MY FOLLOWERS

Saturday, April 16, 2011

Kesihatan - 5 Sebab Untuk Terus Minum Kopi

Credits to: Shine
Gambar ihsan: Shine


Assalamualaikum...

Anda suka minum kopi? Berapa kerapkah anda meminum kopi? Di sini saya terjumpa satu artikel di Yahoo! yang menyatakan 5 sebab dari sudut kesihatan untuk anda terus meminum kopi.


1. Meminum kopi membantu melindungi jantung anda: Peminum kopi yang minum secara sederhana antara 1 ke 3 cawan kopi sehari berisiko rendah untuk terkena strok berbanding yang bukan peminum kopi, kiranya ada kaitan dengan kandungan antioksidan dalam kopi. Kopi mempunyai lebih antioksidan dalam satu hidangan berbanding blueberi, yang menjadikannya sumber antioksidan terbesar dalam diet rakyat Amerika. Antioksidan membantu menahan kesan kerosakan akibat keradangan pada arteri. Kopi membantu meningkatkan tekanan darah dan denyutan jantung sejurus selepas meminumnya, tetapi dalam jangka panjang, ia sebenarnya menurunkan tekanan darah kerana antioksidan dalam kopi turut mengaktifkan asid nitrik yang menyebabkan pengembangan saluran darah.

2. Membantu mengelakkan kencing manis/diabetes: Antioksidan ini (secara spesifik - asid klorogenik dan quinides) memainkan peranan untuk meningkatkan kadar sensitiviti sel dalam tubuh anda kepada insulin, yang membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Menurut beberapa kajian, sesiapa yang meminum 4 cawan atau lebih kopi setiap hari berisiko rendah untuk menghidap diabebes jenis ke-2 (type 2 diabetes). Kajian menunjukkan kafein dalam kopi dapat mengurangkan rangsangan sensitiviti insulin. Jadi, sekiranya anda minum beberapa cawan kopi sehari, sekali-sekala cubalah selangselikan dengan meminum kopi tanpa kafein. 

3. Baik untuk limpa: Kajian yang dijalankan terhad pada satu-satu aspek sahaja. Lebih banyak kopi diminum, lebih rendah risiko untuk menghidap cirrhosis dan penyakit lain yang berkaitan dengan limpa. Satu analisis daripada sembilan kajian yang dijalankan menunjukkan bagi setiap penambahan 2 cawan kopi dalam pengambilan kopi harian mengurangkan risiko kanser limpa sebanyak 43%. Antioksidan (asid kafeik dan asid klorogenik) dan kafein yang menghalang keradangan limpa dan membantutkan pertumbuhan sel kanser. 

4. Ia merangsang keupayaan minda: Menurut satu kajian, meminum antara 1 dan 5 cawan kopi sehari membantu mengurangkan risiko dementia, penyakit Alzheimer, dan juga Parkinson. Antioksidan dalam kopi mencegah kerosakan sel otak dan membantu penglibatan neurotransmitter dalam fungsi kognitif untuk berfungsi dengan lebih baik. 

5. Mengurangkan sakit kepala: Satu kajian lain menunjukkan 200 milligram kafein, menyamai 16 auns kopi yang dibru (brewed) memberikan kelegaan daripada sakit kepala dan migrain. Walaubagaimanapun, persoalan bagaimana kafein itu sendiri mampu melegakan sakit kepala masih belum jelas. Tetapi para saintis mengetahui kafein merangsang aktiviti sel otak menyebabkan saluran darah di sekitarnya menjadi sempit. Terdapat satu teori menyatakan bahawa penyempitan ini membantu mengurangkan tekanan yang menyebabkan kesakitan tersebut, kata Robert Shapiro, M.D., Ph.D., professor bersekutu dalam neurologi dan pengarah Headache Clinic di University of Vermont Medical School.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: