MY FOLLOWERS

Showing posts with label adventure. Show all posts
Showing posts with label adventure. Show all posts

Friday, March 17, 2017

Hidupan Liar - Bentuk Hidupan Laut Dalam Yang Pelik-pelik....

Kredit kepada: Dailymail.com
Gambar ihsan: Dailymail.com

 
Assalamualaikum.....


Sebelum ini rancangan National Geographic dan beberapa lagi laman web lain pernah memaparkan bentuk hidupan yang pelik-pelik seperti ini untuk pengetahuan penonton. Memang, semakin dalam semakin banyak yang pelik diketahui. 

Kewujudan ekosistem yang penuh misteri di dasar laut memang sesuatu yang tidak boleh dilupakan. Banyak bentuk hidupan ada di sana.

Satu laman Twitter milik seorang nelayan Rusia menjadi tumpuan apabila memaparkan banyak penemuan aneh yang tidak dikenali. Nelayan ini bekerja di sebuah pelabuhan di barat laut Rusia dan dia mula kongsikan penemuannya bermula awal tahun ini sebagaimana dilaporkan oleh Moscow Times.

Nelayan ini, Fedortsov juga berkongsi penemuan ini di Flickr.  Antara yang dikongsi ialah jerung dengan gigi pelik, jerung hantu, labah-labah laut, haiwan seakan lintah, serta yang seperti tapak sulaiman.







Labah-labah laut, satu spesis antropod marin dengan 8 kaki yang panjang



Dengan mata buntang berwarna merah dan bibir merah, hanya dikenali sebagai spesis grenadier atau rattail. Boleh ditemui di dasar Artik ke Antartika.





Di kalangan nelayan, mereka masih tertanya-tanya ini spesis apa. 
Dengan rahang yang besar dan gigi tajam, boleh jadi ia ikan naga (dragonfish) dari kelompok Malacosteus






Jerung dengan gigi berlapis. Dikatakan sebagai relik hidup disebabkan ciri primitif dimilikinya


Spesis jerung laut dalam




Ikan dengan gigi besar hanya dikenali sebagai ikan sarung hitam (black scabbard fish)


Nelayan juga ada memaparkan foto spesis chimaera, satu spesis yang dikenali sebagai jerung hantu. Matanya akan menyinar bila terkena cahaya.



Membongkar misteri laut dalam:   SINI   |   


Saturday, December 24, 2016

Hidupan Liar - Paus Pembunuh Serang Jerung

Kredit kepada: Mother Nature Network
Gambar ihsan: Mother Nature Network


Assalamualaikum.....

Jerung mungkin dikenali sebagai satu spesis yang garang tetapi satu penemuan yang dirakamkan menerusi video dron menunjukkan jerung bukanlah penyerang yang terbaik sebaliknya ikan paus pembunuh.


Seorang jurufoto  Slater Moore  yang merakamkan detik itu ketika tinjauan di Teluk Monterey selepas menyedari sifat memburu satu kumpulan paus pembunuh. Rakaman video dron itu memberikannya satu futej yang memaparkan jerung dan 4 ekor lawannya. Rakaman ini bukti bahawa jerung bukanlah pemangsa yang terbaik bila bertemu lawan sedemikian lebih-lebih lagi bila paus berkenaan bergerak dalam kumpulan. 






Jerung itu masih lagi hidup di permulaan video, masih bergerak ketika dibaham dalam mulut salah seekor paus itu. Babak itu yang paling menarik kerana serangan paus pembunuh dan membaham jerung belum pernah dirakamkan sebelum ini. Memang saintis tahu paus pembunuh memburu jerung hasil daripada pemeriksaan ke atas kandungan perut bangkai paus yang terdampar di pantai, namun dapat melihat sendiri video serangan sebegini adalah satu pengalaman luar biasa.


Kumpulan paus pembunuh ini juga sukar ditangkap, merakamkannya dekat dengan pantai adalah pengalaman yang jarang didapati. Mereka terdiri daripada kelompok subspesis yang hanya dikenali sebagai berbeza pada tahun 1988, yang berhijrah jauh di lautan luas di sepanjang pantai barat. Sifat memburu mereka jarang dapat dilihat. Dalam video itu, 2 daripada paus pembunuh itu adalah yang kecil. Melihat paus dewasa seperti memberi jerung yang masih hidup kepada yang lain, mencadangkan ia mungkin sedang mengajar anaknya untuk memburu jerung.


Selain mengetahui ia berada yang teratas dalam rantai makanan, ikan paus pembunuh juga ada kelemahannya. Jerung didapati mempunyai tahap merkuri yang sangat tinggi disebabkan diet apeks. Memakannya bermakna paus pembunuh juga menelan bahan pencemaran pada jumlah yang tinggi. Tahap pencemarannya juga jauh lebih tinggi kerana ia terkumpul dalam badannya.   



Sumber pertembungan antara spesis:   SINI   |  




Monday, December 28, 2015

Artikel - Foto Menarik di Di Instagram

Kredit kepada: Yahoo Travel
Gambar ihsan: Yahoo Travel

 
 
Assalamualaikum.....
 
 
Berikut adalah foto-foto menarik yang dikongsikan oleh pengguna Instagram memaparkan tempat-tempat menarik untuk dilawati. 























Sumber foto: SINI  |    


Artikel - Foto Dalam Gua Terbesar di Dunia

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....


Pada awal 2015, ada satu ekspedisi ke Hang Son Doong, iaitu sebuah gua terbesar di dunia, telah diadakan. Ia terletak di Phong Nha-Ke Bang National Park berdekatan sempadan Vietnam dan Laos, merupakan salah satu tarikan semulajadi terindah di dunia dan kisah penemuannya juga agak mengkagumkan. 

Gua Hang Son Doong dijumpai pada 1990 oleh seorang warga tempatan Vietnam bernama Ho Khanh, yang sedang berburu di taman negara berkenaan. Ketika berlindung daripada kilat, dia terjumpa satu kawasan terbuka di lereng gunung dengan kepulan awan. Dia masuk ke dalam dan terdengar ada bunyi air sungai. Kawasan batuan yang agak berbahaya menyebabkannya tidak dapat masuk lebih jauh dan dia terus keluar sebaik kilat berhenti.

Manakala Howard dan Deb Limbert pula, pakar gua dari British Cave Research Association,yang tinggal di Phong Nha berada berdekatan kawasan itu. Apabila mendapat tahu adanya sungai dan awan di gua itu maknanya ada sesuatu yang belum ditemui lagi selama ini. Maka mereka putuskan untuk mencarinya semula kerana Ho Khanh tidak begitu ingat akan kawasannya. Walaubagaimanapun, usaha pencarian mereka selama 2 dekad tidak membuahkan hasil.   

Walaupun begitu, pada tahun 2008, segalanya berubah apabila Ho Khanh yang ketika itu dalam satu misi perburuannya, telah masuk ke satu seksyen di hutan itu yang berdekatan dengan pintu masuk gua yang pernah dimasuki dahulu. Kali ini dia berjaya menjejaki semula jejaknya dan memberitahu Howard dan Deb.

Pada 2009, dengan bantuan pihak BCRA, mereka menjelajah ke dalam gua ini yang seterusnya membawa mereka jauh lebih dalam gua berkenaan. Pada 2010 mereka berjaya menemui jalan keluar yang lain ke gua ini. Setelah memetakan dinding gua ini, mereka turut dapati bahawa gua yang dijelajah ini merupakan yang terbesar pernah dimasuki. Gua ini dinamakan sebagai Hang Son Doong, bermaksud “Mountain River Cave” dalam bahasa Vietnam dan kini dibuka kepada kumpulan ekspedisi kecil.

Penemuan gua ini di kawasan paling miskin turut memberi kesan kepada penduduk sekitar dalam sektor pelancongan. 




















Sumber jelajah gua: SINI  |