MY FOLLOWERS

Tuesday, November 2, 2010

Berita - Serap GSTT ke Jawatan Tetap

Credits to: Laguna Merbok


Assalamualaikum......




Berita ini sudah pun tersiar di akhbar sebelum ini. Meskipun bukan lagi yang terkini, tetapi masih lagi segar dan menjadi buah mulut di kalangan pencari kerja terutama yang berminat untuk menjadi guru.


Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran bakal memperkenalkan mekanisme bagi membolehkan lebih ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian khusus mengenainya sedang dijalankan dan ia dijangka dapat disiapkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kementerian sedar ketika ini terdapat ramai GSTT yang berkebolehan serta berkemampuan namun gagal menempatkan diri ke jawatan tetap kerana tempat yang disediakan adalah terhad.

"Bagi membolehkan mereka diserap ke jawatan tetap, kementerian menggalakkan GSTT memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Namun kami sedar, bukan semua 12,546 GSTT akan diterima kerana tempat yang terhad.

"Justeru, satu kajian khusus sedang dijalankan dan kita akan mengetahui hasilnya dalam masa terdekat. Kementerian prihatin dengan nasib guru berkenaan kerana ada antara mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang meminta kementerian menyatakan sama ada wujud dasar menyerap semua GSTT ke jawatan tetap setelah mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).

Sementara itu, Mohd. Puad menjelaskan, kementeriannya masih meneruskan program KDC dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) bagi menyerap GSTT ke jawatan tetap.

"Seramai 1,400 guru GSTT akan menyertai kedua-dua program tersebut 22 November depan bagi melayakkan mereka diserap ke jawatan tetap.

"Bagi yang tidak terpilih KPLI, KDC dan KDPM, Kementerian Pelajaran prihatin dengan nasib mereka. Menyedari minat serta kelayakan yang ada pada GSTT, sebab itulah kementerian menjalankan kajian tersebut," ujarnya.





Sumber asal: Serap GSTT ke Jawatan Tetap

22 comments:

Ayuraza said...

wahhhh..
bes la kan..untung2 skim gaji sme..
rezeki la tu...

THE GREEN said...

bg yg dpt tu, kene la bsyukur...yg blm dpt, truskn usaha..insyaallah akan ada la rezeki tu...

Unknown said...

setengah dari GSTT nih lagi terer dari cikgu yang baru mengajar.. ehheh
kuman "tulisan di langit.." Entry

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said...

salam..
hee~
datang snie !

Abu Uwais said...

tp guru kat malaysia masih x cukup...

ezzati said...

hye...singgah cni balik..aku penah jd gstt ni tp 2 bulan jerk dpt bertahan :p

aya said...

untung lh diorg cmnie. hehe

budak kecik said...

semua x nk ngajar kt pedalaman tp kt pedalaman la bley jimat duit.

pas2 bley tgk beauty of nature~!

Wonderful Life with Mary Kay said...

Bagus la camtu. tapi niat mesti ikhlas dan betul...kdg2 ada yg jadi guru atas alasan 'tiada kerja lain' atau 'pilihan terakhir' Sedih.... "adakah kerja guru ni begitu rendah sekali di mata mereka??

Ati Masrif said...

wah..seronok lah mereka2 ini

salam Blade Edge, TQ visit blog kak ati yer

aSmiDar said...

kna yg ade ijzah je la kan??
Diploma tak boleh??

Einaz Shah Rizal Thomas said...

ting tong.
boley masuk belog ni.
just want to say hi to owner belog.


love einaz!

THE GREEN said...

kuman: skill ngaja ni xkira org, ada kelulusan ke tak..sapa terer ngaja tu elok la mohon jd ckgu :-D

hafizah: silakan...

jey: rasanya kerajaan kene bykkan pengambilan guru..skolah pun makin byk dibina..

ezzati: kene sabar la..jgn cpt mengalah..

ayaa: maybe sbb untung la ramai yg mohon utk jd ckgu

bdk kecik: tp kalo dah govt send to pedalaman, nak nangis pun xguna..tpaksa la terima..saya ada sdara yg ngaja kat pedalaman tau.. skrg tgh usaha nk transfer semenanjung blk :-D

liza: byk keje blh mintak..kdg2 org saje bg alasan gitu, nk mudah jer..keje guru or tenaga pengajar ni bagus..profesional..

ati: wsalam..xper, nnt kita singgah lg :-D

kak asmidar: kalo xsilap, GSTT ni mmg nk yg ada ijazah shj. kalo guru ganti, tak kisah sama ada diploma or ijazah blh mintak..

Surau Al-Ghafur said...

hmm..apa pun, keje dgn ikhlas ok, tugas jadi cikgu ni bukan main2..nak corak budak2 jadi baik, sbb dorg akan jadi penentu masa dpan semuanya..

jgn sbb xde keje or sbb pilihan terakhir or sumthing else yg mcm memainkan profesion ni

oya said...

salam..dah jengah ni..heee..
guru sandaran tersandar terus jd tetap kt sekolah ye..
kene tgk performance guru tu jugak..
kalau sekadar sandar x memberi makna pd student..
kene serius kasik latih..

Unknown said...

secara positif, baguslah sbb pengalaman diaorang tak disia-siakan.. lagi pun sekarang ramai yg tergapai2 mencari kerja

yangbaik said...

salam,
semoga usaha tersebut tidak terhenti separuh jalan
semoga juga GSTT tidak terabai...

lawatan balas n baru jumpa jugak blog nih...
tq

Jo Qusary said...

terbukak otakku melihat blog ini... adoi la... haha

salam stylo, ini adalah singgahan stylo dari blog En. Ezzu Razza

Affan Ruslan said...

THanks, macam baru tau pasal ni.
Btw, dua2 kartun tu tak blah. kelakar

Syida Shu said...

baguslah kerajaan ada insiatif macam tu .

♥ Che NamNam ♥ said...

salam kenal.TQ sudi singgah dipage sayer...sayer kesini membuat lawatan sambil belajar...syok jadik cikgu dapat cuti panjanggg..:)

Ms Haslina said...

kalau saya bujang, i dont mind mengajar di mana sahaja...

la nie klu nak ngajar di sabah pun ok.sebab hubby org sabah..

but saya cuma lect. kolej swasta..x de rezeki nak jadi cikgu sek lagi..

salam kenal dan salam singgah..