MY FOLLOWERS

Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Sunday, July 21, 2019

Kesihatan - Heat Stroke aka Strok Haba

Kredit kepada: Wikipedia, Arynews, Homesteadworld
Gambar ihsan: Google 


















Strok haba atau juga dikenali sebagai strok matahari ialah keadaan penyakit akibat serangan haba yang teruk, juga diistilahkan sebagai hyperthermia dengan suhu badan melebihi 40.6 °C (105.1 °F) disebabkan oleh pendedahan kepada haba persekitaran dengan kekurangan thermoregulasi.


Ini berbeza daripada demam dengan peningkatan fisiologikal pada suhu asas dalam badan. Kata 'strok' dalam 'strok haba' ialah satu kesilapan nama yang tidak melibatkan sebarang sekatan atau pendarahan dalam aliran darah ke otak.


Kaedah pencegahan termasuk minum air yang banyak dan mengelakkan haba berlebihan dan kelembapan adalah sangat perlu dalam situasi tempat yang tidak ventilasi seperti tempat parkir kereta, yang boleh memanas dengan cepat.   


Rawatan yang diperlukan adalah penyejukan tubuh dengan seberapa segera.



Simptom dan tanda...

Biasanya strok haba terjadi dengan hyperthermia dengan suhu melebihi 40.6 °C (105.1 °F) dengan keadaan disorientasi dan kurang berpeluh.


Sebelum terjadi, ada tanda-tandanya seperti pening, kekeliruan, sakit kepala dan lemah badan. Kalau terjadi ketika mangsa tidur, tanda-tandanya lebih sukar untuk dikesan. Bagaimanapun, dalam situasi lain, mangsa mungkin akan berpeluh berlebihan.

Kanak-kanak mungkin akan alami penyitaan atau seizure.




Strok haba terjadi bila regulasi terma yang terlebih disebabkan kombinasi penghasilan haba metabolik secara berlebihan, haba persekitaran yang tersangat tinggi, dan pembebasan haba yang tidak cukup, yang akhirnya menyebabkan suhu badan menjadi tidak normal. 

Bahan yang menghalang penyejukan dan menyebabkan dehidrasi seperti alkohol, stimulan, ubat-ubatan dan perubahan berkaitan fisiologi mempengaruhi keadaan strok haba itu sama ada 'classic' atau non-exertional heat stroke (NEHS) yang kebanyakannya berlaku di kalangan yang sudah berusia dan individu yang lemah dalam situasi musim panas dengan pengudaraan yang kurang. Exertional heat stroke (EHS) boleh berlaku di kalangan orang muda yang tiada masalah kesihatan atau perubatan. Kebanyakannya berlaku di kalangan atlet, buruh, anggota tentera dalam aktiviti di cuaca panas atau mereka yang terlibat menggunakan PPE dalam kerjanya. 

Dalam persekitaran panas atau lembap, adalah penting untuk kenalpasti tahap kelembapan yang boleh mengurangkan keupayaan badan untuk sejuk sendiri menerusi perpeluhan dan penyejatan. Bagi manusia dan haiwan berdarah panas, suhu badan yang tinggi boleh mengganggu reaksi biokimia yang mengawal enzim dalam badan yang penting untuk respirasi sel dan fungsi banyak organ utama. 



Langkah pencegahan

Risiko terkena strok haba boleh dikurangkan dengan pemantauan bagi mengelak terlebih panas dan dehidrasi. Pakaian yang longgar membolehkan perpeluhan dan sejatan berlaku untuk sejukkan tubuh. 


Dalam cuaca panas, perlu banyakkan minum air bagi menggantikan cecair yang hilang sewaktu berpeluh. Rasa dahaga menandakan tubuh seseorang perlukan minum air. Petunjuk lain ialah warna urin. Warna kuning gelap petanda bagi dehidrasi. 



Rawatan


Suhu badan mesti diturunkan secepat mungkin. Mangsa perlu dialihkan ke tempat yang lebih sejuk sama ada dalam bangunan atau di tempat teduh. Pakaian ditanggalkan untuk membolehkan pengeluaran haba. Kaedah penyejukan aktif perlu juga digunakan. Contoh: rendamkan mangsa dalam air sejuk atau gunakan baju hipertermia. Memberi tekanan sejuk pada badan, kepala, leher, dan kelangkang akan membantu menyejukkan badan mangsa. Boleh juga letakkan mangsa berdekatan kipas dan penyaman udara.


Merendamkan badan mangsa dalam tab air sejuk dikenali sebagai kaedah berkesan untuk sejukkan badan mangsa. Kaedah ini perlukan beberapa orang untuk dilaksanakan dan mangsa perlu dipantau sebaiknya sepanjang dia dirawat. Elakkan kaedah ini kalau mangsa tidak sedarkan diri tetapi kalau tiada pilihan, gunakan kaedah ini dengan kepala mangsa berada di atas paras air. 


Keadaan mangsa harus diperhatikan dan distabilkan oleh petugas perubatan yang terlatih. Degup jantung dan pernafasannya perlu dipantau dan CPR dibuat kalau jantung mangsa terhenti.



Jangan main panas:  SINI  |   SINI  |   SINI  |   






Saturday, September 1, 2018

Kesihatan - Vape Merosakkan Sistem Peparu

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....

Bukan merokok sahaja yang merosakkan peparu, vape atau rokok elektronik juga sama.

Perbuatan menghisap vape atau vaping turut merosakkan peparu. Menurut satu kajian, perbuatan ini menjejaskan sistem pembersihan peparu dan boleh mengakibatkan penyakit kronik.





Penghisap rokok elektronik mungkin mendedahkan diri mereka kepada risiko penyakit peparu. Ini sebagai dapatan daripada satu kajian yang menunjukkan bagaimana cecair yang digunakan boleh mencacatkan kebolehan sistem imun badan untuk membersihkan peparu dan menghalang pembentukan bahan kimia berbahaya kepada tubuh. 

Satu kajian dari Universiti Birmingham mendapati cecair bercampur nikotin yang digunakan dalam rokok elektronik akan menjadi pembunuh sel yang berbahaya apabila ia menguwap.

Banyak kajian ke atas keselamatan rokok elektronik melihat kimia dalam cecair sebelum ia tersejat dengan haba, menyebabkan risikonya dipandang rendah. 

Penulisnya menekankan rokok elektronik masih mempunyai risiko rendah terhadap kanser peparu berbanding produk tembakau, namun mengatakan aduan keselamatan oleh pengeluar mungkin sering dilihat berlebihan ketika kesan jangka panjangnya masih belum diketahui sepenuhnya.  

"Ia lebih selamat dari sudut risiko kanser, tetapi jika anda menghisapnya selama 20 atau 30 tahun, ia akan menyebabkan COPD (chronic obstructive pulmonary disease), dan itu sesuatu yang kita perlu ambil tahu." kata ketua penulis Professor David Thickett.

"Saya tidak percaya rokok elektronik lebih berbahaya berbanding rokok biasa tetapi kita masih perlu skeptikal yang ia selamat sebagaimana kita disuruh percaya." 

Untuk kajiannya yang dijalankan di makmal dengan sel manusia dan diterbitkan dalam jurnal kumpulan BMJ iaitu Thorax, pasukan kajiannya mendapati sesetengah bahayanya menyamai rokok tembakau. 

Menggunakan sel-sel peparu yang diekstrak daripada sukarelawan yang sihat yang tidak pernah merokok, mereka menguji kesan cecair rokok elektronik, sebelum dan selepas ia menguwap, dengan nikotin atau tanpa nikotin. 

Kajian bertumpu kepada kesan ke atas sel-sel darah putih yang penting (alveolar macrophages) yang mengawal lubang udara kecil dalam peparu dan menghalang serta memecahkan habuk, bakteria dan partikel lain yang boleh menyebabkan kerosakan. 

Selepas pendedahan selama 24 jam kepada pelbagai jenis cecair, pasukannya mendapati kesan paling besar dalam cecair yang terwap dan tersejat ialah ia meniru cara ia terbentuk dalam peparu. 

Jumlah makrofaj yang masih boleh berfungsi telah berkurang secara signifikan selepas ia terdedah kepada cecair yang teruwap dan kesan ini juga dilihat dalam cecair, sama ada dengan atau tanpa nikotin. Sel-sel ini kurang berkemampuan untuk menghalang bakteria, proses ini dinamakan phagocytosis, menyebabkan penghisapnya mengalami jangkitan peparu secara berulang dan menjadikannya semakin susah untuk dirawat. 


"Yang pentingnya, mendedahkan makrofaj kepada cecair teruwap meningkatkan perubahan kepada kebanyakan fungsi dan selular yang sama dalam fungsi makrofaj alveolar, seperti yang dilihat dalam perokok biasa dan pesakit COPD." kata penulisnya. 

Dalam semua peringkat kepekatan cecair yang teruwap dan tersejat adalah lebih toksik berbanding dalam keadaan tidak vape, dan ia menyebabkan kematian sel dan nekrosis (kematian banyak atau semua sel dalam organ atau tisu disebabkan kecederaan atau kegagalan bekalan darah) dalam kepekatan yang rendah. 

Ia juga menyebabkan peningkatan tahap pengoksidaan sebanyak 50 kali ganda bagi radikal bebas dan kimia yang menjadi punca inflamasi, dalam jangka panjang akan menyebabkan penyakit kronik. 

:Kajian ini menyediakan bukti lanjut yang mengatasi pandangan bahawa vaping hanya memberikan risiko yang sedikit." kata Professor Jonathan Grigg, pakar respiratori kanak-kanak di Queen Mary University of London yang tidak terlibat dalam kajian. 

"Hujah mengatakan vaping lebih baik daripada merokok, maka kesannya kepada sel-sel peparu tidak penting."


Walaubagaimanapun, ahli akademik lain berkata walaupun banyak bukti menunjukkan rokok elektronik ada kesan jangka panjang ke atas kesihatan, ia lebih baik daripada rokok biasa. 

"Kebenarannya ialah merokok boleh membunuh, dan perokok yang beralih sepenuhnya kepada rokok elektronik mengurangkan kemungkinan kematian pramatang dan kecacatan dengan ketara." kata Professor John Britton, pengarah UK Centre for Tobacco and Alcohol Studies.



Rokok apa pun tetap bahaya: KLIK SINI  |    




Thursday, December 14, 2017

Artikel - Tukar Tayar Bila Lepas Tamat Tempoh

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Tayar adalah salah satu bahagian yang paling perlu diambil berat ketika melakukan perjalanan. Setiap tayar depan dan belakang ada had kilometer yang perlu diberi perhatian. Bagi tayar depan, ia perlu ditukar setiap 40,000 km dan tayar belakang pula pada setiap 80,000 km. Perkara ini pernah saya tuliskan dalam artikel yang terdahulu.


Boleh rujuk SINI dan SINI untuk selanjutnya.





Hadiah promosi dari Goodyear - Tukar 4 empat dan dapat satu bekas air percuma  :-)


Yang terbaru, penulis tukarkan kesemua tayar setelah didapati semua bunga tayarnya 'botak' dan ada yang sudah hampir terkeluar benangnya.

Sedikit tips, kalau mahu keadaannya seimbang, setiap 10,000km perlu buat 'crossing' iaitu pindahkan tayar depan dan belakang. 


Sunday, June 4, 2017

Artikel - Baik dan Buruk Mengecas Bateri Telefon Sepanjang Malam

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Untuk mengetahui jawapan kepada persoalan sama ada baik atau buruknya mengecas bateri pada waktu malam, mari kenali dahulu bateri jenis Lithium Ion atau Lithium Polymer.


Bagaimana membuat bateri tahan lama setiap kali dicaj?
Bagaimana memanjangkan hayatnya?
Bagaimana mengelakkan bateri meletup di muka?



Internet merupakan capaian mudah untuk dapatkan jawapannya, namun terdapat begitu banyak konsep yang salah tentang bateri telefon pintar. Walaubagaimanapun, bateri jenis Lithium Ion/Polymer bersifat berbeza daripada keluaran yang sebelumnya iaitu jenis besi nikel hidrat. Kepada sesiapa yang biasa menggunakan telefon Nokia 3310 dahulu, bateri yang digunakan untuk telefon itu ialah jenis ini ditulis sebagai Nickel metal hydride (NiMH).  

Oleh sebab ramai orang tidak begitu tahu tentang beza antara bateri lama, mereka akhirnya memberi nasihat yang akan merosakkan bateri Lithium Ion (Li-ion)/Polymer(LiPo). Nasihat yang buruk sangatlah banyak. Antaranya kita disuruh mengecas bateri hanya ketika ia betul-betul hampir padam. Nasihat ini hanya berguna untuk bateri jenis NiMH tetapi kesannya akan menyeksa bateri ini dengan kematian yang perlahan. 


Jadi, bolehkah mengecas bateri telefon sepanjang malam? Untuk itu mari lihat sifat bateri Lithium ini...

Bateri jenis ini:
Takut pada haba. Lagi tinggi suhu, lagi cepat ia hilang keupayaannya selari dengan masa.
Takut jadi kosong. Lagi sedikit kuasa tinggalan, lagi cepat ia hilang keupayaannya selari dengan masa.
Takut jadi penuh. Lagi penuh, lagi cepat ia hilang keupayaannya selari dengan masa.
Takut terlebih caj (lebih dari penuh) atau litar pintas. Kalau terlebih caj, ia akan menggembung sebab tindakbalas kimia dalam selnya.
Takut terlebih discaj (guna tenaga lebih daripada bateri mampu beri). Kalau discaj terlebih, juga akan menggembung sebab tindakbalas kimia dalam selnya.
Takut dipecahkan. Kalau bahagian dalamnya terdedah dengan udara, ia akan terbakar.

Ia rekodkan kitaran yang betul. Kalau dicaj 50% atau 100% dua kali, itu dikira satu kitaran dan bukan 2.


Mengecaj bateri sepanjang malam dikira selamat selagi bateri, pengecaj dan telefonnya daripada pengeluar yang disahkan. Pengecaj daripada pengeluar yang diragui akan menyebabkan telefon mengalami kegagalan litar perlindungan caj yang membuatkan bateri terlebih caj. Kesannya sel dalamannya mengalami tindakbalas kimia dan bateri akan menggembung. Bila terlebih kembung, ia akan pecah, bahagian dalam akan terdedah dan seterusnya boleh meletup.

Membiarkan telefon dicaj tanpa pengawasan adalah tidak selamat. Rumah anda berisiko terbakar ketika anda sedang tidur.



Sumber pengecas kuasa penuh:  SINI  |    



Sunday, January 22, 2017

Artikel - 5 Tanda Yang Kawan Anda Memang Macam Toksik

Kredit kepada: Yahoo Finance
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....
 


Bila disebut 'bertoksik', dalam hal ini bukanlah bermaksud kawan anda itu jenis pengotor atau kotor secara fizikal. Sebaliknya lebih dilihat secara analogi atau metafora sahaja. Maksudnya ibarat toksik atau kuman.

Dalam kehidupan seharian, kita akan berjumpa dengan ramai orang, bermacam rupa dan perangai. Bila sudah kenal lebih dekat, barulah akan tahu selok-belok tentang diri orang itu. Pada masa itu, tahulah kita dia ini jenis pijak semut pun tak mati, lurus, penyangak, atau boleh jadi apa sahaja yang tidak betul.

Toksik ialah bahan beracun, yang akan menyusahkan kita dan kalau tersilap terhidu atau termakan, boleh menyebabkan kematian. Kalau tahu sahaja ada, memang tiada siapa pun mahu simpan, masing-masing mahu buang.

Yang penting ialah kita kena tahu siapa di kalangan kawan kita yang termasuk dalam jenis toksik. Mereka yang suka jatuhkan orang dan memberikan kesengsaraan pada orang lain. Bila sudah tahu, kita sudah boleh mula jauhkan diri daripadanya beserta dengan segala tenaga negatif yang dibawa bersamanya. Hati pun lebih senang, tekanan pun akan beransur kurang.


Jadi, di sini disenaraikan tanda-tanda kawan anda itu macam toksik...



1. Kawan jenis toksik akan merungut tentang semua benda dan semua orang
Dia menjadi orang yang mula-mula sekali salahkan orang. Tidak kiralah apa halnya, makanan di pantri tidak cukup, hampir jatuh atas lantai yang baru dimop, atau terpaksa buat kerja banyak beberapa hari berturut-turut. Mungkin ada yang akan tertanya apa salah dirinya bila disalahkan oleh manusia jenis sebegini. Walhal bukan salah kita pun. Macamlah dia sahaja yang betul.


2. Dia suka menjadi yang pertama dalam hidup orang
Suka betul mengganggu dan cuba mengawal hidup orang lain. Suka meletakkan orang lain dalam kesusahan terutama kalau kawan lain sudah ada perancangan lain untuk dibuat. Mudah naik angin kalau dirinya tidak diberi keutamaan.



3. Suka mengkritik orang lain
Suka mengkritik orang lain setiap masa, mencari apa sahaja kesalahan orang untuk diperkatakan. Semuanya untuk membuat orang lain kelihatan seakan kecil dan tidak penting.

Bukannya semua orang sempurna. Kita semua ini manusia dan selalu membuat kesilapan. Kawan jenis toksik akan selalu serang orang lain pada kesalahannya dan hebahkan pada semua orang yang anda seorang yang teruk, macamlah anda melakukan jenayah! Kalau anda bukan penjenayah pun, dia polis ke??

Kalau jumpa perangai sebegini, jangan sesekali biarkan dia cuba tindas anda.  




4. Suka permainkan perasaan/emosi orang
Suka remukkan perasaan orang, dia seorang yang sadis. Dia mungkin berasa puas hati kalau orang lain terkena masalah dan berterusan membuat pelbagai provokasi dan membuat orang lain menjadi haru-biru, ibarat balas dendam. Dia akan membuat apa sahaja untuk kenakan orang lain.

Kalau anda ada kawan jenis ini yang suka seksa anda dengan taktiknya semata-mata sebab dia gembira melihat anda kecewa dengan tindakan dan kata-katanya, maka inilah masa anda selamatkan diri dan berhenti ambil tahu dengan manusia berperangai setan ini. Tiada siapa pun di dunia ini suka dipermainkan.



5. Ada yang suka perah duit orang
Dalam hal ini, anda kena ada batas. Jangan biarkan telinga anda asyik dengar bermacam alasannya untuk minta pinjam barang atau duit. Anda bukan mesin ATM kepunyaannya. Kalau pinjam, bukan main susah untuk pulangkan semula. Lagi teruk kalau ada jenis yang minta duit macam subsidi.



Tak suka dengan kawan yang penuh beracun:  SINI  |   


Saturday, December 24, 2016

Artikel - Jangan Sesekali Terlibat Dengan Rasuah!

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Rasuah: Terlepas di dunia, akhirat menanti - Tun Mahathir

 


ULASAN Rasuah adalah suatu jenayah yang dipandang keji dan kotor oleh semua masyarakat manusia. Ia dianggap lebih kotor dari mencuri.

Sebabnya ialah kerana sementara mencuri dilakukan terhadap orang yang berada, tetapi rasuah menyasar orang miskin dan daif.

Nasib mereka yang miskin ini menjadi lebih buruk kerana terpaksa menyuap rasuah. Masyarakat dan negara yang miskin tidak dapat dimajukan kerana rasuah meningkat kos dan melewat keputusan dan pelaksanaan.

Ada pihak yang cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang yang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah. Ia tidak menjadi jenayah sebaliknya ia menjadi halal. Oleh itu terimalah sogokan rasuah kerana ia tidak menjadi jenayah dan ia halal jika tidak laksana tujuan rasuah diberi.

Walaupun wang sogokan tidak diguna untuk tujuannya, tetapi wang atau pemberian rasuah masih menjadi jenayah dan ia tidak boleh dihalalkan. Pegawai tinggi yang menerima 100 juta ringgit rasuah akan dikenakan tindakan samada dia tunai atau tidak tunai tujuan rasuah yang diberi kepadanya.

Ada yang berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Ia tidak akan dihukum di dunia. Ia hanya akan dihukum di akhirat.

Pendapat ini seolah-olah memperkecilkan hukum akhirat dan menggalakkan amalan rasuah kerana tidak akan dihukum di dunia.

Pendapat seperti inilah yang merosakkan moral masyarakat manusia dan menghalang proses kearah bertamaddun. Masyarakat ini tidak akan dipercayai kerana moralnya rendah.

Dalam PRK baru-baru ini parti pemerintah menghulur duit, beras dan barangan elektrik sebagai cara sogokan untuk mendapat undi.

Penerima pula disuruh bersumpah ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’, supaya mengundi parti yang sogok mereka. Jika mereka tidak undi seperti sumpahan mereka, maka segala pemberian itu adalah haram dimakan atau diguna oleh mereka.

Ramai yang terima bahawa sumpah mereka apabila ditunai maka penerimaan mereka menjadi halal.

Sebenarnya pemberian kepada mereka adalah haram kerana ia adalah sogokan rasuah. Rasuah tetap rasuah dan tidak halal bagi pemberi dan penerima. Tidak melaksana tujuan rasuah tidak akan menghalalkan rasuah.

Balasan di dunia mungkin tidak berlaku kerana yang menghulur rasuah adalah juga mereka yang dipertanggungjawab mengawal rasuah. Pihak mereka ini lebih berdosa kerana sengaja tidak melaksanakan tanggungjawab mereka mencegah rasuah, sebaliknya merekalah yang melakukan rasuah.

Ada juga mereka yang berpendapat bahawa jika duit rasuah yang mereka terima diguna untuk kebajikan atau ibadat, maka mereka terlepas daripada membuat kesalahan bahkan mendapat pahala. Pendapat ini datang dari orang yang ingin menyedapkan hati mereka.

Sebenarnya wang hasil pencurian atau rasuah tetap haram. Kebajikan atau ibadat yang dibuat tidak akan halalkan wang yang haram.

Ramailah yang sedia terima wang untuk buat ibadat haji dan umrah tanpa bertanya dari mana datang wang yang mereka terima. Kita tidak dipaksa oleh agama untuk buat kerja haji jika kita tidak mampu. Kita tidak dipaksa curi dan samun atau melakukan jenayah rasuah supaya dapat menunaikan ibadat haji.

Tetapi ada pendapat bahawa ibadat ini, walaupun dari punca kewangan yang tidak halal, maka mereka sudah penuhi rukun kelima ini dan yang menghadiahkan belanja haji, terlepas dari dosa rasuah.

Agama Islam memberi kelonggaran tentulah kerana tidak hendak membebankan umat Islam sehingga mereka terpaksa berjenayah untuk membiayai perlaksanaan ibadat ini.

Tidak ada dalam Al Quran atau Hadith yang sahih yang menyuruh orang Islam mengamalkan rasuah atau menyamun atau mencuri supaya dapat buat kebajikan dan ibadat.

Yang menyebabkan adanya orang yang cuba menghalalkan rasuah, matlamat mereka ialah kerana kepentingan duniawi seperti umpamanya politik.

Dalam masyarakat yang menghalalkan rasuah, yang berkuasa dan kaya boleh menindas yang miskin. Ini adalah oleh kerana segala urusan pentadbiran akan menanggung kos rasuah.

Keselamatan rakyat juga akan terabai kerana sebahagian dari dana pemerintah akan diselewengkan. Pihak berkuasa akan menipu rakyat sepanjang masa.

Inilah sebabnya mereka yang berhajat menyalahguna kuasa kerajaan sanggup menghulur rasuah daripada duit yang didapati secara halal atau tidak halal atau mempergunakan duit kerajaan dengan cara yang salah.

Bagi mereka ini rasuah yang dihulurkan dalam pilihanraya adalah satu pelaburan yang akan hasilkan pendapatan yang tinggi dan kuasa yang berterusan untuk menerima rasuah lagi.

Ingatlah, wahai pemberi dan penerima rasuah bahawa walaupun terlepas dari hukum di dunia tetapi di akhirat sogokan rasuah tidak akan menyelamatkan mereka dari api neraka.



Sumber yang tak nak beri atau terima:  SINI  |   


Thursday, December 15, 2016

Artikel - Perenang Hilang Anggota Badan Angkara Jerung

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Sudah diberi amaran tetapi masih teruskan niat berenang di laut.





Satu lubang besar sebesar 6 kaki yang ditemui pada jaring keselamatan yang melindungi kawasan pantai di Boucan Canot di Kepulauan Reunion membuatkan petugas segera menaikkan bendera merah tetapi itu masih tidak dapat menghalang sekumpulan perenang daripada terus berenang di kawasan pantai itu.


"Pada pagi diperiksa, ada satu lubang bersaiz 2 meter ditemui, jadi mereka telah tutup pantai," kata perenang, Davy Stolk kepada majalah Afrika Selatan, Zigzag.

Petugas bimbang dengan serangan jerung, namun ia disedari apabila seorang pelajar dari Etang Sale diserang dua kali oleh jerung. 


Laurent Chardard hilang kaki dan tangannya dalam satu serangan jerung di timur Madagascar di Lautan Hindi. 


Anggota penyelamat Bertrand Babef, menyedari Chardard kehilangan anggota badannya ketika dia mendapatkannya. 

Chardard dirawat di pantai sebelum dihantar dengan helikopter ke hospital di Saint-Denis. Dua anggota badannya tidak dapat disambung kerana kecederaan yang teruk. LINFO.Re melaporkan Chardard tidak lagi koma.   

 Bagi Babef pula, dia patah kaki dan cedera dahi apabila ombak menghempas jetski ketika cuba menyelamatkan Chardard, tetapi kecederaan itu tidak mematahkan semangatnya.

Babef memberitahu LINFO.Re dia tidak menyalahkan Chardard kerana meluncur walaupun itu akan membahayakan nyawanya. Namun apabila bendera merah dinaikkan itu bermakna ada bahaya berhampiran. Kepualaun itu ada sejarah serangan jerung dengan 19 kes pada 2011, 7 daripadanya membawa maut dan lebih separuh melibatkan peluncur.


Menurut International Business Times, serangan jerung di Kepulauan Reunion memuncak pada 2013, memaksa kerajaan mengharamkan meluncur dan berenang di semua pantainya. Pantai itu dibuka semula selepas pemasangan sempadan dan teknologi pemantauan.


Sumber serangan makhluk laut:  SINI  |    



Sunday, November 20, 2016

Artikel - Perlukah Membina Binaan Di Atas Kubur?

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum.....







Dari Abu al-Hayyaj al-Asadi, ia berkata, Ali bin Abi Talib r.a. berkata kepadaku:
"Ingatlah aku mengutusmu sebagaimana Rasululloah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutusku: Janganlah kamu biarkan patung kecuali kamu hancurkan, dan janganlah pula kamu biarkan kuburan yang berlebihan kecuali kamu ratakan."
(HR. Muslim : 696)

Dari Abu Tsumamah bin Syufiyyi, ia berkata, "Kami bersama Fudholah bin ’Ubaid berjihad di bumi Romawi, di daerah Rudais. Salah seorang sahabat kami meninggal dunia, lalu Fudholah bin ’Ubaid radhiyallahu ‘anhu memerintahkan kami agar meratakan kuburannya, lalu ia berkata:
"Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk meratakannya."
(HR. Muslim: 968)

Bukan yang dimaksudkan meratakan kuburan harus meratakan kuburan dengan tanah, kerana meninggikan kuburan sewajarnya dan tidak berlebihan bukanlah perbuatan yang terlarang. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah meratakan semua kuburan dan tidak membezakan antara kuburan orang soleh dan yang lain, tidak pula meninggikan kuburan secara berlebihan dan tidak pula mendirikan bangunan di atasnya.

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:
"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang umatnya mengecat kuburan, duduk di atasnya, dan mendirikan bangunan di atasnya."
(HR. Muslim: 2242, Abu Dawud: 3226, Tirmidzi: 1052, Nasa’i: 2026)

Sebarkan kebenaran ini..
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim no. 2674).




Artikel - Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Hingga Kini

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.........

Kadang-kadang kita seolah main ikut sahaja apa yang orang tua atau generasi lama buat, tanpa banyak soal. Sebaiknya dalam hal-hal yang berkaitan akidah, kena sensitif juga untuk elak daripada terpesong atau tersilap langkah. Kena sensitif dengan bertanya, belajar dan mengkaji. Belajarlah dengan guru yang betul. Bila sudah dapat yang betul, barulah ikut. 






1. Mendengar berita kematian
Melayu: Al-Fatihah
Islam: Innalillahi wa inna ilaihi rojiun


2. Usung jenazah
Melayu:
Baca al-fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat seperti yang diminta oleh keluarga si mati. Contohnya, si mati meninggal dunia di Sarawak, tetapi disebabkan keluarga di Selangor, maka jenazah akan dibawa pulang ke Selangor untuk dikebumikan.

Islam:
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.


3. Menanam jenazah
Melayu:
Menjirus air dengan jag yang diikat kain putih, tabur bunga dan tabur batu

Islam:
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah, tidak mengapa, namun jika air dijirus agar mayat sejuk, maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.


4. Kubur jenazah
Melayu:
Kubur dihias bagai pengantin, ada bangunan/binaan; siap ada nama, tarikh lahir dan tarikh meninggal dunia; ada pakej upah baca al-Quran
ada 2 batu nisan (kepala dan kaki)
kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
beri wang kepada orang yang buat solat jenazah dan penggali kubur, paling tidak dalam RM1,000 

Islam:
Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan atau binaan; tiada sebarang tarikh dan nama; tiada upah membaca al-Quran di kuburan.
Hanya ada 1 batu nisan
Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
Tiada wang diperlukan kerana tugas uruskan jenazah FARDHU KIFAYAH bagi umat islam.


5. Kenduri arwah
Melayu:
Keluarga si mati buat upacara kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
Dilakukan selama 3 hari, 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama Hindu, bukan Islam!

Islam:
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu (jenazah lelaki)   
Allahummafirlahawarhamha waafihi wa’fuanha (jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan. Ini yang sebetulnya dibuat.


6. Talqin
Melayu:
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.  

Islam:
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah, kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.



Berlapang dada, renungkankah. Melayu sekadar bangsa dan Islam itu akidah kita.
Jadikan pesan Nabi s.a.w. dlm hadis sebagai panduan:-
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”
(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)


Ini baru dari satu sudut. Dalam masyarakat Melayu kita, banyak lagi yang kena diperbetulkan bila ada perkara yang menyentuh akidah. Tajuk lain, nanti bolehlah disiarkan dalam entri yang lain.



Friday, November 18, 2016

Seni dan Kreativiti - Peringatan Untuk Pemandu Lain Cara Kreatif Tapi Menakutkan

Kredit kepada: Bored Panda
Gambar ihsan: Bored Panda


Assalamualaikum.....


Bagaimana perasaan anda kalau ketika sedang seronok memandu terutama pada waktu malam, kemudian tiba-tiba entah apa sebab, ada pula yang berikan kelipan lampu tinggi dari belakang?

Kalau saya, menyirap juga dibuatnya.. tambahan lagi kalau yang buat tu jenis kenderaan besar. .. Rasa besar sangat ke??

Di China ada dijual satu siri pelekat pemantul yang akan nampak imej menakutkan bila disuluh. Pelekat ini turut mendapat perhatian pihak berkuasa di sana. Di Beijing, tidak salah untuk ada pelekat pada cermin tetapi adalah menjadi tanggungjawab sendiri kalau berlaku kemalangan sebagai akibat menakutkan pemandu lain. 







Idea ini mungkin boleh digunakan untuk gertak sedikit golongan pemandu sebegini, cuma kalau dia yang terbabas ketakutan, itu tanggunglah sendiri. Bak kata orang,   LU PIKIR LA SENDIRI...



Sumber kupasan kisah peperangan: SINI   |   


Thursday, September 1, 2016

Artikel - 5 Cara Langsaikan Hutang Sebelum Ia Menjerut Anda

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Hutang adalah sejumlah duit yang didahulukan kepada seseorang atau organisasi untuk membantu mereka menggerakkan bisnes atau sebarang urusan. Setiap orang akan ada hutang yang akan dibayar di masa depan. Tidak kiralah itu dari hutang pinjaman perumahan, kad kredit, atau pinjaman pelajaran. Seperkara yang agak menakutkan apabila ia tertangguh untuk satu tempoh dan kehidupan mula menjadi huru-hara.  

 


1. Jangan berlengah bayar hutang

Susah sebenarnya untuk berdepan dengan masalah hutang disebabkan oleh keadaan yang memaksa kita berhutang. Lagi lama berlengah, masalah akan menjadi lagi teruk. Kalau hutang dengan bank, caj faedah yang dikenakan membuatkan jumlah akan menjadi lebih besar juga. Kalau berhutang sesama individu, bayar sedikit demi sedikit. Terimalah hakikat bahawa ramai di kalangan kita pada hari ini mempunyai sejumlah hutang yang perlu dibayar sama ada pinjaman pelajaran, pembelian kenderaan, pembelian rumah, dan sebagainya. Kalau boleh tetapkan transaksi antara akaun pembayar dan penerima, maka lakukannya.



2. Hidup secara sederhana dan minimal  

Ini yang biasa kita dengar, tetapi ia memang masuk akal. Kalau anda bekerja dan berpendapatan rendah setiap bulan tanpa ada pendapatan sampingan, anda perlu teliti dengan apa yang anda belanjakan. Kalau ada yang ajak keluar makan ke tempat yang mahal atau eksklusif, baik ke tempat yang lebih murah atau lupakan sahaja. Lupakan juga berbelanja sakan membeli pakaian berjenama atau fesyen-fesyen terkini dan teruskan menggunakan apa yang ada sahaja. Dengan kata lain, belanja untuk apa yang perlu sahaja. Mahu lagi cerewet, catatkan setiap kali anda belanja duit.  


 


3. Menguruskan hutang

Senaraikan setiap hutang yang anda ada serta jumlahnya. Potong mana yang sudah dibayar. Lain orang, lain caranya. Boleh juga mulakan senarai dengan hutang yang ada faedah paling tinggi kepada yang terendah. Cara ini membolehkan anda tengok mana yang boleh dijelaskan dahulu. Boleh juga mulakan senarai dengan yang mana boleh dibayar dahulu. 


4. Bayar yang paling kecil dahulu 

Hutang tetap hutang, bayar tetap bayar. Apabila anda telah susun senarai, anda seharusnya tahu mana yang boleh dijelaskan dahulu. Yang berjumlah kecil, sebaiknya bayarnya sekaligus. Di sinilah gunanya simpanan. Walaupun ia tidaklah seteruk yang berjumlah besar, menyelesaikan hutang yang kecil membantu anda menghilangkan tekanan dan rasa serabut. Selain itu, hilanglah satu lagi perkara yang merisaukan. 


5. Gunakan kad kredit dengan 0% pindahan baki

Ada jenis akaun kad kredit yang memberikan perkhidmatan bagi satu jangka masa yang spesifik. Ia menawarkan bagi tempoh berkenaan faedah 0% pada hutang yang dipindahkan daripada kad lain. Selama mana anda bayar hutang sebelum tempoh faedah pengenalannya tamat, gunakan peluang ketika itu untuk jimatkan lebih banyak wang anda daripada membayar caj perkhidmatan. 




Jangan sampai banyak hutang:  SINI  |    





Saturday, August 20, 2016

Artikel - Ia Mesti Kekal Dalam Bahasa Arab Yang Asal

Kredit kepada: FB Mohamad Hazli Ismail
Gambar ihsan: FB Mohamad Hazli Ismail



Assalamualaikum.....



Siapa pulak la yang boleh fikir macam ni..???







Imam Ibnu Hajar menegaskan dalam Fatwanya; "Para ulamak telah ijmak melarang menulis al-Quran mengikut lafaz hijaiyyah (yakni tidak mengikut Resam Uthmani), maka lebih-lebih lagilah dilarang menulis al-Quran dengan bahasa 'ajam (yakni bahasa bukan Arab), di samping penulisan al-Quran dengan bahasa bukan Arab itu akan menyebabkan berlaku perubahan pada lafaz al-Quran yang bersifat mukjizat...." (al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/38).


Syeikh Az-Zarqani dalam kitabnya Manahil Al-'Irfan menjelaskan; "Para ulamak kita telah melarang penulisan al-Quran dengan huruf bukan 'Arab...Lujnah Fatwa al-Azhar bila ditanya tentang penulisan al-Quran dengan huruf-huruf Latin, maka jawapan yang diberikan; 'Tidak diragui bahawa huruf-huruf Latin dan rumi yang sedia diketahui (hari ini) tidak memiliki beberapa huruf yang menepati bahasa Arab, maka ia tidak dapat memenuhi dengan sempurna fungsi huruf-huruf bahasa Arab. Maka jika ditulis al-Quran dengan huruf-huruf Latin itu akan berlaku kekurangan/kecacatan dan perubahan pada lafaznya, dan ekoran darinya akan berlaku perubahan makna dan merosakkan maknanya...Telah ijmak para ulamak sekalian bahawa sebarang tindakan terhadap al-Quran yang yang membawa kepada pemindaan kepada lafaznya atau merubah maknanya, ia dilarang sama sekali dan haram secara putus...." (Manahil al-'Irfan, 2/96).




Tuesday, August 9, 2016

Artikel - Sediakan Penyangkut! Tolong Laaa Weeehhh...

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....





Sekali baca, rasa nak tergelak pun ada... hahahaha


Kali ini saya terjumpa satu contengan di sebalik pintu tandas masjid berupa rungutan pengguna bermaksud "Tolong letakkan penyangkut kain satu, AJK." 

Sebagai muslim, semua perlu tahu dalam bab taharah (bersuci), adalah wajib untuk bersih pada 3 perkara sebelum menunaikan solat iaitu badan, pakaian dan tempat solat. Kalau tiada penyangkut, mahu letakkan di mana? Kalaulah ketika 'itu' terkena kesan kotoran pada pakaian walaupun sedikit maka solat boleh menjadi tidak sah pula.

Maka, adalah wajib untuk ada penyangkut sama ada pada pintu atau dinding dalam setiap slot tandas untuk memudahkan pengguna menyangkut seluar atau pakaian ketika mandi.



Hidupan Liar - Peringatan! Jaga-jaga Dengan Lipan

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....




Dalam entri sebelum ini, saya pernah catatkan beberapa perkara yang semua orang mesti tahu tentang lipan. Beberapa pautan berkaitan juga saya telah sertakan:


Sumber rujukan:   SINI  |  SINI  |  SINI  |    

Kalau seekor anak lipan yang badannya kurus pun sengatnya memang sudah menyakitkan, apatah lagi kalau yang lebih besar. Huuiiihhh... ngeri beb..

Memanglah bukan selalu rumah dimasukkan haiwan penyengat ini, tetapi itu bukan bermakna kita boleh terlupa. Sekali terleka, dia boleh sahaja masuk entah dari mana celah dan menyengat. Boleh jadi ia masuk dari selah dinding, bawah pintu atau mungkin dari lubang lantai dalam tandas atau dapur.

Terutama bagi mereka yang suka berbaring atau tidur di lantai, golongan ini lebih baik lupakan terus tabiat ini bagi mengelakkan disengat. Kalau ada anak-anak kecil, eloklah tidur atas katil dalam bilik.


Pengalaman kali ini, sempatlah ternampak ada seekor yang agak besar masuk merayar senyap-senyap sampailah dia duduk diam berdekatan dengan pintu depan rumah. Apa lagi, paniklah sekejap yang ada di rumah waktu itu. Maka dengan senyap-senyap juga saya ambil batu lesung dan ketuk sekuat hati beberapa kali. Terpaksa ketuk berkali-kali sebab ini lipan dewasa dan kulitnya agak keras.



Sunday, June 26, 2016

Ramadhan 2016 - Rahsia Surah al-Kautsar


Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images




Assalamualaikum....






Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh diamalkan, antaranya:-
  • Baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. memakbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokkan di leher, insya Allah hilang dahaga
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan Allah s.w.t berikan ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi


Sunday, March 27, 2016

Artikel - Elakkan Rumah Daripada Dimasuki Pencuri

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



Pernahkah anda semua dengar cerita orang-orang dahulu tentang pencuri, apabila dia masuk dalam rumah yang diceroboh kemudian tidak boleh keluar? Bila dia masuk, dia nampak laut, nampak air, kemudian berenang di ruang tamu atau atas simen di dapur atau termenung dan menangis di tengah-tengah rumah atau dalam bilik mandi. 

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah yang ditinggalkan daripada dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yang sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut::
  1. Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH: 1 kali
  2. Berselawat keatas Nabi s.a.w.: 3 kali
  3. Baca Ayatul Qursi: 1 kali
  4. Baca surah Yasin (ayat ke : 9): 1 kali



Bermaksud :: "Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5 Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM"

Kita sebagai orang Islam walaupun perlu tegas dengan penyamun kita masih perlu ada sifat bertimbang rasa atau kasihan..

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.

Aamiiin...

Sunday, February 21, 2016

Berita - Mati Tertikam Ketika Sesi Latihan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Seorang pelakon berusia 33 tahun mati di Tokyo selepas dia secara tidak sengaja ditikam dengan pedang samurai ketika sesi latihan lakonan di Taito Ward. Daigo Kashino dikejarkan ke hospital selepas ditikam di perut ketika sesi latihan itu namun tidak jelas sama ada pedang itu yang sepanjang 73cm adalah yang sebenar atau alat prop lakonan. Dia kemudian mati akibat kecederaan itu. Polis Tokyo ketika itu masih menyiasat sama ada berunsur jenayah atau kemalangan. Pihak tv NHK di Jepun berkata ahli kumpulan teater yang lain menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabial Kashino mengerang dan membongkok.

Jangan tersilap tikam:  SINI   |   

Artikel - Haram Sambut 14 Feb.

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



Hal ini sudah disentuh setiap tahun dan setiap kali tiba tarikh 14 Februari. Malangnya setiap kali itulah keluar cerita dalam banyak akhbar tentang kes-kes pasangan ditangkap khalwat dan bila ditanya ketika tangkapan, bermacam alasanlah yang keluar. Formula sama juga setiap tahun. Tiada apa pun yang berubah dalam hal ini. Seolah mereka tidak serik.


Menurut Ketua Pemuda PAS Muslim Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, generasi muda yang beragama Islam adalah dilarang menyambut Hari Valentine kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam dan sudah ada fatwa tentang pengharamannya. Semua generasi muda yang Islam perlu menghentikan amalan ini kerana ia berasal dari agama lain.


Pihak Jakim juga melarang ia disambut di kalangan generasi muda yang Islam kerana ia ada unsur agama kristian. Satu kempen anti-Valentine iaitu 'Berjaga-jaga dengan perangkap Hari Valentine' telah diadakan sejak 2011 dan sukarelawan akan mendekati generasi muda bagi mengingatkan mereka akan bahaya sambutan tersebut. 


Dalam satu khutbah, dinyatakan hari tersebut berasal daripada sembahan dewa-dewa Rom purba atau sambutan kejatuhan pemerintahan Islam di Cordoba, Andalusia, kini merupakan Sepanyol moden. Agensi penguatkuasa agama Islam kerap melakukan serbuan di hotel-hotel bajet dan kawasan awam bagi menahan dan mendenda pasangan beragama Islam yang belum berkahwin bagi kesalahan khalwat atau bersekedudukan dengan bukan mahram. Sambutan ini juga menjadi satu nuansa komersil bagi meraikan cinta dan sangat popular di Asia Timur.


Sumber memang tak sambut: SINI  |   



Friday, January 29, 2016

Artikel - Bengkak Kena Tumbuk!

Kredit kepada: Yahoo Sports
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.........

Juara heavyweight Travis Browne bangkit daripada kekalahannya kepada Andrei Arlovski pada bulan Mei lalu mengalahkan Matt Mitrione di acara UFC Fight Night 81 di Boston. Kedua-duanya saling berbalas serangan dan Travis dijatuhkan dan kemudian dia bangkit dan membalas serangan. Sebelum berakhir pusingan kedua, lawannya tidak sengaja tercucuk mata Mitirione tetapi doktor yang memeriksa matanya dan dia masih mampu bertarung lagi.

Pusingan seterusnya, dia lebih agresif. Kali ini sekali lagi insiden sama berlaku. Pengadil membiarkan sahaj mereka teruskan perlawan sehingga Mitrione mengadu tidak nampak. Doktor memeriksanya sekali lagi. Dia kata tidak dapat teruskan tetapi pakar membenarkannya meneruskan selepas menilai keadaannya. 

Perlawanan diteruskan hinggalah Browne akhirnya menguasai perlawanan, dengan melayangkan beberapa sepakan dan menjatuhkan Mitrione. Untuk itu, ia menjadi kekalahan dua kali berturut-turut buat  Mitirione.  



Bengkak yang mengerikan... eerrrkkk!




Teruk kena belasah:   SINI  |    


Wednesday, January 20, 2016

Artikel - Habuan Penggatal :-D Hahahaha!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan:
Yahoo News


Assalamualaikum.....

Memang ada sesetengah manusia di dunia ini gatalnya tidak kira tempat dan sesiapa, sesama rakan sekerja pun boleh jadi. Ada juga yang jenis suka ambil kesempatan, mentang-mentanglah dilayan. Ingat semua orang yang bekerja itu bodoh ke?

Kali ini ada seorang yang pandai kenakan semula si penggatal itu dengan memintanya tunggu sekejap sehingga terasa dimainkan semula... kahkahkahkahhhhh! 


Kisahnya apabila si penggatal ini minta foto si perempuan ini tanpa pakaian. Maka perempuan ini kenakan si penggatal itu dengan idea menghantar foto 'loading' kononnya seperti keadaan kelajuan internet yang perlahan dan suruh dia tunggu. Berbanding memberitahunya ke mana mahu pergi, dia bertindak lebih jauh dan tindakan itu sangat memuaskan hati :-)  





Si lelaki itu pula entah mungkin lurus bendul atau bodoh (wallahualam) terus sahaja tunggu dan memberitahunya cara itu tidak berjaya tanpa menyedari dia sudah dikenakan. Sebaliknya dia menganggap ada masalah dengan telefonnya.

Tweet berkenaan menjadi viral dan dikongsikan lebih daripada 7000 kali dan diulang semula lebih 6000 kali lagi. Seorang pengguna memuji tindakannya sebagai bijak.




Hahahahahahahahaha!!!


Sekali kena prank:  SINI  |