Credits to: -
Gambar ihsan:Yahoo Images
Assalamualaikum....
Saya jarang alami mimpi atau gangguan sewaktu tidur pada hari-hari biasa. 2 hari yang lalu, saya ada bermimpi melihat seorang lelaki berjalan di dalam kawasan kompleks membeli-belah berseorangan pada waktu malam. (Bukan saya menjadi karakter dalam mimpi ini tetapi saya hanya melihatnya melalui pandangan lain.) Tiada pengunjung pada waktu itu, malah tiada kelibat pengawal keselamatan. Usianya dalam lingkungan 40-50an berpakaian kemas seperti eksekutif atau formal, memakai kot lengkap beserta beg bimbit (briefcase) dan berjalan berseorangan. Kedai-kedai semuanya sudah ditutup, hanya lampu-lampu di kaki lima terpasang di sepanjang laluan utama.
Banyak kedai pakaian yang mempunyai patung yang mempamerkan rekaan fesyen terbaru dalam ruangan pameran kaca terdapat di tingkat atas. Lelaki ini kemudiannya berjalan melintasi satu laluan yang terdapat kedai pakaian di kiri dan kanannya. Seketika kemudian, dia menghentikan langkahnya dan berpaling ke belakang. Terasa seperti ada yang mengekori. Dia terkejut! Salah satu patung yang sepatutnya berada di ruang pameran, ada di kaki lima di belakangnya!
Dia berpaling semula ke depan dan dengan beraninya berpaling semula ke belakang. Lengang. Tiada apa pun di kaki lima kecuali dia seorang. Tiada sebarang bunyi sekalipun bunyi angin. Patung-patung pameran masih berada di ruangan pameran kaca seperti sediakala seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia semakin berdebar. Tanpa menoleh, dia meneruskan perjalanannya. Sampai di satu bahagian lain, dia berhenti. Kali ini dilihatnya lebih banyak patung pameran berada di kaki lima di luar ruang pameran kaca. Patung-patung itu seperti mengelilinginya, berganjak ke hadapan sedikit demi sedikit. Dia jatuh terduduk. Takut. Menggigil. Berpeluh-peluh. Nafas tercungap-cungap dan hampir menjerit tetapi tiada suara yang keluar kecuali suara dengusan nafas disebabkan takut.
Dia menggagahkan dirinya dan bangun lari lintang pukang cuba keluar dari bangunan kompleks beli-belah itu. Selang beberapa langkah, kedengaran suara azan dilaungkan. Patung-patung itu tidak pula mengejarnya tetapi itu sudah cukup buatkan dia takut separuh mati. Dia teruskan juga lariannya. Sampai sahaja di luar, barulah terasa lega. Dia tidak masuk lagi ke dalam kompleks berkenaan sehingga habis azan. Dari luar, dia cuba melihat kembali keadaan di dalam kompleks berkenaan. Tiada apa yang berlaku! Semua patung pameran berkenaan masih di tempatnya!
Masih dalam mimpi, kedengaran laungan azan kali kedua.
Saya terjaga ....Nauzubillah...
4 comments:
A scary dream..
Hm.. hai..
New here..:)
dialu-alukan...dtg la slalu..byk lg yg menarik...
byknya cerita seram kat blog nie. takut pula sy. hihi =P cntek gmbr kamen rider. kamen rider kabuto ke? =p
utk segmen Paranormal mmg ada byk lg citer2 seram dan yg melibatkan spiritual..utk segmen2 lain xde la gitu..maybe ada yg lawak, sengal, serius n mcm2 lg..saya cuba pelbagaikan bahan dlm blog ni supaya jadi lebih menarik..pelbagai rencah, pelbagai rasa...
kamen rider? yg mana satu? sila tgk segmen Kamen Rider.
Post a Comment