Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies
Assalamualaikum.....
Seorang pereka set untuk filem Star Wars
Roger Christian tahu bahawa pedang cahaya (lightsaber) dalam filem ini
menjadi salah satu ciptaannya yang penting. Dalam koleksi digitalnya,
dia menunjukkan demonstrasi bahagian kamera yang diceraikan membawa
kepada terciptanya pedang cahaya ini.
Ia bermula apabila George Lucas mahu memulakan penggambaran di sebuah padang pasir di Tunisia. Ketika itu
Roger Christian perlu memasang apa sahaja bahan yang ada untuk
membikinnya. Dia ke kedai kamera dan membeli alat ganti dan menemui
sekotak Graflex, sebuah alat pemegang lampu kamera 1940an. Kemudian dia
kembali ke studio dan mencantumkannya dengan kayu dan butang dan
mencipta prototaip lightsaber yang pertama. Hasilnya dapat dilihat dalam
filem Star Wars Episode IV: A New Hope, ketika adegan Obi-Wan memberi
pedang ini kepada Luke.
Dalam filem Star Wars Episode VII: A Force Awaken yang akan datang, satu lagi lightsaber ditampilkan.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment