MY FOLLOWERS

Sunday, April 24, 2011

Paranormal - Kenduri di Menara Celcom Jam 2 Pagi

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Ada satu kisah yang menarik. Pada suatu malam (hari dan tahun tidak dinyatakan), seorang juruteknik Celcom bersama seorang lagi kawannya pergi ke salah satu tapak (site) menara berdekatan kawasan Segambut untuk up semula sistemnya supaya kembali beroperasi secara normal. 

Semasa mereka sampai, mereka nampak ramai orang berkumpul seolah-olah sedang berlangsungnya pesta di kawasan menara di situ. Keadaan kawasan di situ terang-benderang padahal tiada orang yang menghuni di kawasan itu. Mahu atau tidak, mereka berdua terpaksa pulang awal sebab timbul rasa seram sejuk dan rasa yang kurang senang. Mereka terfikir itu mungkin orang bunian sebab mana ada orang yang melangsungkan kenduri berdekatan menara pada jam 2 pagi!

17 comments:

Admin said...

Salam.
Uhh biar betulll

THE GREEN said...

bbrrrr...seram la pulak...

+qasih nadira+ said...

salam~best la blog ni~mcm2 ada~tp x dinafikan makhluk halus ni mmg wujudkan~tp jauhkan la diri tuk berdamping dgn "mereka" tanpa apa2 sebab~
n__n happy blogging to0~

irwanmiswan said...

aku rase tu orang asli kot tgh buat kenduri huhu

Mata Pena Fadz said...

salam....blog ni besh la...mse dtg jew tdi...sy trus baca entri kmu tuh....besh2..... sy follow yew sebab minat... :) nk baca....

Farhana Jafri said...

kenduri pkul 2 pg?? hadoi~~ sah2 bunian.. np xjoin je?? kekekekeke

Cik Anita said...

salam..

errr..
ni kisah betul ke tipu-tipu ni?

miera azzudin said...

thanks visit blog saya...
and now saya visit blog awk and dh follow..:)

Ms.ze said...

seram la bile bace T_T

THE GREEN said...

nadira: manusia mmg xblh bdamping dgn bunian walau apa pun sbbnya.

bdk kg: ye ker org asli??

mata pena: silakan..

farhana: join skali? kalo dia hidang yg bukan2, mcmana? nauzubillah...

anita: yg diceritakan oleh org. saya cuma sampaikan...

miera: truskan ziarah..

kucarkacir: seram la jugak..lg2 kalo baca time midnite...

Unknown said...

tak berani nak masuk blog anda. seram. haha. anyway. i follow. and one ads clik. ;p thanks for the info.

THE GREEN said...

aie: alaa..tu utk segmen Paranormal jer..segmen2 lain byk lg yg xseram..dtg la jenguk...

NUR AYNIE said...

ishh~~~...serammmm

iemah said...

assalamualaikum...
nice blog...best baca entry dlm blog ni..follow kamu juga

Raden said...

apedaa...itu pesta remaje kampong layan air ketum tahu?? repot polis laaa!

qasehraihan said...

uitttt..biar benar???hoho

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/bila-rinduku-jenguk-blogmu.html

THE GREEN said...

aynie: eeeiii..takutnyeeee

iemah: teruskan n dtg la slalu...

naddia: awak nie...abis smua feel seram..haha :-D

qasehraihan: apa kata akak ke lokasi tu utk pastikan kesahihannya? eeeiii..takut...