MY FOLLOWERS

Showing posts with label download. Show all posts
Showing posts with label download. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

Artikel - Tegakkan Kembali Paparan Video Dengan Freemake

Kredit kepada: Google, Freemake
Gambar ihsan: Freemake



Assalamualaikum.....

Dalam apa jua aktiviti, rakaman video turut memainkan peranan sebagai rekod selain daripada foto-foto. Sesudah diambil dan dilihat kembali, adakalanya sesetengah paparan tidak berada dalam keadaan atau orientation yang sepatutnya. Tidak menjadi masalah jika ia adalah foto, hanya dengan klik kanan dan klik arahan rotate, dan foto akan dipusing mengikut darjah dan arah pusingan secara arah jam atau lawan arah jam dan masalah sudah selesai. 


Bagaimana pula kalau itu terjadi pada paparan video?

Baru-baru ini beberapa video sudah dimuat naik di laman kumpulan di FB dan kebanyakannya dalam kedudukan condong 90 darjah. Untuk itu, penulis dicadangkan untuk menggunakan perisian untuk memusingkan video yang boleh dimuat turun secara percuma dari internet. Maka penulis menggunakan perisian Freemake Video Converter.  Untuk mencari di enjin carian Google, taipkan rotate video software free download dan banyak pilihan akan dipaparkan.


Bila sampai di halaman Freemake ini, klik pada butang Download (hijau) untuk dapatkan setup-nya. Simbol seperti huruf 'V' berwarna oren pada butang Download (rajah di atas) adalah ikon yang akan muncul bila perisian ini selesai dimuat turun dalam PC anda nanti. Install dahulu dalam PC anda untuk membolehkan anda menggunakannya.


Sesudah install, anda boleh klik pada ikon Freemake berwarna oren dan paparan ini akan muncul.


Untuk memusingkan video, pilih video yang anda mahu dan masukkan dalam senarai. Anda boleh klik pada File dan klik Add Video atau klik sahaja butang biru bertulis +Video seperti di atas. Boleh pilih satu atau lebih untuk masukkan dalam senarai menunggu anda.



Bila muncul senarai, klik pada ikon 'gunting' seperti ditunjukkan di atas dan pilihan yang senget itu akan muncul seperti di bawah....
 


Untuk pusingkannya, boleh klik butang rotate (warna hijau) atau klik kanan tetikus anda dan pull down menu akan muncul seperti di atas. Dalam pilihan ditunjukkan, boleh untuk pusing arah jam (Rotate CW) atau lawan jam (Rotate CCW). Boleh juga kalau mahu Flip.


Selepas klik, keadaan yang sudah dibetulkan akan ditunjukkan seperti di atas. Klik OK.


Pergi semula ke senarai menunggu anda, dan klik Convert. Boleh pilih dari pull down menu atau ikon dalam barisan di bawah senarai berkenaan.  Dalam pilihan ini, anda boleh tukarkan format video anda kepada pilihan lain yang anda mahu sama ada MPEG, MP3, MP4, APPLE, dan sebagainya.  Dalam pengalaman ini, penulis pilih untuk tukarkan format sedia ada kepada MP4.


Pilih tempat untuk simpan pada kotak Save As: Komputer akan buat salinan bagi setiap fail pilihan anda yang sudah dibetulkan orientation paparannya.  Klik butang Convert berwarna biru.


Paparan di atas akan muncul. Tunggu sehingga proses converting selesai.


Bila selesai, klik OK dan Close. Lihat di tempat simpanan fail yang anda pilih dan salinan fail dengan format baru dan orientation baru akan ada di situ.


Jika mahu teruskan kerja-kerja converting ini, klik File dan Add Video seperti di awal tadi. Terlebih dahulu, pergi dahulu ke senarai menunggu terawal dan klik Edit. Pilih arahan Remove All dan buang dahulu semua yang ada dalam senarai tersebut. Jika anda teruskan converting video anda tanpa membuang senarai terdahulu (tidak kiralah ada satu atau lebih video dalam senarai anda), komputer akan convert sekali lagi semua yang ada dalam senarai berkenaan sekaligus, yang lama dan yang baru. Ini akan jadikan fail video redundant.


Selesai!


Selamat mencuba!

Monday, July 22, 2013

Sekadar Luahan - Dah Tutup (T___T)"

Kredit kepada: Yang berkaitan
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.........


Sengaja buka laman ini namun kini secara rasmi laman jiwang.org  yang terkenal ini sudah tiada lagi di alam siber. BACA SINI  Kiranya pihak berkuasa sudah pun menamatkan riwayatnya.

Ada boleh ikuti berita mengenai penutupannya di sini:
http://www.melvister.com/2013/06/laman-web-jiwang-org-ditutup-akibat-kandungan-hakcipta.html
http://www.melvister.com/2011/06/senarai-laman-web-disekat-skmm-malaysia.html
http://www.buntai.info/2013/06/laman-sesawang-perkongsian-terbesar-di.html
http://zaag2010.blogspot.com/2013/06/jiwangorg-kini-telah-ditutup.html
http://busuk.org/ping/view/85636
http://ohartis.com/2011/06/rim-minta-kerajaan-memusnahkan-laman-forum-jiwang-org/


Beberapa laman web/blog lain juga sudah mengucapkan R.I.P. (rest in peace) kepada laman web yang terkenal dengan bahan-bahan muat turun filem dan drama ini. Sobb..sobb..





Sekadar pertanyaaan, adakah anda rasa penutupan ini akan menghentikan atau menyekat kewujudan laman-laman sebegini lagi di masa akan datang? Saya sendiri pun susah untuk katakan ia tidak akan berulang lagi.

Wallahualam ........

Thursday, March 17, 2011

Artikel - Papan Kekunci Jawi

Kredit kepada: ejawi
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum...




Dalam entri sebelum ini, saya telah menuliskan serba sedikit mengenai penggunaan papan kekunci jawi. Dalam paparan papan kekunci di atas yang telah saya zoom in, telah tersedia semua huruf jawi termasuk 6 huruf jawi yang ditambah iaitu nga, pa, ca, va, nya, dan ga.

Papan kekunci jawi - KLIK SINI.

 
Ikut arahan (seperti dalam gambar di atas) dan hasilnya seperti dalam rajah di bawah:



Apabila komputer anda telah menyediakan tetapan Arabic (lihat gambar kedua, taskbar bawah sebelah kanan), anda juga sudah boleh menulis tulisan jawi dalam notepad dan fail Microsoft Word. Anda boleh klik pada rajah untuk paparan lebih jelas. Jangan lupa, set paparan untuk bacaan dari kanan ke kiri (right-to-left reading order) untuk notepad dan alignment kanan (Align Text Right) untuk Microsoft Word.


Artikel - Load Variables Ke Dalam Flash 8

Credits to: -
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum...


Apabila anda membuka fail Flash 8, buatkan tetapan bagi saiz stage untuk ruangan kerja anda. Buka bahagian Properties. Bagi saya, agak selesa dengan saiz paparan 800px X 600px. Lihat rajah di atas. Teruskan dengan langkah selanjutnya.





Untuk membuka ruangan Action Script, klik pada Action di atas bahagian Properties dan masukkan arahannya. Lihat rajah di atas. Anda boleh klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.



Bagi fungsi Load Variables ini, buka fail notepad yang mengandungi kandungan (content) bagi kerja anda. Anda perlu menulisnya dalam notepad seperti di atas.

Dalam tutorial ini, nama fail notepad ialah teks.txt. Kandungannya pula perlu ditulis begini:

&arabic= بسم الله الرحمن الحيم
&melayu= Dengan nama Allah

Tulisan roman bagi teks '&arabic' dan '&melayu' adalah sebagai satu bentuk arahan untuk sistem perisian Flash 8 untuk membolehkan paparan seperti berikut diperolehi.



Untuk menguji (run), klik butang Ctrl dan Enter. Anda akan ditunjukkan paparan pop-up seperti di atas.

Tuesday, March 8, 2011

Artikel - Penggunaan Perisian Untuk Tulisan Jawi II

Credits to: Zaim Zin, eJawi.net
Gambar ihsan: eJawi.net


Assalamualaikum...

Pada awalnya, saya lebih mengutamakan menggunakan perisian Jawi Writer. Walaubagaimanapun, pencarian di enjin carian Yahoo tidak membuahkan hasil. Sebaliknya, membawa kepada perisian-perisian yang lain yang menyimpang jauh daripada apa yang dicari.

Setelah puas mencari, akhirnya saya menemui satu halaman papan kekunci untuk tulisan jawi.



Papan kekunci jawi (ejawi.net)

Ini adalah apa yang saya temui. Anda juga boleh mencuba untuk menggunakannya.

Anda juga boleh menggunakan perisian enjin transliterasi/terjemahan rumi-jawi untuk mendapatkan ejaan dan ayat dalam tulisan jawi secara cepat dan mudah. Walaubagaimanapun, perlu diingat, ejaan jawi sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Jadi anda perlu sentiasa merujuk pada kamus rumi-jawi edisi terkini untuk ejaan yang terbaru.

Artikel - Penggunaan Perisian Untuk Tulisan Jawi

Credits to: ejawi
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum....

Ini kali pertama saya siarkan entri berkenaan perisian dan muat turun. Apa yang saya paparkan di sini berkaitan juga dengan bidang kerja yang saya lakukan kini sebagai Pembantu Penyelidik (RA). Perisian yang saya gunakan untuk multimedia courseware ini ialah Flash 8 dan menggunakannya bersama perisian untuk tulisan Jawi, kerana bahan multimedia saya adalah bagi projek KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain).

Di enjin carian Yahoo, anda boleh taipkan muat turun perisian jawi. Jika taip dalam Bahasa Inggeris, umpamanya Jawi Writer atau seumpamanya, anda akan dibawa ke pautan berkaitan tulisan Arabic. Tiada huruf-huruf nga, ga, pa, va, ca, dan nya seperti yang terdapat dalam perbendaharaan Bahasa Melayu yang kita biasa gunakan.




Memandangkan saya tidak menemui perisian Jawi Writer seperti yang dikehendaki, terpaksalah memuat turun perisian lain untuk membolehkan saya menggunakan huruf-huruf jawi.


Gambar di atas saya print screen daripada kerja saya, di mana saya perlu menambahbaikkan prototaip yang sedia ada. Tulisan jawi dengan susunan perkataan dan ayat yang betul dapat ditulis dan dipaparkan dalam Microsoft Word selepas font Arabic diinstall ke dalam komputer. Lihat rajah di atas, tulisan jawi berkenaan boleh dibaca dengan sempurna dari kanan ke kiri.


 
Selain Jawi Writer, anda juga boleh menggunakan perisian papan kekunci jawi di laman web ejawi. Anda boleh klik di sini untuk mencuba.

Berbalik kepada topik, apabila anda menulis ayat dalam tulisan jawi seperti dalam rajah di atas, anda boleh terus salin dan tampal (copy-paste) ke dalam fail notepad atau Microsoft Word dengan syarat font Arabic diinstall ke dalam komputer. Jika tidak, anda akan hadapi keadaan seperti dalam rajah di bawah:



Dalam fail Microsoft Word, sesetengahnya ada yang sudah disediakan font Arabic Typesetting (lihat bulatan atas). Sekali pun begitu, jika tiada tetapan Arabic (lihat pada bahagian taskbar bawah sebelah kanan, lihat bulatan bawah. Jika ada, akan dipaparkan huruf AR di situ), ayat yang anda taip dan lekatkan di fail Microsoft Word anda akan dipaparkan seperti dalam rajah di atas (lihat anak panah). Perhatikan betul-betul, ayatnya 'dirombak semula' dan bukan dalam bentuk boleh dibaca dari kanan ke kiri. Anda boleh membandingkan tulisannya dengan yang ditunjukkan dalam gambar pertama di atas.


Selamat belajar dan selamat mencuba :-)