MY FOLLOWERS

Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Friday, June 28, 2019

Hiburan - The Enemy Within

Kredit kepada: Wikipedia, Swatchseries
Gambar ihsan: Google


The Enemy Within ialah satu siri tv keluaran US yang memulakan siarannya pada 25.2.2019 di saluran NBC.







Siri ini mengisahkan Erica Sheperd yang bertugas sebagai penganalisis CIA. Bila seorang kepala penjenayah  Mikhail Vassily Tal mengugut anaknya Hannah untuk mendapatkan maklumat tentang ejen CIA yang mematikan bom yang dipasangnya, Erica tiada pilihan kecuali bekerjasama.

Tindakan itu menyebabkannya ditahan oleh ejen FBI Will Keaton dan Erica dipenjarakan di penjara kawalan ketat dan dalam masa yang sama dilabel sebagai pengkhianat.

3 tahun kemudian, Tal bertindak lagi dan penyelia Keaton iaitu Richard Bregman memujuknya untuk membawa Erica dalam siasatannya. Dia menyerah dengan keadaan itu dan memberikan mereka segala maklumat yang diperlukan bagi menghalang serangan yang terbaru. Selepas orang suruhan Tal iaitu Victor Nemic tewas, Erica memberitahu Keaton kenapa dia melakukannya di samping pengaruh Tal telah berkembang selama beberapa tahun ini, dengan segala rakan sekutu mereka berselindung dalam kalangan orang awam bagi menanti arahan daripada Tal untuk melakukan serangan seterusnya.



Lakonan Jennifer Carpenter, Morris Chestnut, Raza Jaffrey, Cassandra Freeman, Kelli Garner, Noah Mills


Pautan berkaitan:  SINI   |   SINI   |   






Thursday, March 28, 2019

Hiburan - Beyond

Kredit kepada: Wikipedia, swatchseries
Gambar ihsan: Google





Beyond ialah satu siri tv keluaran Amerika Syarikat bercirikan sains fiksyen. Siri ini ciptaan Adam Nussdorf bersiaran di Freeform pada 1 January 2017. Siri ini disiarkan hingga 2 musim pada 18 January 2018, hingga 22 March 2018 sebanyak 10 episod.   



Sinopsis

Holden Matthews tersedar dari koma yang panjang selepas 12 tahun. Setelah bangun, dia mendapati dirinya kini mempunyai kelebihan luar biasa yang mengheretnya ke kancah konspirasi berbahaya. Kini dia berusaha mencari jawapan tentang apa yang berlaku kepadanya ketika dia koma dan bagaimana untuk teruskan hidup yang telah berubah secara signifikan dalam tempoh itu. Walau bagaimana pun, dia tertanya-tanya kenapa perkara itu berlaku kepadanya seakan-akan selepas dunia telah kiamat. Ketika itu juga muncul Willa, seorang wanita misteri yang memberikannya amaran supaya tidak mempercayai orang di sekelilingnya.  


Dibintangi Burkely Duffield, Dilan Gwyn, Jordan Calloway, Jonathan Whitesell, Michael McGrady, Romy Rosemont, Jeff Pierre, Eden Brolin


Pautan berkaitan:  SINI   |   SINI   |   






Wednesday, January 23, 2019

Hiburan - Titans

Kredit kepada: swatchseries, wiki
Gambar ihsan: Google





Siri Titans ialah satu siri baru untuk siaran tv laman web yang bersiaran dalam persekitaran komik DC, berdasarkan komik keluaran DC dengan tajuk yang sama. Bezanya dengan siri komik dan animasi yang disiarkan, siri untuk tv ini memaparkan setiap watak daripada sisi yang gelap dan memberikan penampilan watak yang lebih segar. 

Siri ini mula bersiaran pada 12.10.2018 dan menyiarkan musim pertamanya sebanyak 12 episod. Selepas itu, ia diperbaharui untuk musim kedua.

Pada bulan Mei 2018, siri Doom Patrol diketengahkan selepas satu episodnya diperkenalkan dalam siri ini. 


Untuk musim pertama, siri ini mengisahkan tentang pencarian seorang gadis iaitu Rachel Roth yang memiliki kuasa kegelapan yang misteri. Keluar dari rumahnya selepas ibunya dibunuh, gadis ini diburu dan dibawa ke balai polis dan bertemu dengan detektif Dick Grayson. Selain itu seorang lagi gadis misteri turut memburu Rachel dengan sebab yang tidak diketahui hingga ke episod terakhir siri ini. 


Dibintangi Brenton Thwaites, Anna Diop, Teagan Croft, dan Ryan Potter


Pewaris Justice League:  KLIK SINI  |   KLIK SINI   




Wednesday, November 21, 2018

Kamen Rider - Kamen Rider Drive

Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images







Kamen Rider Drive ialah siri tokusatsu yang ke-16 dalam siri Heisei Rider Series dan yang ke-25 daripada seluruh sirinya.

Shinnosuke Tomari ialah seorang bekas anggota polis elit, yang telah dipindahkan ke Divisyen Siasatan Khas selepas berlaku satu kejadian yang menyebabkan trauma kepada salah seorang rakan sekerjanya.

Divisyen ini menumpukan tugas kepada insiden-insiden pelik yang berlaku di bandarnya khususnya yang dipanggil 'Heavy Acceleration'.

Keadaan yang dipanggil 'Heaviness' oleh orang awam menyebabkan mangsa tidak dapat bergerak. Bila Shinnosuke dipilih oleh Drive Driver dan Tridoron, dia bertukar kepada Kamen Rider Drive dan ditugaskan memerangi Roidmudes yang akan memerangi manusia.

Shinnosuke dibantu oleh Kiriko Shijima dan abangnya Go, iaitu Kamen Rider Mach. Chase, satu Roidmudes istimewa dengan masa silam yang aneh dikenali sebagai Proto Drive bertukar menjadi jahat sebagai Mashin Chaser dan mengambil identiti Rider sebagai Kamen Rider Chaser.

Bagaimanapun, ancaman lebih besar muncul dalam bentuk ayah kepada Kiriko dan Go, saintis yang mencipta Roidmudes yang telah kehilangan tubuh badannya sekian lama telah muncul semula dalam bentuk kejahatan dipanggil Gord Drive berniat jahat untuk menggunakan saki-baki Roidmudes dalam rancangannya sendiri untuk menakluki dunia.



Menentang kejahatan:  KLIK SINI

Sunday, October 21, 2018

Hiburan - Marvel's The Punisher

Kredit kepada: Wikipedia, Watch Series
Gambar ihsan: Google Images





Marvel's The Punisher, atau lebih ringkasnya The Punisher, ialah satu siri tv di laman web keluaran Amerika Syarikat yang dicipta untuk siaran Netflix oleh Steve Lightfoot berdasarkan watak dalam komik keluaran Marvel dengan nama yang sama. Ia ditetapkan untuk berada dalam persekitaran  Marvel Cinematic Universe(MCU), bersambungan dengan filem dan siri tv lain dalam francaisnya dan merupakan spin-off kepada siri Daredevil. Siri ini diterbitkan oleh Marvel Television dengan kerjasama ABC Studios dan Bohemian Risk Productions.


Siri ini berkisarkan kehidupan Frank Castle yang menggunakan senjata berbahaya dan kemahirannya sebagai wira untuk memerangi jenayah dikenali sebagai The Punisher. Selesai membalas dendam atas kematian ahli keluarganya, dia membongkar konspirasi lebih besar melangkaui apa yang telah dilakukan ke atas keluarganya. 



Dibintangi Jon Bernthal, Ebon Moss-Bachrach, Ben Barnes, Amber Rose Revah, Daniel Webber, Paul Schulze, Jason R. Moore, Michael Nathanson, Jaime Ray Newman, Deborah Ann Woll, Josh Stewart, Floriana Lima, Giorgia Whigham, Corbin Bernsen, Annette O'Toole


Pembalasan demi keadilan:  KLIK SINI  |   KLIK SINI   |   



Thursday, May 24, 2018

Artikel - Papan Kadbod Yang Menakutkan :-D Hahahahaha....

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....






Ada perkara menakutkan berlaku di tingkap bilik tidur rumah Kellie Burkhart!  

Pelajar sekolah tinggi dari Tennessee ini memberitahu HuffPost yang ayahnya mendapat mesej yang mengejutkan daripada jirannya menerusi Facebook. 

"Saya bosan dengan segala yang ada di tingkap bilik anak awak." tulis seorang jiran.

Dari perspektif jiran, tingkap bilik Kellie kelihatan seperti ini setiap malam sejak setahun sebelum itu lagi.....





Dari sebelah dalam bilik ia sebenarnya kelihatan seperti di atas .....






Kellie sebenarnya salah seorang peminat siri tv “Supernatural.” Dia meminati watak Dean Winchester, lakonan Jensen Ackles.

Apabila ayahnya mendapat mesej itu di Facebook, mereka berdua ketawa mengenainya.

Walaupun ia menjadi lawak yang menakutkan, ia telah menjadi viral dengan menerima lebih 53,000 like dan 33,000 retweets.

"Potongan gambar itu masih di situ dan untuk jiran itu, saya tutup bidainya!" katanya kepada HuffPost. 


Keliru antara rasa seram ke nak tergelak:  SINI   



Hiburan - Marvel's The Defenders

Kredit kepada: Wikipedia, Watch Series
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Siri yang menghimpunkan watak keluaran Marvel dalam satu universe: Daredevil, Jessica Jones, Luke Cage, dan Iron Fist di bandaraya New York.

Siri ini (miniseries) mempunyai 8 episod dan ditayangkan pada 2017.


Marvel's The Defenders, ialah miniseries laman web ciptaan Douglas Petrie dan Marco Ramirez untuk Netflix, berdasarkan watak komik Marvel iaitu Daredevil, Jessica Jones, Luke Cage dan Iron Fist yang dihimpun bersama sebagai satu pasukan. Ia berkesinambungan dengan francais filemnya dan saling berkait dengan dalam siri terbitan kerjasama antara Marvel dan Netflix. Diterbitkan oleh Marvel Television dengan kerjasama ABC Studios, Nine and a Half Fingers, Inc., dan Goddard Textiles.

Siri ini mengambil tempat 6 bulan selepas kejadian dalam siri Daredevil musim kedua dan sebulan selepas kejadian di musim pertama Iron Fist. Mereka saling berdepan musuh yang sama dipanggil The Hand. 



Kerja sepasukan:   SINI  |  SINI   (watchseries)


Animasi - CWSeed Vixen

Kredit kepada: Wikipedia, Watch Series
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Vixen ialah satu siri animasi web daripada penerbit eksekutif Greg Berlanti, Marc Guggenheim dan Andrew Kreisberg, yang mula bersiaran pada 25 Ogos 2015, di saluran stream dalam talian, CWSeed. 

Ia berdasarkan watak keluaran DC Comics iaitu Mari McCabe / Vixen, adiwira wanita dengan kuasa meniru kebolehan pelbagai haiwan yang hidup di bumi. Siri ini ditetapkan dalam alam Arrowverse, sama dengan siri Arrow, The Flash, dan Legends of Tomorrow. Siri ini telah bersiaran hingga musim kedua yang disiarkan pada 13 Oktober 2016. 

Ringkasnya, apabila ibu bapanya terbunuh di Afrika, Mari McCabe mendapat batu kuasa dipanggil Tantu Totem yang memberikannya kuasa meniru haiwan, bagi menghentikan ancaman yang mengamcam keluarganya.    


Kuasa haiwan pemusnah:   SINI  |   SINI   (watchseries)


Thursday, December 14, 2017

Artikel - Karnival Souq Frenzy di Kemaman 24-26.11.2017

Kredit kepada: Archer's Crew
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Karnival Souq Frenzy kembali lagi!

Kali ini, karnival ini berkunjung pula ke Dewan Seri Amar, Kemaman, pada 24-26.11.2017 selepas ia diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada bulan lalu. 

Kali ini ia ditambah dengan beberapa lagi permainan selain yang sudah sedia ada. Ia bagi memberi peluang kepada pengunjung cilik untuk bermain dan terus kenal dengan permainan tradisi seperti yang pernah dimainkan oleh generasi terdahulu. Antaranya congkak, terompah gergasi, gasing, lastik, batu seremban/selambut, baling tin, kaki hantu, datuk harimau, dan nenek si bongkok tiga.

Bagi memeriahkan acara ini, pertandingan mewarna kanak-kanak diadakan pada hari kedua. Segmen lain seperti Mystery Maze, Kerjaya Cilik, Sand Art, Face Painting, PS4 masih dikekalkan. Bagi segmen Souq Frenzy, gerai memanah Archer's Crew dan Zootoopia turut dibuka untuk kunjungan orang ramai.














Karnival ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 11 malam.


Wednesday, November 22, 2017

Hiburan - The Gifted

Kredit kepada: Wikipedia, ewatchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




The Gifted ialah satu siri tv keluaran Amerika Syarikat dikembangkan oleh Fox oleh Matt Nix, berdasarkan X-Men keluaran Marvel. Ia berhubung dengan siri filem X-Men yang berada dalam garis masa alternatif yang mana X-Men telah hilang. Siri ini terbitan 20th Century Fox Television dengan kerjasama Marvel Television, dengan Nix sebagai showrunner.


Siri ini dibintangi Stephen Moyer dan Amy Acker sebagai pasangan ibu bapa yang membawa keluarganya lari selepas menyedari kelebihan mutan yang dimiliki anak mereka. Siri ini turut dibintangi Sean Teale, Natalie Alyn Lind, Percy Hynes White, Coby Bell, Jamie Chung, Blair Redford, dan Emma Dumont. 


The Gifted memulakan siarannya pada 2.10.2017 dengan 10 episod.


Mutan generasi baru:  SINI  |   SINI 


Friday, November 3, 2017

Hiburan - Black Sails

Kredit kepada: Wikipedia.org
Gambar ihsan: Google Images

 
 
Assalamualaikum.....

 

 
Black Sails ialah satu siri tv bercorak pengembaraan bertumpu di kawasan New Providence Island dan prekuel kepada buku tulisan Robert Louis Stevenson, Treasure Island. Siri ini ciptaan Jonathan E. Steinberg dan Robert Levine untuk siaran Starz yang disiarkan secara percuma di YouTube dan pelbagai platform streaming dan servis video on demand.


Bertumpu pada sekitar 20 tahun sebelum peristiwa dalam buku Treasure Island dan ketika Zaman Keemasan Lanun. Kapten Flint yang digeruni ,e,bawa bersamanya sekumpulan kru yang masih muda yang berjuang untuk terus hidup di New Providence Island. Berdasarkan episod pertama, "Pada 1715, di West Indies, sekumpulan lanun New Providence Island mengancam perdagangan maritim di kawasan itu. Undang-undang negara bertamadun mengisytiharkan mereka sebagai musuh. Sebagai balasannya mereka menegakkan doktrin mereka sendiri iaitu perang ke seluruh dunia." 

Lanun sebenar yang dimasukkan wataknya dalam siri ini termasuk Anne Bonny, Benjamin Hornigold, Jack Rackham, Charles Vane, Ned Low, dan Blackbeard.


 
 
Dalam musim pertama, ia fokus kepada memburu geliung harta Sepanyol, Urca de Lima. Pada awal musim kedua, harta dari Urca de Lima terdampar di pantai Florida dan dikawal askar-askar Sepanyol. Kemudian ia diambil oleh Jack Rackham dan kru mereka pada hujung musim kedua dan membawanya ke New Providence Island. Dalam siri kedua, persoalan bagaimana dan kenapa Flint yang merupakan pegawai tentera dan warga London bertukar menjadi lanun terjawab. Emas Urca de Lima sememangnya bukan rahsia besar buat Flint, ada lagi yang selebihnya.


Dibintangi Toby Stephens, Hannah New, Luke Arnold, Jessica Parker Kennedy, Tom Hopper, Zach McGowan, Toby Schmitz, Clara Paget, Mark Ryan, Hakeem Kae-Kazim, Sean Cameron Michael, Louise Barnes, Rupert Penry-Jones, Luke Roberts, Ray Stevenson


 
Melanun di tengah laut:  SINI  |     


Tuesday, October 31, 2017

Artikel - Acara Kids Frenzy di Stadium Negeri Kuala Terengganu 2 hingga 7 Oktober 2017

Kredit kepada: Souq Marketing, Archer's Crew
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Acara Kids Frenzy anjuran Souq Ideas and Marketing telah diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 2 hingga 7 Oktober 2017. Acara ini diadakan khusus untuk kanak-kanak prasekolah hingga sekolah rendah bagi memenuhi jadual yang telah diatur pihak sekolah sebelum dan sesudah peperiksaan. Acara ini diadakan berkonsepkan funfair dan menyediakan pelbagai aktiviti serta permainan. Selain menghiburkan, ia juga mendidik pelajar seperti Kidzania di tempat lain. 

Setiap pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak RM15 seorang. 

Antara segmen permainan yang disediakan ialah basket the ball, ping pong, melempar dart, mystery maze, ball toss, can toss, frisbee, sand art, dan face painting. Segmen kerjaya cilik pula memberi peluang kepada kanak-kanak mencuba menjadi doktor, jurutera, dan gunting rambut.

















Selain itu segmen Souq Frenzy memberi peluang kepada pengunjung untuk melawat zoo mini iaitu Zootopia, bermain PS4 dan memanah di booth kendalian Archer's Crew. 

Sepanjang hari ia berlangsung, acara ini dihadiri oleh sekitar 50 buah sekolah termasuk tadika Kemas, taska Permata serta beberapa sekolah rendah sekitar Terengganu. 


Acara ini bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.

Tuesday, August 15, 2017

Hiburan - Sut Iron Man Baru Dalam Spider-Man: Homecoming

Kredit kepada: Rojak Daily, Hot Toys
Gambar ihsan:
Rojak Daily, Hot Toys


Assalamualaikum.....











Sut terbang dan berkuasa:   SINI   |   SINI



Hiburan - Kingdom

Kredit kepada: My Watch Series, Wikipedia.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....





Kingdom ( sebelumnya bertajuk Navy St.) ialah drama bersiri ciptaan Byron Balasco. Siri ini mula disiarkan pada Oktober 2014 di  Audience Network. Dibintangi Frank Grillo, Kiele Sanchez, Matt Lauria, Jonathan Tucker, Nick Jonas, dan Joanna Going.

Pada 12.10.2014, DirecTV mengumumkan siri ini ditambah dengan 20 episod baru dengan 10 episod disiarkan pada 2015 dan bakinya pada 2016. Pada Julai 2016, siri ini diperbaharui untuk musim ke-3 dan disiarkan pada Mei 2017 dan ia menjadi musim terakhir siri itu.


Alvey Kulina (Frank Grillo) memiliki sebuah gimnasium MMA dipanggil Navy St. Gym yang terletak di Venice, California, diusahakan bersama temannya, Lisa (Kiele Sanchez). Dia membantu orang ramai untuk bersenam dan melatihnya untuk pertarungan MMA dengan dibantu anaknya, Nate (Nick Jonas) dan Jay (Jonathan Tucker). Jay yang mempunyai masalah dadah dan alkohol namun mengenepikannya untuk membolehkannya bertarung semula. Ryan Wheeler (Matt Lauria) pernah menjadi peninju MMA yang hebat sebelum dimasukkan ke penjara selepas melakukan beberapa kesalahan. Selepas dibebaskan, Alvey mahu dia bertarung semula dan menjadi jurulatihnya kerana perkara itu sebagai publisiti yang baik untuk gimnasium itu. Lisa pada awalnya membangkang, kerana pernah bersama Ryan dahulu namun akur demi masa depan gimnasium itu. Isteri Alvey, Christina (Joanna Going), pula seorang pelacur dan penagih, mempunyai hubungan dengan Kulina dan anaknya. 


Dibintangi Frank Grillo, Kiele Sanchez, Matt Lauria, Jonathan Tucker, Nick Jonas, Joanna Going, Natalie Martinez


Bertarung biar betul:  SINI   |   SINI



Thursday, August 10, 2017

Hiburan - Hannibal

Kredit kepada: Wikipedia.org
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



Hannibal ialah satu siri tv bercorak seram thriller psikologi dikembangkan oleh Bryan Fuller untuk siaran di NBC. Siri ini adalah berdasarkan watak dan elemen yang muncul dalam novel tulisan Thomas Harris bertajuk Red Dragon and Hannibal, yang bertumpu pada hubungan antara seorang penyiasat FBI Will Graham (Hugh Dancy) dan Dr. Hannibal Lecter (Mads Mikkelsen), seorang ahli psikiatri forensik yang menjadi musuh kepada Graham. 

Siri ini menerima 13 episod untuk musim pertama dan diakhiri selepas musim ketiga disebabkan kadar tontonan yang rendah.

Walaubagaimanapun, beberapa pelakon undangannya seperti Laurence Fishburne dan Richard Armitage memenangi anugerah dalam episod masing-masing pada musim kedua dan ketiga.

Menampilkan Hugh Dancy, Mads Mikkelsen (Casino Royale, Rogue One Star Wars Story, Doctor Strange, The Three Musketeers), Caroline Dhavernas, Hettienne Park, Laurence Fishburne (The Matrix, Standalone, John Wick 2, Man of Steel), Scott Thompson, Aaron Abrams, dan Gillian Anderson (The X-Files)


Sumber psiko:    SINI   |   



Tuesday, July 25, 2017

Artikel - Mengimbau Kenangan Zaman Kanak-kanak Dengan Permainan Video Micro Genius!!

Kredit kepada: Rojakdaily
Gambar ihsan:Rojakdaily



Assalamualaikum.....


Siapa antara kalian yang lahir dan membesar di era 80an dan 90an, anda mesti ingat dan pernah bermain permainan video ini. Semua yang ada dalam senarai di bawah ini, saya pernah main.. hahahaha

Zaman 80an dahulu, permainan ini didatangkan dalam katrij. Setiap katrij ada permainan yang berbeza, tidak semestinya sama. Oleh sebab ramai yang ada sistem permainan ini ketika itu, ada yang bertukar-tukar katrij dengan kawan-kawan. 

Ada katrij jenis 999-in-1. Bukannya 999 permainan pun, cuma permainan sama tetapi masuk pada tahap atau stage yang lain.


Di bawah ialah antara yang popular ketika itu.....

Skrin Stage 1 - lepas turun dari helikopter

Skrin Stage 2. Stage 4 pun lebih kurang sama


Pada kulit luar katrij nampak macam Arnold Schwarzenegger dalam filem Predator dan boleh dimainkan dengan 2 pemain. Tiada siapa pun yang peduli ia keluaran Konami atau tidak, yang pemain tahu ialah kod tipu atau cheat code "Up, Up, Down, Down, Left, Right, Left, Right, B, A, Start." pada skrin permulaan. Tujuannya untuk dapatkan jumlah life sebanyak 30 dan tidak kehabisan. Kiranya boleh 'mati' banyak kali dan boleh tamatkan permainan sehingga tembak jantung makhluk asing di Stage 8!






Satu lagi yang digemari ialah Double Dragon yang menampilakn dua beradik iaitu Jimmy Lee dan Billy Lee. Yang terbaiknya boleh buat spinning kick bersama-sama dengan tekan butang A dan B serentak. Siap ada filem lagi! Hahaha!





Satu permainan yang boleh tembak ke skrin TV walaupun ketika itu tiada touch screen.. Ada dua mode iaitu tembak seekor atau dua ekor itik. Cara bermain, anda kena tembak itik yang terbang keluar dari semak. Kalau dapat, anjing akan kutipkan untuk anda. Kalau terlepas, maka dia akan gelakkan anda macam yang dalam gambar di atas!





Yang seronok dengan permainan ini ada dua, iaitu bila tengok motorsikal tergolek-golek sampai ke luar gelanggang, dan akan naik atas podium bila menang. Selain daripada stage yang sedia ada, anda boleh juga bermain dengan stage yang anda buat sendiri. Maknanya boleh bina sendiri halangan-halangan dalam litar secara custom made.





Hogan's Alley sebenarnya permainan latihan menembak Special Police School di Camp Perry, sebuah kemudahan latihan untuk National Guard of the United States. Tidak hairanlah bila bermain, anda jua kena tembak kadbod seperti di tempat latihan. Cuma jangan tersalah tembak kadbod yang paparkan orang 'baik-baik'. 

Permainan seperti Virtua Cop, Time Crisis, dan House of the Dead adalah permainan yang saya main di komputer.





Ini memang terbaik! Hahaha!

Permainan ini boleh dimainkan dengan satu atau dua pemain. Ia tentang anak anjing laut yang makan sayuran anda dan anda perlu sampai di atas. Dengan berbekalkan tukul, anda kena ketuk halangan batu, anjing laut dan burung untuk melepasinya. Untuk memenangi setiap peringkat atau stage, bila sampai di atas, anda perlu sambar kaki seekor burung yang terbang di situ. Ada 32 peringkat kesemuanya. Skrin markah akan dipaparkan selepas kaki burung disambar dan anda akan lihat ikon pendaki eskimo melompat keriangan sambil pegang bendera. Kalau kalah, pendaki eskimo akan menangis. Huhuhu...

Biasanya tak pernah habis pun main, sebab semakin tinggi peringkat, semakin susah halangannya.





Permainan Mario ini merupakan edisi keduanya. Kali pertama watak ini muncul dalam permainan Donkey Kong. Yang  menariknya banyak daripada elemen yang ada dalam permainan Super Mario dikekalkan. Antaranya kura-kura, paip dan kawannya Luigi.






Ini permainan Mario yang akan sentiasa diingati, yang berjaya di Jepun dan begitu terkenal ketika zaman platform Micro Genius. Pergilah tanya pada kawan yang hidup pada era permainan ini. Mereka pasti tidak akan melupakannya....








Walaupun terdapat 3 siri yang diterbitkan oleh NES, yang ini versi permainan TMNT yang digemari. Pengembaraan terbaik hingga ke peringkat melawan Shredder, Krang dan Super Shredder.   







FIRE!! Satu lagi permainan menembak menggunakan Light Gun. Kali ini berlatar belakang suasana koboi. Dalam permainan ini anda boleh pilih untuk berlawan menembak dengan seorang atau dua orang sekaligus. Kalau tertembak sebelum arahan dikeluarkan, anda dikira kalah. Menembak di salon adalah satu lagi pilihan mod dalam permainan ini. 






Nama permainan ini ialah Yie Ar Kung Fu. Permainan ini sebenarnya agak susah sebab pihak lawan bergerak lebih laju daripada pemain sendiri. Memanglah bunyinya tidak adil. Apa lagi sebab pemain serang dengan tangan kosong manakala lawan pula siap dengan senjata masing-masing.  

Sebenarnya ada beberapa lagi permainan yang mencabar seperti Karateka, Heroes Story, Spartan X, Adventure Island 1 dan 2. Kalau disenaraikan mungkin agak banyak, namun itulah permainan yang sehingga tamat era permainan ini pun, ia tidak habis dimainkan. Huhuhuuu...    



Best giler main game ni:  SINI  |