MY FOLLOWERS

Saturday, April 16, 2011

Kamen Rider - Den-O Movie Trilogy: Episode Red, Blue, Yellow

Credits to: Yahoo, Wikipedia
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Rasanya sudah agak lama tidak membuat entri bagi segmen Kamen Rider ini. Seronok juga sebenarnya bila sekali-sekala teringat kembali kenangan di zaman dahulu sewaktu siri ini disiarkan di tv. Walaubagaimanapun, saya terpaksa juga akur apabila masa semakin beredar, begitu juga teknologi. Yang baru menggantikan yang lama. Begitulah juga yang berlaku dalam siri ini.

Siri Kamen Rider Den-O keluaran tahun 2007 telah lama berakhir. Walaubagaimanapun, sebagaimana siri-siri sebelumnya, filem bagi setiap siri akan menyusul dan siri Den-O adalah siri yang mempunyai filem yang paling banyak dalam sejarahnya. Antaranya Den-O: I'm Born!, Den-O/Decade Movie - Onigashima Battleship, Den-O/Kiva - Climax Deka, Saraba Den-O Movie: Final Countdown, serta Cho-Den-O Trilogy yang mempunyai tiga bahagian yang menumpukan kisah pada Rider yang berbeza iaitu Episode Red, Episode Blue, Episode Yellow.


Episode Red menumpukan jalan cerita pada Kamen Rider Zeronos, Episode Blue pada kisah New Den-O manakala Episode Yellow menumpukan kisah pada Rider DiEnd dari siri Kamen Rider Decade.


Episode Red mengisahkan bagaimana Yuto Sakurai melindungi masa, dirinya sendiri dan juga usahanya bagi mendapatkan cinta Nogami Airi yang juga isterinya di masa hadapan. Pengembaraan bermula apabila Momotaro memberitahu Ryotaro mengenai DenLiner telah dirampas oleh Imagin. Apabila Ryotaro tiba, dia mendapati kad yang diletakkan oleh Imagin dalam DenBird tidak memaparkan tarikh yang jelas, menyebabkan DenLiner berterusan bergerak tanpa halatuju dalam waktu semasa (current time). Keesokannya, Airi diculik oleh Piggies Imagin yang memiliki kontrak bersama Kikuchi yang juga cuba merebutkan cinta Airi. 


Episode Blue pula menceritakan kecurian tiket yang berlaku di Time-Crossing Flea Market. Pencuri tiket muncul beberapa hari yang lalu dan semua orang diminta berhati-hati sebagaimana diumumkan oleh pihak Terminal Masa. Pencuri tersebut telah menewaskan beberapa pengawal keselamatan dan mencuri beberapa tiket masa termasuk yang bertarikh 10 Jun 2010. Ryotaro sebagai Den-O gagal menewaskannya dan mendapati pencuri itu ialah Mantis Imagin. Owner selaku pemilik DenLiner memberi jaminan bahawa mereka akan dapat menewaskannya dengan bantuan Sieg yang baru tiba. Owner menjelaskan bukan Sieg sahaja yang dipanggil tetapi juga cucu Ryotaro dari masa hadapan iaitu Kotaro bersama Teddy Imagin yang menyiasat mengenai kejadian berkenaan di Terminal Masa. 

Sebelum mereka pergi dan setelah beberapa kali menyelamatkan Kotaro daripada nasib malangnya, Teddy menemui seutas rantai nasib di salah satu menara Terminal Masa. Rantai itu mempunyai dua bintang yang bercantum. Dalam DenLiner, Kotaro mengetahui daripada Owner yang kontraknya bersama Teddy telah sempurna dan kini Owner memerlukan bantuannya. Teddy bersetuju tanpa teragak-agak dan menggunakan nama baru "Aleksandrovic" bersama kontrak baru yang diperbaharui. Kotaro meninggalkan DenLiner untuk mengejar Mantis Imagin, tanpa kehadiran sesiapa bagi melindunginya daripada nasib malang yang bakal menimpanya.


Episode Yellow - Kisah dimulakan dengan seorang lelaki yang telah memiliki kontrak dengan Spider Imagin yang menemui Ryotaro. Setelah kontrak sempurna, Spider Imagin terus menghilangkan diri. Ryotaro menggunakan Rider Ticket untuk mengetahui tarikh Spider Imagin telah pergi - 22 November 2008. Setelah menemui dan menewaskannya dengan Den-O Sword Form, Ryotaro bersama Momotaro dan lain-lain mencari Rider Pass yang tercampak sewaktu melakukan serangan sebelum itu. Dalam pada itu, mereka ternampak lelaki yang dilihat sebelum ini yang mempunyai kontrak dengan Spider Imagin yang ditewaskan menaiki DenLiner bersama-sama Rider Pass di tangannya. Momotaro mengingatinya sebagai Daiki Kaito. Meninggalkan mereka di tahun 2008, Kaito menahan DenLiner bersama Owner dan Naomi dan mendapati Owner telah membongkar rancangannya untuk mencuri masa telah gagal dan DenLiner hanya boleh bergerak berdasarkan tarikh yang tertera pada Rider Ticket. Menyedari akan kewujudan 'harta karun' berdekatannya, Kaito segera mencarinya. 

Ryotaro, Momotaro dan lain-lain cuba mengejar DenLiner sebelum mendapati Kaito lari ke arah berlainan dan mendapati dia cuba berhadapan dengan dirinya dari masa silam dan cuba membunuhnya. Tindakannya mengejutkan Ryotaro dan lebih mengejutkan apabila dirinya (masa silam) yang ditembak bangun kembali dan terus melarikan diri. Apabila Momotaro dan yang lain-lain tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berpakaian seragam polis iaitu Pegawai Kurosaki Reiji muncul dengan pistol revolver berwarna emas cuba untuk menahan Kaito atas kesalahan menyebabkan gangguan masa. Kaito berlawan sebagai Kamen Rider DiEnd dan Reiji bertukar kepada Kamen Rider G Den-O. Dengan bantuan Imagin artifisialnya bernama Eve, Reiji berjaya menahan Kaito. Walaubagaimanapun, dengan Polis Masa yang telah mengambil alih, kesemua Imagin yang bersama Ryotaro turut ditahan dan Ryotaro pula akan dihantar semula ke masanya. Hanya Urataro berjaya melepaskan diri, dan menjadi saksi kejadian saat Kaito mencuri beg bimbit di kediaman Kurosaki sebelum dia juga berjaya ditahan. Sementara itu, di masa kini, Ozaki menceritakan kepada Ryotaro dan Kohana peristiwa pencuri muncul di kediaman Kurosaki pada hari tersebut dan mencuri sebuah beg yang mengandungi pistol berwarna emas milik keluarga tersebut. Persoalan yang timbul ialah mengapa Kaito kembali ke masa silamnya sendiri. 

9 comments:

ishiko said...

sekarang ade lagi ke kamen riders? huhu..
*meh, singgah belog saya berwajah baru..

THE GREEN said...

ada lg..lepas2 ni lg byk. both siri tv and filem skali..

Miss Superspecial said...

tu dia..!! feveret betui noo....bagus3... ^^

Qahirah Shahid said...

suke kamen rider XD

Fyqa said...

wahh kamen rider. hihi :D

qasehraihan said...

me suka gaban..tau gaban??haha

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/mengapa-wanita-menangis.html

lady-D said...

ooo suke kamen rider yer..tingat ms tgk kesatria baja hitam dan gaban dulu2..bestnye...

Cik Anita said...

salam..

Tak pernah nak minat dengan kamen rider ni. Saat dari kecik hingga dewasa saat ini. Entah megapa, barangkali memang tidak gemarkan cerita-cerita penuh aksi. Tapi sailormoon suke~ :)

an nyek said...

peminat kamen rider jgk...perghh!! terbaik!!