MY FOLLOWERS

Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Tuesday, August 15, 2017

Hiburan - Sut Iron Man Baru Dalam Spider-Man: Homecoming

Kredit kepada: Rojak Daily, Hot Toys
Gambar ihsan:
Rojak Daily, Hot Toys


Assalamualaikum.....











Sut terbang dan berkuasa:   SINI   |   SINI



Saturday, August 20, 2016

Hiburan - Rekaan Terbaru Transformers the Last Knight

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Yahoo News baru-baru ini telah mendedahkan rekaan terbaru robot dalam filem Transformers the Last Knight. Setakat ini belum lagi didedahkan rupa robot yang lain.    








Sumber rujukan:  SINI  | 






Sunday, December 27, 2015

Seni dan Kreativiti - Star Wars 7 Concept Art

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies


Assalamualaikum.....


Beberapa lukisan konsep karya Phil Szostak The Art of Star Wars: The Force Awakens kini dipamerkan dengan mengetengahkan pandangan alternatif bagi idea awal untuk filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens.

















Sumber foto jauh di angkasa: SINI  |    





Monday, October 19, 2015

Artikel - Kecederaan dan Kemalangan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Sebelum ini, pengarah filem The Expendables 3 kena tumbuk dengan Ronda Rousey yang berlakon dalam filem itu, sehingga patah beberapa tulang rusuk. Dia hanya sedar perkara berkenaan setelah bangun tidur pada keesokan harinya selepas disapa oleh anaknya :-O  Adooii....

Dalam industri perfileman, kerjaya ini nampak profesional tetapi sangat berisiko juga, terutama jika melibatkan penggunaan kesan khas dan mereka yang mahir dalam membikin aksi lagak ngeri. Yang kita selalu tonton di layar lebar itu adalah hasil kerja profesional mereka. Di sebaliknya, banyak kerja yang mereka perlu lakukan dahulu untuk menghasilkan filem dengan kualiti dan shot seperti yang ingin dipaparkan. Berisiko, berbahaya, malah ada juga yang memang kerja gila! 





Olivia Jackson, yang menjadi stunt double untuk pelakon Milla Jovovich mengalami cedera parah di set penggambaran Resident Evil: The Final Chapter ketika satu sesi penggambaran filem berkenaan di Afrika Selatan. Kini dia dalam keadaan koma. Luahnya selepas sedar kembali:

2 weeks in a coma, brain bleed, brain swelling, severed main artery in the neck, crushed & degloved face, several broken ribs, paralyzed arm, shattered scapula, broken clavicle, broken humerus, broken radius & ulna, with an open wound and a 7.5 piece of bone missing, amputated thumb, torn fingers, 5 nerves torn out of the spinal cord…. not my funnest day on set.”


Ketika penggambaran, dia menaiki motorsikal dengan laju apabila dia terlanggar peralatan kamera yang merakamkan aksi kejar-mengejar.

Milla Jovovich, pelakon filem Resident Evil: The Final Chapter, menulis di laman Facebook meminta peminatnya mendoakan kesembuhan Olivia Jackson dan menyatakan pelakon itu kini dalam keadaan koma.


    “I sit down to write this post with a heavy heart, because a terrible accident rocked our set on Saturday the 5th of September. My incredibly talented stunt double, Olivia Jackson, collided with a camera crane while performing a motorcycle stunt and it put her in the hospital with severe, multiple injuries. The cast and crew of Resident Evil: The Final Chapter have been totally devastated and are waiting with bated breath for news on her recovery – we now understand she is stable and being carefully monitored by very experienced South African doctors.

    “I wasn’t personally there to witness it, but from the reports I got, it was awful. None of us have experienced anything like this in our careers making action films and hope we never do again, but the production reacted very quickly to ensure she received the best care and also in reaching out to her family and making sure they were informed and looked after during this overwhelmingly difficult time. Thank God, they have been by her side through out this harrowing week.

    “Its a miracle that she survived. I didn’t know her very well, as we were all just getting going with the film, but the few times we rehearsed together, I really looked up to her because she danced through the choreography, beautiful and graceful. It’s a testament to Olivia’s strength that she managed to survive and also the quick reaction of our on set safety officer and his team that she has finally been pronounced stable.

    “All of us here have been praying every single day for her and her family and sending our thoughts out hoping some of the positive energy reaches her, because she truly needs it… I would really appreciate it if you would take a moment out of your busy days ahead and pray for Olivia’s full recovery too. She needs all the help she can get right now and every bit of the good energy we can send.”


Pihak publisitinya, Constantin Film mengeluarkan kenyataan kepada Deadline mengenai kecederaan yang dialami oleh Jackson. Dia merupakan pelakon lagak ngeri cedera di tangan kiri, kepala, muka, dan bahu.
Filem kali ini diarahkan oleh pengarah yang sama seperti edisi terdahulu, Paul W.S. Anderson. 


Sumber berani mati:   SINI  |   



Wednesday, October 14, 2015

Artikel - Tangan Prostetik Untuk OKU Inspirasi Dari Filem dan Animasi Hollywood

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies



Assalamualaikum.....

Tukarkan mereka menjadi seperti adiwira kegemaran mereka.

Seorang OKU sudah menjadi model di pentas peragaan, membuktikan mereka juga boleh jadi golongan berjaya sebagaimana yang sempurna. Golongan yang muda juga berpeluang untuk tunjukkan sisi positif dengan bantuan alatan yang dibuat dengan ditambah sedikit kreativiti. Kali ini menggunakan karya dari filem dan animasi terkenal. 


Semoga Force bersama anda... hahahahaha


Tangan prostetik inspirasi dari filem Iron Man, Frozen dan Star Wars.






Sebuah syarikat British yang menghasilkan bahagian prostetik buat warga OKU telah menghasilkan bahagian tangan bertemakan filem adiwira dan animasi kegemaran kanak-kanak yang akan membuatkan mereka berasa seperti adiwira berkenaan apabila mereka memakainya. 

Open Bionics yang berpusat di Bristol telah bekerjasama dengan Marvel Universe, LucasFilm dan Disney untuk merekacipta dan menghasilkan 3 jenis tangan bionik yang hebat ini yang diinspirasi daripada filem Iron Man, Frozen dan Star Wars. Warna bagi setiap tangan adalah mengikut warna sut dan watak dalam filem tersebut. Setiap satunya hampir sempurna dari segi rekaan dan gaya masing-masing. 

Dengan mencipta bahagian prostetik dalam bentuk yang lebih menarik dan menghiburkan, mereka bercadang untuk menukarkan bentuk terapi yang mungkin membosankan menjadi seperti latihan adiwira untuk kanak-kanak OKU ini selain membantu meningkatkan keyakinan diri mereka. 

Sebagai permulaan dan bagi mengurangkan kos penghasilannya, Open Bionics menggunakan cetakan 3D untuk menghasilkannya sementara Walt Disney pula yang memegang hak cipta bagi semua produk tersebut telah menolak bayaran dan mendermakan rekaannya secara percuma. Open Bionics juga merancang untuk menghasilkan lebih banyak produk bertemakan filem dan animasi sebegini dalam masa terdekat ini. Mungkin selepas ini akan ada bentuk Infiinity Gauntlet atau tangan Hulk.



Sumber tangan yang best:   SINI  |  


Perrrggghhh! 

Hiburan - Iron Man Hulkbuster di New York Comic Con

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies, Youtube



Assalamualaikum.....



Kalau mahu tengok rupa sut perisai ini, boleh ke pautan ini ( https://www.youtube.com/watch?v=mjx-02XWuzk ) yang diambil dari filem Avengers: Age of Ultron.







Sebelum ini banyak dipaparkan acara Comic Con di San Diego, kali ini di New York. Dikatakan acara kali ini sebagai antara yang terbaik pernah diadakan. Satu sebabnya ialah ada peserta yang memakai sut perisai Iron Man iaitu Hulkbuster. Dalam filem Avengers: Age of Ultron, sut ini disediakan oleh sistem dibina oleh Tony Stark dan Dr Bruce Banner dan sistemnya diberi nama Veronica. Pada waktu sebelum kejadian dalam filem ini, sut ini disimpan di angkasa lepas dalam bentuk satelit. 

Di acara ini, sut perisai ini dibawa oleh Thomas DePetrillo. Sut ini mengambil masa selama 2 tahun dengan 1600 jam untuk disiapkan. 

Sut ini juga berketinggian 9.5 kaki, ketebalan 44 inci, lebar 6.5 kaki, berat 95 paun dan mengambil masa 20 minit untuk memakainya. Ketibaan sut ini mengejutkan para peminatnya yang sudah berada di tapak acara di Javits Center di Manhattan. Matanya direka bersinar putih dan memancar laser. 

DePetrillo sudah berkecimpung dalam bisnes selama 19 tahun. 

Penyertaannya kali ini telah memenangi hadiah NYCC Eastern Championships of Cosplay dan menerima cek bernilai $1,500 (x4.22 = RM6330.00)  


Sumber baju perisai:  SINI  |   


Di sebalik keseronokan itu, dia juga bersama dengan peserta lain. Antara yang turut menyertai acara ini dan secara diam-diam dan bertopeng bagi mengelak daripada diserbu peminat. Mereka ialah golongan selebriti dan pelakon seperti Bryan Cranston (Breaking Bad), Mark Ruffalo (Now You See Me), Daniel Radcliffe (Harry Potter) dan Jared Leto (Suicide Squad).  






Datang tapi diam-diam:  SINI  |   





Thursday, September 10, 2015

Hiburan - Geng Angry Birds Dalam Filem

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....






Permainan video Angry Birds yang telah dimuat turun ke telefon pintar sebanyak 3 bilion kali, kini melangkah setapak lagi ke layar lebar dengan badan masing-masing lengkap dengan sayap dan kaki, begitu juga dengan musuh hijaunya (hahaha). Hasil rendering yang pertama telah diwarwarkan dalam Entertainment Weekly oleh Rovio, syarikat pembangun permainan video ini.

Pelakon suara yang terlibat di belakang animasi ini untuk watak Red (suara Jason Sudeikis) yang ada masalah kawal kemarahan, Chuck (Josh Gad) dan Bomb (Danny McBride), yang semuanya tinggal di pulau yang diganggu oleh musuh hijaunya. 

Cerita asalnya ialah kenapa burung-burung ini begitu marah, berkenaan konflik yang wujud antara burung dan khinzir hijau. 

Rovio berkata permainan ini telah dimuat turun sebanyak 50 juta kali, namun sehingga kini ia masih di bawah senarai 50 teratas carta bagi aplikasi dengan kutipan tertinggi di Apple’s iOS App Store.



Sumber burung-burung:  SINI  | 



Wednesday, July 15, 2015

Hiburan - Sut Besi Batman 2016


Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies



Assalamualaikum.....



Sut terbaru Batman dalam bentuk baju besi. Tiada logo Batman pada bahagian dada. Sistem pertahanan baru bagi menghadapi Superman.


Boomerang dan grenad pun ada...



Pelancar roket yang ummpphh!






Ketika di acara San Diego Comic Con, rangkaian sut perisai terbaru Batman ini telah dipamerkan kepada umum. Sut terbaru ini ditampilkan dalam bentuk canggih dan disertakan dengan senjata berteknologi tinggi dan akan dipakai oleh Batman dalam filem terbaru keluaran DC iaitu Batman vs Superman: Dawn of Justice.

Ini adalah kali pertama juga sut canggih Batman diperkenalkan dalam bentuk baju besi dan ia kelihatan lebih hebat berbanding rekaannya dalam beberapa versi filem terdahulu.

Sut perisai exoskeleton yang terbaru dengan gogel bersinar menampakkan watak Bruce Wayne menggunakan belanja besar dalam membangunkan sut ini dan bagi mengatasi lawannya. Bersama beberapa gajet terbaru bagi menghadapi Superman. Turut dipamerkan beberapa senapang, bom, pelancar roket dan beberapa lagi.

Antara senjata Batman yang dipertingkatkan untuk versi filem kali ini ialah Batarang (boomerang Batman), pelancar roket, kain kelubung berteknologi tinggi, dan beberapa senjata lain. 




Sumber Batman: SINI  |  SINI  |  SINI  |  SINI  |  




Sunday, April 26, 2015

Artikel - Bagaimana Lightsaber Pertama Dicipta Dalam Star Wars?

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies

 

Assalamualaikum.....




Seorang pereka set untuk filem Star Wars Roger Christian tahu bahawa pedang cahaya (lightsaber) dalam filem ini menjadi salah satu ciptaannya yang penting. Dalam koleksi digitalnya, dia menunjukkan demonstrasi bahagian kamera yang diceraikan membawa kepada terciptanya pedang cahaya ini. 

Ia bermula apabila George Lucas mahu memulakan penggambaran di sebuah padang pasir di Tunisia. Ketika itu Roger Christian perlu memasang apa sahaja bahan yang ada untuk membikinnya. Dia ke kedai kamera dan membeli alat ganti dan menemui sekotak Graflex, sebuah alat pemegang lampu kamera 1940an. Kemudian dia kembali ke studio dan mencantumkannya dengan kayu dan butang dan mencipta prototaip lightsaber yang pertama. Hasilnya dapat dilihat dalam filem Star Wars Episode IV: A New Hope, ketika adegan Obi-Wan memberi pedang ini kepada Luke.  



Dalam filem Star Wars Episode VII: A Force Awaken yang akan datang, satu lagi lightsaber ditampilkan.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


Hiburan - Deadpool

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies

 

Assalamualaikum.....



KLIK SINI dan SINI untuk artikel penuh.




Thursday, April 9, 2015

Animasi - Star Wars: The Tie Fighter Wars

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar/video ihsan: Yahoo Movies



Assalamualaikum.....

Sesiapa yang meminati filem epik perang galaksi Star Wars, pasti tahu Galactic Empire mempunyai barisan kapal perang yang terbaik dari segi rekaannya. Ia adalah menjadi satu sebab kenapa jika dilihat dari satu perspektif, filem animasi pendek Star Wars rekaan peminat ini sangatlah memuaskan. Animator Paul Johnson menghabiskan masa hujung minggu 'selama 4 tahun' bagi menghasilkan animasi ini dengan mengambil gaya lukisan ala anime Jepun 80an. Filem animasi selama 7 minit ini membawa penonton melihat ke dalam kokpit pesawat Empire’s TIE fighters, yang direka oleh Johnson dengan menggabungkan pelbagai elemen berdasarkan rekaan trilogi filem asalnya, permainan video TIE Fighter tahun 1984, serta rekaannya sendiri. Beliau juga mencipta barisan askar Imperial dengan kisah masing-masing, mengetengahkan watak droid yang biasa dilihat dan mencipta skor muzik sendiri. Hasilnya adalah sangat mengagumkan!   




KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.






Wednesday, March 4, 2015

Artikel - Perbandingan Content Industri Hiburan Malaysia VS Luar Negara

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....





Idea karya seni dalam industri hiburan tempatan (terutama Melayu) sehingga kini masih belum keluar daripada bawah tempurung. Tidak kiralah apa pun ceritanya dan tajuknya, isi kandungannya langsung tidak mempromosikan bidang kerjaya dan ilmu itu sendiri yang boleh membina minda masyarakat. Kalau tajuknya mengenai tentera, ingatkan kononnya menariklah untuk ditonton tetapi malangnya difokus pada cinta antara pegawai tentera, bukannya mengenai cabaran, tugas atau strategi berkaitan yang boleh memberi input berguna kepada minda penonton. Lihatlah contoh siri Last Resort di TV2 sebelum ini yang bercerita mengenai komplot, strategi, taktikal, serta kaitan politik dan perundangan berkaitan ketenteraan. Malangnya industri hiburan tempatan lebih berminat untuk membuat cerita yang akan memberikan pulangan keuntungan lebih cepat. Beginikah caranya untuk majukan industri hiburan negara sendiri? Dengan idea-idea sempit yang tidak membuka minda dan langsung tidak mempromosikan bidang ilmu? Hanya hiburan kosong semata-mata? Kemudian meraih pula bermacam anugerah hasil daripada lakonan yang adakalanya macam kayu dan entah apa lagi. Bila berjaya berlakon dalam produksi asing, dapat pula watak picisan dan sampingan, ohh bangga gila! Walhal tiada apa pun boleh dibanggakan kerana dengan gaya pemikiran penggiat industri tempatan sebegini yang masih tidak keluar daripada takuk lama. Mahu jalan pintas, datanglah pula dengan pakaian dan kisah kontroversi yang sebenarnya tidak perlu disiar pun di mana-mana media. Masakan akan dapat watak lebih besar kalau beginilah keadaannya......

Daripada peringkat penulis buku sehinggalah kepada penulis skrip semuanya asyik adaptasi karya dengan tema emosi dan cinta, tema yang sama sejak zaman-berzaman. Bukannya yang bertemakan apa-apa bidang ilmiah. Takkanlah mahu tengok hasil karya daripada segelintir produksi sahaja seperti KRU Motion Pictures atau Filmscape sahaja. Produksi lain, apa cerita? Bila mahu keluar daripada kotak dan ketengahkan idea-idea baru dengan jalan cerita yang lebih kreatif dan imaginatif? Adakah kalian takut berbelanja besar? Industri tempatan akan semakin tenat kalau asyik berada di takuk lama. Kalau sebelum ini formulanya mengenai cinta, pengkhianatan, godaan sahaja. Kononnya senang mahu dijual, masuk wayang, ramai orang datang tengok. Kali ini ada baiknya, formula sedia ada perlu ditukar dan dengan idea yang lebih maju ke depan. 



Sedikit nota tentang siri tv seperti "Love You Mr. Arrogant" dan "Playboy Itu Suami Aku" dan bagaimana drama tv dapat merevolusikan individu.

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!), drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Antaranya watak antagonis menggoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat, makan di restoran eksklusif, memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dalam drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji di bawah RM3000.

Apa yang kita dapat belajar daripada semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.

Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama tv dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.


Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam dan Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)


Sementara itu drama TV Amerika pula:

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological, micro expression)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)
 



Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama tv Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhtiar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.

Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang hebat untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Sedangkan seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan tv. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.


Produktivi

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru' untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York dalam siri Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.

TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.


Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.

Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh Bahasa Melayu. Isu import Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris. Menonton drama tv berbahasa Inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa Inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa Inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada Bahasa Inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja. 

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?

Entahlah. Saya hanya mampu menggeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.

Pilihlah sendiri.....


Thursday, November 20, 2014

Artikel - Penemuan Semula Sfinks Dari Filem "The Ten Commandments" Tahun 1923

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 

Assalamualaikum.....

 


Sebuah sfinks yang pernah digunakan dalam filem "The Ten Commandments" pada 1923 yang diperbuat daripada plaster, yang telah terkambus selama lebih 90 tahun dalam gumuk pasir di Guadalupe, California, telah ditemui semula. Orang ramai boleh melihat semula sfinks ini tahun depan selepas ia dibina semula akibat beberapa kerosakan semasa ia terkambus dalam pasir. Sfikns itu dengan ukuran 4.6m adalah salah satu yang disusun dalam laluan ke Bandar Firaun dalam filem berkenaan arahan Cecil B. DeMille. Filem itu kemudian dibikin semula pada 1956.

"Filem itu terbitan 1923 mempunyai set filem paling besar pernah dibuat kerana ketika itu tiada kesan khas. Apa sahaja yang mahu kelihatan besar perlu dibikin pada saiz besar." kata Jenzen kepada Live Science. Bangunan ke Bandar Firaun tinggi sekitar 12 tingkat dan panjang 219m.

Kru produksi asalnya membina bahagian sfinks ini di Los Angeles dan membawanya ke Guadalupe sejauh 266 km dan memasangnya sebagai patung berongga bersaiz besar. Mereka turut membina sfiks lain bagi watak hamba untuk membawanya ketika penggambaran. Selepas tamat penggambaran, kru produksi meletupkan set dan menanamnya dalam parit sebelum ditemui oleh Jenzen. Faktor cuaca menyebabkan sebahagian besarnya tertanam dalam gumuk dan di tempat yang sama ketika penggambaran dahulu.

Apa yang berlaku membantu kerja-kerja ekskavasi pada tahun 2012. Kerja ekskavasi yang pertama ialah pada 1990an dengan Dunes Center sebagai sebahagian daripada Nature Conservancy, mendapatkan ahli arkeologi untuk menggali semula tapak penggambaran yang terbiar. Mereka temui berdozen artifak kecil termasuk tin tembakau dan botol ubat batuk.

Pada 2012, Dunes Center menjemput sekumpulan ahli arkeologi untuk melihat semula tapak dan menemui kepala sfinks sebesar meja pool yang tertanam dalam gumuk. Ia kini dipamerkan di Dunes Center. Kini Applied EarthWorks kembali untuk menghabiskan projek berkenaan. Walaupun mereka telah menanam bahagian tubuh sfinks itu pada 2012 untuk melindunginya tetapi faktor angin membuatkannya kembali terdedah. Walaubagaimanapun ia turut membantu mereka menemui sfinks yang lain. Pasir yang memenuhi ruangan rongga sfinks dan pendedahannya kepada angin telah memudarkan warna merah dan kuning yang ada, menjadikan kerja ekskavasi lebih utama.

Peminat filem Hollywood lama boleh melihat sfinks ini yang dibina semula sepenuhnya menjelang 2015 termasuk juga beberapa kepala sfinks yang lain. Filem "The Ten Commandments" merupakan filem paling mahal dihasilkan ketika itu dan merupakan sebahagian daripada sejarah dalam bidang perfileman.


 
KLIK SINI untuk artikel penuh.

Sunday, November 16, 2014

Artikel - Batmobile Buatan Sendiri Ciptaan Jurutera di Australia

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan:
Yahoo Entertainment

 

Assalamualaikum.....

Satu lagi kenderaan Batman buatan sendiri..

 


Sebelum ini ada satu video di Yahoo memaparkan seorang lelaki berpakaian sut lengkap Batman menunggang motorsikal seperti Batpod buatan sendiri di lebuhraya di Jepun. Kali ini seorang jurutera menggunakan kemahiran dan minatnya dengan filem untuk menghasilkan sebuah Batmobile yang diilhamkan daripada filem Batman versi tahun 1989 arahan Tim Burton. 

Zac Mihajlovic, seorang jurutera berusia 29 tahun mengambil masa selama 2 tahun untuk mereka bentuk dan membina Batmobile ini lengkap dengan sistem pembakar lanjut/after-burner. Yang baiknya, kenderaannya sah digunakan di jalan raya di Australia membolehkannya memandu sambil menggembirakan kawan-kawannya. Selain menggunakan Batmobile ini bagi memnuhi impian kanak-kanaknya, Zac menggunakannya untuk membantu kanak-kanak lain. Menerusi kerjasama dengan Yayasan Make-A-Wish, Zac menggunakannya bagi menggembirakan kanak-kanak yang sakit sambil menghiburkan mereka sambil memakai sut Batman.


KLIK SINI untuk artikel penuh.