MY FOLLOWERS

Sunday, April 24, 2011

Paranormal - Pengalaman Berjumpa Dengan Orang Bunian

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Saya ada pengalaman berhubung dengan orang bunian. Saya pernah didatangi, bercakap malah berhubung dengan mereka. Peristiwa itu berlaku beberapa tahun yang lalu tetapi pengalaman tersebut masih segar dalam ingatan dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Sebelum peristiwa ini berlaku, saya langsung tidak pernah terfikir yng benda-benda sebegini memang wujud. Maksudnya, ia berlaku sepertimana yang saya alami. Saya cuma percaya yang makhluk ghaib dan alamnya memang wujud sesuai dengan kepercayaan agama kita (Islam) kerana mempercayai akan kewujudan perkara ghaib merupakan sebahagian daripada iman. Perkara-perkara ghaib termasuklah syurga, neraka, iblis, malaikat serta jin.


Hampir beberapa tahun lepas, saya berkenalan dengan sebuah keluarga 'bangsawan' daripada keturunan bunian. Saya pernah bercakap dengan sultan, permaisuri, puteri, panglima dan puteranya dan seorang ustaz daripada golongan mereka. Setiap daripada mereka juga memiliki nama. Suatu hari, saya dan tiga orang bersama dengan pembantu-pembantunya cuba untuk berkomunikasi dengan orang bunian ini secara baik. Jadi, kami bertanyakan nama mereka. Oleh kerana kurang jelas dan takut tersalah menyebutnya, kami meminta mereka menuliskan nama mereka pada sehelai kertas. Puteri buaian itu pun menulisnya dengan tulisan jawi, tetapi malangnya tidak seorang pun daripada kami yang boleh membaca tulisannya kerana tidak tahu tulisan itu dari abad ke berapa!

Yang saya ingat, salah seorang daripada kami yang menyimpan tulisan itu. Kami berebut sebab masing-masing mahu menyimpannya. Saya sendiri pun lupa siapa yang terakhir mengambilnya. Jika saya mendapatnya, pasti saya sudah bawa ke muzium untuk membuat pengesahan tulisan tersebut dari zaman mana datangnya. Silap saya juga kerana tidak mengambilnya dan membuat salinan. Kerajaan bunian diketuai oleh seorang Sultan yang bergelar Sultan Raini Mohd Zain. Kami juga pernah berkomunikasi dengan mereka.

Sebenarnya saya telah berpindah tugas di satu tempat kerja baru. Kawasannya agak baru diterokai dan dibuat pembangunan. Akibat saya 'terkena' dengan bunian ini, saya cuba bertanya pada orang-orang setempat mengenai cerita sebenar mengenai kawasan berkenaan. Menerusi siasatan yang saya jalankan dan menurut orang-orang tua Melayu di kampung itu, kawasan tapak bangunan tempat tinggal dan pejabat kami sebenarnya merupakan kawasan kediaman bunian. Seorang tua yang saya temui dan bertanya asal-usul tempat ini adalah tuan empunya tanah asal yang dibangunkan dan dijadikan pejabat serta kediaman kami.

Yang misterinya, sebelum saya bertandang ke rumahnya untuk mendapatkan cerita daripadanya, dia sudah tahu awal-awal mengenai kedatangan saya. Menurut orang tua ini, ada orang bunian sudah memberitahunya yang seorang lelaki akan datang berjumpa dengannya pada petang nanti.



Saya agak bimbang sebenarnya. Takut-takut mereka tahu dan tidak suka hal mereka diceritakan pada orang lain. Sebab itu saya ceritakan serba sedikit. Sememangnya mereka pernah beritahu yang mereka tidak suka hal mereka diheboh-hebohkan.

Menurut orang tua itu lagi, tempat tinggal kami dan kawasan sekitar bangunan kami merupakan kawasan kediaman orang-orang bunian. Orang tua ini pernah berkebun dan bersawah berdekatan dengan kawasan ini. Sewaktu di usia mudanya, dia dapat mengerjakan sawah dan kebun yang sangat luas dengan pertolongan daripada orang-orang bunian. Kiranya, dia juga berkawan dengan makhluk halus ini.

Dahulunya, berdekatan sungai tidak jauh dari situ memang akan kedengaran bunyi riuh rendah ketika subuh dan senja, umpama ada orang pergi dan balik dari kebun lagaknya. Ketika senja dan sebelum masuk waktu maghrib, boleh dilihat bayang-bayang orang berjubah dan bertelekung sembahyang berderet-deret berjalan menuju ke surau di kampung mereka. Yang peliknya, semakin hampir mereka dengan surau, mereka semakin tidak dapat dilihat.

Mereka juga biasa ditumpangi oleh orang-orang halus ini kalau menyeberangi sungai dan memang akan terasa yang mereka tumpang perahu. Katanya, kalau tidak dibawa, maka akan berkayuhlah berjam-jam lamanya dan perahu tidak akan berganjak. Ceritanya lagi, kalau menyelam pada masa dulu, dia akan menyelam di sungai dari muara sampailah ke tanjung (ke laut). Entah berapa jauh dia menyelam dan dibawa oleh orang halus ini.



Menurutnya, itu merupakan perjanjian antara orang-orang tua yang mula datang pada masa dahulu. Menurut empunya cerita lagi, pada masa dahulu, datuk nenek mereka ada membuat perjanjian dengan orang halus ini. Orang halus ini akan diberikan tempat apabila datang. Kiranya akan diberikan sempadan dan hidup bersama-sama orang kampungserta dikira tidak mengganggu, sekadar menumpang hidup berjiran di kawasan hutan bersebelahan kampung mereka. Bertolak ansur juga orang kampung dengan makhluk halus ini. 

Sewaktu bulan purnama, boleh dilihat seperti ada taman permainan di hutan berkenaan (kawasan sekarang yang sudah dibangunkan) dan akan nampaklah gadis-gadis bunian berambut panjang di taman itu sedang bermain buaian. Seperkara lagi, orang bunian itu juga pernah menumpang kereta. Kiranya orang yang menumpangkan itu tidak boleh menolak permintaan mereka. Jika tidak, alamatnya akan adalah masalah menimpa kereta berkenaan - beratlah, rosaklah, dan bermacam lagi.

Itulah kisah temuramah saya dengan tuan empunya tanah asal tempat yang dibangunkan dan dijadikan pejabat serta kediaman kami ini. Cerita yang disampaikan ketika temuramah ini adalah benar berdasarkan apa yang saya alami daripada pengalaman saya berbicara dengan makhluk halus ini.


Nota:
Saya dalam kisah di atas adalah penulis asal kisah ini. Penulis blog ini sekadar menyampaikan apa yang ditulis oleh penulis berkenaan.

Wallahualam.

5 comments:

Nursya Mohamed Hariri said...

-__-" ingatkan penulis blog ni punye kisah. baru nak tanya lawa ke tak puteri bunian tu haha

Cik Anita said...

salam.

Sukar untuk menafikan kewujudan orang bunian ini. Sukar juga untuk menidakkan bahawa seorang dalam kalangan ahli keluarga saya yang mampu untuk melihat makhluk halus ini sepanjang masa. Sukar juga untuk mempercayai bahawa anak buah saya mampu untuk duduk bersembang dengan anak-anak si bunian. Kelihatan seperti pelik bunyinya. Tapi itu hakikat yang saya sendiri tidak percaya.

Bunian ini memang ada. Cuma hati ini sedikit ego tidak percaya. Maaf keluargaku :( kerana aku tidak mengalami dan merasainya.

mungkin mengambil sedikit masa.

THE GREEN said...

nursya: saya xpenah ada pnglmn gini..takut la..

anita: masa jd ckgu dulu, ada jugak ckgu lain yg citer pasal anak dia blh tgk bunian. bila anak dia kata nmpk pmpuan cantik dlm rmh, dia sndri pulak jadi takut tp budak tu xde rasa aper2 pun..org biasa mmg x nmpk sbb hijab mata tak dibuka..percaya kewujudan makhluk ghaib ni sebhgn drp iman sbgmana kita percaya wujudnya malaikat, jin n syaitan serta alamnya..

Alin said...

sy selalu juga sggh blog kamu. byk sgtlah cerita seram. masa baca tu time mlm pula tu. huhu. byk blog kamu best. huhu

THE GREEN said...

jgn bimbang. selain Paranormal, saya ada byk segmen lain jugak..tgk2 la..