MY FOLLOWERS

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Monday, January 14, 2019

Artikel - Kereta Bergetar, Ada Bau Petrol?

Kredit kepada: owner
Gambar ihsan: owner


Ada beberapa sebab kenapa kereta terasa seperti bergetar (vibrate) ketika memandu. 

Pada pengalaman sebelum ini, puncanya adalah lingkaran (ignition coil) dan salah satu palam pencucuh (spark plug) yang tidak berfungsi menghantar api dengan baik ke bahagian enjin. 

Kali ini ada satu lagi yang ingin dikongsikan. 

Asalnya saya perasan muncul kenadan itu selepas menukar minyak silinder dan penapis. Rutin yang selalu dibuat setiap 5000 km perjalanan. 







Awalnya ingatkan sebab minyak silinder yang tidak sesuai tetapi bila ditanya pada bengkel, katanya ia tiada sebarang kaitan tetapi mungkin ada masalah lain.

Keadaannya, enjin bergetar ketika memandu dan sesekali enjin mati sendiri dan ada bau seperti petrol. 

Jadi, saya ke bengkel untuk periksa keadaannya. 

Didapati, berlaku kebocoran pada kabel salah satu palam pencucuh yang menyebabkan getaran dan pembakaran petrol dalam enjin menjadi tidak sempurna. Penyelesaiannya mudah sahaja - saya tukarkan kabel itu  :-)


Nota:  Kabel yang diganti mestilah dari jenis yang sama dengan yang digunakan oleh kereta berkenaan.   


Wednesday, January 2, 2019

Sekadar Luahan - Bila Tiada Lesen Tapi Gatal Tangan .. Ni La Hasilnya..

Kredit kepada: owner
Gambar ihsan: owner





Pagi itu, saya ke sebuah pasaraya untuk urusan membeli beberapa barang. Selesai sahaja, kami pergi menjamu selera. Namun ada pula cerita lain daripada kawan-kawan di tempat basuh kereta.

Ada cerita sampai di telinga, sebuah kereta terlajak dan terbabas ke dalam parit di depan tempat basuh kereta hingga tenggelam bahagian enjinnya. Dengar cerita, ia angkara seorang budak pekerja yang tidak tahu pandu kereta yang gatal tangan mahu alihkan kereta orang. 

Hasilnya, bila tekan minyak, kereta pun terlajaklah ke dalam parit. 

Maka, ramailah yang datang untuk jenguk dan bantu.

Reaksi tuan kereta? Masam muka!

Apa jadi dengan tuan tempat basuh kereta? Wallahualam...


Dalam kes ini, untuk tarik kereta itu keluar nampak mudah tetapi ia tidak sebegitu. Pada awalnya, mereka minta tolong pada seorang pengunjung yang memandu Hilux untuk tarikkannya keluar. Malangnya tiada hasil dan kereta masih tersangkut.

Jadi, mereka pun panggil servis kereta tunda untuk bantu tidak lama kemudian. Barulah kereta itu dapat dikeluarkan.


Apa yang rosak?

Seperti yang didengar, bila berlaku begini, bahagian elektronik rosak tetapi yang lain-lain dalam enjin tiada apa-apa mungkin sebab ia mekanikal. 


Beberapa pengajaran:
Jangan pandai-pandai. Kalau tak tahu, baik suruh orang lain yang buatkan. Baik pergi belajar bawa kereta di sekolah memandu dulu. Pakai otak dan jangan jadi bodohh...




Wednesday, December 19, 2018

Artikel - Enjin Meragam dan Spark Plug Tidak Berfungsi

Kredit kepada: owner
Gambar ihsan: owner


Kes enjin meragam lagi...


Kalau yang dulu, kes enjin jadi meragam disebabkan berlaku perkara-perkara berikut:

  • Kabel crank sensor yang bersambung dengan enjin sudah tidak berfungsi, membuatkan enjin jadi tersedut-sedut dan kereta susah untuk dihidupkan semula.
  • Bateri 'kong' dan starter tidak hidup



Kali ini saya bawakan satu lagi kes berkaitan enjin yang meragam...

Dalam kes kali ini, enjin kerap kali mati sendiri walaupun ketika sedang dipandu dalam perjalanan ke mana-mana. Adakalanya tersedut-sedut dan muncul isyarat bateri pada dashboard pemandu.

Untuk selesaikan masalah ini, saya ke bengkel dan periksa. Didapati bahagian ignition coil rosak dan salah satu spark plug tidak hidup, yang satu lagi dalam keadaan kurang baik untuk menghantar api ke piston enjin.









Oleh itu saya gantikan bahagian ignition coil ini dan semua 4 biji spark plug itu.

Sunday, October 21, 2018

Artikel - Pasang Air-Cond Pun Panas Lagi Ker?!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: owner


Kalau sudah namanya sistem, maka banyaklah juga sebab kalau berlaku kerosakan. Dalam hal penyaman udara kali ini, masalah yang biasa ialah kenapa masih panas walaupun penyaman udara dihidupkan? (Hati jadi lagi panas bila tak tahu apa puncanya!) 



Antara sebab yang saya boleh nyatakan:

Gas habis! (huhuhu...)
Injap pada sistem salurannya rosak atau tersumbat (Pernah dibaiki sebelum ini)
Kebocoran pada sistemnya
Fius kawalan pada ECU terbakar
Bahagian besi magnetik rosak (magnetic clutch)
Amplifier rosak 









Dalam kes kali ini, penulis hadapi masalah bila bahagian klac magnetik dalam bahagian pemampat (compressor) rosak. Kerosakan ini menyebabkan fius terbakar.

Penyelesaiannya, perlu gantikan bahagian besi magnetik ini bersama fius yang sudah terbakar.











Perihal kedua..

Selepas siap dipasang, sistem akan diuji. Dalam hal kali ini, berlaku satu keadaan iaitu tiada cut-off. Apabila bahagian compressor menjadi sejuk, jika tidak berlaku cut-off ia akan berterusan sehingga ada bahagian lain rosak lagi. Jadi saya periksa lagi dan dapati amplifier pada sambungannya di bawah dashboard (yang kawal suhu daripada suis) telah rosak. Bukannya masalah suis rosak seperti disangka sebelum ini.

Jadi saya gantikan
WD amplifier
magnetic clutch
fius







Wednesday, October 3, 2018

Artikel - Gear Bermasalah: Tukar Kotak Gear Automatik Kepada Manual

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: owner


Masalah dalam enjin kereta adalah pelbagai. Setiap kerosakannya adalah seperti penyakit, dan semestinya ia ada tanda-tanda tertentu jika ia berlaku. Perkara ini boleh dipelajari menerusi pengalaman menggunakan kenderaan itu atau boleh sahaja tanya pada sesiapa yang mahir mengenainya. 

Pada saya, di samping segala masalah dalam enjin, ada seperkara yang membuatkan lebih sakit kepala iaitu bila berlakunya masalah dalam sistem gear. 

Berbanding transmisi manual, jenis automatik perlu diperhatikan lebih serius. 


Di sini saya kongsikan sedikit daripada yang terdahulu. 

Tahun 2016. Ketika itu tidak pasti apa masalahnya apabila setiap kali enjin dihidupkan dan masuk gear D, kereta masih tidak boleh bergerak. Statik hingga 5-10 minit barulah boleh bergerak. Masalah selesai bila kotak gear ditukar. 

Hujung tahun 2017, kerap berlaku masalah enjin tersedut-sedut sekali-sekali atau 'jerking' ketika memandu. Saya berhentikan kenderaan dan hidupkannya semula selang beberapa lama kemudian. Kali pertama, ia disebabkan masalah kabel 'crank sensor' yang terdapat pada enjin yang dihubungkan ke 'spark plug'. Kerosakan kabel ini menyebabkan isyarat api tidak dapat dihantar kepada silinder dalam enjin untuk pembakaran petrol. Paling teruk apabila berlaku sewaktu dalam perjalanan pulang dari Bangi ke Kuala Terengganu. Terpaksa bertahan dengan masalah ini sepanjang perjalanannya pad waktu malam. Masalah selesai bila kabel ditukar keesokannya. 

Kemudian masalah serupa berlaku lagi. Sekitar Jun 2018, saya berhentikan kereta dan cuba hidupkannya semula. Kali terakhir dicuba, malangnya enjin tetap tidak dapat dihidupkan. Bila diperiksa, rupanya bateri yang sudah tamat tempohnya. Tukar bateri dan masalahnya selesai. 

Sekitar Julai 2018, ketika mahu pergi beraya di rumah kenalan pada satu malam. Ketika memandu sebelum itu pun, didapati gear sedikit susah untuk bertukar (shift). Tekan minyak pun, ia sukar untuk 'menarik' gear untuk naik. Saya berhenti di sebuah stesen minyak untuk membeli sedikit barangan, enjin langsung tidak memberikan respon bila kunci dipulas, walaupun dicuba beberapa kali. Bila diperiksa beberapa hari kemudian, didapati bahagian pam minyak di bawah kereta didapati tersumbat. Walaubagaimana pun, setelah diganti, masalah kesukaran untuk 'menarik' gear masih berlaku. 

Hinggalah pada beberapa hari yang lalu. Masalah gear ini semakin teruk. Tekan minyak hingga ke 5 atau 6 pun (meter r/min), gear tidak naik. Pemanduan terasa seperti memandu pada laju 20-30 km/j dan ada sedikit bau hangit. 

Maka, kotak gear ditukar sekali lagi. Kali ini ditukar daripada transmisi automatik kepada manual. 



Bahagian gear automatik yang dicabut


Sesudah dipasang kotak gear baru




Keadaan kotak gear dari bawah



Klac baru siap dipasang


Keadaan gear dan kemasan yang siap dipasang. Kemasan keliling gear adalah dari Satria Neo


Selesai dipasang, pemilik membawanya ke tempat snow wash untuk dibersihkan



Bagi proses penukarannya, kotak gear dicabut beserta bahagiannya dalam ruang enjin. Kemudian satu ruang ditebuk pada bahagian bawah sebelah pedal brek, untuk memasukkan kabel dan sambungan pedal klac. Engine mounting, flywheel, starter, oil shield dan kotak gear dipasang seperti biasa. Minyak transmisi manual (MTF) juga digunakan menggantikan yang terdahulu (ATF). 



Wednesday, September 5, 2018

Artikel - McLaren Senna Dengan Pembaharuan Gentian Karbon

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....


Kereta McLaren Senna ini telah diperbaharui dengan gentian karbon dengan nilai £390K.

Ini adalah edisi pertama di Amerika Utara. Ketika kali pertama ia dibawa ke sini bulan lalu, McLaren berbesar hati untuk mendedahkan segala perinciannya. Bagaimanapun, di sebalik semua maklumat yang mengujakan itu, harganya belum lagi diketahui atau sekurang-kurangnya beberapa pendapat mengenainya belum didengari.

Di Connecticut, The Stradman dapat merakamkan kereta ini dalam video. 










Yang istimewanya kereta ini, ia didatangkan dengan warna hijau pada bahagian luarnya, yang dicat pada badan gentian karbonnya. Warna hijau ini mengambil masa selama 1000 jam untuk disempurnakan dan boleh didapati pada 67 bahagian kereta ini, termasuk bahagian dalamnya. 

Maka tidak hairanlah harganya setinggi 500 ribu. Warna hijaunya kontra dengan putih pada kulit tempat duduk, bawah papan pemuka dan juga stereng. 

Kereta ini juga didatangkan dengan enjin V8 4.0 liter turbo-berkembar, dengan 789 kuasa kuda dan tork sebanyak 590 paun-kaki. Ia mampu memecut hingga 60 batu sejam dalam 2.7 saat. 


Kereta laju gila:  KLIK SINI   |      




Saturday, September 1, 2018

Artikel - Kereta Pra-Peperangan Ditemui di US

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

Kereta klasik pra peperangan dijumpai di Amerika Syarikat. 

Ia dikatakan dari era 1930an. Biasanya kereta klasik keluaran era 1930an, 1940an atau 1950an mendapat tempat di hati ramai orang terutamanya peminat kenderaan klasik. Ia menjadi sesuatu yang tidak ternilai, menjadi antara asas kepada sejarah automotif dan ada cerita sendiri. Ringkasnya kalaulah ia boleh bercakap, ia pasti ada anekdot yang menarik untuk disampaikan. Ia juga mempunyai nilai sentimental. 

Seorang lelaki dari Carolina Utara menemui beberapa kereta klasik era pra-peperangan ketika dia ditugaskan untuk memusnahkan bangunan lama dan memindahkan semua harta di dalamnya. David Mount, seorang kontraktor tidak menyangka akan menemui kereta-kereta ini di tempat kerjanya. 








Berdasarkan cerita di Hagerty, anak perempuan David adalah yang pertama menemui kereta ini di garaj bawah tanah. Awalnya, bahagian depan dan lampunya yang kelihatan di bawah runtuhan. Bila ia digali, sebuah kereta 1933 Plymouth ditemui. 

Penemuan itu membuatkan anak beranak itu teruja untuk meneroka lanjut barangan itu, dan ia tidak sia-sia. Mereka berjaya menemui sekitar 10 buah kereta dan juga beberapa trak. Yang paling jelas, penemuan sebuah kereta yang tidak diketahui dengan binaan chasis Ford keluaran 1930an, dengan Flathead V8 dan sebuah kereta saloon 1939 Chevrolet Master Deluxe. 

Untungnya, pemilik hartanah itu tidak berminat untuk menyimpan kereta klasik, jadi anak beranak ini telah mengambilnya. Mount menjelaskan ada sebahagian kereta ini terlalu uzur untuk diselamatkan, manakala sebahagian lagi mungkin boleh diperbaiki. 

Buat masa ini, dua daripadanya masih belum dapat dikenalpasti.


Kereta tertimbus dalam tanah: KLIK SINI  |    


Monday, March 12, 2018

Artikel - Masalah Kereta Tersedut-sedut atau Jerking

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Ada banyak sebab yang menyebabkan kereta menjadi tersedut-sedut atau jerking ketika memandu.

Kalau baca tulisan di beberapa blog, dinyatakan beberapa sebab dan masalah berkaitannya.

Pengalaman saya dalam perkara ini berlaku bulan Disember yang lalu. Saya pandu Wira Aeroback 1.5 SE, transmisi automatik. Saya bersama seorang kawan untuk kali ini.

Ketika itu saya ke Temerloh untuk beberapa hari untuk sertai acara di sana. Selesai acara, saya ke Bangi untuk satu urusan lain. Masalah ini belum berlaku secara serius ketika ke Temerloh hingga ke Bangi, tetapi semakin teruk sewaktu menghala balik ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur ketika melalui kawasan Bukit Besi.

Ketika dalam perjalanan, bila pedal minyak ditekan sekitar 60 km/j, enjin masih baik tetapi bila ditekan lebih lagi untuk naik gear atau mendaki, enjin mula tersentak atau tersedut-sedut. Kesan sentakan ini hilang sekejap bila kelajuan enjin dikekalkan pada paras itu dan enjin kembali tersentak bila kelajuan enjin diturunkan. Lagi teruk bila pedal minyak dilepaskan terus dan enjin mati secara mengejut. Bila ini berlaku, saya biarkan dahulu kereta buat beberapa minit. Bila enjin dihidupkan semula, perlu pulas kunci dan tekan minyak beberapa kali dengan bersusah payah. Terasa enjin bergegar dan perlu tekan pedal minyak sehabisnya untuk elakkan enjin terpadam secara mengejut.  Ekzos pula keluarkan api berbara seperti guna NOS dan macam ada bunyi letupan beberapa kali.

Memandangkan ketika itu waktu sudah malam dan tiada bengkel dibuka apatah lagi di kawasan agak terpencil seperti Bukit Besi dan Ajil, saya terpaksa teruskan dengan kelajuan agak tinggi. Hinggalah enjin mati mengejut sekali lagi sebelum masuk ke Plaza Tol Ajil. Sekali lagi saya hidupkan secara kelajuan tinggi hingga ke Bukit Payong.

Bila sampai di sebuah taman perumahan yang hanya kurang 1 km sahaja lagi untuk sampai ke rumah kawan saya, masuk sahaja ke simpang selepas lampu isyarat dan berdekatan bengkel, enjin terus padam mengejut dan kali ini tidak boleh dihidupkan terus.

Jadi, keluarga kawan saya datang ambilnya di tempat kereta diparkir dan saya pula ke rumah saudara tidak jauh dari situ untuk bermalam.



Kabel crank sensor yang ditukar



Isyarat yang tidak tahu apa puncanya.. 





Keesokannya, mekanik buka enjin dan diperiksa. Palam pencucuh, minyak dan gear dalam keadaan baik. Didapati masalah berpunca daripada kabel dipanggil crank sensor yang sudah 'mati' dan tidak hantar isyarat api ke palam pencucuh.

Selain itu, drive shaft juga ditukar sebab ada gegaran ketika memecut.

Untuk kereta jenis ini, kabel jenis asal perlu digunakan sebagai ganti memandangkan ia edisi SE.


Boleh lihat punca lain:  SINI  |   SINI  |   SINI  |   SINI  |   SINI  |   SINI  |  



Thursday, December 14, 2017

Artikel - Tukar Tayar Bila Lepas Tamat Tempoh

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Tayar adalah salah satu bahagian yang paling perlu diambil berat ketika melakukan perjalanan. Setiap tayar depan dan belakang ada had kilometer yang perlu diberi perhatian. Bagi tayar depan, ia perlu ditukar setiap 40,000 km dan tayar belakang pula pada setiap 80,000 km. Perkara ini pernah saya tuliskan dalam artikel yang terdahulu.


Boleh rujuk SINI dan SINI untuk selanjutnya.





Hadiah promosi dari Goodyear - Tukar 4 empat dan dapat satu bekas air percuma  :-)


Yang terbaru, penulis tukarkan kesemua tayar setelah didapati semua bunga tayarnya 'botak' dan ada yang sudah hampir terkeluar benangnya.

Sedikit tips, kalau mahu keadaannya seimbang, setiap 10,000km perlu buat 'crossing' iaitu pindahkan tayar depan dan belakang. 


Friday, November 3, 2017

Artikel - Terlekat Dalam Pasir

Kredit kepada: owner
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


 
Gambar pinjam dari Google


Pada 5.9.17 yang lalu, penulis ke Unisza Besut untuk mengambil orang. Ketika itu, satu majlis perasmian kolej kediamannya diadakan yang turut dihadiri para pegawai dari kerajaan negeri termasuk Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh.

Ramai juga yang datang ke majlis itu, jadi banyaklah kenderaan diletakkan di bahu jalan hingga penuh sesak.

Masuk ke jalan menghala ke kolej kediaman, tiada ruang pula untuk parkir. Maka terpaksalah berpatah balik. Ketika membuat pusingan-U di satu ruang, tayar kereta tenggelam pula. Terpaksalah berpanas seketika sementara menunggu bantuan.

Dalam hal ini, masalah akan jadi lebih sukar kalau pedal minyak ditekan berlebihan. Lagi ditekan, tayar akan semakin tenggelam sebab tayar akan berpusing dan menolak pasir.

Satu Hilux orang awam kemudian datang membantu menarik kereta keluar.


Selesai ditarik, penulis parkir di kawasan lain dan sempat makan dahulu untuk mengisi perut    :-)

Kesan daripada ini, bahagian rim tayar, mud guard dan ruang enjin turut dimasuki pasir. Untuk membersihkannya, cuma perlukan semburan angin kuat dari mesin di bengkel.



Artikel - Bila Suhu Naik Tiba-tiba dan Radiator Bocor

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner 



Assalamualaikum.....

Ketika memandu, paparan yang biasa ada pada papan pemuka pemandu ialah kelajuan, odometer, paras minyak dan suhu enjin. 

Apa yang perlu dibuat bila suhu yang normal ketika memandu tiba-tiba naik?
Apa yang pemandu perlu tahu?

Banyak sebab yang boleh membuatkan enjin menjadi panas. Seperti dalam entri sebelum ini, saya pernah tulis antara sebabnya ialah minyak hitam belum ditukar selepas lebih kilometer, kurang air dan mungkin masalah berkaitan radiator. 

Dalam pengalaman kali ini, saya memandu seperti biasa. Suhu enjin juga normal dan tiada masalah. Tiada juga sebarang bunyi yang pelik-pelik kedengaran dari arah enjin. Sehingga berhenti di lampu isyarat menunggu bertukar hijau. Yang pernah berlaku dahulu bila sudah sampai di rumah, suhu enjin naik dan ada bunyi berdesir dari bahagian enjin sebab ada saluran kecil yang sambung ke radiator yang bocor. Yang ini kemudiannya sudah dibaiki dan bahagian itu sudah ditampal (welding).

Pada waktu kali ini, nampak jarum penunjuk suhu enjin tiba-tiba naik perlahan-lahan dan perkara itu belum pernah berlaku sebelum ini. Jadi saya segera berhenti di stesen minyak berdekatan dan buka hud enjin. 

Ketika ini nampaklah sedikit masalahnya. Ada percikan air yang halus keluar dari celah-celah sambungan bahagian atas radiator atau upper tank. Bila penutup radiator dibuka, terus semua air tersembur keluar macam letusan gunung berapi  :-)   Saya kemudian penuhkan semula radiator dengan air baru dan teruskan perjalanan hingga ke sebuah bengkel. 

Bila diperiksa, ada kebocoran di bahagian upper tank ini dan ia perlu ditukar. 

Keesokannya saya ke bengkel yang buat servis khusus untuk radiator, untuk tukar bahagian ini.


Mekanik mulakan kerja untuk cabut radiator







Radiator yang sudah ditanggalkan. Garisan merah tunjukkan bahagian upper tank yang perlu ditukar. Sebenarnya bukan bahagian atas sahaja, bahagian bawah pun perlu ditukar kali ini sebab sudah bertukar warna. Pada bila-bila masa akan datang ia akan bocor juga. Bahagian jaring yang tengah juga ada bahagian tersumbat. Sebab masih boleh digunakan, jadi mekanik cuci sahaja dahulu sebelum dipasang semula.



Bahagian upper tank sesudah ditanggalkan



Alirkan air yang tidak diperlukan keluar


Radiator dengan upper tank baru dan sudah dicuci.


Semua saluran getah yang berhubung dengan radiator dipasang. Selesai dipasang, enjin dihidupkan sambil air dan cecair penyejuk (coolant) diisi dalam radiator. Air diisi penuh bersama cecair ini dalam radiator.





Siap!



Tuesday, August 15, 2017

Artikel - Banyak Sebabnya Bila Enjin Kepanasan....

Kredit kepada: laman Pandu Laju, Google, owner
Gambar ihsan: Owner, laman Pandu Laju


Assalamualaikum.....


Masalah berkaitan enjin memang banyak. Kalau sebutkan apa punca enjin menjadi panas pun, banyak sebabnya. Antaranya:
  • Minyak silinder atau minyak hitam enjin belum ditukar bila sampai masanya.
  • Air tidak cukup
  • Radiator tersumbat atau air dalam radiator tidak cukup
  • Kipas enjin tidak berfungsi 
  • Masalah sambungan mana-mana wayar berkaitan tercabut atau putus
  • Pengepam air (water pump) tersumbat, bocor atau rosak
  • Cylinder head gasket yang rosak atau terbakar

Bulan lalu, kereta penulis mengalami masalah yang berlarutan selepas pulang dari cuti Aidilfitri apabila enjin kepanasan dan penghawa dingin tidak berfungsi. 

Dalam artikel berkenaan kereta yang disiarkan terdahulu, enjin yang panas menyebabkan penulis terpaksa memandu pulang melalui lebuhraya dengan kelajuan setakat 60-80 km/j sepanjang perjalanan! 

Selepas suis kipas dibetulkan, penghawa dingin pula dibetulkan. Masalahnya ialah receiver dryer, expansion valve, dan penapis yang tersumbat. Untuk perbetulkannya, mekanik perlu keluarkan gas penghawa dingin dan mengisi semula minyak pemampat (compressor oil).


Keadaan penutup tangki minyak silinder selepas balik dari Bera pada cuti raya bulan lepas


Gas penghawa dingin diisi baru



Bahagian bawah sebelah penumpang depan yang dibuka



Penapis dan expansion valve yang diganti



Pun begitu, masalah yang diselesaikan ini tidak menyelesaikan masalah enjin yang kepanasan yang masih dihadapi. Sebabnya bila memandu pada kawasan berdekatan rumah atau dalam lingkungan bandar kediaman sahaja, kita tidak akan jelas dengan masalah sebenar. Perlu buat perjalanan jarak jauh baru akan tahu!

Bila semua yang dinyatakan di atas selesai tetapi enjin masih kepanasan, maka ada masalah lain.

Asalnya masalah ini dikesan ketika baru memulakan perjalanan dari Kuala Terengganu untuk ke Bera, Pahang baru-baru ini. Ketika baru masuk ke Plaza Tol Dungun melalui Kuala Berang, suhu enjin tiba-tiba naik mendadak. Disebabkan tidak mahu terus menanggung masalah ini dan risikonya, maka penulis keluar semula melalui Bukit Besi dan pulang semula ke Kuala Terengganu untuk menukar kenderaan lain dengan keluarga. Bayangkan sendiri azabnya selama sejam sebelum boleh berhentikan kereta di rumah!

Beberapa hari kemudian, bila diperiksa, didapati ada masalah berikut:
  • Radiator perlu dicuci dan diisi air - suhu naik mendadak sebab tersumbat.
  • Penyerap hentak (shock absorber) bocor 
  • Cylinder head gasket yang terbakar - sebab enjin panas
  • Brake pad yang haus
  • Pengepam air bocor

Bila tukar kereta yang satu lagi, muncul satu lagi masalah. Pada mulanya semuanya baik sahaja. Suhu enjin normal, jarum tunjukkan pada tanda meter.Maka bolehlah membuat segala macam urusan kerja seharian selama lebih seminggu. Sehinggalah, beberapa hari kemudian, selepas balik dari satu urusan, setibanya di rumah dan enjin dimatikan, jarum enjin tunjukkan suhu melebihi setengah dan dalam enjin kedengaran bunyi desiran agak panjang.

Bila enjin dihidupkan semula untuk lihat masalahnya, tambah satu hal lagi - ada bahagian salur bawah yang menyambung ke radiator yang bocor. Lubangnya halus sahaja dan ada wap yang keluar. Lagi teruk, ada bau seperti hangit sebab gasket silinder terbakar dan air dalam radiator pula kering.

Aduhh...


Ini pada permulaan


Penutup bahagian radiator. Buka penutup ini ketika enjin sejuk, dan masukkan air. 


Boleh RUJUK SINI untuk artikel lajut berkenaan ganti air dan cecair penyejuk dalam radiator.


Untuk itu, kereta ini dihantar untuk kerja top overhaul yang memakan masa lebih kurang seminggu.