesan daripada karnival jualan ini menyebabkan sambutan di ekspo di TTC menjadi hambar. Rentetan itu timbul beberapa aduan daripada pengusaha yang menyertai ekspo di TTC ini yang menyatakan sudahlah datang dari jauh untuk mempromosikan produk yang mereka ada, disertakan dengan penat dan lelah namun mereka tidak berpuas hati dan agak kecewa disebabkan sambutan tidak seperti yang mereka jangkakan.



Monday, November 14, 2016

Berita - Karnival Viral Festival diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 11-12.11.2016

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Karnival Viral Festival diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 11-12.11.2016 menampilkan Ijoy Mushiro sebagai Deejay. Memperkenalkan barisan usahawan yang berniaga produk secara atas talian kepada para pengunjung selain beberapa lagi yang berniaga terus dengan pelanggan. Antara yang menyertai ialah Aishiteru Skincare, Pusat Memanah TAC, Great Eastern Takaful, Takaful Ikhlas, Penapis air Cuckoo, Grolier, Pomade, B'Vendors, Teh Rerama Jameela, dan banyak lagi. 

Selain itu, gerai Pusat Memanah TAC turut mendapat sambutan meriah berikutan diadakan pertandingan memanah. Acara ini adalah pusingan kedua bagi acara di Dataran Syahbandar pada minggu sebelumnya. Pertandingan ini adalah bagi menggalakkan orang awam mencuba kemahiran memanah dan mempromosikan pusat memanah ini selain memenangi hadiah yang disediakan oleh penganjur. Kategori dipertandingkan ialah Pro Lelaki, Amatur Lelaki, Wanita dan Kanak-kanak.























Karnival ini juga menyediakan beberapa permainan yang boleh dimainkan oleh pengunjung dan hadiah berupa hamper dan goodies disediakan oleh penganjur. Persembahan dari Fiza Buskers diadakan sebagai penutup pada hari kedua karnival ini. Karnival ini dibuka kepada pengunjung dari 10 pagi hingga 11 malam.