MY FOLLOWERS

Showing posts with label perubatan. Show all posts
Showing posts with label perubatan. Show all posts

Thursday, February 4, 2016

Artikel - Kenapa Ada Pihak Haramkan Ganja?

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Blog Bumiyangtercinta



Assalamualaikum.....


Secara umumnya, kita akan faham bahawa ganja ada dalam kategori dadah seperti juga kokain, syabu dan lain-lain. Kita juga faham bahawa dadah digunakan dalam bidang perubatan masakini untuk merawat pelbagai jenis sakit, dan kalau disalahgunakan, maka akan jadilah ketagihan sehingga boleh membawa maut.

Dari sudut undang-undang negara ini, jika didapati bersalah mengedar pada satu jumlah, mereka yang terlibat akan dikenakan hukuman gantung sampai mati. 




Dari satu sudut ia juga membawa kebaikan tetapi ada pihak mungkin dari bidang perundangan atau perubatan memandang perkara itu sebagai boleh menjejaskan pendapatan bidang industri perubatan. Apa motif sebenar “mereka” berkata begitu?

Mula-mula sekali, apakah perbezaaan diantara daun marijuana (ganja) dengan ganja serbuk (yang telah diproses)?

Daun marijuana merupakan suatu tumbuhan semulajadi yang diciptakan oleh Allah S.W.T. dan mempunyai khasiat kesihatan yang banyak. Manakala serbuk ganja pula merupakan dadah yang telah diproses dengan bahan kimia yang berbahaya maka sudah tentulah orang yang memakannya akan menghadapi masalah kesihatan yang teruk.
Sepatutnya "mereka" hanya perlu mengharamkan serbuk ganja yang telah diproses kerana memang betul serbuk tersebut amat berbahaya. Persoalannya, kenapakah "mereka" mengharamkan pula pohon marijuana? Apakah dosa pohon tersebut?


Anda ingin tahu jawapan sebenarnya?

Pada tahun 1974, para penyelidik perubatan di Medical College Of Virginia di Amerika telah membuat kajian mengenai bahaya marijuana. Tetapi mereka telah menemui bukti bahawa marijuana mengandungi THC yang mampu menyembuhkan kanser kepada seekor tikus.

Selepas kajian itu, pihak DEA (Drug Enforcement Administration) dengan serta-merta telah menutup kajian yang dibuat oleh Medical College Of Virginia. Pada tahun 1976, Presiden Amerika ketika itu Gerald Ford telah tidak lagi membenarkan sebarang kajian dibuat mengenai marijuana dan memberikan hak utama kepada syarikat-syarikat perubatan moden di Amerika untuk membuat sebarang kajian tetapi syarikat perubatan itu tidak meneruskan kajian tersebut.  

Pada tahun 1983, Presiden Ronald Reagan telah menyuruh pihak universiti untuk memusnahkan segala kajian yang pernah dibuat pada tahun 1974 mengenai marijuana. Tahukah anda bahawa daun marijuana merupakan ubat semulajadi yang mampu untuk menyembuhkan banyak penyakit berbahaya seperti kanser otak, kanser kulit, kanser buah dada, diabetes (kencing manis), sawan, asma, leukemia, Alzheimer (hilang ingatan) dan Parkinson (tidak mampu mengurus diri sendiri) dan banyak lagi .  




Kos untuk berubat dengan menggunakan daun marijuana adalah sungguh murah berbanding dengan ubat-ubatan moden yang dijual di pasaran. Malah rawatan kemoterapi untuk penyakit kanser juga hanya sia-sia.  







Seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang bernama Landon Riddle telah menghidap penyakit Leukemia. Doktor telah memberikan rawatan kemoterapi tetapi itu hanya menambahkan penyakitnya. Akhirnya ibunya telah mencuba untuk mengubati anaknya dengan marijuana. Selepas dua bulan menggunakan marijuana, akhirnya Landon Riddle telah sembuh dan telah memulakan penghidupan yang normal.  






Seorang lelaki berumur 63 tahun yang bernama Mike Cutler telah disahkan menghidap penyakit kanser. Beliau telah berjaya sembuh dari penyakitnya setelah berubat dengan menggunakan marijuana.  

Tahukah anda bahawa industri perubatan moden merupakan industri yang kedua terbesar di dunia selepas industri minyak? Sekarang tahukah anda mengapa Presiden Amerika dan juga DEA (Drug Enforcement Administration) tidak membenarkan daun marijuana dijadikan kajian?   

Pada September 18, 2014, Seorang doktor di Amerika yang bernama Stephen Bloomer telah dihukum penjara selama 5 tahun hanya kerana mengubati seorang pesakitnya dengan menggunakan daun marijuana sedangkan pesakitnya yang menghidapi kanser itu telah pun sembuh selepas itu.   

Adakah sesiapa pernah mati akibat menggunakan marijuana sebagai ubat? Jawapan: TIADA !

Selain itu, tahukah anda bahawa marijuana juga boleh digunakan lebih daripada sekadar ubat? 






Sekiranya daun marijuana baru saja dijumpai oleh manusia di hutan Amazon, sudah tentu ramai manusia yang akan berlumba-lumba untuk menanam pohon marijuana.

Malangnya sungguh sedih, kerana pohon marijuana telahpun ditemui oleh manusia sejak beratus tahun dahulu mengakibatkan pohon marijuana telah menjadi mangsa ketidakadilan dan ketamakan manusia yang gila kuasa, gila kekayaan dan gila pangkat. 

Akhirnya pohon marijuana telah didapati "bersalah" dan telah dijatuhkan hukaman "gantung sampai mati" oleh orang-orang yang bodoh dan berkepentingan.


Sumber rujukan:  SINI  |     


Tuesday, January 5, 2016

Artikel - Pakar Bedah Keluarkan Bebola Rambut Dari Perut Budak di Kazakhstan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Seorang pakar bedah di Kazakhstan terkejut selepas dia menarik keluar segumpal rambut dari perut seorang budak perempuan berusia 11 tahun. Gumpalan rambut itu berat lebih daripada 1 kg. Penemuan mengejutkan itu dibuat di sebuah hospital di bandar Taraz di selatan Kazakhstan di wilayah Jambyl. Budak perempuan itu dibawa ke hospital selepas menderita sakit perut yang teruk dan dilaporkan tidak mampu untuk makan atau minum air.

Apabila pakar bedah membuat pembedahan segera, mereka terkejut apabila menemui segumpal rambut dalam perutnya. Gumpalan rambut itu meliputi 17 cm ruang dalam perutnya dan 35 cm ke bawah perut. Kedua ibu bapa budak itu berkata mereka sering mendapati anaknya itu mengunyah rambutnya yang panjang namun tidak tahu dia menelannya kemudian. 

Keadaan ini dipanggil sindrom Rapunzel menyebabkan pesakit menelan rambutnya dan seterusnya membawa kepada sakit perut yang teruk. Doktor yakin dia dapat makan dan minum semula selepas gumpalan rambut itu selamat dikeluarkan.





Sumber rujukan: SINI  | 




Tuesday, December 8, 2015

Berita - Dr MacGyver Selamatkan Nyawa Dalam Pesawat

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Kena kreatif juga! 




Sesiapa yang pernah lalui zaman kegemilangan siri tv MacGyver mesti tahu watak itu memaparkan kemahirannya dalam melalui situasi sukar dengan menggunakan segala benda di sekelilingnya untuk terus hidup atau melepaskan diri.  

Kini ada seorang doktor mungkin menjadi pesaingnya... kalau watak itu masih ada lagi sekarang.

Dr. Patricia Quinlan kini dikenali selepas dia menggunakan pengikat rambut, pita pelekat, wiski dan telefon pintar untuk menyelamatkan nyawa seorang penumpang dalam pesawat.
Dr Quinlan dalam penerbangan dari Philadelphia ke San Francisco dalam pesawat United Airlines Flight 653 ketika lelaki itu yang duduk di depannya jatuh dari kerusinya.

Mulanya dia ingat lelaki itu hanya tertidur, tetapi bergegas menyelamatkannya selepas dia tidak bangun bila dikejutkan. Lelaki itu berusia 59 tahun mempunyai denyut nadi luar biasa dan tekanan darahnya sangat rendah. Dia kemudian diberikan defibrillator dan menggunakannya untuk menentukan rentak jantung lelaki itu untuk melihat jika ada sebarang sekatan. 

Juruterbang bertanya jika mereka perlu mendarat cemas di Chicago, tetapi jika tiada defibrillator itu mungkin dia perlukannya.

Dia kemudian menyambung tibu IV. Penumpang lain menawarkan tali pinggang sebagai pengikat IV tetapi dia hanya menggunakan pengikat rambutnya. Dia menggunakan wiski untuk membersihkan jarum suntikan. Apabila beg IV telah siap dipasang, usahanya dimulakan. Bahagian bocor ditampal dengan pita pelekat. 



Dr Quinlan juga dibantu oleh jururawat pediatrik dan juruteknik perubatan yang juga berada dalam pesawat itu dan mereka bekerja di laluan dalam pesawat yang sempit. Penumpang lain menggunakan lampu dari telefon pintar masing-masing bagi memberikan cahaya untuk memudahkan usaha itu.

Lelaki itu sedarkan diri semula selepas 90 minit. Dr Quinlan mendapati lelaki itu sudah mengambil ubat tekanan darah dan mungkin mengalami dehidrasi. Nasibnya baik kerana masih boleh berjalan seperti biasa selepas turun dari pesawat apabila ia mendarat di San Francisco.



Cepat sebelum terlambat: SINI  |   



Saturday, December 5, 2015

Kesihatan - Kecederaan di Kawasan Air Cetek: Bahaya Tersembunyi di Taman Tema

Kredit kepada: Yahoo Travel
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


 
Kecederaan dan kemalangan boleh berlaku di mana sahaja. Apa pula yang perlu diketahui berkaitan situasi di kawasan air cetek?


Dengan kemudahan meluncur dan kolam air yang menarik, taman tema air merupakan tarikan popular untuk menghabiskan waktu cuti bersama keluarga. Bagaimanapun, air cetek mempunyai bahaya kepada pelawat tanpa mereka sedari seperti dikatakan pakar.

Semakin taman tema air bertambah maju, kebimbangan ibu bapa juga bertambah berikutan risiko yang ada, walaupun kedalaman air hanya 1 meter atau 3 kaki. Mereka yang tidak pandai berenang dan kurang pengalaman bakal berdepan risiko konkusi dan mungkin lemas. Anggota penyelamat dari Palang Merah Amerika, memberi perhatian dan menambah latihan mereka pada air cetek bagi usaha menyelamat di air.

Tiada info tepat tentang jumlah kemalangan di taman tema air, tetapi Palang Merah menyatakan U.S. Consumer Product Safety Commission menganggarkan sekitar 4200 orang dikejarkan ke bahagian kecemasan hospital bagi kecederaan calar-balar, konkusi, patah anggota, cedera tulang belakang, dan cedera akibat luncuran. Jumlah itu tidak termasuk kecederaan lain di taman tema air atau yang memerlukan bantuan penyelamat tanpa perlu ke hospital.

"Anda berada dalam persekitaran yang seronok tetapi ia boleh jadi berbahaya jika tidak berjaga-jaga," kata Roy Fielding, pensyarah senior di Universiti North Carolina-Charlotte dan pakar dalam menyelamat dan keselamatan di air, yang juga ahli Majlis Penasihat Saintifik Palang Merah.

Pada Julai lalu, satu kes lemas dan sekurang-kurangnya 3 kes hampir lemas dilaporkan di taman tema air Amerika Syarikat. Seorang budak berumur 5 tahun lemas di sebuah taman tema air di Grand Island, Nebraska. Kolam ketika itu tidak beroperasi.

Dua kes hampir lemas di taman tema air di Missouri dan California, satu lagi di Utah. Kes di Missouri melibatkan seorang budak berumur 6 tahun yang terhantuk pada dasar kolam, manakala dua kes lagi di kolam ombak yang cetek pada bahagian masuk dan sedalam 5 kaki. 

"Seperkara boleh berlaku dalam kolam ombak ini ialah orang tidak biasa dipukul gelombang air. Jika termasuk air dalam mulut dan tertelan akan mencetuskan reaksi panik," kata Machemer.

Terdapat sekitar 1300 taman tema air di Amerika Utara, 30% dari sedekad lalu, yang meanrik pengunjung seramai 83 juta orang pada 2013 berbanding 73 juta pada 2004. 

Palang Merah telah menambah 22.5 jam waktu latihan pada tahun ini dan menumpu secara khusus pada kaedah menyelamat di air cetek yang ekstrim. Kursus Aquatic Attraction Lifeguarding melibatkan cara mengendali dan mengalihkan orang yang berbeza daripada di kolam air dalam, dan latihan pertolongan cemas khusus pada kepala, leher dan tulang belakang.

Hampir 1000 orang telah mengikuti kursus ini sejak ia dilancarkan pada Januari lalu, menurut Palang Merah. Menurut Machemer lagi, air cetek memberikan mereka yang bukan perenang satu perasaan salah tentang keselamatan dan terlalu ramai budak mengunjungi taman tema air tanpa ada kemahiran berenang.

"Saya percaya tanpa pembelajaran renang yang betul telah menyebabkan beberapa masalah seperti yang kita lihat sekarang ini dan mereka berenang dengan rasa tidak selesa seperti sepatutnya." katanya. 


Jangan sampai lemas:  SINI  |     




Thursday, November 26, 2015

Artikel - Bahaya Sepakan Ke Leher! Penjelasan Dari Perspektif Perubatan

Kredit kepada: Yahoo News, E-Medical Help, Neuro4Students, doereport.com, Texasheart
Gambar ihsan: Yahoo News
 
 
Assalamualaikum.....

Seorang ahli neurologi menyamakan insiden tendangan ganas yang dilayangkan oleh Holly Holm sehingga menumbangkan Ronda Rousey dengan insiden yang menyebabkan pemain kriket, Phillip Hughes maut.

Bercakap kepada News Corp, Professor Chris Levi berkata tendangan Holly Holm itu yang terkena pada bahagian atas leher berdekatan rahang boleh membawa maut. Profesor Levi percaya bahawa Rousey, yang diserang di bahagian hampir sama dengan apa yang berlaku pada Hughes, mungkin berdepan risiko tinggi kepada trauma pada leher, strok atau kematian.



"Di bahagian atas leher ada arteri vertebra yang jelas terdedah yang membekalkan darah ke otak. Kita sudah lama tahu bahawa impak daya pusingan secara mengejut boleh menyebabkan arteri itu terkoyak. Jika saluran darah itu terkoyak dan berlaku pendarahan pada dinding dalam saluran itu, ia boleh menyebabkan saluran darah itu menjadi sempit, menyekatnya, seterusnya boleh menyebabkan strok. " kata Professor Levi.

Mengimbau kembali, Hughes mati apabila bola kriket terkena lehernya sehingga memecahkan arteri vertebra yang menyalurkan darah ke otak, menyebabkan pendarahan selepas dia tidak sedarkan diri.

Selepas perlawanan itu, Rousey terpaksa melalui pembedahan plastik di mukanya selepas dia diserang 3 kali berturut-turut disusuli dengan tendangan.

Ada suara kini sudah menyeru pelawan MMA untuk mula memakai pelindung kepala sementara perlawanan gelanggang diharamkan sepenuhnya di barat Australia.  

Dalam ulasan berita di laman lain, Rousey sama ada terpaksa berundur diri daripada MMA atau memerlukan paling tidak, sehingga lebih 6 bulan untuk pulih sebelum boleh kembali semula ke gelanggang.


Tendangan padu maut:  SINI  | 

Arteri vertebra





Penyakit arteri karotid ialah sejenis penyakit yang memberi kesan pada saluran yang membawa darah ke kepala dan otak (penyakit serebrovaskular), Seperti juga jantung, sel-sel otak juga memerlukan bekalan darah beroksigen secara berterusan. Bekalan darah ini dihantar ke otak melalui dua arteri karotid yang besar di depan leher dan dua saluran arteri vertebra kecil di belakang leher. Arteri vertebra di kiri dan kanan leher bersambung ke bahagian bawah pangkal otak untuk membentuk arteri basilar. Serangan strok biasanya berlaku apabila arteri karotid ini tersekat dan otak tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup.


Yang berkaitan dan perlu diketahui tentang arteri ini:   SINI  |  SINI  |    SINI  |  SINI  |  SINI   |  





Artikel - Muka Hancur Dibina Semula

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 

Assalamualaikum.....

Seorang sukarelawan bomba di New York yang pernah kemalangan hingga sebahagian wajahnya terbakar pada 2011 lalu telah melalui proses transplan muka termasuk tengkorak dan lehernya. Pembedahan dijalankan di NYU Langone Medical Center. Patrick Hardison, yang berusia 41 tahun masih lagi melalui terapi fizikal di hospital tetapi merancang untuk pulang ke rumahnya di Senatobia, Mississippi.

Pembedahan tersebut membolehkannya mendapat semula penglihatannya dan kembali memandu. Lebih daripada 2000 transplan dijalankan di seluruh dunia sejak yang pertama di Perancis pada 2005.Dr. Eduardo Rodriguez, yang membedah Hardison dan menulis ulasan dalam bidang itu berkata pembedahan Harrison merupakan yang paling ekstensif dan berjaya setakat ini. Ia melibatkan bahagian tengkorak sehingga ke tulang selangka di depan dan belakang. Hanya sebahagian kecil rambutnya masih ada. Pembedahan juga melibatkan kedua belah telinganya.




"Ia merupakan pencapaian bersejarah. Rawatan jenis ini akan merevolusikan penjagaan pesakit dengan kecederaan kebakaran wajah yang teruk." kata Dr. Amir Dorafshar, pengarah bersama bagi program transplan muka di Sekolah Perubatan di Universiti Johns Hopkins, yang tidak terlibat dalam pembedahan itu. Pembedahan yang dilakukan pada 14 Ogos lalu berlangsung selama 26 jam. Ia tidak meninggalkan parut kerana kelim tisu transplan berada di belakang tengkoraknya.

Penderma berusia 26 tahun berasal dari New York ialah pelumba basikal, David P. Rodebaugh. Dia meninggal dunia akibat kecederaan kemalangan berbasikal di jalanan di Brooklyn. Hardison mengalami cedera kebakaran di Mississippi berusia 27 tahun dan berkhidmat selama 7 tahun sebagai anggota bomba sukarela.

Ketika kejadian, dia masuk ke dalam rumah yang terbakar itu untuk menyelamatkan seorang wanita. Bumbung runtuh menyebabkan dia terbakar pada kepala, leher dan torso. Oleh sebab dia tidak berkelip, jadi doktor menggunakan graf kulit untuk membentuk semula kelopak matanya dan menjahitnya kembali untuk melindungi matanya. Dia hanya dapat melihat sedikit sahaja menerusinya. "Saya hampir buta dan dapat melihat hanya sedikit." katanya yang terpaksa melalui 71 pembedahan untuk membetulkan kembali wajahnya.

Seorang rakan di gerejanya menulis kepada Rodriguez, yang menjalani pembedahan wajah pada 2012 di Pusat Perubatan Universiti Maryland. Doktor berkenaan kata dia boleh membantu, lalu pada Ogos 2014, Patrick diletakkan dalam senarai menunggu.

"Kita mencari penderma yang ideal, yang setara dengan ciri biologi Patrick bagi mengurangkan risiko badannya menolak tisu baru yang dimasukkan, termasuk warna kulit dan rambut." kata Rodriguez, yang kemudian berpindah ke NYU Langone.

Setahun kemudian, Rodebaugh dikenalpasti sebagai penderma berpotensi oleh LiveOnNY, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mencari organ dan tisu transplan di kawasan bandaraya New York. Seorang warga Columbus, Ohio, dia telah mendaftar diri sebagai penderma organ. Ibunya telah memberi kebenaran untuk menggunakan wajahnya, mengisyaratkan Rodebaugh memang berkeinginan untuk berkhidmat sebagai anggota bomba, kata presiden LiveOnNY, Helen Irving. 

Pihak hospital membiayai pembedahan transplan ini melibatkan penyambungan 4 segmen tulang ke bahagian tengkorak Patrick sebagai penambat bagi mengelakkan mukanya daripada jatuh.

Tiga bulan kemudian, bahagian bawah mukanya seperti menggelembung tetapi menurut Rodriguez, itu akan semakin kurang dalam beberapa bulan. Dengan kelopak mata baru dan lebih banyak pembedahan, dia menjangkakan untuk mendapat kembali pandangan matanya yang normal buat pertama kali selepas lebih 10 tahun menderita. Dia perlu terus mengambil ubat bagi mengelakkan badannya menolak tisu baru.

Akhirnya, tiada siapa akan perasan sebarang perkara yang pelik pada muka Patrick yang baru, yang mempunyai ciri asal daripada mukanya dan penderma. Wajah barunya sudah menunjukkan perbezaan apabila dia berada di luar.

"Sebelum ini orang merenung saya sepanjang masa, kini saya hanya lelaki biasa," katanya.

Dia diberitahu tidak lagi dapat menyertai bomba kerana keperluan insurans, tetapi dia ada rancangan lain iaitu menjadi penceramah motivasi atau seumpamanya untuk para veteran yang cedera, bagi menyampaikan mesej bahawa masih ada harapan buat mereka.


Sumber rujukan:  SINI  | 



Monday, October 19, 2015

Artikel - Kecederaan dan Kemalangan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Sebelum ini, pengarah filem The Expendables 3 kena tumbuk dengan Ronda Rousey yang berlakon dalam filem itu, sehingga patah beberapa tulang rusuk. Dia hanya sedar perkara berkenaan setelah bangun tidur pada keesokan harinya selepas disapa oleh anaknya :-O  Adooii....

Dalam industri perfileman, kerjaya ini nampak profesional tetapi sangat berisiko juga, terutama jika melibatkan penggunaan kesan khas dan mereka yang mahir dalam membikin aksi lagak ngeri. Yang kita selalu tonton di layar lebar itu adalah hasil kerja profesional mereka. Di sebaliknya, banyak kerja yang mereka perlu lakukan dahulu untuk menghasilkan filem dengan kualiti dan shot seperti yang ingin dipaparkan. Berisiko, berbahaya, malah ada juga yang memang kerja gila! 





Olivia Jackson, yang menjadi stunt double untuk pelakon Milla Jovovich mengalami cedera parah di set penggambaran Resident Evil: The Final Chapter ketika satu sesi penggambaran filem berkenaan di Afrika Selatan. Kini dia dalam keadaan koma. Luahnya selepas sedar kembali:

2 weeks in a coma, brain bleed, brain swelling, severed main artery in the neck, crushed & degloved face, several broken ribs, paralyzed arm, shattered scapula, broken clavicle, broken humerus, broken radius & ulna, with an open wound and a 7.5 piece of bone missing, amputated thumb, torn fingers, 5 nerves torn out of the spinal cord…. not my funnest day on set.”


Ketika penggambaran, dia menaiki motorsikal dengan laju apabila dia terlanggar peralatan kamera yang merakamkan aksi kejar-mengejar.

Milla Jovovich, pelakon filem Resident Evil: The Final Chapter, menulis di laman Facebook meminta peminatnya mendoakan kesembuhan Olivia Jackson dan menyatakan pelakon itu kini dalam keadaan koma.


    “I sit down to write this post with a heavy heart, because a terrible accident rocked our set on Saturday the 5th of September. My incredibly talented stunt double, Olivia Jackson, collided with a camera crane while performing a motorcycle stunt and it put her in the hospital with severe, multiple injuries. The cast and crew of Resident Evil: The Final Chapter have been totally devastated and are waiting with bated breath for news on her recovery – we now understand she is stable and being carefully monitored by very experienced South African doctors.

    “I wasn’t personally there to witness it, but from the reports I got, it was awful. None of us have experienced anything like this in our careers making action films and hope we never do again, but the production reacted very quickly to ensure she received the best care and also in reaching out to her family and making sure they were informed and looked after during this overwhelmingly difficult time. Thank God, they have been by her side through out this harrowing week.

    “Its a miracle that she survived. I didn’t know her very well, as we were all just getting going with the film, but the few times we rehearsed together, I really looked up to her because she danced through the choreography, beautiful and graceful. It’s a testament to Olivia’s strength that she managed to survive and also the quick reaction of our on set safety officer and his team that she has finally been pronounced stable.

    “All of us here have been praying every single day for her and her family and sending our thoughts out hoping some of the positive energy reaches her, because she truly needs it… I would really appreciate it if you would take a moment out of your busy days ahead and pray for Olivia’s full recovery too. She needs all the help she can get right now and every bit of the good energy we can send.”


Pihak publisitinya, Constantin Film mengeluarkan kenyataan kepada Deadline mengenai kecederaan yang dialami oleh Jackson. Dia merupakan pelakon lagak ngeri cedera di tangan kiri, kepala, muka, dan bahu.
Filem kali ini diarahkan oleh pengarah yang sama seperti edisi terdahulu, Paul W.S. Anderson. 


Sumber berani mati:   SINI  |   



Wednesday, October 14, 2015

Artikel - Tangan Prostetik Untuk OKU Inspirasi Dari Filem dan Animasi Hollywood

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies



Assalamualaikum.....

Tukarkan mereka menjadi seperti adiwira kegemaran mereka.

Seorang OKU sudah menjadi model di pentas peragaan, membuktikan mereka juga boleh jadi golongan berjaya sebagaimana yang sempurna. Golongan yang muda juga berpeluang untuk tunjukkan sisi positif dengan bantuan alatan yang dibuat dengan ditambah sedikit kreativiti. Kali ini menggunakan karya dari filem dan animasi terkenal. 


Semoga Force bersama anda... hahahahaha


Tangan prostetik inspirasi dari filem Iron Man, Frozen dan Star Wars.






Sebuah syarikat British yang menghasilkan bahagian prostetik buat warga OKU telah menghasilkan bahagian tangan bertemakan filem adiwira dan animasi kegemaran kanak-kanak yang akan membuatkan mereka berasa seperti adiwira berkenaan apabila mereka memakainya. 

Open Bionics yang berpusat di Bristol telah bekerjasama dengan Marvel Universe, LucasFilm dan Disney untuk merekacipta dan menghasilkan 3 jenis tangan bionik yang hebat ini yang diinspirasi daripada filem Iron Man, Frozen dan Star Wars. Warna bagi setiap tangan adalah mengikut warna sut dan watak dalam filem tersebut. Setiap satunya hampir sempurna dari segi rekaan dan gaya masing-masing. 

Dengan mencipta bahagian prostetik dalam bentuk yang lebih menarik dan menghiburkan, mereka bercadang untuk menukarkan bentuk terapi yang mungkin membosankan menjadi seperti latihan adiwira untuk kanak-kanak OKU ini selain membantu meningkatkan keyakinan diri mereka. 

Sebagai permulaan dan bagi mengurangkan kos penghasilannya, Open Bionics menggunakan cetakan 3D untuk menghasilkannya sementara Walt Disney pula yang memegang hak cipta bagi semua produk tersebut telah menolak bayaran dan mendermakan rekaannya secara percuma. Open Bionics juga merancang untuk menghasilkan lebih banyak produk bertemakan filem dan animasi sebegini dalam masa terdekat ini. Mungkin selepas ini akan ada bentuk Infiinity Gauntlet atau tangan Hulk.



Sumber tangan yang best:   SINI  |  


Perrrggghhh! 

Sunday, October 11, 2015

Kesihatan - Khasiat Pokok Buah Ulat Bulu – Passiflora Foetida

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....



Pokok ini merayap dan memanjat menggunakan sulur paut. Daun dan batangnya diselaputi bulu halus.
Batang dan daunnya berminyak dan apabila tersentuh pokok ini mengeluarkan bau. Buahnya kecil sebesar guli bewarna hijau dan apabila masak bertukar menjadi kuning. Ia diselaputi lapisan bersabut dan berbulu sebab itu ia dipanggil Buah Ulat Bulu. Isinya berbiji kecil diselaputi palpa yang rasa manis dan masam seperti buah markisa. Rasanya enak.

Pucuk pokok buah ulat bulu ini enak dimasak sayur air (sayur manis) yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain. Antara khasiatnya adalah ia boleh membuatkan anda merasa tenang.

Akarnya digunakan untuk melegakan kejang otot dan juga digunakan untuk tenangkan orang yang diserang histeria. Daun yang dilumatkan digunakan untuk mengurangkan bengkak apabila tercedera.


Khasiat
  • Buah, bunga dan daun mempunyai pelbagai ciri perubatan seperti diguna dalam bentuk losyen atau pes untuk penyakit keradangan kulit. Rendaman panas (hot infusion) dari tumbuhan kering baik untuk kegunaan sakit tekak. 
  • Daunnya mempunyai ciri-ciri perubatan dan digunakan dalam merawat tekanan perasaan (neurasthenia), tidak boleh tidur malam (insomnia), kedatangan haid terlalu awal (early menstruation), pembengkakan teramat disebabkan pembentungan air dalam sel (edema), gatal-gatal dan batuk.
  • Oeh kerana daunnya mengandungi bahan penenang maka rebusan airnya diberikan kepada pesakit histeria dan disapukan di bahagian kepala untuk meredakan pening dan sakit kepala. Air rebusannya juga digunakan untuk untuk meredakan masalah perut (biliousness) dan asma.
  • Rebusan buah juga digunakan untuk penyakit asma dan kekembungan perut disebabkan gangguan hati (biliousness).
  • Di India, secara tradisinya ia digunakan untuk cirit-birit, sakit tekak dan jangkitan telinga, gangguan hati, tumor, gatal-gatal, demam, penyakit kulit dan untuk pembalut luka.
  • Di Malaysia, ia digunakan untuk merawat penyakit asma.
  • Di Argentina, ia digunakan untuk merawat penyakit sawan (epilepsy).
  • Bunga Passiflora adalah herba pilihan untuk merawat insomnia, ia membantu seseorang itu mendapat tidur yang lebih baik. Ia jg mempunyai kesan yang baik terhadap sistem saraf sekali gus mengurangkan tekanan.


Passiflora sebagai sedatif

Penggunaan Passiflora secara klinikal telah dilihat sebagai amat memuaskan. Kesannya amat mujarab terutamanya kepada sistem saraf, sebagai ubat gangguan spasmodic dan sebagai ejen rehat. Ia amat sesuai semasa dalam keadaan sihat atau dalam keadaan badan lemah (khusus bagi keuzuran disebabkan usia). Oleh itu ia amat berguna untuk meredakan kegelisahan dan mengatasi sentiasa terjaga (wakefulness), di kalangan bayi dan warga emas. Ia mendatangkan kesan untuk tidur kepada mereka menghadapi tekanan jiwa dan mental. Ia melegakan gejala saraf disebabkan tindak-balas (refleks) seksual, gangguan haid dan sensitiviti saraf, organ atau bahagian badan secara berlebihan disebabkan dari sakit yang berpanjangan. Ia telah digunakan secara berjaya bagi meredakan kegelisahan demam kepialu, walaupun tindakannya kelihatan perlahan tetapi pasti. Tidur yang dihasilkan dari Passiflora adalah selamat, merehatkan dan pesakit terjaga dari tidur dalam keadaan tenang dan segar.


Penggunaan passiflora dalam serangan sawan

Passiflora adalah ubat convulsive movements (terjejas disebabkan dari pergerakan otot dan pengecutan tanpa-sukarela, menyerupai kekejangan) pergerakan sawan. Salah satu penggunaan pertamanya yang berjaya dalam bidang perubatan adalah melegakan penyakit tetanus (Satu jangkitan serius dan akut pada sistem saraf pusat disebabkan dari jangkitan bakteria pada luka terbuka, kekejangan rahang dan otot berhubung dengan pangkal tekak mungkin berlaku semasa peringkat akhir), ke atas manusia dan kuda. Ia dikatakan amat membantu semasa serangan awal sawan (epilepsy) menghampiri, ubat ini dikatakan amat membantu tetapi apabila sawan sedang berlaku ianya hanya memberi sedikit kesan aman atau tidak berkesan langsung. Passiflora dipuji kerana kemampuannya mengawal kekejangan di kalangan kanak-kanak yang akibat daripada pembengkakan gusi gigi susu, cacing, atau bahan tidak hadam. Ia juga telah berjaya digunakan untuk meredakan kekejangan otot rahang (trismus nascentium).


Passiflora sebagai herba anti-kekejangan

Passiflora adalah ubat penyembuh kesakitan, terutamanya kepada jenis penyakit saraf (neuralgic), ia turut melegakan kesakitan pada saraf dan kekejangan otot semasa haid (spasmodic dysmenorrhoea), kesakitan pada rektum, sakit jantung, muka dan lain-lain bentuk kesakitan kekejangan otot disepanjang urat (neuralgia). Ia mengelakkan terjadinya kesakitan dari tindak-balas refleks yang menyakitkan semasa kehamilan dan menopaus dan lain-lain bentuk kesakitan yang disertai atau tidak dengan tindakan kekejangan otot (spasmodic action). Sakit atau sakit saraf kepala, sakit kepala dari kelesuan (debility), atau dari kebengkakan serebrum sering dilegakan dengan Passiflora. Dalam semua kes seperti ini, ia menunjukkan kekurangan ketegangan otot normal (atony) di beberapa bahagian atau fungsi.



Panduan rawatan

A. Gatal Pada Kulit
  1. Ambil beberapa batang pokok ulat bulu. Pastikan anda mengambil seluruh bahagian pokok ulat bulu termasuklah bahagian akarnya sekali.
  2. Seperti biasa, bersihkanlah dulu keseluruhan bahagian pokok tersebut.
  3. Kemudian, rebuskan pokok ulat bulu sehingga mendidih.
  4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sehingga suam.
  5. Akhir sekali, sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit anda yang terasa gatal.

B. Melegakan Batuk
  1. Sama seperti langkah no. 1 hingga 4 untuk cara merawat gatal kulit di atas.
  2. Apa yang membezakannya, anda perlu minum air rebusan tu secara perlahan-lahan.

C. Merawat Luka
  1. Dapatkan beberapa helai daun pokok ulat bulu.
  2. Bersihkan daun ulat bulu tadi dan lumatkannya.
  3. Bubuh atau tepek daun ulat bulu yang telah dilumatkan pada bahagian badan anda yang luka.


Sumber rujukan:   SINI  |  SINI  |    




Wednesday, September 30, 2015

Kesihatan - Membuang Batu Karang Secara Semulajadi

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 



Cara ini sudah berkesan ke atas ramai orang. Jika cara ini juga berkesan kepada anda, sampaikanlah pada orang lain biar lagi ramai yang tahu. Ganjaran kebaikan kepada penyampai ialah apabila kebaikan itu memberi kesan baik kepada yang menerima. Batu karang bukanlah diberi perhatian oleh semua orang tetapi masih perlu sebab semua orang ada. Lagipun, ia boleh membawa kepada kanser. Biasanya banyak masalah akan membawa kepada kanser. 

Dalam satu kajian yang dijalankan di China oleh Dr. Lai Chiu Nan, beliau dapati ada bahan yang menunjukkan penghidap kanser mempunyai batu karang. Semua orang ada, cuma besar atau kecil, banyak atau sedikit sahaja bezanya.

Antara simptomnya ialah perasaan kembung perut selepas makan hidangan berat. Anda rasakan tidak boleh lagi menghadam makanan. Jika ia semakin serius, akan rasa sakit pada limpa. Jika anda rasakan ada batu karang, Dr Lai mencadangkan kaedah berikut untuk membuangnya secara semulajadi. Kaedah ini sesuai juga untuk mereka yang mempunyai limpa yang lemah kerana limpa dan pundi hempedu sangat berkait. 

  1. Untuk 5 hari pertama, minum 4 gelas jus epal setiap hari, atau makan 4 atau 5 biji epal, mana-mana satu cara pun boleh. Jus epal boleh melembutkan batu karang. Pada hari ke-5, makan seperti biasa.   
  2. Hari ke-6, elakkan makan malam.
  3. Pada jam 6 petang, ambil satu sudu teh garam Epsom (magnesium sulfat) dengan segelas air suam. 
  4. Jam 8 malam, ulang sekali lagi. Magnesium sulfat akan membuka duktus batu karang.
  5. Jam 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun atau minyak bijan dengan setengah cawan jus lemon segar. Campurkannya dan minum. Minyak ini akan melincirkan laluan batu karang 

Pada esoknya, anda akan dapati ketulan hijau keluar bersama tinja. Biasanya akan terapung. Ada orang yang keluarkan 40, 50 malah 100 biji batu kecil-kecil dan banyak. Adalah bagus untuk bersihkan pundi hempedu daripada batu karang. 

 
Sumber rujukan:  SINI  |  SINI  |  


Saturday, September 26, 2015

Kesihatan - Antibiotik Boleh Ubah Keadaan Dalam Tubuh

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Antibiotik atau antibakteria ialah sejenis ubat antimikrobial yang digunakan dalam rawatan dan pencegahan jangkitan bakteria, sama ada ia membunuh atau menghalang perkembangan bakteria. (2) Perkataan Greek 'anti' bermakna bertentangan (against) dan 'bios' bermakna kehidupan. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan akibat bakteria. Bakteria ialah organisma mikroskopik dan sesetengahnya boleh menyebabkan penyakit. Penyakit seperti sifilis, tuberculosis, salmonella, dan sesetengah jenis meningitis adalah disebabkan oleh bakteria. Sebahagian jenis bakteria tidak berbahaya dan selainnya pula baik untuk manusia. (5)   

Sebelum bakteria boleh membiak dan menyebabkan simptom, sistem imun badan sebenarnya boleh memusnahkannya. Ini kerana dalam badan manusia ada sel darah putih yang boleh menyerang bakteria berbahaya. Walaupun ketika simptom penyakit sudah ada, sistem badan manusia boleh bertahan dan melawan jangkitan.     (5)

Alexander Fleming merupakan orang pertama yang menemui penisilin, antibiotik semulajadi pada 1928. Antibiotik berkait dengan penisilin ada beberapa jenis seperti ampisilin, amoksisilin, dan benzilpenisilin. Ia banyak digunakan bagi merawat pelbagai jangkitan sejak sekian lama.     (5)

Antibiotik berfungsi melalui dua cara iaitu membunuh bakteria dengan cara mengganggu proses hidupnya seperti menukar glukos kepada tenaga. Satu lagi dengan cara menghalang bakteria terhasil dan merebak; contohnya mengganggu prosesnya menghasilkan sel-sel baru, seperti menghasilkan protein baru. (4) Sesetengah jenis berkesan melawan fungus dan protozoa, manakala sesetengahnya menjadi toksik kepada manusia dan haiwan walaupun dalam dos terapi. Antibiotik tidak berkesan kepada virus influenza dan boleh jadi berbahaya jika tidak diambil dengan betul.    (2)  

Antibiotik ialah ubat yang digunakan bagi merawat dan dalam sebahagian kes menghalang jangkitan bakteria. Secara relatifnya, ia digunakan bagi merawat keadaan sakit yang ringan seperti akne atau pneumonia.   (4)

Antibiotik moden ada beberapa jenis dan ia hanya digunakan dengan preskripsi doktor yang merawat di kebanyakan negara. Penggunaan antibiotik secara berlebihan mendapat perhatian dunia kerana menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada bertambahnya bilangan jangkitan bakteria yang lebih tahan dengan ubat antibiotik.     (5) 

Walaubagaimanapun, ia tiada manfaat bagi banyak jenis jangkitan dan menggunakannya bila tidak perlu hanya akan meningkatkan lagi risiko penentangan terhadap antibiotik.     (4)


Antibiotik berkembang sekitar abad ke-20 sekaligus dengan vaksinasi membawa kepada hampir membasmi penyakit seperti tuberkulosis. Keberkesanannya membawa kepada terlebih guna, disalahguna terutama dalam daging jualan menyebabkan bakteria boleh menentang. Ia membawa kepada masalah lain yang dikatakan menjadi ancaman penentangan terhadap antibiotik.  (2)

Era kemoterapi antibakteria bermula dengan penghasilan arsfenamin, oleh Alfred Bertheim dan Paul Ehrlich pada tahun 1907, untuk melawan sifilis, diikuti dengan prontosil oleh Gerhard Domagk pada tahun 1933 yang mendapat Hadiah Nobel pada 1939. (2)

Adakalanya istilah 'antibiotik' merujuk kepada sebatian bagi melawan mikrob yang sinonim kepada antimikrobial.   (2)


Walaupun terdapat pelbagai jenis ubat antibiotik, namun ia masih berfungsi melalui 2 cara:
  • Antibiotik bakteria membunuh bakteria. Sama ada kehadirannya menghalang pembentukan dinding sel-sel bakterium atau kandungan selnya. Contoh: penisilin.
  • Jenis bakteriostatik yang menghentikan pembiakan bakteria.     (5)

Kegunaannya dari sudut perubatan:
  • Rawatan - jangkitan bakteria
  • Jangkitan protozoa: metronidazole dan Bactrim
  • tetracycline: berkesan melawan inflamasi
  • dapson: melawan penyakit autoimun
  • Pencegahan jangkitan - luka perubatan, antibiotik pergigian prophylaxis, keadaan neutropenia yang berkaitan dengan kanser.    (2)

Antibiotik dicipta dengan bersebab, ada tujuannya. Sejak penisilin diperkenalkan pada 1940an dan munculnya antibiotik yang lainnya selepas ia berkembang pesat, jumlah penyakit dan kematian disebabkan jangkitan turun dengan mendadaknya. Dengan berkembangnya penggunaan antibiotik ini, bakteria yang memusnahkan juga berubah dan menyesuaikan diri sehingga menjadikannya kebal kepada beberapa jenis.   (1)





Kebimbangan berkaitan penentangan terhadap antibiotik ini adalah benar. Jika bakteria kebal terhadap ubat kerana anda makannya secara tidak perlu, iaitu bila anda tiada jangkitan bakteria atau bila anda makan daging lembu yang dibesarkan dengan suntikan antibiotik; maka ia mungkin menjadi tidak berkesan ketika ia sangat diperlukan untuk melawan penyakit berbahaya.   (1)

Menurut kajian lapangan yang dijalankan, bagi kanak-kanak, tentangan terhadap antibiotik bukanlah satu-satunya masalah yang perlu dibimbangkan. Dalam satu kajian, pengkaji dari New York University Langone Medical Center menyatakan mereka mahu melihat kesan apabila antibiotik kanak-kanak diberikan kepada tikus makmal iaitu jenis amoksisillin atau tilosin, dengan dos yang sama yang diberikan kepada kanak-kanak. Hasilnya, tikus yang diberikan antibiotik itu bertambah beratnya, tulangnya menjadi lebih besar dan mempunyai lebih banyak masalah gangguan perut (bakteria dalam sistem gastrosus), berbanding yang tidak diberikan dos. Tilosin mempunyai kesan lebih kuat daripada amoksisillin dalam menyusun mikrobiom. Maka pengkaji mencadangkan antibiotik ini mempunyai kesan lebih besar ke atas sistem pencernaan dan perut.   (1)

Maka tidak hairanlah tikus yang diberikan dos itu mengalami perubahan dalam mikrobiom mereka kerana antibiotik yang diberikan itu berkesan membunuh atau menghalang bakteria dalam sistemnya.   (1)


Antibiotik hanya boleh diambil dengan mengikut arahan yang diberikan doktor seperti yang tertulis pada paketnya atau pada risalah untuk pesakit yang didatangkan bersama ubat tersebut atau seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi.    (4)

Dos antibiotik diberikan menerusi beberapa cara:
  • Secara oral - tablet, pil, kapsul atau cecair yang diminum untuk merawat jangkitan yang ringan.
  • Secara sapu atau sembur - krim, losyen, semubran atau titis (biasanya untuk jangkitan kulit)
  • Secara suntikan - disuntik atau dimasukkan melalui drip ke dalam salur darah atau otot, selalunya untuk jangkitan yang serius.     (4)




Kebanyakan antibiotik menunjukkan kesan terhadap jangkitan selepas beberapa jam ia diambil. Adalah perlu untuk menghabiskan pengambilan ubat ini bagi menghalang jangkitan daripada muncul semula. Jika hanya separuh jalan, maka ada risiko bakteria menjadi semakin tahan kepada antibiotik untuk rawatan seterusnya. Ini kerana bakteria yang masih berbaki itu sudah ada pendedahan kepada antibiotik dan akibatnya, ia membentuk tentangan. Walaupun sudah semakin pulih, anda masih perlu habiskannya.      (5)

Ada sesetengah antibiotik tidak boleh diambil bersama sesetengah jenis makanan, ada yang tidak boleh diambil dengan ada jenis makanan tertentu dalam perut. Jenis antibiotik ini biasanya perlu diambil sejam sebelum makan, atau 2 jam selepas makan. Adalah sangat penting untuk mengikut arahan dengan betul jika mahu ubat itu bertindak secara efektif. Jika mengambil metronidazole, maka kena elakkan mengambil alkohol. Elakkan mengambil produk tenusu jika makan ubat tetrasaiklin, kerana ia mengganggu penyerapan ubat berkenaan.      (5)

Jika terlupa ambil dos, ambil seawal mungkin dan teruskan seperti biasa. Jika hampir waktu untuk dos setersunya, lupakan sahaja sesi yang tertinggal itu dan teruskan dengan waktu yang seterusnya itu. Jika ambil dua dos dalam selang waktu yang terdekat, anda mungkin berdepan dengan kesan sampingan. Jika tidak sengaja terambil lebih dos, tidak mungkin menyebabkan anda mengalami gejala serius. Walaubagaimanapun, anda mungkin berdepan kesan sampingan seperti sakit perut, cirit birit atau saklt. Jika anda risau atau berdepan kesan yang teruk, sila dapatkan bantuan perubatan dengan segera.    (4)


Terdapat beratus jenis, kebanyakannya dikelaskan kepada 6 kumpulan:
  • Penisilin - digunakan secara meluas bagi pelbagai jangkitan termasuk kulit, dada dan saluran urinari
  • Sefalosporin - digunakan untuk pelbagai jangkitan, juga efektif untuk jangkitan serius seperti septicaemia dan meningitis.
  • Aminoglikosid - digunakan untuk jangkitan serius seperti septicaemia yang boleh memberi kesan sampingan seperti hilang pendengaran dan kerosakan ginjal. Ia mudah larut dalam sistem pencernaan, jadi ia dimasukkan secara suntikan. Untuk jangkitan telinga dan mata, ia diberi secara titisan.
  • Tetrasaiklin - digunakan secara meluas. Biasanya untuk jangkitan akne sederhana hingga teruk, keadaan rosacea, yang menyebabkan kemerahan dan bintik pada kulit.
  • Makrolid - khusus untuk masalah jangkitan peparu dan dada. Ia juga penyelesaian alternatif bagi mereka yang alah pada penisilin atau untuk merawat jangkitan bakteria yang tahan pada penisilin.
  • Floroquinolon - boleh digunakan untuk pelbagai jenis jangkitan.    (4)





Kesan sampingan

Seperti juga ubat lain, ia juga mempunyai kesan sampingan. Tiada kesan jika diambil dengan betul dan sangat jarang memberi kesan serius. Antara kesannya jika ada ialah sakit, kembung dan ketidakhadaman, cirit birit.    (4)

Biasanya, kalau ada pun yang mendapat reaksi alahan pada antibiotik, peluangnya hanya 1 daripada 15 orang. Itu pun terhadap penisilin dan sefalosporin. Dalam banyak kes, ini boleh membawa kepada reaksi alahan lebih serius (anaphylaxis), dan menjadi kes kecemasan.    (4)

 
Kesan lain:
  • Diarrhea - kajian dari Sekolah Perubatan di Universiti Stanford mendapati peningkatan gula dalam perut ekoran rawatan antibiotik membenarkan bakteria berbahaya bertapak dan menyebabkan jangkitan. Bakteria berbahaya bertindak balas dengan adanya gula.
  • Berasa sakit.
  • Jangkitan fungus pada mulut, saluran pencernaan dan vagina.      (5)

Kesan lain yang jarang berlaku:
  • Pembentukan batu karang pada buah pinggang (bila ambil sulphonamides).
  • Pembekuan darah tidak normal (bila ambil sesetengah jenis cephalosporins).
  • Sensitif pada cahaya matahari (bila ambil trimethoprim).
  • Hilang pendengaran (bila ambil erythromycin dan aminoglycosides).      (5)

Sesetengah pesakit yang berumur akan mengalami radang perut yang boleh membawa kepada cirit-birit yang teruk. Clindamycin, antibiotik bagi melawan jangkitan serius biasa mempunyai kesan ini. Walaubagaimanapun, penisilin, sefalosporin, dan erythromycin juga boleh mempunyai kesan sampingan yang sama.      (5)

Pada 2012, saintis dari Sekolah Perubatan NY mendapati bayi yang terdedah kepada antibiotik ada risiko lebih besar menjadi lebih gemuk atau obes bila menjadi kanak-kanak. Kajian ini diterbitkan dalam International Journal of Obesity.       (5)


Reaksi alahan kepada antibiotik

Ada sesetengah pesakit akan mengalami reaksi alahan terutama pada penisilin, seperti ruam, bengkak pada lidah dan muka, dan kesukaran bernafas. Alahan boleh muncul segera atau mengambil tempoh dahulu sebelum ia muncul. Jika muncul tanda alahan, segeralah berjumpa doktor dan/atau ahli farmasi. Alahan boleh menjadi serius sehingga boleh membawa maut. Ia dipanggil reaksi anafilaktik.      (5)

Sebelum mengambil antibiotik, maklumkan pada doktor yang merawat jika anda hamil, keadaan limpa atau buah pinggang yang merosot, atau menyusu badan.       (5)


Antibiotik boleh bertindak balas jika diambil bersama ubat lain.

Jika anda mengambil antibiotik, jangan ambil ubat lain atau ubatan herba tanpa memberitahu doktor anda. Ubat tidak dipreskripsi juga boleh bercanggah dengan antibiotik. Penisilin, sefalosporin, dan beberapa jenis antibiotik lain boleh menjejaskan keberkesanan kontraseptif oral. Jika antibiotik menyebabkan cirit-birit atau muntah, penyerapan tubuh terhadap ubat kontraseptif juga akan terjejas. Jika anda mengambil mana-mana ubat ini maka anda harus berjaga-jaga untuk mengambil ubat kontraseptif.      (5)


Pertimbangan

Ada sesetengah jenis tidak sesuai dengan keadaan perubatan pesakit atau untuk wanita yang hail atau menyusu badan. Pesakit hanya boleh mengambilnya seperti yang disarankan doktor sahaja, bukan antibiotik daripada kawan atau orang lain. Ada sesetengah jenis bertindak balas dengan ubat/bahan lain jika diambil, seperti alkohol atau pil kontraseptif yang dimakan. Jadi adalah penting untuk membaca maklumat pada risalah yang didtangkan bersama ubat yang diberikan itu. Antara yang perlu tahu ialah yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil antibiotik dan bagaimana ia bertindak balas dengan ubatan lain.    (4)


Rintangan antibiotik

Badan seperti NHS atau organisasi kesihatan di dunia cuba mengurangkan penggunaan antibiotik terutama dalam keadaan tidak serius. Ini juga antara usaha melawan rintangan antibiotik, keadaan bakteria tidak lagi bertindak balas terhadap rawatan dengan satu atau lebih antibiotik. Rintangan antibiotik boleh muncul dalam beberapa cara. Rantaian bakteria boleh bermutasi dan selepas satu masa, ia akan dapat bertahan daripada antibiotik. Ini boleh berlaku bila pesakit berhenti pengambilannya awal dan tidak menghabiskan antibiotik diberikan. Saki baki bakteria yang masih tinggal akan berubah dan menjadi lebih tahan antibiotik. Antibiotik juga boleh memusnahkan rantaian bakteria tidak berbahaya yang ada pada tubuh. Ini akan membuatkan bakteria yang lebih tahan itu membiak lebih cepat dan menggantikan bakteria tidak berbahaya itu.    (4)

Pengambilan berlebihan antibiotik selama beberapa tahun ini telah menunjukkan perubahan dalam rintangan melawan bakteria. Ini termasuk antibiotik bagi merawat sakit ringan yang sepatutnya boleh sembuh. Antara jenis bakteria tahan antibiotik yang muncul ialah:
  • meticillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA)
  • Clostridium difficile (C. diff)
  • bakteria penyebab kepada multi-drug-resistant tuberculosis (MDR-TB)
  • CPE (Carbapenemase-producing Enterobacteriaceae)   (4)

World Health Organization (WHO) pula menganggarkan 170,000 kematian disebabkan MDR-TB setiap tahun. Yang paling membimbangkan ialah kemunculan rantain bakteria baru yang tidak dapat dirawat dengan antibiotik sedia ada. CPE (Carbapenemase-producing Enterobacteriaceae) ialah satu bakteria dengan pelbagai jenis yang tersebar di banyak negara termasuk Eropah dan kemudian di UK.    (4)


Ringkasnya, antibiotik merupakan sejenis ubat yang kuat bagi melawan jangkitan bakteria. Jika ia digunakan sebaiknya, ia mampu menyelamatkan nyawa. Sama ada ia berfungsi untuk membunuh bakteria atau menghalangnya berkembang. Seterusnya, sistem pertahanan tubuh secara semulajadi akan menjalankan tugasnya. Antibiotik boleh melawan jangkitan bakteria tetapi bukan jangkitan disebabkan virus, seperti selsema, flu, kebanyakan batuk dan bronkitis, sakit tekak kecuali yang berpunca dari strep.   (3)

Jika virus menyebabkan seseorang sakit, mengambil antibiotik akan memburukkan lagi keadaan. Menggunakannya ketika tidak perlu atau menyalahgunakannya akan menambah lagi penentangan antibiotik. Ini berlaku kerana bakteria juga berubah dan menjadi tahan kepada kesan antibiotik itu. Ikut arahan yang diberikan apabila mengambil antibiotik. Penting untuk anda habiskan ubat. Jika berhenti ubat terlalu awal, mungkin ada bakteria yang masih berbaki terus hidup dan menjangkiti semula. Jangan simpan antibiotik untuk kemudian hari atau gunakan antibiotik orang lain.   (3)


 

Sumber rujukan perubatan:  (1)  SINI  |  (2)  SINI  |  (3)  SINI  |  (4)  SINI  |  (5)  SINI  |    





Sunday, September 20, 2015

Artikel - Info Ringkas Pentingnya Ada Perlindungan Insurans dan Takaful

Kredit kepada: 
tranungkite.net, ukhwah.com, symforumclub.forumotion.com, rahsiakewangan.com, www.azizriadi.com, article.wn.com, thetomato2u.blogspot.com
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....



PrudentialBSN Takaful di Mydin Mall Gong Badak 16-22.9.2015


Kepada orang ramai yang masih belum mempunyai perlindungan hayat, pakej perubatan dan simpanan dalam takaful, maka anda bolehlah mengambil polisi perlindungan takaful ini dengan mengunjungi mana-mana gerai yang dibuka sama ada di pasaraya atau datang sendiri ke pejabatnya yang berdekatan dengan kawasan anda. Anda boleh tanya sendiri pada ejen berkenaan tentang produk, ciri-ciri, manfaat, apa yang termasuk dan tidak termasuk (exclusions) dalam perlindungan (coverage) polisi yang ditawarkan serta berapa jumlah bayaran yang dikenakan bagi pakej yang mahu diambil.

Sedikit info, secara umumnya perlindungan insurans dan takaful menumpukan pelan perlindungan pada harta benda (properties) dan hayat (life). Orang ramai perlu tahu syarikat tersebut dan apakah pelan perlindungan yang ditawarkan, juga sama ada ia adalah jenis konvensioanal atau islamik yang patuh syariah (takaful). Ada syarikat yang tawarkan perlindungan bagi harta dan hayat.

Untuk perlindungan hayat, polisi perlindungan boleh diambil sama ada untuk seorang, ramai (biasanya sekeluarga atau sebahagiannya) atau untuk syarikat. Antara faktor yang dipertimbangkan ketika ingin mengambil polisi perlindungan ini ialah jantina, status merokok, umur, indeks jisim tubuh (body mass index atau BMI), profail gaya hidup, sejarah berkaitan penyakit atau kemalangan, kecenderungan dan penglibatan dalam sebarang aktiviti yang berisiko dan berbahaya, pekerjaan dan kelas pekerjaan (kelas 1-berisiko rendah hingga 4-berisiko tinggi), dan beberapa perkara lagi.

Diingatkan kepada sesiapa yang ingin mengambil polisi untuk mengingati dengan jelas dan tidak menyembunyikan sebarang maklumat terutama berkenaan sejarah penyakit dan kemalangan. Polisi seseorang boleh dibatalkan atau permohonan polisi ditolak jika didapati ada sebarang unsur penipuan atau yang meragukan. Segala surat jaminan (guarantee letter atau GL) dan laporan perubatan (medical report) perlu disertakan bersama permohonan sebagai bukti pemohon pernah alami kemalangan atau ada penyakit berkaitan. Sila jangan sembunyikan maklumat penting ini bagi mengelakkan sebarang masalah.


Adalah selalu diingatkan kepada orang ramai juga bahawa polisi perlindungan sama ada insurans konvensional atau takaful perlu diambil ketika masih sihat dan sebaik-baiknya tiada tanda-tanda penyakit berbahaya atau kritikal, kerana sekiranya sudah sedia ada sebelum mengambil polisi, maka penyakit tersebut tidak akan dilindungi lagi walaupun penyakit berkenaan asalnya termasuk dalam senarai penyakit-penyakit kritikal yang mendapat perlindungan ketika dalam polisi. Contohnya sakit jantung, diabetes, katarak, dll. Namun jika mahu memohon juga, pemohon boleh berbuat demikian untuk mendapatkan perlindungan bagi penyakit-penyakit lain yang belum berlaku lagi ketika itu, iaitu selain yang sudah tidak dilindungi itu. Nasihat kepada orang ramai, jangan menganggap pengambilan polisi perlindungan ini seperti panadol, bila sakit baru akan ambil. Ini kerana jika itu berlaku, maka ia sudah terlambat dan sakit (penyakit atau kemalangan) berkenaan tidak akan dapat dilindungi dan mana-mana ejen pun tidak akan dapat membantu. 

Ringkasnya - AMBIL POLISI KETIKA SIHAT! 

Dari sudut lain, ada beberapa kes bagi pemegang polisi (policyholder) yang ditolak permohonan tuntutannya atas beberapa sebab, hinggakan memburuk-burukkan syarikat polisi tersebut dan menjadi viral di internet. Dalam hal ini, sebaiknya silalah rujuk kepada ejen yang menguruskan polisi itu dan apakah bentuk perlindungan yang diambil ketika menandatangani borang permohonan dahulu. Dari semasa ke semasa, pemegang polisi perlu sentiasa mengemaskini maklumat terbaru berkenaan polisi dan produk syarikat tersebut kerana mungkin akan ada perubahan dalam ciri yang ditawarkan. Contohnya elaun wad. Mungkin versi dahulu ia ada tetapi sekarang sudah dimansuhkan.

Selain bertanya terus pada ejen, orang ramai juga boleh mendapatkan info daripada banyak laman web, forum, kumpulan dalam Facebook, WhatsApp, di internet yang membincangkan mengenai perlindungan insurans dan takaful ini.

Anda boleh juga layari laman web www.prudential.com.my untuk maklumat lanjut.


Persoalan - kenapa semua orang bayar insurans kenderaan jika takut mahu ambil perlindungan insurans atau takaful? Adakah disebabkan insurans kenderaan ini wajib (diambil bersama cukai jalan) maka diturutkan sahaja? Kalau insurans/takaful hayat ini diwajibkan untuk semua orang mengambilnya sejak seorang anak lahir, adakah semua orang akan ambilnya sebagaimana insurans kenderaan? Sejauh manakah sebenarnya pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan memiliki perlindungan insurans/takaful hayat? 



Bincang-bincang takaful:   SINI  |  SINI  |  SINI  |  SINI  |   SINI  |  SINI  |    



Wednesday, September 16, 2015

Artikel - Foto Perubatan Otak Manusia

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum........




Foto memaparkan keadaan otak manusia yang paling kompleks dan paling berwarna. Foto dengan warna seperti pelangi ini dijana menggunakan teknologi pengimejan yang maju menunjukkan bagaimana rumitnya fungsi otak manusia dari dalam.

Foto yang kelihatan seakan kaleidoskop ini akan menjadi sebahagian daripada bahan pameran yang menunjukkan bagaimana sistem dalam tubuh manusia bekerja. Ia akan ditayangkan seiring dengan retina mata dan jantung dalam paparan 3D di Universiti Edinburgh. Selain digunakan sebagai teknologi yang memaparkan bahagian otak, paparan ini juga bagi menunjukkan teknologi pengimejan membantu dalam kajian perubatan. 

Antara lain dipaparkan ialah imej jarak dekat atau close-up bahagian belakang mata. Imej juga memaparkan perubahan pada saluran darah pada retina mata yang memberikan isyarat tanda penyakit seperti sakit jantung, diabetes atau Alzheimer.  

Selain itu, teknologi imbasan CT juga digunakan bagi menjana imej 3D bagi jantung, arteri koronari dan salur aorta bagi pesakit. Doktor menggunakan teknologi ini bagi mengesan risiko penyakit arteri koronari bagi pesakit tanpa melakukan pembedahan.  
Professor Joanna Wardlaw, pengarah di Edinburgh Imaging, menyatakan kemajuan dalam teknologi pengimejan sebegini adalah sangat penting untuk penemuan berterusan bagi kaedah baru mendiagnos, memantau dan merawat penyakit. 

“Pameran ini akan memberikan gambaran kepada pesakit mengenai kajian yang dijalankan sekarang ini di Edinburgh.” katanya. 


Mengimbas semua dalam otak:  SINI   |   


Monday, August 31, 2015

Artikel - Hukum Bersalin Disambut oleh Doktor Lelaki

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Marcapada ini, mungkin ramai yang sedar bahawa doktor lelaki yang banyak melaksanakan tugas pemerikasaan hinggalah kepada tugas menyambut kelahiran untuk para ibu.

Barangkali kerana fenomena ini sudah terlalu biasa, masyaratkat mengambil ringan mengenai hukum agama. Hanya segelintir yang bersuara untuk menegakkan hukum agama dan mengetahui sejauh manakah tahap darurat yang mengharuskan doktor lelaki mengambil alih tugas itu.




Soalan:

Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?
Keluarga Muslim, KL


Jawapan:

Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.

Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.




Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.

Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah ‘darurat’ ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.

Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.

Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A’lam…

Wassalam.



Sumber: FB