Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images
Kamen Rider Drive ialah siri tokusatsu yang ke-16 dalam siri Heisei Rider Series dan yang ke-25 daripada seluruh sirinya.
Shinnosuke Tomari ialah seorang bekas anggota polis elit, yang telah dipindahkan ke Divisyen Siasatan Khas selepas berlaku satu kejadian yang menyebabkan trauma kepada salah seorang rakan sekerjanya.
Divisyen ini menumpukan tugas kepada insiden-insiden pelik yang berlaku di bandarnya khususnya yang dipanggil 'Heavy Acceleration'.
Keadaan yang dipanggil 'Heaviness' oleh orang awam menyebabkan mangsa tidak dapat bergerak. Bila Shinnosuke dipilih oleh Drive Driver dan Tridoron, dia bertukar kepada Kamen Rider Drive dan ditugaskan memerangi Roidmudes yang akan memerangi manusia.
Shinnosuke dibantu oleh Kiriko Shijima dan abangnya Go, iaitu Kamen Rider Mach. Chase, satu Roidmudes istimewa dengan masa silam yang aneh dikenali sebagai Proto Drive bertukar menjadi jahat sebagai Mashin Chaser dan mengambil identiti Rider sebagai Kamen Rider Chaser.
Bagaimanapun, ancaman lebih besar muncul dalam bentuk ayah kepada Kiriko dan Go, saintis yang mencipta Roidmudes yang telah kehilangan tubuh badannya sekian lama telah muncul semula dalam bentuk kejahatan dipanggil Gord Drive berniat jahat untuk menggunakan saki-baki Roidmudes dalam rancangannya sendiri untuk menakluki dunia.
Menentang kejahatan: KLIK SINI
MY FOLLOWERS
Showing posts with label Kamen Rider. Show all posts

Wednesday, November 21, 2018
Friday, July 22, 2016
Kamen Rider - Kamen Rider Amazons
Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kamen Rider Amazons (仮面ライダーアマゾンズ Kamen Raidā Amazonzu?) keluaran tahun 2013 ini adalah siri di laman web tokusatsu Jepun. Ia adalah versi dibikin semula daripada siri Kamen Rider Amazon yang asal versi tahun 1974. Ia juga bagi meraikan ulangtahun ke-45 siri Kamen Rider. Asalnya ia disiarkan secara eksklusif menerusi Amazon Video pada bulan April 2016 dan ia juga disiarkan di saluran satelit TV Asahi, BS Asahi bermula Julai 2016 dan juga di saluran Tokyo MX.
Musim kedua siri ini akan disiarkan pada musim bunga 2017 di saluran Amazon Prime.

Haruka Mizusawa seorang anak muda yang dijangkiti dengan sel Amazon yang dicipta oleh syarikat Nozama Pharmacy. Ini menyebabkannya bertukar menjadi bentuk Kamen Rider Amazon Omega (仮面ライダーアマゾンオメガ Kamen Raidā Amazon Omega) seperti kucing gila. Sambil dia berusaha mengekalkan kewarasannya, dia juga menentang makhluk seumpamanya yang turut dijangkiti sel ini yang dipanggil Amazonz (アマゾン Amazon). Haruka juga berdepan dengan Nozama Peston Service (ノザマペストンサービス Nozama Pesuton Sābisu), pemburu Amazon dari syarikat Nozama Pharmacy, dan Jin Takayama, bekas ahli biologi sel di syarikat itu dan pemburu Amazon yang menjadi Kamen Rider Amazon Alpha (仮面ライダーアマゾンアルファ Kamen Raidā Amazon Arufa). Selain itu, Jun Maehara, yang telah mati dibunuh sebelum ini dibangkitkan semula sebagai Kamen Rider Amazon Sigma (仮面ライダーアマゾンシグマ Kamen Raidā Amazon Shiguma).
Sumber cakaran: SINI |
Sumber cakaran: SINI |
Sunday, December 27, 2015
Kamen Rider - Kamen Rider Gaim
Kredit kepada: Wiki
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kamen Rider Gaim ialah siri tokusatsu Jepun dalam siri Kamen Rider yang ke-15 bagi era Heisei dan yang ke-24 dalam seluruh sirinya. Ia mula disiarkan di saluran TV Asahi pada 6 Oktober 2013, menggantikan Kamen Rider Wizard selepas tamatnya siri itu.
Di bandar Zawame, sebuah syarikat dinamakan Yggdrasill Corporation yang menukarkan banyak bandar lain menjadi bandar istana. Untuk melarikan diri daripada perasaan ditindas, penduduk bandar Zawame membentuk satu ritual tarian dengan kru dipanggil Beat Riders untuk mengembalikan kegembiraan masyarakatnya. Inves Game, sejenis simulator yang menggunakan sejenis peralatan pelik dipanggil Lockseeds bagi memanggil makhluk Inves. Kouta Kazuraba, ahli pasukan Gaim, mencari tempat di dunia selain berdepan dengan keadaan adiknya yang semakin dewasa dan mencari pekerjaan.
Kouta dimaklumkan penemuan sejenis tali pinggang ganjil dan ketua kumpulannya pula hilang. Dia mendapati Lockseeds dan Inves berasal dari hutan Helheim. Kouta menggunakan Sengoku Driver dan Lockseed berwarna jingga untuk menjadi Armored Rider Gaim. Kouta juga mendapat bantuan daripada beberapa Rider lain iaitu Armored Rider Baron, Ryugen, Kurokage, Gridon, dan Bravo. Tanpa diketahui mereka, Yggdrasill Corporation memerhatikan mereka sementara abang Mitsuzane iaitu Takatora, yang menjadi white Armored Rider Zangetsu melindungi rahsia gelap hutan Helheim ini.
Ketika Kouta berdepan dengan Takatora dan beberapa lagi musuhnya, dia mendapati bahawa hutan Helheim itu dahulunya adalah kawasan sebuah tamadun yang sangat kaya yang telah lama dihapuskan oleh sejenis tumbuhan yang hidup mengelilinginya dan mereka yang pernah memakan buahnya bertukar menjadi makhluk Inves. Dengan bantuan DJ Sagara, seorang DJ radio yang tahu banyak perkara tentang Over Lord Inves, Kouta menyedari dia berdepan peperangan seperti di era Sengoku melibatkan ramai puak bagi mendapatkan kuasa daripada buah larangan di hutan Helheim. Bagi mendapatkan Golden Fruit dan menyelamatkan dunianya, Kouta perlu berdepan dengan Kaito bagi menjayakan matlamat jahatnya.
Sumber buah larangan dari hutan: SINI |

Saturday, December 12, 2015
Kamen Rider - Kamen Rider Wizard
Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kamen Rider Wizard ialah siri tokusatsu ke-14 dalam era Heisei dan mula bersiaran di saluran TV Asahi pada 2.9.2012 selepas tamatnya siri sebelumnya menerusi slot Super Hero Time.
6 bulan sebelum siri ini bermula, satu ritual misteri telah diadakan pada hari berlaku gerhana matahari. Ia bertujuan untuk melahirkan sebuah kumpulan makhluk magis dipanggil Phantoms melalui manusia yang mempunyai potensi magis dipanggil "Gates", dengan cara memaksa mereka ke arah perasaan putus harapan. Haruto Soma, yang terselamat daripada ritual itu dan Koyomi, yang hilang ingatan, ditugaskan oleh White Wizard yang misteri untuk melawan Phantoms.

Untuk itu, Haruto diberikan Wizardriver yang membolehkannya menjadi Kamen Rider Wizard bagi menghalang Phantoms lain daripada menukarkan Gates yang lain menjadi Phantoms. Kemudian Kosuke Nito muncul sebagai ahli sihir purba dipanggil Kamen Rider Beast untuk mengambil kuasa magis Phantom sebagai makanannya untuk terus hidup dan menjadi sekutu serta lawan kepada Haruto. Apabila mereka sama-sama melawan Phantoms, yang diketuai oleh Phoenix yang panas baran, Medusa yang kejam, Gremlin yang penuh dengan rancangan sulit, dan Wiseman yang membingungkan, keadaan mula huru hara tidak seperti mereka sangkakan.
Sumber kamen rider sihir: SINI | SINI |
Sumber kamen rider sihir: SINI | SINI |
Labels:
hiburan,
Kamen Rider
Kamen Rider - Kamen Rider Fourze
Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Henshinn!
Henshinn!
Kamen Rider Fourze ialah satu lagi siri tokusatsu keluaran Toei
Company's untuk siri Kamen Rider merupakan siri ke-13 dalam era Heisei
dan yang ke-22 daripada seluruh siri. Ia disiarkan selepas episod
terakhir siri Kamen Rider OOO. Ia mula disiarkan pada 4.9.2011 di slot
Super Hero Time. Siri ini juga menyambut ulangtahun ke-40 bagi Kamen
Rider Series dan ulangtahun ke-50 penerbangan Yuri Gagarin ke angkasa
lepas pada tahun 1961.
Kamen Rider Fourze mendapat pelbagai kelebihan kuasa tali pinggang Fourze Driver daripada peralatan dipanggil Astroswitch yang bersambung dengan saraf tubuhnya.

Sekolah Tinggi Amanogawa menjadi tempat tumpuan kejadian yang pelik-pelik dan ia menjadi semakin teruk apabila seorang pelajar pertukaran datang ke sekolah itu iaitu Gentaro Kisaragi cuba mencari kawan dengan caranya sendiri dan bertemu semula dengan rakan lamanya Yuki Jojima, yang juga peneroka angkasa lepas sehingga menimbulkan kemarahan seorang kawannya, Kengo Utahoshi. Apabila kampus sekolah mula dikawal golongan dipanggil Zodiarts, Kengo dan Yuki menggunakan peralatan yang mereka jumpa di pengkalan bulan dipanggil Rabbit Hatch yang mereka dapati selepas masuk ke lokar di kawasan larangan di kampus itu dan melawan mereka.
Walaubagaimanapun, Gentaro datang tanpa dirancang selepas Kengo tewas dalam pertempuran, dan menggunakan peralatan itu dan menjadi Fourze. Gentaro menubuhkan Kamen Rider Club bagi mencari lagi teman lain yang menjadi Kamen Rider. Ahlinya terdiri daripada Yuki, Kengo, Miu Kazashiro, Shun Daimonji, JK dan gadis gothik Tomoko Nozama. Ryusei Sakuta, yang menjadi Kamen Rider Meteor, kemudian menyertai kelab itu dan guru mereka En. Chuta Ohsugi. Kamen Rider Club dan Kamen Rider Fourze mempelajari mengenai Horoscopes, sebuah kumpulan disertai oleh Zodiarts yang mengatur kejadian di sekolah itu. Apabila pertempuran semakin sengit, Horoscopes mula melancarkan serangannya di peringkat akhir sebelum Kengo mengetahui tentang kebenaran di sebalik kewujudannya.
Lonjak sampai ke angkasa: SINI | SINI |
Lonjak sampai ke angkasa: SINI | SINI |
Labels:
hiburan,
Kamen Rider
Wednesday, September 10, 2014
Kamen Rider - Kamen Rider Wizard
Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kamen Rider Wizard ( 仮面ライダーウィザード ) ialah satu siri drama tokusatsu dari Jepun dalam siri Kamen Rider yang merupakan siri ke-14 dalam era Heisei selepas tamatnya siri Kamen Rider Fourze. Siri ini memulakan siarannya di saluran TV Asahi pada September 2012. Lakon layarnya ditulis oleh Tsuyoshi Kida. Plotnya bermula 6 bula sebelum episod pertama mengambil tempat ketika satu ritual misteri diadakan sewaktu berlaku gerhana matahari. Ritual misteri ini diadakan sebagai membangkitkan semula sekumpulan makhluk magis dikenali sebagai Phantoms menerusi manusia yang mempunyai keupayaan magis dipanggil 'Gates', dengan memaksa mereka sehingga berputus asa.
Haruto Soma, yang terselamat daripada ritual berkenaan dan seorang gadis misteri, Koyomi, yang hilang ingatan ditugaskan oleh White Wizard untuk melawan Phantoms. Haruto kemudiannya diberikan peralatan dikenali sebagai Wizardriver untuk menghalang Phantoms yang lain daripada cuba menukarkan Gates kepada Phantoms. Kosuke Nito muncul sebagai Kamen Rider Beast iaitu ahli sihir purba yang memakan kuasa magis Phantoms untuk terus hidup dan menjadi musuh dan dalam masa yang sama juga sekutu Haruto. Apa yang berlaku tidak semudah dijangkakan kerana mereka juga turut berdepan ancaman daripada Phoenix yang berkuasa ke atas Phantoms, Medusa yang kejam, Gremlin yang penuh muslihat dan Wiseman yang penuh dengan teka-tekinya.
Labels:
hiburan,
Kamen Rider
Sunday, August 31, 2014
Kamen Rider - Kamen Rider Fourze
Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kamen Rider Fourze ialah siri ke-13 dalam era Heisei yang memulakan siarannya pada 4.9.2011, seminggu selepas tamatnya siri Kamen Rider 000. Siri ini bukan sahaja menyambut ulang tahun ke-40 siri Kamen Rider tetapi juga ulang tahun ke-50 penerbangan Yuri Gagarin ke angkasa lepas pada 1961. Ungkapan penariknya yang sering diucapkan selepas transformasi merupakan rujukan kepada sistem Fourze Driver yang mendapat kuasanya daripada Astroswitches.
Amanogawa High School menjadi sekolah yang penuh dengan kejadian pelik dan keadaan menjadi semakin teruk apabila Gentaro Kisaragi memasuki sekolah itu dan mencari kawan baru. Kemudian dia bertemu semula dengan rakan sekolah lamanya yang mengaku pengembara angkasa, Yuki Jojima dan kemudian bertemu dengan Kengo Utahoshi.
Apabila kampus sekolah itu sudah dikuasai sekumpulan raksasa digelar Zodiarts, Kengo dan Yuki cuba menggunakan sejenis peralatan aneh dijumpai di pengkalan lunar Rabbit Hatch yang mereka akses menerusi sebuah lokar. Walaubagaimanapun, Gentaro mencelah setelah Kengo tidak mampu untuk bertempur dan Gentaro menggunakan Driver berkenaan untuk transformasi Fourze. Gentaro kemudian menubuhkan Kamen Rider Club yang mempunyai beberapa ahli termasuk Yuki, Kengo, Miu Kazashiro, Shun Daimonji, dan Tomoko Nozama. Seorang pelajar pertukaran bernama Ryusei Sakuta, turut menyertai mereka dan sebagai Kamen Rider Meteor. Mereka kemudian mengetahui mengenai kewujudan satu kumpulan di bawah organisasi Zodiarts dinamakan Horoscopes, yang terus berkembang. Dengan pertempuran semakin sengit dari semasa ke semasa, Horoscopes meneruskan rancangan utama mereka ke fasa terakhir sebelum Kengo membongkar kebenaran mengenai dirinya.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
Thursday, February 13, 2014
Kamen Rider - Kamen Rider Ozu/OOO
Kredit kepada: Wikipedia, Google
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kamen Rider OOO ialah siri 2010-2011 dan sebagai siri ke-12 dalam era Heisei. Memulakan siaran pada bulan September 2010. Mengisahkan Eiji Hino yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mengembara tanpa ada rumah untuk pulang serta ada masa silam yang tragik. Apabila makhluk dipanggil Greeed bangun daripada tidur selepas kejadian yang berlaku 800 tahun lalu di sebuah muzium, seterusnya mencari makan dengan kehendak manusia, salah satu Greeed berkenaan bernama Ankh mencari calon sesuai untuk memakai tali pinggang OOO dan menemui Eiji yang dalam kekalutan.
Menggunakan 3 Core Medal, Eiji bertukar kepada Rider OOO bagi menewaskan makhluk Yummy yang dihantar oleh Greeed lain. Dituduh pengkhianat, Ankh bekerjasama dengan Eiji bagi menewaskan komplot Greeed yang lain. Sementara itu, sebuah pertubuhan bernama Kougami Foundation bertemu Eiji dan memberikan sokongan bagi menewaskan Greeed yang lain dan Eiji turut dibantu oleh Date Akira sebagai Kamen Rider Birth dalam pencariannya. Perjalanan ceritanya membantu membongkar misteri dan sejarah silam antara Ankh dan Greeed, selain motif di sebalik kejadian 800 tahun dahulu.
Filem
Filem
Terdapat beberapa filem bagi setiap siri Kamen Rider yang disiarkan setiap tahun. Kemunculan secara cameo bagi Rider ini ialah dalam filem Kamen Rider Double: A-Z Gaia Memory of Fate sebelum 2 Rider ini bekerjasama dalam filem seterusnya Kamen Rider Double-OOO: Movie War Core
KLIK SINI untuk artikel penuh.
Labels:
hiburan,
Kamen Rider
Kamen Rider - Kamen Rider Double / W
Kredit kepada: Wikipedia, Google
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Daripada draf lama
Kamen Rider W ialah siri yang disiarkan pada 2009-2010 bagi slot tokusatsu dan siri ke-11 dalam era Heisei bagi siri Kamen Rider.
Di bandar Futo, sebuah bandar dijana dengan kuasa angin sebagai satu sumber kuasa utama, keluarga Sonozaki menjual pendrive USB yang misteri dipanggil Gaia Memory kepada penjenayah dan mana-mana individu berminat untuk bertukar kepada raksasa dipanggil Dopant bagi menjalankan kegiatan jenayahnya dalam masa yang sama, pihak polis tidak mampu menanganinya. Memburukkan lagi keadaan, Gaia Memory berkenaan juga membawa toksik berbahaya jika ia digunakan berterusan oleh penggunanya. Selpeas kematian bosnya, detektif Shotaro Hidari dengan kerjasama Phillip, menyiasat kejadian melibatkan Dopant. Menggunakan Gaia Memory mereka sendiri dengan Double Driver bagi menangani masalah Dopant dan menyelamatkan bandar Futo.

Turut menyertai siasatan mereka ialah Terui Ryu, seorang penyiasat yang menggunakan Gaia Memory Accel. Siasatan mereka membongkar hubungkait antara keluarga Sonozaki, pertubuhan bernama Foundation X dan organisasi Museum serta komplot melibatkan penggunaan Gaia Memory ini.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
Labels:
hiburan,
Kamen Rider
Saturday, April 16, 2011
Kamen Rider - Den-O Movie Trilogy: Episode Red, Blue, Yellow
Credits to: Yahoo, Wikipedia
Episode Red mengisahkan bagaimana Yuto Sakurai melindungi masa, dirinya sendiri dan juga usahanya bagi mendapatkan cinta Nogami Airi yang juga isterinya di masa hadapan. Pengembaraan bermula apabila Momotaro memberitahu Ryotaro mengenai DenLiner telah dirampas oleh Imagin. Apabila Ryotaro tiba, dia mendapati kad yang diletakkan oleh Imagin dalam DenBird tidak memaparkan tarikh yang jelas, menyebabkan DenLiner berterusan bergerak tanpa halatuju dalam waktu semasa (current time). Keesokannya, Airi diculik oleh Piggies Imagin yang memiliki kontrak bersama Kikuchi yang juga cuba merebutkan cinta Airi.
Episode Blue pula menceritakan kecurian tiket yang berlaku di Time-Crossing Flea Market. Pencuri tiket muncul beberapa hari yang lalu dan semua orang diminta berhati-hati sebagaimana diumumkan oleh pihak Terminal Masa. Pencuri tersebut telah menewaskan beberapa pengawal keselamatan dan mencuri beberapa tiket masa termasuk yang bertarikh 10 Jun 2010. Ryotaro sebagai Den-O gagal menewaskannya dan mendapati pencuri itu ialah Mantis Imagin. Owner selaku pemilik DenLiner memberi jaminan bahawa mereka akan dapat menewaskannya dengan bantuan Sieg yang baru tiba. Owner menjelaskan bukan Sieg sahaja yang dipanggil tetapi juga cucu Ryotaro dari masa hadapan iaitu Kotaro bersama Teddy Imagin yang menyiasat mengenai kejadian berkenaan di Terminal Masa.
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum...
Rasanya sudah agak lama tidak membuat entri bagi segmen Kamen Rider ini. Seronok juga sebenarnya bila sekali-sekala teringat kembali kenangan di zaman dahulu sewaktu siri ini disiarkan di tv. Walaubagaimanapun, saya terpaksa juga akur apabila masa semakin beredar, begitu juga teknologi. Yang baru menggantikan yang lama. Begitulah juga yang berlaku dalam siri ini.
Siri Kamen Rider Den-O keluaran tahun 2007 telah lama berakhir. Walaubagaimanapun, sebagaimana siri-siri sebelumnya, filem bagi setiap siri akan menyusul dan siri Den-O adalah siri yang mempunyai filem yang paling banyak dalam sejarahnya. Antaranya Den-O: I'm Born!, Den-O/Decade Movie - Onigashima Battleship, Den-O/Kiva - Climax Deka, Saraba Den-O Movie: Final Countdown, serta Cho-Den-O Trilogy yang mempunyai tiga bahagian yang menumpukan kisah pada Rider yang berbeza iaitu Episode Red, Episode Blue, Episode Yellow.
Episode Red menumpukan jalan cerita pada Kamen Rider Zeronos, Episode Blue pada kisah New Den-O manakala Episode Yellow menumpukan kisah pada Rider DiEnd dari siri Kamen Rider Decade.
Episode Red mengisahkan bagaimana Yuto Sakurai melindungi masa, dirinya sendiri dan juga usahanya bagi mendapatkan cinta Nogami Airi yang juga isterinya di masa hadapan. Pengembaraan bermula apabila Momotaro memberitahu Ryotaro mengenai DenLiner telah dirampas oleh Imagin. Apabila Ryotaro tiba, dia mendapati kad yang diletakkan oleh Imagin dalam DenBird tidak memaparkan tarikh yang jelas, menyebabkan DenLiner berterusan bergerak tanpa halatuju dalam waktu semasa (current time). Keesokannya, Airi diculik oleh Piggies Imagin yang memiliki kontrak bersama Kikuchi yang juga cuba merebutkan cinta Airi.
Episode Blue pula menceritakan kecurian tiket yang berlaku di Time-Crossing Flea Market. Pencuri tiket muncul beberapa hari yang lalu dan semua orang diminta berhati-hati sebagaimana diumumkan oleh pihak Terminal Masa. Pencuri tersebut telah menewaskan beberapa pengawal keselamatan dan mencuri beberapa tiket masa termasuk yang bertarikh 10 Jun 2010. Ryotaro sebagai Den-O gagal menewaskannya dan mendapati pencuri itu ialah Mantis Imagin. Owner selaku pemilik DenLiner memberi jaminan bahawa mereka akan dapat menewaskannya dengan bantuan Sieg yang baru tiba. Owner menjelaskan bukan Sieg sahaja yang dipanggil tetapi juga cucu Ryotaro dari masa hadapan iaitu Kotaro bersama Teddy Imagin yang menyiasat mengenai kejadian berkenaan di Terminal Masa.
Sebelum mereka pergi dan setelah beberapa kali menyelamatkan Kotaro daripada nasib malangnya, Teddy menemui seutas rantai nasib di salah satu menara Terminal Masa. Rantai itu mempunyai dua bintang yang bercantum. Dalam DenLiner, Kotaro mengetahui daripada Owner yang kontraknya bersama Teddy telah sempurna dan kini Owner memerlukan bantuannya. Teddy bersetuju tanpa teragak-agak dan menggunakan nama baru "Aleksandrovic" bersama kontrak baru yang diperbaharui. Kotaro meninggalkan DenLiner untuk mengejar Mantis Imagin, tanpa kehadiran sesiapa bagi melindunginya daripada nasib malang yang bakal menimpanya.
Episode Yellow - Kisah dimulakan dengan seorang lelaki yang telah memiliki kontrak dengan Spider Imagin yang menemui Ryotaro. Setelah kontrak sempurna, Spider Imagin terus menghilangkan diri. Ryotaro menggunakan Rider Ticket untuk mengetahui tarikh Spider Imagin telah pergi - 22 November 2008. Setelah menemui dan menewaskannya dengan Den-O Sword Form, Ryotaro bersama Momotaro dan lain-lain mencari Rider Pass yang tercampak sewaktu melakukan serangan sebelum itu. Dalam pada itu, mereka ternampak lelaki yang dilihat sebelum ini yang mempunyai kontrak dengan Spider Imagin yang ditewaskan menaiki DenLiner bersama-sama Rider Pass di tangannya. Momotaro mengingatinya sebagai Daiki Kaito. Meninggalkan mereka di tahun 2008, Kaito menahan DenLiner bersama Owner dan Naomi dan mendapati Owner telah membongkar rancangannya untuk mencuri masa telah gagal dan DenLiner hanya boleh bergerak berdasarkan tarikh yang tertera pada Rider Ticket. Menyedari akan kewujudan 'harta karun' berdekatannya, Kaito segera mencarinya.
Ryotaro, Momotaro dan lain-lain cuba mengejar DenLiner sebelum mendapati Kaito lari ke arah berlainan dan mendapati dia cuba berhadapan dengan dirinya dari masa silam dan cuba membunuhnya. Tindakannya mengejutkan Ryotaro dan lebih mengejutkan apabila dirinya (masa silam) yang ditembak bangun kembali dan terus melarikan diri. Apabila Momotaro dan yang lain-lain tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berpakaian seragam polis iaitu Pegawai Kurosaki Reiji muncul dengan pistol revolver berwarna emas cuba untuk menahan Kaito atas kesalahan menyebabkan gangguan masa. Kaito berlawan sebagai Kamen Rider DiEnd dan Reiji bertukar kepada Kamen Rider G Den-O. Dengan bantuan Imagin artifisialnya bernama Eve, Reiji berjaya menahan Kaito. Walaubagaimanapun, dengan Polis Masa yang telah mengambil alih, kesemua Imagin yang bersama Ryotaro turut ditahan dan Ryotaro pula akan dihantar semula ke masanya. Hanya Urataro berjaya melepaskan diri, dan menjadi saksi kejadian saat Kaito mencuri beg bimbit di kediaman Kurosaki sebelum dia juga berjaya ditahan. Sementara itu, di masa kini, Ozaki menceritakan kepada Ryotaro dan Kohana peristiwa pencuri muncul di kediaman Kurosaki pada hari tersebut dan mencuri sebuah beg yang mengandungi pistol berwarna emas milik keluarga tersebut. Persoalan yang timbul ialah mengapa Kaito kembali ke masa silamnya sendiri.
Labels:
artikel,
hiburan,
Kamen Rider
Thursday, January 21, 2010
Kamen Rider - Kenangan Hiburan Dahulu Hingga Kini
Siri Kamen Rider
Post saya yang ini adalah sekadar mengimbau kembali kenangan hiburan zaman kanak-kanak dahulu. Ya, saya akui ketika itu banyak juga kartun-kartun ditonton di kaca tv tetapi siaran siri superhero yang bukan dari jenis kartun ini adalah berbeza, menarik dan seronok ditonton hinggakan menjadi sebutan bila ke sekolah keesokan pagi. Seolah-olah keseronokan menonton episod yang ditayang petang semalamnya terbawa-bawa pula ke sekolah keesokan paginya.
Saya masih ingat, waktu itu tahun 1992 dan saya di darjah 5. Siri Kamen Rider BLACK disiarkan setiap hari Khamis pada pukul 4.30 petang dan diikuti pula dengan Space Cop Gavan setengah jam kemudian. Selalunya setiap kali pulang dari sekolah dan selepas waktu Zohor, saya akan ke kelas mengaji al-Quran sebelum ke rumah kawan untuk sama-sama bermain permainan video atau komputer. Masa itu komputer tak macam sekarang. Windows pun belum popular lagi. Kalau tingkap rumah, tahu sangat la. Semua rumah pun ada. Hahahaha... Kalau tak silap, komputer masa itu banyak menggunakan sistem Apple Macintosh. Nampak susah jer nak guna. Gambarnya pun hitam putih jer. Selalunya, bila waktu siaran rancangan Kamen Rider ini, kami akan berhenti bermain sebelum menyambung semula bermain sejam kemudian. Itu pun kalau masing-masing masih ada mood untuk bermain. Walaubagaimanapun, siri Kamen Rider BLACK ini disiarkan di televisyen bukan swasta hanya 'separuh jalan'. Jadi, tak dapatlah menonton apa yang jadi di akhir siri ini. Hal yang sama juga berlaku bila siri Kamen Rider Kuuga disiarkan sekitar tahun 2001 di kaca tv kita. Huhuhuuuu....
Adakah siri ini tidak disiarkan lagi di tv kita? Oh, tidak! Masih lagi disiarkan tetapi melalui saluran tv swasta. Kali ini saya agak berpuas hati kerana stesen tv swasta ini menyiarkannya secara complete series dari episod 1 hingga akhir. Setiap tahun siri Rider berlainan disiarkan, bermula dengan siri Kamen Rider Ryuki. Rasanya selepas ini giliran Den-O bakal mengisi slot siaran dengan pengembaraan masanya. (Ternyata stesen tv swasta tidak mengecewakan penontonnya di segenap lapisan masyarakat! Teruskan, stesen tv swasta!! Stesen tv bukan swasta?? HHmmmm... no komen.)
Umum
Kamen Rider adalah satu francais dalam industri tokusatsu Jepun yang menampilkan konsep superhero melawan raksaksa yang secara umumnya dipanggil kaijin. Berbeza daripada francais Ultraman, francais Kamen Rider mengambil skop tempat pertempuran yang lebih kecil iaitu di bumi tanpa mendatangkan kemusnahan kawasan perumahan atau bangunan-bangunan di bandar. Era pertama siri ini dikenali sebagai Era Showa.
Francais ini memulakan siaran pertamanya pada 3.4.1971 dengan tajuk sirinya Kamen Rider menampilkan kisah pengembaraan Takeshi Hongo/Kamen Rider 1 dalam usahanya menentang organisasi dipanggil Shocker. Saban tahun, francais Kamen Rider telah berkembang dan siri asalnya telah mewujudkan banyak lagi susulan untuk tayangan televisyen dan disiarkan di pawagam.
Sejarah
Karakter Kamen Rider adalah direka oleh Shotaro Ishinomori yang juga pencipta Cyborg 009 dan diterbitkan oleh Toru Hirayama. Pada asalnya, karakter ini adalah dirancang sebagai adaptasi kepada Skull Man, tetapi Ishinomori dan Hirayama telah membuat semula rekaan pakaian Kamen Rider ini menyerupai bentuk serangga belalang yang dikatakan dipilih oleh anak lelakinya. Ia juga dilengkapi dengan motorsikal dan juga tali pinggang untuk pertukaran dari bentuk manusia kepada Kamen Rider.
Semasa penggambaran siri ini untuk episod 10, Hiroshi Fujioka selaku stuntman tercampak dari motorsikalnya menyebabkan kedua kakinya retak. Karakter Fujioka dihentikan sementara sehingga episod 13 ketika Hayato Ichimonji/Kamen Rider 2 diperkenalkan dalam siri Kamen Rider.
Sepanjang siarannya dari April 1971 hingga Januari 1976, 5 siri telah dihasilkan - Kamen Rider, V3, X, Amazon, dan Stronger. Dengan berakhirnya siri Kamen Rider Stronger, siri ini kembali ke siaran televisyen pada Oktober 1979 selama 2 tahun dengan Kamen Rider Baru menampilkan Skyrider dan Kamen Rider Super-1. Siarannya berakhir pada sekitar 1980-an dengan menyiarkan Kamen Rider ZX Special Birth of the 10th! Kamen Riders All Together!! pada 1984. Ini juga sebagai projek terakhir dalam francais Kamen Rider ini dengan Hirayama bertindak sebagai penerbit.
Pada 1987, Kamen Rider BLACK muncul sebagai siri popular televisyen. Siri ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan siri-siri yang dihasilkan sebelumnya. Siri ini kemudiannya disambung pula dengan Kamen Rider BLACK RX dengan menampilkan watak utama yang sama iaitu Kotaro Minami.
Pada 1990-an, francais ini 'hilang sepenuhnya' dari siaran televisyen tetapi masih kekal 'hidup' dengan membuat kemunculan dalam bentuk yang berbeza seperti di persembahan pentas, CD muzikal serta filem Kamen Rider Shin, J, dan ZO. Walaupun begitu, para peminatnya berpendapat filemnya adalah sebahagian daripada siri era Showa.
Era Heisei - Rider generasi baru, teknologi dan pengembaraan bentuk baru.
Kamen Rider era Heisei bermula dengan siaran Kamen Rider Kuuga pada 3.1.2000 dengan menampilkan corak jalan cerita dan logo serba baru dengan menampilkan pelakon Joe Odagiri sebagai Godai Yuusuke/Kuuga. Seterusnya diikuti dengan Kamen Rider Agito pada tahun berikutnya dan sekaligus sebagai siri ulangtahun. Siri Agito memulakan trend baru sepanjang siri untuk era Heisei dengan menampilkan beberapa Kamen Rider dalam satu siri yang sama. Siri Agito menampilkan Gills, G3 dan Another Agito. Mengisahkan Soichi Tsugami yang hilang ingatan yang mampu bertukar kepada bentuk Agito apabila makhluk yang dikelaskan pihak polis sebagai 'Unknown' muncul dan mengganggu ketenteraman bandar Tokyo. Pihak polis memperkenalkan satu unit powersuit G3 yang baru khusus untuk menghapuskan 'Unidentified Lifeforms' yang juga musuh kepada no. 4 (Kuuga). Kemunculan Kamen Rider Gills pula adalah untuk mencari jawapan mengapa bapanya membunuh diri.
Kamen Rider Ryuki yang ditayangkan pada 2002 menampilkan 13 orang Kamen Rider dengan salah seorangnya diperkenalkan dalam Episode Final iaitu Rider perempuan, Femme. Ini bukanlah kali pertama francais tokusatsu menampilkan Rider perempuan sejak diperkenalkan pada 1971 tetapi ia adalah yang pertama untuk siri era Heisei. Kamen Rider Ryuki menjadi yang pertama memperkenalkan kaedah transformasi/berubah dengan cara yang serba baru dengan penggunaan gadjet teknologi moden, iaitu slot kad pada tali pinggang. Petempuran antara Rider dan semua raksaksa adalah berlaku di dunia cermin (mirror world). Setiap Rider diberikan oleh Kanzaki Shiro satu unit tali pinggang atau Advent Deck yang membolehkan pengguna bertukar ke bentuk Rider dan masuk ke dunia cermin melalui mana-mana cermin di muka bumi. Setiap Rider juga akan bersama dengan raksaksa perjanjian masing-masing berdasarkan Advent Deck yang dimiliki. Setiap Rider yang menewaskan Rider lain akan dapat mengambil semua kad daripada Deck kepunyaan Rider yang ditewaskannya dan boleh mengawal raksaksa perjanjiannya sekali. Bukan setakat raksaksa perlu dihapuskan malah Rider lain juga perlu dihapuskan bagi memenangi perang antara Rider yang telah diaturkan oleh Kanzaki Shiro. Sesiapa yang memenangi perang ini akan dapat menunaikan satu hajat.
Siri ini diteruskan dengan Kamen Rider 555 pada 2003 dengan rekaan sut yang lebih canggih dan futuristik. Berbeza dengan siri-siri sebelumnya, siri ini langsung tiada rekaan motif serangga atau haiwan pada sut Rider. Sebaliknya, ia menggunakan simbol Greek sebagai logonya dan 'disembunyikan' pada rekaan sut Rider. Menampilkan Kaixa (913) dan Delta sebagai Rider lain dalam sirinya. Dua lagi Rider iaitu Saiga (315) dan Orga/Omega (000) diperkenalkan dalam filemnya 555: Paradise Lost. Jalan cerita yang sedikit complicated turut menjadikannya siri yang paling menarik untuk ditonton. Mengisahkan sebuah organisasi multimillionaire Smart Brain Corporation cuba menguasai dunia dengan menghapuskan manusia menggunakan Orphenoch, iaitu manusia yang telah melalui satu fasa dalam evolusi. Untuk mencapai cita-citanya, organisasi ini telah mencipta tiga unit tali pinggang atau Rider Gear iaitu 555, Kaixa, dan Delta yang menukar penggunanya dalam bentuk sut tempur berkuasa tinggi yang lengkap dengan sistem canggih. Selain itu, Rider Gear ini juga dicipta bertujuan untuk melindungi Raja Orphenoch yang dikatakan boleh membantu 'membaiki kesilapan' dalam struktur DNA yang boleh menyebabkan pengguna Rider Gear mati sekiranya terlalu kerap bertukar (henshin).
Pada 2004, siarannya diteruskan dengan Kamen Rider Blade dengan memperkenalkan sistem hologram dan motif serangga pada sut Rider. Mengambil konsep daun terup (Ace, Diamond, Heart, Club) sebagai logo pada sut Rider. 3 lagi Rider diperkenalkan melalui filemnya Missing Ace iaitu Lance, Glaive dan L'Arc dengan masing-masing menggunakan kad transformasi dengan logo yang sama - anjing berkepala tiga.
Sebagaimana Ryuki, pada 2005, siri Kamen Rider Hibiki turut memperkenalkan ramai Rider dalam satu siri dengan beberapa watak berfungsi sebagai watak utama - Hibiki, Ibuki, Todoroki, Zanki. Berkisar pada kehidupan guru dan murid, Adachi Asumu dan juga Oni bernama Hibiki. Asumu seorang pelajar yang masih terumbang-ambing dalam kehidupannya sebelum ke sekolah tinggi. Melalui Hibiki dan Oni yang lain, dia mempelajari untuk menjadi seorang dewasa. Selain itu, siri ini mengisahkan pertempuran antara Rider (juga dikenali sebagai Oni dalam siri ini) dan makhluk Makamou yang hanya boleh ditewaskan dengan bunyi yang asli (pure sound).
Siri Kamen Rider Kabuto memperkenalkan kembali motif serangga pada sut Rider tetapi dalam ertikata yang lebih moden. Ditambah dengan sistem Clock Up pada sut beserta beberapa Rider lain bersamanya menjadikan siri ini sedikit berbeza daripada yang lain. Pengembaraan masa menerusi pandangan Clock Up menambahkan lagi 'perisa' dalam siri ini selain menyuntik satu bentuk perspektif baru dalam siri Kamen Rider. Berkisarkan tentang kehidupan Tendou Souji yang berlatih selama 7 tahun sementara menanti kedatangan Kabuto Zecter iaitu serangga robotik berbentuk kumbang tanduk yang datang dari time hole supaya dia dapat menggunakan nama Kamen Rider Kabuto. Di samping mencipta lebih ramai musuh, dia juga bertemu dengan beberapa orang Rider lain yang tidak diketahui asalnya. Tendou cuba sedaya upaya mencapai matlamatnya untuk menghapuskan Worms dan menyelamatkan manusia daripada Worms yang telah datang ke bumi 7 tahun sebelum itu. Filem untuk siri Kabuto ini (God Speed Love) memaparkan kisah yang berlaku pada 7 tahun sebelum itu dan mengambil tempat sebelum siri ini bermula (prekuel).
Kamen Rider Den-O mengambil tempat siarannya di kaca tv pada tahun berikutnya dengan kisah pengembaraan masa dengan kenderaan keretapi perentas masa bullet train, DenLiner. Mengisahkan Ryotaro Nogami yang sentiasa berhadapan dengan nasib malang. Pada suatu hari, Ryotaro menemui sejenis pass dan tiket misteri dan cuba membawa 'barang misteri' berkenaan ke balai polis setelah dibuli sekumpulan samseng. Keadaan menjadi semakin pelik buat Ryotaro apabila dia tiba di suatu 'time hole' yang kelihatan seperti stesen keretapi apabila membuka pintu balai polis, dan disambut oleh gadis misteri dan keretapi DenLiner. Tanpa mengetahui dirinya Singularity Point, dia 'dirasuk' oleh sejenis entiti dari masa hadapan dipanggil Imagin yang cuba mengubah masa silam orang lain. Dengan bantuan Imagin, Momotaro yang panas baran, Ryotaro mengembara merentasi masa yang berbeza untuk menghapuskan semua Imagin yang jahat. Dia bertemu Yuto Sakurai yang mempunyai latar belakang misteri dan Imaginnya, Deneb. Bukan sekadar Rider, Yuto juga adalah penjelmaan semula tunang kakaknya, Airi; dengan usia yang sedekad lebih muda. Siri ini mempunyai beberapa buah filem termasuk crossover dengan Kamen Rider Kiva (Den-O Kiva: Climax Deka) dan Kamen Rider Decade (Cho Den-O Decade: The Onigaishima Battleship), serta beberapa siri OVA menjadikannya siri Kamen Rider dengan 'hasil sampingan' yang paling banyak pernah dihasilkan.
Kiva: 22 tahun selepas kehilangan bapanya, Kurenai Wataru tinggal di sebuah rumah berhantu setelah ditakdirkan menjadi Kamen Rider Kiva bagi menentang makhluk penghisap nyawa, Fangire yang pernah berlawan dengan bapanya sebelum menghilangkan diri. Dia disertai dengan Kamen Rider Ixa yang menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi Aurora yang juga turut memerangi Fangire dan juga Kamen Rider Saga yang memihak kepada Fangire. Jalan ceritanya berkisarkan pada dua timeline iaitu pada waktu 2008 dan 1986, sekaligus mendedahkan hubungan antara puak Fangire dan Kiva sedikit demi sedikit.
Kamen Rider Decade/DCD adalah siri ke-10 untuk siri Rider era Heisei, yang telah bermula pada tahun 2000 dengan Kamen Rider Kuuga. Siarannya bermula sesudah tamatnya Kamen Rider Kiva. Masahiro Inoue memegang watak utama sebagai Tsukasa Kadoya/Kamen Rider Decade. Bermula dengan pertembungan sembilan dunia Rider era Heisei yang bertembung menjadi satu, sesuatu yang akan menyebabkan kemusnahan pada semua dunia Rider. Tsukasa perlu mengembara ke dunia Rider lain bersama Natsumi dan datuknya yang bekerja di kedai foto untuk menghalang kemusnahan dunia dalam peperangan antara semua Kamen Rider utama era Heisei, bersama Yuusuke Onodera (Kuuga), Daiki Kaitoh (Kamen Rider Diend), Narutaki yang misteri dan kelawar Kivala dari dunia Kiva. Siri ini hanya memaparkan sebanyak 31 episod di kaca tv sebelum disambung ke filem, Kamen Rider Decade: All Riders vs. Dai-Shocker. Filem ini turut menghimpunkan 26 Rider, dengan 10 daripadanya dari era Showa dan penampilan Kamen Rider era Heisei ke-11 iaitu Kamen Rider Double. Fielm ini bakal menjawab persoalan berkaitan masa silam Tsukasa dan kaitannya dengan organisasi Dai-Shocker yang keahliannya terdiri daripada penjahat dan raksasa yang perang ditewaskan dahulu.

Riderman, V3, Stronger, Amazon, X, Rider 1

Kamen Rider era Showa (dari kiri): ZX, Skyrider, Amazon, Riderman, Rider 1, BLACK, Rider 2, V3, X, Stronger, Super-1

BLACK dan BLACK RX

Kamen Rider era Heisei (dari atas kiri): Kuuga, Ryuki, Knight, Decade, 555, Blade, Kabuto, Gatack, Hibiki, Den-O, Agito, Gills, Kiva, Ixa

Ixa dan (Ixa Rising Form)
Kiva: 22 tahun selepas kehilangan bapanya, Kurenai Wataru tinggal di sebuah rumah berhantu setelah ditakdirkan menjadi Kamen Rider Kiva bagi menentang makhluk penghisap nyawa, Fangire yang pernah berlawan dengan bapanya sebelum menghilangkan diri. Dia disertai dengan Kamen Rider Ixa yang menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi Aurora yang juga turut memerangi Fangire dan juga Kamen Rider Saga yang memihak kepada Fangire. Jalan ceritanya berkisarkan pada dua timeline iaitu pada waktu 2008 dan 1986, sekaligus mendedahkan hubungan antara puak Fangire dan Kiva sedikit demi sedikit.
Kamen Rider Decade/DCD adalah siri ke-10 untuk siri Rider era Heisei, yang telah bermula pada tahun 2000 dengan Kamen Rider Kuuga. Siarannya bermula sesudah tamatnya Kamen Rider Kiva. Masahiro Inoue memegang watak utama sebagai Tsukasa Kadoya/Kamen Rider Decade. Bermula dengan pertembungan sembilan dunia Rider era Heisei yang bertembung menjadi satu, sesuatu yang akan menyebabkan kemusnahan pada semua dunia Rider. Tsukasa perlu mengembara ke dunia Rider lain bersama Natsumi dan datuknya yang bekerja di kedai foto untuk menghalang kemusnahan dunia dalam peperangan antara semua Kamen Rider utama era Heisei, bersama Yuusuke Onodera (Kuuga), Daiki Kaitoh (Kamen Rider Diend), Narutaki yang misteri dan kelawar Kivala dari dunia Kiva. Siri ini hanya memaparkan sebanyak 31 episod di kaca tv sebelum disambung ke filem, Kamen Rider Decade: All Riders vs. Dai-Shocker. Filem ini turut menghimpunkan 26 Rider, dengan 10 daripadanya dari era Showa dan penampilan Kamen Rider era Heisei ke-11 iaitu Kamen Rider Double. Fielm ini bakal menjawab persoalan berkaitan masa silam Tsukasa dan kaitannya dengan organisasi Dai-Shocker yang keahliannya terdiri daripada penjahat dan raksasa yang perang ditewaskan dahulu.
Labels:
artikel,
hiburan,
Kamen Rider
Subscribe to:
Posts (Atom)