MY FOLLOWERS

Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts

Sunday, March 3, 2019

Artikel - Karnival Jelajah Lambaian Kaabah, Masjid Jamek Pengadang Baru 15-16.2.2019

Kredit kepada: Andalusia Travel & Tours, Sanrie Sport Ventures
Gambar ihsan: Andalusia Travel & Tours, Sanrie Sport Ventures



Karnival Jelajah Lambaian Kaabah telah diadakan di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru pada 15-16.2.2019 baru-baru ini. 

Karnival ini anjuran Andalusia Travel & Tours. 

Sepanjang program karnival ini berlansung, pihak Andalusia mengadakan promosi bagi pakej Umrah bagi bulan Mac hingga Disember 2019 dengan harga deposit tempahan serendah RM50. 

Pakej pelancongan juga menawarkan peluang untuk ke banyak destinasi menarik seperti Tokyo, Turki, Korea, Beijing, Maghribi, Sepanyol, Portugal dan banyak lagi. 

Selain itu, pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang dua hari karnival itu. Antaranya dibuka gerai jualan, serta aktiviti seperti sukaneka, pertandingan azan dan iqamah, pertandingan memanah, pertandingan mewarna, pertandingan hiasan dan gubahan, pemeriksaan kesihatan percuma, kursus umrah dan juga forum perdana. 


Poster karnival yang turut mewarwarkan beberapa panel jemputan 









Pertandingan memanah diadakan pada hari kedua karnival, serentak dengan beberapa pertandingan lain termasuk sukaneka.  


Bersama badut jemputan pada petang hari kedua karnival.


Karnival ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam pada hari pertama dan dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari kedua.


Untuk maklumat lanjut berkaitan Andalusia Travel & Tours, anda boleh KLIK SINI


Sunday, October 21, 2018

Artikel - Memanah Bersama Sanrie Sport di Familia Carnivale, Stadium Negeri Kuala Terengganu 28-29.9.2018

Kredit kepada: SSV
Gambar ihsan: owner



Pihak kami iaitu Sanrie Sport Ventures telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan karnival anjuran Souq Ideas and Marketing iaitu Famillenia Carnival. Karnival ini diadakan selama dua hari iaitu pada 28-29.9.2018 yang lalu bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu berhadapan dengan hospital HSNZ Kuala Terengganu.













Karnival ini memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha tadika dan taska swasta untuk mempromosikan perkhidmatan mereka seperti pendidikan awal untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, kelas mengaji al-Quran serta perkhidmatan penjagaan anak-anak selepas waktu sekolah. Bukanlah untuk akademik semata-mata, para pengusaha turut menyediakan ko-kurikulum lain seperti kelas takewondo dan juga memanah.

Pendaftaran turut dibuka kepada para ibu bapa yang berminat.

Di sepanjang hari karnival, gerai-gerai jualan juga dibuka, di lobi dan kawasan dalam stadium ini. Antara gerai yang dibuka ialah Zootoopia, Face Painting, gerai memanah Sanrie Sport, gerai agensi umrah El-Izzah, penapis air Cuckoo, Coway, kereta gergasi dan e-runcit Sabasun.

Di sepanjang hari karnival, beberapa aktiviti diadakan buat anak-anak. Antaranya pertandingan mewarna, sand art, pertandingan bakat, kelas membuka kek, pertandingan mini olimpik, maskot dan pertunjukan fesyen.



















Karnival ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.


Wednesday, October 3, 2018

Artikel - Istana Pasir Sempena Sambutan Kemerdekaan 31.8.2018

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: owner



Asalnya sekadar keluar makan angin bersama keluarga di sekitar Pantai Teluk Ketapang.

Binaan istana pasir yang dibuat ini mungkin yang telah ditinggalkan oleh sama ada pelajar sekolah atau kolej yang mengadakan pertandingan sempena Sambutan Kemerdekaan baru-baru ini.















Thursday, December 14, 2017

Artikel - Karnival Souq Frenzy di Kemaman 24-26.11.2017

Kredit kepada: Archer's Crew
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Karnival Souq Frenzy kembali lagi!

Kali ini, karnival ini berkunjung pula ke Dewan Seri Amar, Kemaman, pada 24-26.11.2017 selepas ia diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada bulan lalu. 

Kali ini ia ditambah dengan beberapa lagi permainan selain yang sudah sedia ada. Ia bagi memberi peluang kepada pengunjung cilik untuk bermain dan terus kenal dengan permainan tradisi seperti yang pernah dimainkan oleh generasi terdahulu. Antaranya congkak, terompah gergasi, gasing, lastik, batu seremban/selambut, baling tin, kaki hantu, datuk harimau, dan nenek si bongkok tiga.

Bagi memeriahkan acara ini, pertandingan mewarna kanak-kanak diadakan pada hari kedua. Segmen lain seperti Mystery Maze, Kerjaya Cilik, Sand Art, Face Painting, PS4 masih dikekalkan. Bagi segmen Souq Frenzy, gerai memanah Archer's Crew dan Zootoopia turut dibuka untuk kunjungan orang ramai.














Karnival ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 11 malam.


Saturday, July 8, 2017

Sekadar Luahan - Catatan Perjalanan: Melaka - Terengganu (27.6.2017)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....


Kalau ikutkan hati, memang bercadang untuk tinggal beberapa hari lagi di Melaka sebab cuti perayaan yang masih berbaki beberapa hari tetapi sebab ada keluarga di sini yang sudah mendapat surat lapor diri untuk praktikal pada 28hb keesokannya, maka terpaksa juga balik ke Terengganu pada 27hb.

Kali ini kami balik dengan dua kereta. Kereta saya rupanya mengalami masalah bocor sedikit pada bahagian bawah tangki minyak silinder membuatkan minyaknya kering ketika sampai di sini tempohari. Untuk itu, saya tambahkan minyak ini untuk perjalanan ini. Perjalanan kami bermula jam 11.30 pagi.

Keluar sahaja dari rumah di Ayer Keroh, kami terus singgah di stesen minyak Petronas untuk tambah minyak sebanyak RM20 lagi. Yang diisi RM30 sebelum ini masih banyak bakinya sebab kurang memandu sepanjang hari perayaan.

Perjalanan kami ditetapkan bukan lagi melalui Segamat ke Gambang, tetapi masuk melalui Gemenchih dan Gemas seterusnya singgah di Felda Sebertak di Bera, Pahang. Kami akan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur selepas keluar dari kawasan Bera.




Keadaan enjin pula sangat merisaukan apabila suhu naik sedikit demi sedikit bila hampir keluar dari Melaka. Yang paling membuatkan hati bengang bukan setakat tidak tahu apa masalahnya, tetapi juga sebab terpaksa memandu dengan kelajuan antara 60-70km/j sahaja semata-mata untuk kawal suhu enjin supaya tidak naik panas mendadak.

Untuk sampai di destinasi di Bera, kami masih lagi melalui kawasan-kawasan yang penuh dengan ladang kelapa sawit. Sebab pergi dengan dua kereta, maka mudah sedikit sebab kereta depan menggunakan panduan peta dari aplikasi Waze di telefon bimbit.

Lebih kurang 40 minit sebelum sampai di lokasi, kami berhenti sekejap di satu kawasan untuk rehat dan sejukkan enjin. Saya ambil kesempatan kali ini untuk lihat semula keadaan enjin. Alangkah terkejutnya, bila mendapati penutup bahagian atas tangki minyak silinder hilang entah ke mana dan minyak menyembur membasahi permukaan tangki dan bahagian dalam penutup enjin! Mungkinkah hilang ketika perjalanan yang lalui jalan yang rosak dan bertampal-tampal tadi? Wallahualam...

Maka dengan penuh tekanan dan kesabaran, kami teruskan juga perjalanan untuk tiba di Felda Sebertak, Bera. Kami tiba di sana sekitar jam 3 petang. Ada orang, mungkin boleh bantu kita sebagai tetamu. Kami ambil peluang ini untuk berehat, makan dan solat. Lauk dan kuih raya yang disediakan oleh tuan rumah membuatkan hati terasa senang dan kurang sedikit tekanan sebab masalah kereta ini. Untuk itu, ada keluarga sudah mengadukan masalah ini pada mereka. Maka datanglah dua orang hamba Allah ini untuk lihat keadaannya. Untuk elakkan lebih banyak minyak menghambur keluar, bahagian penutup minyak silinder ditutup dengan menampal pita pelekat tahan panas. Maka sekurang-kurangnya dapatlah nanti ia bertahan hingga tiba di Terengganu nanti.Walaupun begitu saya masih tidak berpuas hati dengan keadaan terpaksa memandu dengan kelajuan 60-70km/j hingga ke Terengganu dan terpaksa bersabar sepanjang masa itu.

Kami bertolak keluar dari Bera sekitar 5 petang selepas Asar. Enjin pula kembali panas selepas sejam.

Kami masuk ke Lebuhraya Pantai Timur sekitar 7 malam dan menambah isian minyak di stesen Petronas di Kijal, satu-satunya stesen minyak di sepanjang lebuhraya. Kali ini saya tambahkan RM50 pula untuk elakkan sebarang masalah tidak cukup minyak. Berkenaan masalah enjin yang panas ini, kami ambil keputusan untuk berhenti di setiap hentian rehat bagi meredakan kepanasan enjin. Bayangkan memandu dengan kelajuan 60-70km/j di lebuhraya dan cuba kawal kepanasan enjin untuk elak masalah. Teruk betul! Kaki pun penat tekan minyak. Hanya sesekali saya pecut melebihi 80km/j itu pun untuk beberapa minit sahaja selepas suhunya turun bawah separuh pada meter penunjuk di dashboard.

Sambil memandu, kami ungkit masalah ini untuk cari solusinya. Kalaulah boleh terus selesai, alangkah senangnya hati. Mungkin boleh terus pecut sepuasnya hingga tiba di rumah. Habis satu-satu bahagian diungkit. Minyak silinder, air, enjin dan baru disebut perihal kipas enjin. Sebabnya pernah seorang saudara di kampung yang alami masalah kepanasan enjin berpunca akibat kipas enjin yang rosak. Saya pun mula terfikir, boleh jadi juga, tetapi itu terpaksa ditangguh ke esok sahaja sebab tiada bengkel yang buka pada waktu malam, apatah lagi di tengah lebuhraya dan hutan belantara ini.  

Di sepanjang perjalanan di lebuhraya ini juga, banyak papan tanda susur keluar ke Bukit Besi, Chukai, Kemaman, Ajil, Kijal, Bukit Payong dan ke Kuala Terengganu. Dengan isian minyak yang sedia ada, kurang sedikit kerisauan. Cuma masih perlu kawal suhu enjin sahaja. Jadi saya pilih untuk terus sahaja tuju ke Kuala Terengganu. Ketika ini semua yang lain dalam kereta sudah tidur.

Setibanya di hujung Plaza Tol Kuala Terengganu, kami keluar dari plaza tol ini di Tepoh. Dari sini kami teruskan hingga masuk ke Tok Jiring dan masuk ke simpang ke rumah kami di Gong Badak. Kami tiba di rumah sekitar jam 12.30 malam.




Sekadar Luahan - Catatan Perjalanan: Terengganu - Melaka (21.6.2017)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....


Setiap kali mahu balik beraya, biasanya akan beraya di Terengganu sahaja. Kali ini kami buat perubahan dengan beraya di Melaka. Perancangannya adalah akan ke sana pada 21.6.2017 jam 8 pagi. Memandangkan ada sedikit hal perlu diselesaikan dahulu pada pagi itu, jadi kami bertolak lewat 2 jam.

Persiapan seperti memeriksa kenderaan termasuk minyak silinder dan air sudah dibuat, cuma ada seperkara yang merunsingkan sejak ke Bachok sebelum itu iaitu masalah penghawa dingin yang sekejap ada sekejap panas. Masalah yang pada masa itu memang tidak tahu apa masalahnya. Minyak kereta sudah diisi RM40 pada malam sebelum bertolak. Makanan juga disiapkan, meskipun berpuasa tetapi manalah tahu seandainya perlu berbuka.

Memulakan perjalanan, kami lalui kawasan sebelah pantai menghala ke Chendering, Marang dan menghala ke Dungun. Hanya bila melalui Dungun barulah penghawa dingin mula buat hal. Yang duduk dalam kereta mula merungut minta dibuka tingkap. Bila penghawa dingin baik sekejap, terasa sekejap sejuknya. Adakalanya hati pun jadi panas juga sebab tidak tahu apa puncanya.

Setelah melalui kawasan Ayer Hitam sebelum menghala ke Kemaman, kami melencong masuk ke simpang untuk masuk ke Lebuhraya Pantai Timur. Ketika ini memang sudah langsung tidak gunakan penghawa dingin. Sebelum itu, sudah sedia di tangan isian Touch N Go. Hanya menggunakan cip pada kad pengenalan dan semuanya baik sahaja. Tiada lagi menggunakan duit tunai. Satu lagi cabaran bila mula masuk ke lebuhraya ini ialah tiada stesen minyak! Dan lebih merisaukan bila memecut, suhu enjin cepat memuncak dan panas.

Setibanya di satu kawasan kalau tidak silap selepas Bukit Besi ada satu hentian rehat dengan stesen isian kecil Petron. Ingatkan boleh sahaja untuk tambah minyak, malangnya pam rosak pula. Disebabkan bimbang, kita pun berdoalah sebanyaknya memohon supaya isian yang ketika itu tinggal 1 bar boleh bertahan sekurang-kurangnya 50 km lagi.




Agak membosankan terutama bagi budak-budak sebab sepanjang perjalanan di lebuhraya ini, di kiri dan kanan hanya kelihatan ladang kelapa sawit dan gunung-ganang. Pejam celik beberapa kali pun, suasana masih sama. 

Untuk sampai ke Melaka, kali ini kami gunakan laluan Gambang-Pekan-Muadzam Shah-Segamat dahulu. 





Alhamdulillah, selepas keluar dari lebuhraya dan masuk ke kawasan Gambang, baru jumpa stesen minyak BHP. Kami terus tambah isian minyak RM40 lagi. Sempat kali tanya pada pekerja di stesen minyak mengenai laluan mana perlu diambil kalau mahu masuk menerusi Segamat.

Kami teruskan perjalanan hingga tiba di persimpangan lampu isyarat bawah jambatan untuk laluan ke Kuala Lumpur, Gambang dan Lapangan Terbang Kuantan. Kami kemudian masuk ke simpang sebelah kanan untuk teruskan perjalanan. Ketika itu jam sudah tunjukkan waktu sekitar 1.30 tengahari dan budak-budak mula berasa lapar. Hilanglah sudah rasa bosan tadi sebab sudah dapat lihat kawasan bandar dan rumah-rumah.



Santai jer... tengok apa agaknya ye....


Bila masuk sahaja kawasan ini, dapatlah saya selaku pemandu mengecam beberapa landmark yang sebelum ini pernah dilalui. Antaranya persimpangan yang ada tempat rehat berdekatan stesen minyak di situ. Kawasan ini memang sudah menjadi tempat kami sekeluarga berehat sebelum meneruskan perjalanan sewaktu tinggal di Negeri Sembilan dahulu. Bezanya dahulu masih budak, cuma jadi penumpang sahaja. Kali ini bawa satu keluarga.  :-)

Sekitar jam 3 petang, kami sampai di stesen minyak Petronas Muadzam Shah. Waktu ini, saya buka semula penutup enjin untuk lihat sendiri kenapa enjin tunjukkan suhu yang panas. Hairan, sebab air pun tidak kering. Saya tidak periksa minyak silinder sebab sebelum ini keadaannya masih baik.

Selepas berehat seketika dan tunaikan solat, kami teruskan perjalanan sehingga ke Rompin dan seterusnya melalui kawasan Gemas-Bahau yang menghala ke Negeri Sembilan. Jangkaan kami kalau tiada apa-apa masalah atau tersalah jalan, bolehlah sampai di destinasi sebelum berbuka. Simpang ini juga satu lagi landmark penting sebelum ke Negeri Sembilan, yang biasa dilalui dahulu. Bezanya kali ini kami tidak masuk ke simpang ini dan teruskan sahaja hingga masuk ke Segamat. Pada waktu ini, kedua-dua telefon bimbit sudah kehabisan bekalan kuasa.

Dari Segamat, kami mula mencari mana-mana papan tanda yang bertulis Melaka atau mana-mana kawasan negeri itu untuk mudahkan perjalanan kami. Maklumat yang kami terima ketika di Segamat, perlu masuk melalui Tangkak dan ke Muar dahulu. Ketika itu melalui kawasan Balai Polis Segamat dan ada ternampak papan tanda untuk tuju ke Muar. Jalan yang banyak selekoh dan belum jumpa papan tanda yang dicari membuatkan saya penat dan tertekan.

Ketika sampai di Tangkak, hari sudah senja. Jam sudah melepasi pukul 7 malam. Pada ketika itu, barulah nampak papan tanda bertulis MELAKA. Minyak ditambah sebanyak RM30 lagi. Kami teruskan perjalanan untuk masuk ke Muar, tetapi sebab sudah penat jadi saya lupakan sahaja niat masuk melalui Muar setelah ternampak papan tanda menuju ke Jasin. Jadi kami pilih laluan ini untuk menuju ke Ayer Keroh.

Jam 7.25 malam, kami sampai di stesen minyak di Jasin untuk membeli makanan untuk berbuka. Waktu berbuka ketika itu 7.20 malam, di Jasin. Dalam perjalanan, kami sudah telefon tuan rumah dan diminta tunggu di sebuah kedai makan Lemang Cikgu di Bukit Katil. 


Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di Ayer Keroh sekitar 9 malam.