MY FOLLOWERS

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Tuesday, May 2, 2017

Artikel - Pertandingan Memanah Compund dan Barebow anjuran RST 24.4.2016

Kredit kepada: Owner, RST
Gambar ihsan: Owner, RST



Assalamualaikum.....


Pada 24.4.2017 yang lalu telah diadakan Pertandingan Memanah Compund dan Barebow anjuran kelab memanah Rimayah Sunnah Terengganu (RST). Acara ini diadakan di perkarangan Stadium Tertutup Kuala Terengganu dan diadakan buat kali pertama. 

Acara ini disertai oleh hampir 30 orang dari kelab-kelab seperti Meraga Sukma, Geng Memanah Terengganu, Dewan Tok Guru. RST dan HHAC.



Muka juri pemarkahan yang serius sebelum pertandingan bermula



Sedikit taklimat format pertandingan daripada Pengerusi


Antara barisan juri yang komited sepanjang pertandingan walaupun kepanasan












Acara barebow








Bagi acara kategori compound, acara ini diadakan sebanyak 5 pusingan dan 6 panahan (6 arrow 5 end) manakala bagi acara barebow diadakan sebanyak 10 pusingan dan 6 panahan (6 arrow 10 end). 

Makanan dan minuman disediakan oleh pihak urusetia untuk peserta dan hadirin adalah sarapan dan makan tengahari. 


Setiap peserta akan menerima pingat dan hadiah berupa hamper disediakan untuk para pemenang. 

Bagi memeriahkan acara ini, sesi cabutan bertuah disediakan. 

Acara bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 5 petang. 


Monday, April 17, 2017

Artikel - Lampster: Lampu Meja Figura Superhero

Kredit kepada: Laman Indiegogo
Gambar ihsan: Laman Indiegogo


Assalamualaikum....


Dua orang sahabat telah mencipta satu produk lampu meja dengan mengambil inspirasi daripada lampu traktor lama dan digabungkan dengan badannya mengikut figura superhero. Selepas beberapa bulan, maka siaplah prototaipnya yang pertama pada April 2014. Lampu ini dihasilkan bukan setakat sesuai digunakan ketika duduk menulis di meja tetapi juga boleh digunakan di mana sahaja sama ada di rumah atau di pejabat.

Lampu meja ini menggunakan 120 LED dan ia boleh dikawal sama ada dengan sentuhan atau peranti mudah alih. Lebih menarik, jenis plag yang digunakan sesuai dengan standard yang digunakan di Amerika, United Kingdom dan Eropah.

Pastinya menarik perhatian kerana rupabentuk kreatif dan penuh bergaya. Kalau di Malaysia sudah ada produk ini, rasanya ramai akan berebut untuk memilikinya.









Ciri-ciri produk, bahan binaan, gaya pilihan dan aksesori turut dinyatakan.








"Saya pun nak satu!"


Perihal lengkap tentang produk ini:   SINI   |   



Friday, March 17, 2017

Artikel - Kisah Jutawan Senyap More Jutaria

Kredit kepada: Harian Metro, Laman Just Write Up dan Memang Lumayan

Gambar ihsan: Google Images
 
Assalamualaikum.....




Kuala Lumpur: “Sekarang ini orang pun dah tak tahu (lupa). Saya pergi mana pun bebas dan ini semua demi keselamatan keluarga,” kata Ahmad Samerin Dzulkifli, 48.

Bagi yang masih ingat, lelaki dari Bandar Pusat Jengka, Pahang ini pernah menggemparkan negara 25 tahun lalu apabila menjadi jutawan sekelip mata selepas membawa pulang wang tunai RM1 juta menerusi Kuiz More Jutaria pada 8 September 1991.

Ketika memenangi soalan terakhir kuiz siaran langsung anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dia baru berusia 23 tahun.

Dia ketika dihubungi Harian Metro semalam mengakui sengaja ‘menyembunyikan’ diri kerana tidak mahu lagi menonjol di khalayak di sebalik kisahnya yang pernah bergelar jutawan sebelum ini.

“Memang ramai hendak tahu (kisah) saya tetapi sengaja saya tidak mahu keluarkan balik cerita kemenangan dahulu atas pelbagai sebab.


Duit banyak simpan senyap-senyap:  SINI   |  SINI   |  SINI   |   


Sunday, January 22, 2017

Artikel - Asteroid Melintas Dekat Dengan Bumi??

Kredit kepada: Popular Mechanics
Gambar ihsan: Google Images  


Assalamualaikum.....


Sekumpulan angkasawan telah menemui asteroid baru beberapa jam sebelum ia menghentam bumi. Asteroid yang dipanggil 2016 QA2 dan ia tersasar sedikit dari bumi kurang dari 1/4 jarak ke bulan.

Asteroid ini mempunyai orbit yang pelik. Ia berbentuk sangat elips dan ia boleh didapati bergerak sekitar Marikh dan Zuhrah namun sesekali melintas dekat dengan bumi.




Lebih merisaukan apabila tidak ramai yang melihat kalau ada asteroid yang berbahaya. Sementara Kongres telah menugaskan NASA mencari 90% asteroid bersaiz 450 kaki atau lebih besar menjelang 2020, agensi ini semakin menghampiri matlamat itu. Penyediaan dana untuk kajian ini tidaklah besar dan kebanyakan teleskop untuk cerapan asteroid bersaiz ini tidak akan muncul sehingga beberaoa tahun lagi. Walaupun begitu, mereka mungkin terlepas mencerap 2016 QA2, yang bersaiz 50-100 kaki. Asteroid dengan saiz ini sangat kecil sehinggakan hampir tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengesannya. Walaupun begitu, ia masih boleh menyebabkan kerosakan. Misalnya, asteroid Chelyabinsk dengan kelebaran 55 kaki telah meletup di Rusia pada 2013 telah memusnahkan banyak bangunan dan mencederakan lebih 1500 orang awam.


Sehingga kini, adalah perlu untuk meningkatkan lagi keupayaan pencerapan asteroid. Jika tidak, akan sampai masanya nanti ramai akan terima akibat apabila berlaku insiden yang lebih buruk. 



Terbang jangan sampai terlanggar:   SINI   |  



Monday, November 14, 2016

Berita - Karnival Viral Festival diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 11-12.11.2016

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Karnival Viral Festival diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 11-12.11.2016 menampilkan Ijoy Mushiro sebagai Deejay. Memperkenalkan barisan usahawan yang berniaga produk secara atas talian kepada para pengunjung selain beberapa lagi yang berniaga terus dengan pelanggan. Antara yang menyertai ialah Aishiteru Skincare, Pusat Memanah TAC, Great Eastern Takaful, Takaful Ikhlas, Penapis air Cuckoo, Grolier, Pomade, B'Vendors, Teh Rerama Jameela, dan banyak lagi. 

Selain itu, gerai Pusat Memanah TAC turut mendapat sambutan meriah berikutan diadakan pertandingan memanah. Acara ini adalah pusingan kedua bagi acara di Dataran Syahbandar pada minggu sebelumnya. Pertandingan ini adalah bagi menggalakkan orang awam mencuba kemahiran memanah dan mempromosikan pusat memanah ini selain memenangi hadiah yang disediakan oleh penganjur. Kategori dipertandingkan ialah Pro Lelaki, Amatur Lelaki, Wanita dan Kanak-kanak.























Karnival ini juga menyediakan beberapa permainan yang boleh dimainkan oleh pengunjung dan hadiah berupa hamper dan goodies disediakan oleh penganjur. Persembahan dari Fiza Buskers diadakan sebagai penutup pada hari kedua karnival ini. Karnival ini dibuka kepada pengunjung dari 10 pagi hingga 11 malam.



Berita - Karnival Perodua di Dataran Syahbandar 3-5.11.2016.

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Karnival Perodua diadakan di tapak letak kereta skrin besar Dataran Syahbandar pada 3-5.11.2016. Karnival ini memperkenalkan kereta keluaran terbaru iaitu Bezza selain mempromosikan MyVi dan Axia. Pengunjung juga berpeluang memandu uji kereta yang diperkenalkan bagi merasai sendiri suasana pemanduan dengan kereta ini yang turut menampilkan beberapa ciri baru yang canggih.










Karnival selama 3 hari ini turut menyediakan kuiz dan permainan bagi pengunjung yang hadir. Hadiah berbentuk hamper turut disediakan oleh Bank Islam selaku penganjur, bagi mereka-mereka yang memenangi kuiz dan permainan yang disediakan. Antara permainan ialah baling gelung berwarna, dart, dam ular, karaoke, acara memanah, selain turut diadakan persembahan roller blade, buskers dan tayangan video.